Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 30 November 2013

My Shaklee Inspiration - Master Coordinator Mac 2015

What a day! Setiap kali closing Shaklee at the end of the month mesti berdebar2. Dan bulan November berakhir dengan 1001 kemanisan apabila my upline berjaya merangkul gelaran Master Coordinator pada bulan ini. She really deserves it. Bangganya saya tak terkata. Saya kenal beliau sejak di bangku sekolah menengah. Kami tak begitu rapat masa zaman sekolah tapi Shaklee menyatukan kami dan beliaulah yang menjadi mentor kepada group bisnes Rich Family. Beliau telah berusaha gigih dan dalam hanya masa 2++ tahun, beliau telah berjaya ke peringkat ini. Alhamdulillah..

Saya masih ingat, beliau pernah bercerita tentang bagaimana beliau terdetik untuk melakukan bisnes Shaklee secara serius walaupun pada mulanya menjadi ahli Shaklee hanya untuk makan sendiri. Semuanya bermula apabila beliau menyimpan cita-cita untuk membeli almari kartun untuk anak-anaknya yang seramai 3 orang. Bagi orang lain mungkin nampak mudah untuk mendapatkannya. Tapi, tidak bagi beliau pada masa itu. Dan itulah yang menjadi push factor bagi dirinya untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara yang besar, beliau berjaya mengatasi halangan demi halangan. Dari seorang eksekutif biasa, beliau menjadi WAHM yang berjaya. Dari seorang yang tak mampu membayar hutang seperti ptptn, beliau menjadi seorang yang hampir bebas hutang. Dari seorang yang belum memiliki rumah sendiri, kini beliau berjaya memiliki 3 buah rumah. Dan bukan sahaja dapat menambah harta dunia, saham di akhirat pun bertambah juga. Lebih banyak wang dapat diberi kepada ibu bapa dan keluarga, lebih banyak zakat dan sedekah dapat dihulurkan dan lebih banyak wakaf dapat diserahkan. Dan dengan izin Allah, beliau bukan sahaja mengubah nasib dirinya sendiri..tetapi juga mengubah nasib kami semua yang berada di bawahnya..

Dan untuk mencapai ke peringkat itu, sudah pasti diiringi dengan usaha dan penat lelah keringat yang setimpal kerana tiada kejayaan yang datang bergolek sendiri. Sana sini pengorbanan perlu dilakukan dan tidak boleh ada alasan untuk mengatakan TIDAK. Kepercayaan kepada diri sendiri yang tinggi dan disertai dengan amalan rohani yang mantap juga merupakan kunci kejayaan. Sekali lagi pepatah bersusah-susah dulu pendapatan membuktikan kebenarannya.. Thank you Master Coordinator Lydzar Rusman. You really inspire me! Saya pun nak capai financial freedom satu hari nanti dan rebut gelaran Master Coordinator pada bulan Mac 2015! December 2014! Dah alang-alang jadi ahli Shaklee, rugilah kalau tak rebut apa yang disediakan untuk ahli-ahlinya :)

Korang pun nak juga? Meh hubungi saya di farafadzil[at]gmail.com atau 013-3579599. Saya kongsi bagaimana caranya...:)

Thursday 28 November 2013

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK UNTUK MELAMBATKAN PENUAAN?


Ramai yang tertanya-tanya mengapa vivix dikatakan supplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia. Jadi, kali ini mari kita lihat bagaimana Vivix bertindak untuk melambatkan penuaan.
Sebagaimana produk-produk Shaklee yang lain, Vivix juga diuji secara klinikal. Daripada ujian ini, satu perkara utama yang telah ditemui ialah ramuan di dalam Vivix ini menunjukkan impak positif kepada 4 mekanisme penuaan pada tahap selular (unit asas sel).

Apakah 4 mekanisme (punca) penuaan pada tahap selular itu?

vivix shaklee, anti penuaan, mekanisme penuaan pada tahap sellular

 1. KEROSAKAN DNA - Setiap hari, setiap sel tubuh kita diserang dengan berjuta-juta radikal bebas yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (yang bukan sel sebenar/mengandungi kesilapan) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.

Bagaimana Vivix bertindak? --> Ramuan Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol yang melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. PENGAWALAN GENETIK - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Bagaimana Vivix bertindak? --> Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MEROSOT OLEH SEL-SEL - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Bagaimana Vivix bertindak? --> Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. PENIMBUNAN PROTEIN AGE - Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Bagaimana Vivix betindak? --> Ramuan Vivix adalah 10x ganda lebih hebat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan penuaan

Selain dari bertindak sebagai anti penuaan, Vivix juga terkenal untuk memelihara kesihatan jantung, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kecergasan secara keseluruhan.

Jadi, jika anda ingin memiliki Vivix dengan sesuatu yang istimewa, hantarkan pesanan kepada farafadzil[at]gmail,com atau sms/whatsapp 012-3579599 sekarang juga!

Monday 25 November 2013

Daftar Ahli Shaklee - Semudah Menjadi Ahli Aeon Tapi Lagi Best!

28/11 ni ada aeon card (dulu jcard) sale kat aeon (dulu jaya jusco) wangsa maju. Every purchase rm100 bole dapat rm5/rm10 punye voucher. One of the reasons saya suka shopping kat aeon ni sbb nilah. Shopping2 dpt kumpul points..dapat voucher..jimat! Time org lain beli mahal..sape yg ada aeon card dpt beli murah. Best! Best!

Sama jugaklah dengan Shaklee. Mula2 saya join dulu bukan sbb nak buat side income pun. Tapi sebab nk privilege dapat beli vitamin dengan harga ahli. Sbb lagi murah! Bila murah, nak shopping vitamin utk orang tersayang pun tak berkira. Adik beradik, kawan2 pun bnyk tumpang sekaki. Bila dah banyak shopping utk diri sendiri, mak ayah, adik beradik, kawan2..dapatla banyak kumpul uv..bila cukup uv..dapatla bonus Shaklee. Minimum bonus Shaklee bagi bila cukup uv is dalam rm23++.

Sedangkan dapat rm5/rm10 voucher aeon pun dah hepi, bila dapat lebih dr rm20 lglah hepii. Lagiilaa best! Best! Best! Yelah..sape nak bagi..kan? (Haha..teringat lagi rasa 'perak' masa first time dapat cek dari Shaklee).

Dan apa yang bertambah2 best lagi, tak perlu pun pegi branch nak beli vitamin. Tak payah beratur kat kaunter. Tak payah bersesak2 dengan traffic jam dan org segala. Semuanya boleh beli online aje..n Shaklee akan hantar kat kita. Tak kira beli satu barang ke 100 barang ke..flat rate postage rm10 untuk Semenanjung and rm20 untuk sabah sarawak. Silap2 boleh dapat free postage takpun free vitamin macam bulan lepas dan bulan ni. Jimat duit minyak. Jimat tol. Jimat masa.

So, siapa2 pengguna Shaklee yang masih belum jadi ahli..saya galakkan sangat2 untuk daftar jadi ahli..sbb banyak faedahnya walaupun untuk makan sendiri..jgn ingat daftar ahli Shaklee hanya untuk orang yang nak buat bisnes saja :)

Tak mahal pun RM75 untuk Semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak. Tapi, just a piece of advise.. Pilihlah sponsor yang berilmu sebab anda pasti perlukan consultation dan guide untuk pengambilan supplement yang betul.

Jika anda mahu bersama-sama saya, sila hubungi farafadzil [at] gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599. InsyaAllah, saya akan lakukan yang terbaik untuk membimbing anda. Hidup memberi tanpa syarat pasti akan menerima tanpa had :)

Sunday 24 November 2013

Manfaat Dan Testimoni Vivix Untuk Kencing Manis


Vivix terkenal sebagai tonik anti penuaan tetapi ramai yang menganggap anti penuaan adalah hanya untuk kelihatan muda, muka tidak berkedut. Tapi, hakikatnya bukan itu sahaja. Orang yang muda sudah tentulah disinonimkan juga dengan orang yang sihat dan cergas serta bebas dari penyakit kronik seperti kencing manis atau diabetes.

Jadi, salah satu manfaat pengambilan Vivix yang berterusan adalah dapat mengawal kencing manis selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas. 

Bagaimana Vivix membantu mengawal diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:


  •  Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) – Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
  • Mengawal kepekatan gula dalam darah – Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
  • Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera -  Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
  • Mencegah pembentukan protein AGE – Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Sekarang, mari kita lihat beberapa testimoni pesakit kencing manis yang telah mengamalkan Vivix ini..

testimoni vivix, vivix untuk kencing manis, vivix untuk diabetes

testimoni vivix, vivix untuk kencing manis, vivix untuk diabetes

testimoni vivix, vivix untuk kencing manis, vivix untuk diabetes

testimoni vivix, vivix untuk kencing manis, vivix untuk diabetes

testimoni vivix, vivix untuk kencing manis, vivix untuk diabetes

Walau bagaimanapun, Vivix bukanlah ubat untuk merawat kencing manis. Pesakit kencing manis masih perlu mengambil ubat kencing manis yang dipreskrepsikan oleh doktor seperti biasa sehingga doktor sendiri yang mengesahkan sebaliknya. Pengambilan makanan juga perlu dipantau dan dikawal terutama untuk makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi, bukan sahaja untuk mereka yang disahkan telah menghidap penyakit kencing manis tetapi juga untuk semua yang ingin kekal sihat. Ini kerana punca penyakit kencing manis bukanlah kerana tabiat pemakanan kita pada hari ini tetapi pemakanan yang sudah kita amalkan selama berbelas atau berpuluh tahun sebelum itu.

Untuk pesanan Vivix dengan tawaran istimewa, hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/WhatsApp 012-3579599 sekarang juga :)

Tuesday 19 November 2013

Jom Kenal Lecithin Shaklee!


Ramai yang mengenali Lecithin Shaklee sebagai vitamin untuk menurunkan berat badan. Betul!! Tapi, sebenarnya ada banyak lagi manfaat Lecithin Shaklee ni. Jom..kita berkenalan secara ringkas dengan Lecithin Shaklee ni.
lecithin shaklee, kebaikan lecithin shaklee, set bajet lecithin, kurus, menyusu

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya yang bukan GMO. Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 530mg soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin Shaklee juga dikenali sebagai PENGEMULSI SEMULAJADI kerana ia mempunyai kesan “melekat pada lemak” iaitu lecithin menyebabkan lemak itu “terapung” dalam darah dan mencegahnya melekat pada dinding membran (yang boleh menyebabkan kegemukan).

Terdapat pelbagai lagi kebaikan Lecithin Shaklee ini, antaranya ialah:

  • Membantu dalam penyerapan Vitamin A, D, E dan K (vitamin larut lemak).
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Melindungi hati dan menghalang batu karang.
  • Menguatkan otot dan mencantikkan kulit.
  • Meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress.
  • Berfungsi sebagai pemecah lemak dan pelangsingan.
  • Membaiki prostat bagi lelaki.
  • Mengurangkan sembelit.
  • Mengelakkan insomnia

Siapa yang memerlukan lecithin?
  • Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.
  • Pesakit diabetes, buah pinggang dan stroke.
  • Mereka yang berkolestrol tinggi
  • Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout
  • Mereka yang sukar tidur.
  • Mereka yang mudah lupa dan susah nak fokus.

Lecithin ni tak dihasilkan oleh badan jadi kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Kesan kekurangan lecithin boleh dilihat sekiranya kita:

  • Mengalami keguguran rambut.
  • Kekurangan fokus terutama sekali bagi para pelajar yang sedang belajar.
  • Sering sakit dan mengalami keradangan.

Lecithin Shaklee ini juga merupakan antara supplement terlaris terutamanya kalau di musim-musim perayaan. Biasalah, kat Malaysia ni kan kaya dengan makanan. Bila raya je, tak kiralah raya bangsa apa pun..mesti ada makan2. So bila makan macam2 ni, kolestrol pun naik, lemak pun bertambah..so ramai yang suka ambil lecithin supaya kolestrol dan lemak2 tu tak terkumpul dalam badan. Ibu-ibu menyusu pun suka ambil lecithin ni..sebab dengan lecithin, kalori akan terbakar lebih cepat dan banyak semasa menyusu..so lagi cepatlah ibu-ibu ni kurus. Lagipun, lecithin banyak membantu untuk ibu-ibu ni lebih fokus. Al-maklumlah, bila dah ada baby, tidur pun tak berapa cukup..dan orang selalu kata lepas bersalin ‘banyak urat putus’..tu yang mudah lupa tu. Hehehe..
lecithin shaklee, kebaikan lecithin shaklee, set bajet lecithin, kurus, menyusu

So, tu sebab set bajet alfalfa + lecithin tu larisss sangat. Memang perfect combination untuk kurus sebab alfalfa akan bantu mengangkut lemak-lemak yang dah dikumpul oleh lecithin tu keluar dari badan. Dan perfect juga untuk yang menyusu sebab alfalfa juga adalah sejenis milk booster. Kenapa bajet? Sebab murahhh ajerr. Dengan harga runcit RM105+, dah boleh dapat kedua-dua supplement ni. Lecithin ada 180 biji sebotol, alfalfa pula 330 biji sebotol. Banyak tu! Memang berbaloi2!

So, sape-sape nak lecithin atau set bajet ni, boleh hubungi farafadzi[at]gmail.com atau call/sms/whatsapp 012-3579599 ye! Hanya yang terbaekkk untuk anda!

Sunday 17 November 2013

Ramuan Semulajadi Vivix Menjadikannya Tonik Anti Penuaan No. 1 Di Dunia

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang menjadikan Vivix terkenal sebagai tonik anti penuaan nombor satu di dunia. Tak lain tak bukan kerana ramuan semulajadinya yang hebat yang melambatkan proses penuaan sekaligus membongkar rahsia untuk kekal awet muda.

vivix, anti penuaan, ramuan vivix, anti barah, antioksidan, anggur muscadine, polyganum cuspidatum, european elderberry, lobak ungu

Secara ringkasnya, Vivix merupakan sirap ataupun minuman campuran botani yang terdiri daripada 4 ramuan utama semulajadi yang hebat yang kaya dengan polifenol yang memberi kebaikan antioksidan dan anti penuaan sel. Ramuan-ramuan inilah yang menyebabkan Vivix amat bagus untuk membaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan membaiki DNA. Jangan tak tahu, hampir setiap hari radikal bebas merosakkan DNA kita..dan menyebabkan kita nampak 'tua sebelum usia'...jadi, sebab itulah kita perlu mengambil perlindungan antioksidan yang powerful macam Vivix ni.

vivix, anti penuaan, ramuan vivix, anti barah, antioksidan, anggur muscadine, polyganum cuspidatum, european elderberry, lobak ungu

4 ramuan utama tersebut adalah anggur muscadine, polyganum cuspidatum, lobak ungu dan european elderberry. Dan seperti biasa, bahan-bahan utama ini sudah tentulah telah diuji secara klinikal dan ianya merupakan formula ekslusif untuk Shaklee.

  1. Anggur Muscadine/Muskat - merupakan satu-satunya jenis anggur yang mempunyai 20 pasang kromosom (anggur lain ada 19 je..) yang tumbuh hanya di kawasan Southeastern, United States. Kalau nak tahu, cuaca di kawasan itu boleh menjadi sangat dahsyat dan tidak boleh dijangkakan. Jadi, untuk bertahan di dalam cuaca yang sedemikian, anggur muscadine ini tumbuh dengan lebih besar, lebih kuat dan mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding anggur-anggur biasa yang terdapat di pasaran. Dan disebabkan oleh pasangan kromosom yang extra inilah menjadikan anggur muscadine memberikan lebih manfaat kepada kesihatan, lebih tinggi terhadap imunisasi badan dan juga lebih kaya dengan antioksidan. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-kanser, menyokong kesihatan jantung dan juga mengawal kandungan gula dalam darah.
  2. Polyganum Cuspidatum - akar polyganum cuspidatum bermanfaat sebagai agen anti kemurungan, anti-kanser, merendahkan tekanan darah, merendahkan kolestrol, melambatkan penuaan dan meningkatkan tenaga.
  3. Lobak Ungu - Lobak ungu yang turut menjadi ramuan utama di dalam Vivix berfungsi sebagai pendetoks kepada hati, anti kanser, antioksidan, meredakan keradangan/inflammation dan juga menyokong kesihatan jantung.
  4. European Elderberry - Vivix juga dilengkapkan dengan khasiat european elderberry yang baik untuk anti bakteria, anti kuman, anti radang, kesihatan sendi dan juga penglihatan.
Bayangkan kalau takde Vivix, macam mana agak-agaknya kita nak dapatkan semua khasiat dari 4 ramuan nih ye? Memanglah ada je buah-buahan yang diimport, tapi kalau SEBIJI anggur muscadine pun dah harga ratus-ratus ringgit, entah berapa ribu pulaklah nak habis untuk dapatkan tiga lagi ramuan tu kan? Itupun baru harga sebiji anggur.. yang confirm... jangan kata sehari...tapi sekali makan pun dah habis. Katakan sehari makan sebiji anggur muscadine kita spend RM100, kalau sebulan makan?? Tak ke ribu-riban jugak abesnya. Huhuhu.. So, memang bagus sangatlah Shaklee ciptakan Vivix ni. Ambil sesudu teh sehari je pun dah cukup. Sebotol harga runcit baru RM475 tapi boleh tahan dekat 2 bulan.

Tapi, itupun ramai lagi yang rasa mahal. So, sebab tu ramai orang yang rebut beli borong time promosi macam bulan ni. Berbaloi2! Harga dua botol boleh dapat dua botol setengah. Banyak tu! Kalau biasa boleh consume 4 bulan, bila beli time promosi boleh consume 5 bulan. Tak ke best tu?

So, bagi yang berminat boleh call/sms/whatsapp 012-357 9599 atau emal farafadzil[at]gmail.com.  Tinggal  13 hari je lagi promosi. Jangan tunggu lama2..nanti gigit jari! Dengan pembelian bersama VItamin Online Store, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan lain juga. Nak tahu apa dia? Belilah dulu, baru saya bagitahu.. ^-^

Saturday 16 November 2013

Tak Makan Vitamin Yang Doktor Bagi Semasa Hamil..Boleh Ke???

Setiap wanita yang telah disahkan hamil oleh doktor atau pakar kesihatan, pasti akan dibekalkan dengan vitamin dan supplement kerana mereka memerlukan zat yang lebih berbanding wanita biasa bagi memastikan kesihatan diri dan anak di dalam kandungan. Tapi, kalau tak nak makan vitamin yang doktor bagi tu, boleh ke? Jawapannya, boleh aje...DENGAN SYARAT ibu hamil tersebut yakin yang dia boleh mendapat nutrien yang cukup dari pemakanannya setiap hari.

Jadi, apa vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu hamil?

Para doktor dan pakar kesihatan mengesyorkan semua ibu yang mengandung mengambil vitamin dan mineral yang tersenarai di bawah bagi menampung keperluan nutrisi ibu dan anak sepanjang kehamilan:
  1. Asid Folik - penting bagi pembentukan saraf tunjang yang baik bagi bayi bagi mengelakkan bayi daripada mengalami spina bifida.
  2. Zat Besi (Iron) - penting untuk pembentukan sel darah merah. Ibu hamil perlu menghasilkan sel darah merah yang lebih banyak untuk disalurkan kepada bayi di dalam kandungan.
  3. Vitamin C - penting dalam membantu penyerapan zat besi dan nutrien-nutrien lain. Mengelakkan ibu hamil dari mudah diserang penyakit.
  4. Kalsium - penting bagi pembentukan tulang bayi, mengelakkan ibu hamil dari sakit2 belakang atau pinggang semasa mengandung.
  5. DHA - Otak bayi akan semakin berkembang bermula dari trimester kedua kehamilan. DHA yang mencukupi membantu perkembangan otak bayi yang baik.
Jadi, kalau tak nak makan vitamin yang doktor bagi, ibu-ibu hamil mestilah mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat di atas. Ini termasuklah minum susu 4 gelas sehari untuk mendapat 1000mg calcium, 7 1/2 biji oren setiap hari untuk bekalan vitamin c yang paling minima diperlukan oleh badan, daging merah, bayam, protein dan sebagainya untuk mendapat asid folik dan zat besi yang mencukupi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Huhuhu..banyaknyerlah kan? Dengan mabuk loya masa mengandung lagi, boleh ke nak telan banyak2 tu? Macam tak boleh je...macam tak lalu jee..kan? kan?

Psttt!!Nak tahu satu rahsia? Saya pun sebenarnya tak makan vitamin yang doktor bagi semasa saya hamil anak yang kedua. Dan saya juga tak makan semua makanan tu banyak2. Bukan tak makan langsung..tapi saya akui kuantiti yang saya ambil setiap hari tak memenuhi langsung keperluan yang sepatutnya seorang ibu hamil dapat. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah.. saya dapat melalui pengalaman mengandung anak yang kedua dengan sihat dan cergas. Dan bayi yang dikandung juga sihat. Rahsianya?? Mesti korang dah dapat teka..Tentulah kerana saya telah mengambil Set Hamil Shaklee!

Set Hamil Shaklee boleh dibahagikan kepada dua iaitu Set Hamil Shaklee Trimester I dan Set Hamil Shaklee Trimester II & III.

Untuk Set Hamil Shaklee Trimester I, supplement yang terkandung dalam set ini adalah:
  1. B-Complex - untuk bekalan asid folik sepanjang kehamilan, energy booster dan anti-stress.
  2. Vitalea Iron Formula - multivitamin dan multi mineral yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi bagi pembentukan sel darah merah dan juga asid folik.
  3. Sustained Release Vita-C Plus - sebagai antioksidan menghalang serangan penyakit dan membantu penyerapan vitamin lain.
  4. OsteMatrix - membekalkan kalsium keperluan tulang dan magnesium bagi mengelakkan sembelit semasa mengandung.

Manakala, untuk Set Hamil Shaklee Trimester II & III, supplement yang terkandung di dalam set ini adalah sama seperti Set Hamil Shakee I dan ditambah dengan:

set hamil shaklee, set ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin ibu mengandung

5. Omega Guard -  yang merupakan asid lemak Omega - 3 yang mengandungi DHA untuk perkembangan otak bayi yang sihat. Selain itu, Omega Guard juga dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi bagi ibu-ibu mengandung yang menghidapinya.

Dengan mengamalkan Set Hamil ini, saya memang tidak memerlukan lagi vitamin yang diberi oleh doktor. Saya lebih suka menggunakan Set Hamil Shaklee kerana ia semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga mudah ditelan kerana kapsulnya yang tidak terlalu besar dan tidak meloyakan. Saya juga tidak mengalami simtom2 kekurangan darah sepertimana mengandung anak yang pertama dan sangat jarang mengalami kekejangan otot atau sakit-sakit sendi dan tulang.Selain set hamil ini, saya juga mengamalkan pengambilan ESP sebagai sumber protein bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan selain untuk mencantikkan kulit. Maklum sajalah, ketika mengandung kulit mudah menjadi kusam dan tidak berseri. Tetapi Alhamdulillah..dengan pengambilan yang konsisten saya bertuah kerana tidak mendapat "stretchmarks" semasa hamil. Kerja-kerja seharian juga dapat dilaksanakan seperti biasa malah beberapa jam sebelum kelahiran saya masih sempat ke shopping mall untuk menyediakan sambutan Syawal. Proses kelahiran juga berjalan dengan lancar dan tidak begitu memenatkan. Anak kedua saya lahir dengan sihat dan selamat dan hari ini dia mencecah usia 4 bulan dengan perkembangan yang cukup memberangsangkan. Syukurrrr...Alhamdulillah...

set hamil shaklee, set ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin ibu mengandung

Jadi, jika anda mendapati vitamin yang diberi oleh doktor meloyakan, terlalu besar untuk ditelan atau kurang berkesan (misalnya anda masih mengalami low hb walaupun telah mengambil iron pills), apa kata anda cuba pula Set Hamil Shaklee ini. Supplement nya yang semulajadi menjadikan ia mudah diserap oleh badan dan lebih cepat memberi kesan. Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan lanjut. Anda juga boleh add saya di Facebook dan like page VItamin Online Store bagi mendapat tips-tips terkini berkaitan kesihatan. Dengan setiap pembelian bersama VItamin Online Store, anda layak mendapat konsultasi dan jadual makan yang betul serta menyertai group ekslusif pengguna-pengguna Shaklee yang telah membeli bersama saya.

Friday 15 November 2013

Vitamin C Shaklee: Bukan Sebarang HOT SELLER

Kalau siapa-siapa belum tahu, antara banyak produk Shaklee, Vitamin C lah yang paling HOT SELLER. Kejap-kejap je habis.. kejap-kejap je lesap..Baru je sampai stok baru, tak sampai 3 4 hari dah out of stock. Macam Chipsmore plak "Now you see, now you don't". Sebelum ni, Vitamin C ni dah menghilangkan diri dari market lebih dari setahun. Punyerlah ramai yang rindu dengan vitamin C Shaklee ni..sampaikan bila tiba je stok baru 21 Oktober 2013 aritu..dalam masa 4 hari sahaja dah habis!!! HOT tak HOT la Vitamin C nih. Jangan main-main. Memang siapa yang lambat order hari tu, terpaksa gigit jari. Tapi, Alhamdulillah..sebab kali ni Vitamin C tak hilang lama. Seminggu dua lepas tu datanglah dia semula.. Cuma kena sabar menunggu ajelah.

Anyway, Vitamin C Shaklee ni dikenali dengan pelbagai nama. Ada orang panggil Vitamin C Shaklee ni Sustained Release Vitamin C, ada yang panggil Vita-C Plus, ada yang panggil Vita-C SR (SR for sustained release), ada yang panggil vitamin C 500mg dan macam-macam lagilah. Tapi, awas ye! Dulu, sebelum vitamin C Shaklee ni menghilang lama, ramai insan yang 'kurang beretika' telah mengambil kesempatan untuk re-branding Vitamin C Shaklee ni. Ia di-repack dan dijual semula di pasaran dengan harga yang sangat-sangat tinggi melebihi daripada harga runcit yang ditetapkan oleh Shaklee. Kalau harga runcit sebiji Vitamin C ni hanyalah lebih kurang 51 sen, ada yang telah menjual semula dengan harga lebih dari RM1 sebiji!! Bayangkan kalau peniaga-peniaga ini telah membeli vitamin C ini dengan harga ahli, bukan sahaja 2x ganda..malah berganda-ganda mereka telah mengaut keuntungan. Saya bukan nak dengki, tapi saya simpati dengan pengguna atau customer yang telah tertipu dengan orang-orang yang macam ni. Nak tahu nama brand vitamin c yang mereka jual tu? Oh..macam2 yang saya dengar..tapi cukuplah saya berikan gambar-gambar kat bawah ni supaya anda mengetahui bagaimana rupa vitamin C Shaklee yang sebenar. Kalau rasa-rasa macam pernah tengok je..macam pernah makan je..haa..berhati-hatilah lepas ni supaya anda tidak tertipu sekali lagi.
Vitamin C, vitamin c shaklee, vitamin c sustained release, vita-c plus, hot seller shaklee
Kenapa Vitamin C Shaklee menjadi HOT SELLER?

Tak lain tak bukan kerana ramai yang telah JATUH CINTA dengan keberkesanannya. Vitamin C Shaklee yang bersifat 'SUSTAINED RELEASE' menyebabkan tubuh badan kita sentiasa dilindungi oleh antioksidan untuk melawan radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan serangan penyakit dan kemusnahan sel. Ini bermaksud, kandungan vitamin C Shaklee yang sebanyak lebih kurang 500mg itu tidak dilepaskan ke dalam badan secara sekaligus tetapi secara perlahan-lahan bagi memenuhi keperluan badan. Jadi, instead of badan kita hanya dilindungi pada satu-satu masa, dengan Vitamin C Shaklee ianya akan dilindungi sepanjang masa. Vitamin C juga merupakan vitamin yang larut air yang sangat mudah diserap oleh badan dengan syarat kita minum air masak yang cukup (2-3 liter sehari) menyebabkan kesannya sangat cepat dirasai.

Apa manfaat Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin ASAS yang diperlukan oleh manusia tak kira usia. Walaupun kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran, kuantiti yang kita peroleh dari sumber tersebut amatlah rendah kerana banyak vitamin C telah termusnah akibat pencemaran, penggunaan baja dan bahan kimia, dipetik sebelum ranum, dimasak terlalu lama dan macam2 lagi. Jadi, pengambilan supplement vitamin C amatlah perlu bagi :

  • Meningkatkan imunisasi badan - vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan dari serangan bakteria dan kuman. Antara punca mengapa orang yang sering demam atau mudah diserang selsema adalah kerana mereka kekurangan vitamin C. Ia juga membolehkan zat besi (iron) lebih mudah diserap bagi membina sel darah merah.
  • Mencantikkan kulit - selain melindungi badan dari kuman dan bakteria, vitamin C juga dapat melindungi sel daripada rosak dan termusnah. Ini dapat mengelakkan kemusnahan sel kulit yang menjadi punca jerawat dan pembentukan pigmentasi ataupun jeragat. Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari juga membantu dalam mencerah dan melicinkan kulit.
  • Membentuk kolagen - kolagen merupakan tisu penyambung atau penyokong yang menyokong dan membentuk otot, tulang dan sel-sel di dalam badan kita. Vitamin C diperlukan dalam pembentukan kolagen ini.
  • Memperbaiki simtom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah punca gusi berdarah, luka lambat sembuh, lebam dikulit, kulit kering dan kasar.
Siapa yang memerlukan vitamin C?
  • Perokok - bekalan vitamin C dalam badan seorang perokok amat cepat termusnah.
  • Semua orang yang ingin meningkatkan sistem ketahanan badan atau yang senang diserang penyakit dan kerap selsema.
  • Semua orang yang tidak suka makan sayur atau jarang makan buah-buahan.
  • Semua orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat ataupun eczema.
  • Wanita yang mengambil pil perancang atau mereka yang mengambil pil tahan sakit kerana pil ini menyusutkan vitamin C di dalam badan dengan banyak.
  • Orang yang mudah stress kerana stress mempercepatkan kehilangan vitamin C dari badan.
Dengan gaya hidup dan keadaan alam sekitar zaman sekarang, sememangnya semua orang memerlukan vitamin C. Jadi, macam manalah Vitamin C Shaklee ni tak jadi HOT SELLER! Anda tunggu apa lagi? Hantarkan pesanan kepada farafadzil [at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599. Atau boleh juga add saya di Facebook (Fara Fadzil) dan like FB page: VItamin Online Store untuk mendapatkan tips-tips kesihatan dan info terkini produk. Setiap pembelian bersama VItamin Online Store anda akan diberikan konsultasi percuma dan cara dan jadual makan yang betul. Jom grab satu vitamin c Shaklee ni sebelum out of stock lagi! :)

Wednesday 13 November 2013

GLA Complex Shaklee: 2 Kali Ganda Lebih Baik dari EPO!



Tahukah anda EPO yang berada di pasaran yang  merupakan salah satu dari GLA? Tapi, sebelum itu tahukah anda apa itu GLA? GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acid iaitu sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak Evening Primrose (EPO), minyak borage dan minyak black current. Asid lemak Omega-6 adalah sejenis asid lemak perlu – iaitu asid lemak yang penting bagi kesihatan manusia tetapi tubuh kita tidak dapat menghasilkannya – jadi kita perlu mendapatkannya melalui makanan.

Perbezaan Shaklee

Kebanyakan GLA yang berada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi GLA Complex Shaklee dihasilkan dari minyak Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding yang terdapat dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO.

gla complex, EPO, senggugut, menopause, kitaran haid

Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mengandungi lebih dari 300mg GLA dari sumber terbaik Omega-6.  Ia juga digabungkan dengan minyak benih bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Manfaat GLA

GLA sangat terkenal di kalangan wanita kerana ia memberi manfaat yang cukup banyak dalam menstabilkan hormon. Ini kerana GLA merupakan asid lemak yang digunakan untuk membina prostaglandin – iaitu bahan hormon dalam badan yang mengawalselia proses badan yang normal seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastric dan banyak lagi. Ia juga merupakan anti-radang, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah. Memandangkan ia adalah satu keperluan untuk badan dan ramai yang sukar mendapatkannya melalui makanan, maka supplemen GLA Complex merupakan satu alternative yang lebih mudah dan menyenangkan.

Siapa yang perlukan GLA Complex?

  • Wanita yang menghadapi PMS dan sering senggugut
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
  •  Pesakit kencing manis atau diabetes
  • Mereka yang berlebihan berat badan akibat ketidakstabilan hormon
  •  Penghidap rheumatoid arthritis dan eczema
  • Wanita yang menopause
  • Mereka yang hiperaktif dan autism (ADD/ADHD)
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka di atas, mari tingkatkan kandungan GLA di dalam badan anda menerusi supplemen GLA Complex ini. Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 bagi sebarang pertanyaan lanjut. Setiap pembelian bersama Vitamin Online Store, anda berhak mendapat cara makan GLA Complex yang betul dan tips-tips ekslusif berkaitan.

Tuesday 12 November 2013

Nak Cepat Hamil? Meh Cuba Set Kesuburan Shaklee!




Sudah lumrah pasangan yang berumah tangga ingin cepat hamil dan mendapat cahaya mata. Namun rezeki anak, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa tahu bila kita bersedia untuk memikul amanah itu. Sedangkan Nabi Zakaria a.s dan Nabi Ibrahim a.s juga diuji dengan ujian ini, apatah lagi kita yang hanya seorang hamba yang sangat kerdil. Bersabar ye. Jangan putus berdoa dan berusaha. Dapatkan nasihat doktor untuk mendapat kesahihan masalah yang mungkin anda dan pasangan yang sedang hadapi dan berusahalah dengan cara selamat untuk mendapatkan zuriat.

Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee. Supplement Shaklee yang telah bertapak lebih dari 50 tahun di pasaran merupakan supplement yang diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan KKM serta dijamin halal dan boleh digunakan tanpa was-was. Untuk menggalakkan kehamilan yang cepat, anda dan pasangan anda boleh mencuba set kesuburan Shaklee berikut yang terdiri daripada B-Complex, GLA Complex, Alfalfa Complex, Zinc  Complex dan Vitamin E.
set kesuburan shaklee, dapat anak, tips dapat anak, tips kesuburan,tips cepat hamil, b complex, gla, alfalfa, vitamin e, zinc
 
Bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini boleh membantu untuk cepat hamil? Mari kita baca fungsi setiap supplement di dalam set kesuburan ini.

B-Complex – Vitamin B-Complex penting bagi memberi stamina dan tenaga kepada kedua-dua pasangan.  Ia juga bersifat anti-stress yang membolehkan suami isteri lebih tenang dan lebih menikmati masa ‘bersama’. Dan yang paling penting sekali, B-complex Shaklee amat baik untuk para isteri yang ingin cepat hamil kerana ia mengandungi Asid Folik yang merupakan komponen penting bagi menggalakkan pertumbuhan janin. Pakar kesihatan juga sangat menitikberatkan pengambilan Asid Folik bagi mereka yang sedang merancang kehamilan.

GLA Complex GLA Complex merupakan asid lemak Omega 6 yang sangat baik untuk wanita.  Ia membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang sangat subur dan berkualiti agar sperma dapat bertahan sehingga 5 hari di dalam rahim.  Selain itu, GLA Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon wanita. Ia dapat  mengurangkan rasa sakit senggugut dan memperbetulkan semula kitaran haid bagi mengenal pasti waktu ovulasi yang tepat yang kadang-kala menjadi punca  ketidaksuburan. GLA Complex juga dipercayai dapat mengecutkan cyst dan mempunyai manfaat  dan kandungan 2 kali ganda lebih baik dari Evening Primrose Oil (EPO) yang terdapat di pasaran.

AlfalfaAlfalfa Complex Shaklee yang berfungsi sebagai kacip Fatimah dapat membantu wanita untuk ‘tidak cepat kering’ semasa ‘bersama’ bagi membolehkan pasangan untuk lebih ‘menikmati’ masa bersama.  Ia juga dapat merawat masalah keputihan dan kegatalan vagina yang menyebabkan ketidakselesaan. Selain itu, Alfalfa juga bertindak sebagai agen pendetoks bagi mengatasi masalah berat badan yang boleh  menjadi punca ketidaksuburan.

Zinc Complex Zinc adalah mineral yang sangat memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki. Ia penting dalam penghasilan hormon testosteron dan sperma yang lebih banyak, berkualiti , kuat dan aktif bergerak menuju ke ovum.

Vitamin EVita-E Complex Shaklee seringkali dijolokkan dengan gelaran ‘vitamin cinta’ kerana keupayaannya merangsang pasangan suami isteri untuk kerap ‘bersama’. Justeru, ini meningkatkan lagi keberangkalian isteri untuk hamil dan pasangan untuk menimang cahaya mata. Ia juga dapat meningkatkan kelakian si suami dan menyuburkan sistem reproduksi lelaki dan wanita.

InsyaAllah dengan gabungan vitamin dan mineral dalam Set Kesuburan Shaklee ini, pasangan akan merasa lebih sihat dan bertenaga untuk bersama tanpa perlu risau tentang jaminan keselamatan produk yang diambil. Set kesuburan Shaklee memberi harapan baru kepada setiap pasangan yang ingin mendapatkan anak . Dengan sel yang sihat, badan juga akan sihat, dan  peluang untuk cepat hamil akan menjadi lebih cerah.

Selain mengamalkan supplement ini,  pasangan suami isteri yang hendak menimang cahaya mata haruslah sentiasa makan makanan yang berkhasiat dan rajin bersenam bagi mengelakkan berat badan menjadi punca ketidaksuburan. 

Sambil kita berusaha, sentiasalah berdoa dan berserah kepada Allah, kerana Dia sahaja yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik setiap ujian yang diberi. Rajin-rajinlah bersedekah dan mengamalkan Doa Nabi Zakaria di bawah ini. Moga-moga suatu hari nanti permintaan untuk menimang anak diperkenankan.

doa nabi zakaria, set kesuburan shaklee, tips dapat anak, tips mudah hamil



Surah Al- Imran 3:38 

Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 


doa nabi zakaria, set kesuburan shaklee, tips dapat anak, tips mudah hamil

 
Surah Al-Anbiya:21:89

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri [tidak mempunyai keturunan yang mewarisi] dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Hubungi 012-357 9599 atau farafadzil[at]gmail.com untuk pesanan Set Kesuburan Shaklee dan konsultasi vitamin dan mineral yang bersesuaian dengan masalah dan bajet anda. Setiap pembelian dengan VItamin Online Store, anda akan mendapat jadual pemakanan vitamin yang betul dan tips-tips berkaitan bagi mengoptimumkan peluang untuk anda cepat hamil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...