Apakah kaitan antara
penuaan, radikal bebas dan
set ACE? Jom baca ni....
Semakin kita meningkat usia, semakin
kita dihantui dengan perasaan bimbang tentang penampilan dan
kesihatan kita, betul tak? Takut muka berkedut, bimbang kelihatan tua
sebelum usia, risau menghidap penyakit kronik kerana sistem ketahanan
yang semakin lemah dan macam-macam lagi.
Bagaimana penuaan terjadi? Mengapa
apabila semakin kita meningkat usia, ketahanan badan semakin lemah?
Pelbagai teori diutarakan untuk menjawab soalan ini, tetapi jawapan
yang sering diterima pakai ialah ia berpunca daripada radikal bebas.
Apa pula radikal bebas ini? Radikal bebas untuk manusia adalah
umpama asap ekzos bagi kereta. Bagi menggerakkan kereta, bahan api
perlu dibakar dan asap ekzos pun dikeluarkan. Begitu jugalah dengan
manusia. Bagi menghasilkan tenaga untuk kegunaan seharian, sel-sel
badan perlu bekerja menggunakan oksigen yang kadangkala bergabung
dengan sebatian yang tidak stabil lalu melepaskan radikal bebas.
Bukan itu sahaja, faktor alam sekitar yang penuh dengan pencemaran,
asap rokok dan kenderaan, bahan kimia, radiasi dan macam-macam lagi
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, juga menyebabkan
penghasilan radikal bebas bertambah. Apabila jumlah radikal bebas ini
terlampau banyak untuk dihapuskan oleh sistem badan, ini menandakan
pengoksidaan yang keterlaluan telah berlaku dan akan bermulalah
masalah kesihatan.
Bagaimana ia boleh terjadi? Radikal bebas
adalah satu elemen yang sangat reaktif dan tidak stabil oleh kerana
molekul ini tidak mempunyai pasangan. Jadi, bagi menstabilkan
keadaannya, radikal bebas ini akan merampas pasangan dari sel-sel
badan yang mempunyai sistem ketahanan yang lemah. Pencerobohan ini
menyebabkan sel badan kita menjadi rosak, mengubah fungsi asalnya dan
selanjutnya mengubah DNA kita. DNA yang terubah ini pula akan diwarisi oleh
sel-sel baru yang dihasilkan oleh sel yang rosak tersebut. Jadi,
semakin usia kita meningkat, semakin banyak sel rosak yang dihasilkan
di dalam badan dan ini menyebabkan banyak organ dan sistem badan yang
tidak berfungsi sebaiknya lalu menyebabkan serangan oleh pelbagai
penyakit.
Bagaimana untuk menangani masalah ini? Di
sinilah antioksidan memainkan peranan. Bagi menghapuskan dan meneutralkan
tindak balas radikal bebas ini, badan kita memerlukan antioksidan untuk melindungi sel dan menguatkan sistem imun. Malangnya, ia tidak boleh dihasilkan oleh sistem badan kita, jadi kita
perlu mendapatkannya dari sumber makanan. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan beta-carotena merupakan sumber yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Jadi, pastikan diet harian kita mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan yang secukupnya untuk memerangi radikal bebas ini.
Bimbang dengan kebersihan dan keasliaan sumber antioksidan anda?Tidak perlu lagi sekiranya anda mengamalkan set ACE Shaklee ini:
CarotoMax (sumber beta-carotene) - mempertingkatkan penglihatan, meredakan penyakit kulit, melindungi ephitelial, melawan kanser dan pengoksidaan, menghalang jangkitan kuman, menggalakkan perkembangan normal dan sihat.
Sustained Release Vita C Plus - membentuk kolagen, memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, mencantikkan kulit, membaiki insomnia, mengekalkan kolestrol sihat.
Vita-E Complex - melindungi jantung, meningkatkan kemampuan reproduktif, anti penuaan, anti oksidan yang kuat, meningkatkan tenaga, membaiki arthritis, mencegah keguguran dan menghilangkan parut.
Sayangi diri anda dan hubungilah farafadzil@gmail.com bagi mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan konsultasi percuma.
No comments:
Post a Comment