Vitamin C adalah sejenis vitamin
larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal.
Memandangkan ianya larut di dalam air, kita akan kehilangannya menerusi air
kencing. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan vitamin ini
secara berterusan menerusi pemakanan.
Fungsi
Kita memerlukan Vitamin C untuk
membina dan membaiki tisu-tisu di seluruh badan kita. Ianya digunakan untuk:
- Membentuk
protein yang penting yang digunakan untuk membina kulit, tendon, ligamen dan
salur-salur darah.
- Menyembuhkan
luka dan membentuk tisu parut.
- Membaiki
dan mengekalkan kesihatan rawan, tulang dan gigi.
Vitamin C juga adalah salah satu
daripada antioksidan yang berfungsi untuk menghalang kerosakan yang disebabkan
oleh radikal bebas.
- Radikal bebas terbentuk apabila badan kita bekerja menguraikan makanan atau
apabila kita terdedah kepada asap rokok atau radiasi.
- Jumlah
radikal bebas semakin lama semakin meningkat dan merupakan punca kepada
proses penuaan.
- Radikal bebas juga merupakan salah satu sebab terjadinya barah, sakit jantung dan
penyakit seperti arthritis.
Badan kita tidak boleh menghasilkan
vitamin C dengan sendiri dan ia juga tidak boleh menyimpannya. Sebab itulah
kita mesti mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dalam pemakanan
seharian kita setiap hari.
Sudah sekian lama, vitamin C
terkenal sebagai pencegah kepada selsema. Kajian menunjukkan bahawa majoriti
orang yang mengambil supplemen vitamin C atau makan makanan yang kaya dengan
vitamin C tidak mengurangkan risiko daripada mendapat selsema. Walau
bagaimanapun, mereka yang kerap mengambil supplemen vitamin C akan sembuh
daripada selsema dengan segera atau mendapat simtom yang lebih ringan
berbanding mereka yang kurang atau tidak mengambilnya langsung.
Sumber
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran
mengandungi jika tidak banyak, sedikit jumlah vitamin C.
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin
C adalah seperti:
- Tembikai susu
- Buah-buahan dan jus sitrus seperti
buah oren dan anggur.
- Buah kiwi
- Mangga
- Betik
- Nenas
- Strawberry, raspberry, blueberry,
cranberry
- Tembikai.
Manakala sayur-sayuran yang
mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi adalah:
- Brokoli, Brussel sprouts, bunga kobis,
- Green and red peppers
- Bayam, kobis, turnip hijau dan semua
sayuran hijau
- Sweet and white potatoes
- Buah dan jus tomato
Memasak atau menyimpan makanan yang
kaya dengan vitamin C dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan khasiat vitamin
itu. Untuk mengelakkannya, rebus/stim
atau masak dalam ketuhar makanan yang mengandungi vitamin C. Sudah tentu,
sumber yang terbaik untuk mendapat vitamin C adalah daripada sumber sayuran dan
buah yang masih mentah.
Namun begitu, adakah anda pasti anda telah mendapat vitamin yang terbaik yang secukupnya? Di zaman moden ini, amatlah sukar untuk kita mendapatkan sumber vitamin C yang bebas dari bahan kimia dan racun perosak. Proses pembersihan terpaksa dilakukan dengan lama sehingga menyebabkan kandungan vitamin C turut tersingkir bersama-sama dengan bahan kimia dan racun perosak tadi. Ditambah pula dengan cara memasak yang lama, menyebabkan jumlah
pengambilan vitamin C seharian kita semakin berkurangan.
Justeru, apakah penyelesaiannya? Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin C TERBAIK keperluan seharian anda. Dijamin HALAL, SELAMAT dan SEMULAJADI :)
No comments:
Post a Comment