Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 22 November 2012

Masalah Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Sebenarnya, semua orang mengalami keguguran rambut, tak kira lelaki mahupun wanita. Antara punca-punca keguguran rambut adalah seperti faktor penuaan, tekanan, perubahan hormon, pengambilan ubat, melahirkan anak atau menghidap sesuatu jenis jangkitan. Pada satu-satu masa, hanya lebih kurang 90% daripada rambut kita yang akan bertambah panjang manakala 10% lagi akan masuk ke dalam “resting phase” di mana ia tidak akan panjang lagi. Setiap dua atau tiga bulan, rambut yang berada dalam “resting phase” ini akan gugur untuk memberikan laluan kepada rambut baru untuk tumbuh.
Di kalangan wanita, masalah keguguran rambut kelihatan amat kritikal terutamanya selepas mereka bersalin. Memang ngeri apabila melihat jumlah taburan rambut yang gugur di lantai setiap hari atau pun setiap kali menyikat rambut. Malah, ada yang menyifatkan keguguran rambut yang sedang dialami umpama sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk pesakit kanser!! Tetapi, ibu-ibu tidak perlu terlampau “freak out”. Seperti mana perubahan-perubahan yang dialami semasa mengandung, situasi yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara.
atasi keguguran rambut dengan shaklee,gugur rambut selepas bersalin
Masalah keguguran rambut yang dikaitkan dengan kehamilan biasanya berlaku 3 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon semasa hamil menyebabkan kebanyakan rambut tidak gugur semasa mengandung dan hanya memasuki “resting phase”. Walau bagaimanapun, apabila wanita itu sudah bersalin, paras hormon akan kembali kepada asal dan rambut pun mula gugur mengikut kitaran normal. Rambut yang sepatutnya gugur semasa mengandung juga akan turut gugur bersama-sama pada waktu ini. Jadi itulah sebabnya rambut yang gugur selepas bersalin lebih banyak daripada biasa.
Pada waktu ini, sehingga 60% daripada rambut yang ada akan memasuki “resting phase”. Keguguran rambut yang teruk biasanya akan berlaku pada 3 atau 4 bulan selepas bersalin kerana folikel rambut sedang “diperbaiki”. Tetapi seperti yang dinyatakan tadi, kehilangan rambut ini hanyalah sementara dan akan kembali seperti biasa dalam masa 6 hingga ke12 bulan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dan sukar dikawal sekiranya anda sendiri tidak mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya. Untuk mengawal dan mengelakkan diri daripada menghadapi situasi ini, pastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya atau mengambil supplemen untuk melengkapkan keperluan tubuh anda. Vitamin dan mineral yang dimaksudkan ialah:
bcomplex shaklee, rambut sihat, baiki sel rambut 
Biotin (Vitamin H) – Biotin diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada karbohidrat dan penting untuk kesihatan kulit, mata dan rambut. Ia membantu dalam mendapatkan rambut yang kuat dan sihat dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik. Biotin juga membantu dalam metabolisma asid amino yang merupakan unit terkecil bagi protein untuk membina dan membaiki sel rambut. Ia adalah sejenis vitamin yang larut air, jadi badan kita tidak mampu untuk menyimpannya dengan lama. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan sumber biotin dari diet seharian kerana jika tidak, ia akan menjadi punca kepada masalah keguguran rambut. Untuk mendapatkan biotin, anda boleh mengambil supplemen vitamin B Complex.
zinc shaklee, sembuh luka, elak gugur rambut 
Zinc – Zinc adalah mineral penting yang boleh didapati dalam hampir kesemua sel. Ianya telah digunakan sejak zaman dahulu kala kerana keupayaannya untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc juga memainkan peranan penting dalam deria rasa, penglihatan, pembinaan tubuh, deria bau dan kawalan insulin. Ia mengandungi sifat antioksidan dan membantu dalam melindungi rambut anda daripada kerosakan akibat radikal bebas. Dan menurut University of Maryland, kekurangan zinc boleh mengakibatkan keguguran rambut.
vitamin a, carotomax shaklee, rambut sihat, mata sihat 



Vitamin A -Vitamin A terlibat dalam dalam memastikan perkembangan dan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia bertanggungjawab dalam sintesis asid retinoik yang terdapat dalam folikel rambut. Vitamin A akan membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan juga memastikan ianya sentiasa lembab dengan menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum pada wajah dan kulit kepala. Sumber vitamin A boleh didapati contohnya daripada CarotoMax Shaklee.




Adakah anda juga stress dengan masalah keguguran rambut ini? Cubalah supplemen-supplemen ini dan lihatlah perubahannya :).
Hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dengan sesuatu yang istimewa sekarang!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, merawat atau menyembuh mana-mana penyakit.

Sunday 18 November 2012

Kurus Dengan Sihat VS Kurus dengan Cepat

Kadang-kadang bila tengok kat wall Facebook sendiri, seriau bila nampak macam-macam iklan untuk kurus. Macam-macam produk ada. Macam-macam tagline keluar. "Kurus dalam masa sekian sekian hari", "kurus tanpa pantang makan, tanpa senaman", "kurus sambil tengok tv kat rumah", etc etc..Menarik kan ayat-ayatnya? Kalau saya seorang yang desperate nak kurus tapi malas nak berusaha mesti saya pun akan tertarik dengan produk-produk tuh. Tapi, bila fikir lamaaa sikit..ishh..takut jugak nak percaya. Walaupun dah ditepek-tepek gambar orang yang dulu gemuk sekarang dah kurus.  Ohh..saya bukan nak condemn produk-produk tuh. Saya tak tahu tentang produk mereka, tak pernah kaji, tak pernah guna.. so it's not right for me to judge by it's cover. Mungkin produk-produk ini ada cara dan properties nya tersendiri. Itu siapa yang guna, dialah yang kena kaji.

Cuma kat sini, saya nak kongsi tentang apa konsep berat badan dan macam mana sepatutnya cara untuk menurunkan berat badan dengan SIHAT. Sebab saya tahu ramai yang nak kurus cepat tapi tak faham atau tak tahu tentang perkara ini. Ada yang menegah diri sendiri daripada makan langsung atau skip meal untuk mengurangkan berat badan. Ya, mungkin berat badan kita akan/boleh turun dengan cara sedemikian tetapi tanpa makanan yang cukup atau sebarang pemakanan tambahan, badan akan kekurangan nutrisi dan akan mudah diserang penyakit. Oleh kerana kekurangan makanan untuk dibakar untuk memberi kita tenaga, lama kelamaan kadar metabolisma akan menjadi rendah dan menyebabkan otot-otot menjadi kecut dan rosak. Lagipun, agak-agaknya selama mana kita boleh tahan dengan nafsu makan sendiri? Kalau tiba-tiba keinginan untuk makan itu datang dan pada masa itu kadar metabolisma kita sudah pun menjadi rendah, agak-agaknya senang kah tubuh kita untuk membakar makanan tersebut dan memastikan berat badan kita tidak naik semula? Sudah tentu tidak, kan? Silap-silap haribulan, badan akan lebih gemuk dari sebelum ini!
Itu juga merupakan salah satu sebab mengapa ada sesetengah orang yang walaupun mengambil produk kurus gagal dalam diet mereka. Ini kerana mungkin semasa mengikuti program tersebut, mereka terpaksa mengamalkan aturan makan yang terlampau ketat yang mereka sendiri tak mampu patuhi. Ada juga yang gagal kerana hasil yang diharapkan terlalu lambat atau kerana produk itu sendiri mengandungi kandungan yang tidak selamat dan menyebabkan fungsi tubuh bertukar. Ini boleh terjadi kalau kita tidak benar-benar mengetahui dari mana sumber produk itu dihasilkan dan hanya menanggung akibat setelah menggunakan produk itu. Jadi, hati-hati ya dalam memilih produk untuk kurus.

Jadi, bagaimana nak kurus dengan sihat?
1. Pertama sekali yang perlu difahami adalah kegemukan berlaku adalah akibat pengambilan kalori yang berlebihan berbanding dengan penggunaannya. Ramai orang ingat kalau makan banyak lemak dan minyak, nanti badan gemuk. Sebenarnya, ianya bukanlah faktor utama ye. Sekiranya anda mengambil banyak kalori tetapi kurang menggunakannya, kalori inilah yang akan disimpan di dalam tubuh sebagai lemak simpanan! Jadi, apa yang pertama sekali yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada gemuk adalah menyeimbangkan persamaan ini dan sentiasa memastikan CALORIE IN=CALORIE OUT. Dan jika misi anda adalah untuk menurunkan berat badan, pastikan aktiviti fizikal anda lebih banyak daripada pengambilan kalori atau sekiranya tidak mampu berbuat demikian, anda haruslah mengurangkan pengambilan kalori setiap hari.
 2. Jangan langsung tidak makan. Kekurangan makanan akan menyebabkan anda kekurangan nutrisi dan seterusnya menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Apabila jisim otot anda berkurangan, kadar metabolisma akan menjadi rendah dan menyebabkan anda sukar untuk membakar lemak. Jadi, walaupun anda kurus cepat tetapi badan anda akan cepat kembali gemuk apabila anda mengamalkan semula tabiat pemakanan anda seperti biasa. Jadi, adalah PENTING untuk anda memilih produk yang selamat dalam proses anda untuk mendapatkan berat badan idaman.
3. Beri masa untuk tubuh anda menjadi kurus. Anda harus ingat, PRODUK KURUS BUKAN SATU MAGIK. Sekiranya anda menggunakan sesuatu produk kurus dan kemudian anda menjadi kurus dengan mendadak tanpa melakukan apa..well, I would say..there is something fishy about it.  
Jadi, masihkah kita perlu mengambil produk kurus?  Jawapannya, masih YA. Bagi mengelakkan kita kekurangan nutrisi dan kehilangan jisim otot apabila kita kurang makan, kita perlu mengambil pemakanan tambahan yang membantu kita menampung nutrisi yang tubuh kita perlukan.

Persoalannya, apakah kriteria produk kurus yang perlu anda cari?

1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
2. Melindungi otot.
3. Indeks glisemik rendah.
4. Menggunakan bahan-bahan yang semulajadi & non (bebas) GMO.
5. Mengandungi makro dan mikro nutrien penting.
6. Yang selamat, diuji secara klinikal!
Lihatlah kepada fakta dan jangan terpengaruh dengan testimonial semata-mata sebab kadang-kadang untuk tujuan pemasaran, testimonial pun orang boleh tipu tau!
cinch shake, cinch shaklee, kurus dengan sihat, leucine, diet,jisim ototJika anda masih mencari produk yang menepati kriteria-kriteria ini, anda boleh mencuba Cinch Shake yang diperkaya dengan formula Leucine yang membantu anda:
KEEP MUSCLES THAT YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT

Didatangkan dengan tiga perasa - Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte - Cinch Shake boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan secara sihat. Ini kerana dengan leucine, Cinch Shake dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dan yang penting, ianya telah diuji secara klinikal!

Hubungi saya di farafadzil[at]gmail.com atau 012-3579599 untuk mengikuti program diet bersama Cinch sekarang.

Friday 16 November 2012

Kekalkan Kecergasan Dengan Mighty Triple Gem



Selama ni asyik berkongsi tentang testimonial pelanggan.  Hari ni, saya nak kongsi tentang pengalaman saya sendiri. It’s about MIGHTY TRIPLE GEM. Apa ke menda alah tu ? Haa.. nih la dia nak share..

Sepanjang minggu ni saya hanya bekerja dua hari sahaja, hari Isnin yang lepas dan hari ini, Jumaat. Pada hari Selasa hingga semalam (Khamis) kami sekeluarga pergi bercuti ke Penang. Yes..bercuti..bukan sekadar balik kampung (sbb hubby orang Penang) and duk lepak2 makan char koay teow or layan nasik kandaq ja. Kali ni, kitorang menjadi tourist guide bagi ahli keluarga sebelah saya (abah, pakcik, makcik, abang&isteri, adik2, anak2 buah yang dari Pahang) yang berhajat untuk bercuti bersama-sama di Penang. Last time kitorang semua ramai-ramai berjalan ke utara ialah pada tiga tahun lepas, masa kenduri kahwin saya di sebelah mertua. So in total, ada tiga keretalah yang berkonvoi ke utara.

Anyway, to cut it short..perjalanan kami penuh cabaran sebenarnya. First, cuaca kat utara sangatlah panas. Berbeza sungguh dengan cuaca di Lembah Kelang ataupun Pantai Timur yang mendapat hujan hampir setiap hari di musim tengkujuh ini.  So, memanglah sangat dehydrate dan meletihkan. Ditambah pula, semasa perjalanan pergi, tiba-tiba air cond kereta hubby tak berfungsi! Walaupun sehari sebelum perjalanan kereta sudah diservis, tak sangka pula air-cond yang nak buat hal! Mula-mula ingat nak repair di Gopeng, tapi setelah difikir-fikirkan..daripada kitorang semua menunggu dalam kepanasan sementara menunggu kereta siap dibaiki, lebih baik waktu yang ada dihabiskan dalam perjalanan hingga sampai ke destinasi. At least, once dah sampai kitorang boleh berehat di sana. Fuhhh..memang berpeluh-peluh dalam kereta! Dahlah kereta warna hitam..rasa macam duduk dalam oven je.huhuhu.  So, first day mmg burnt begitu sahaja. Tak dapat pergi mana sebab dah habis masa baiki kereta. Tapi, Alhamdulillah..sebelum maghrib kereta dah siap dan malam tu kitorang dapat berjalan ke Padang Kota pekena pasemboq dan ke pasar malam Teluk Bahang.

Ingatkan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Semasa naik jambatan menaiki feri, tiba-tiba kereta kitorang macam ‘semput’.  And kereta abang saya pulak pecah water pump nye sebaik sahaja sampai ke homestay. Aduyaiii… So esoknya, setengah hari habis di bengkel lagi dan setengah hari lagi yang berbaki hanya sempat dihabiskan di Bukit Bendera. Kesian sangat kat diorang. Datang dari jauh, tapi tak dapat nak melawat banyak tempat. Jadi, pada hari yang terakhir iaitu semalam, kitorang memang round pulau habis-habisan sampai ke petang. Batu Ferringi, Taman Rama-rama dan Masjid Terapung dan tak lupa ke kilang jeruk! Barulah seronok dan puas hati semua orang! Tapi, penatnya Allah saja yang tahu. Dengan orang yang ramai pada musim cuti sekolah.. Irfan yang selang sejam dua jam mengamuk kepanasan/keletihan..walaupun penat tapi amat berbaloi dapat menggembirakan orang lain. Kemudian, masing-masing berpecah mengikut haluan masing-masing. Tapi kitorang sendiri tak terus balik ke Kuala Lumpur dan singgah ke rumah mak di Bukit Mertajam. Yelah…dah sampai ke Penang..takkan langsung tak jenguk mak kan? Walaupun mak mertua, inilah satu-satunya mak saya yang tinggal. Selepas berehat sekejap dan makan malam, barulah kitorang bertolak balik dan hanya sampai di rumah pada pukul satu pagi tadi.

Dan pagi ni, kalau tak difikirkan cuti yang hanya berbaki dua hari, memang nak saja saya ambil cuti rehat! Bangun pagi tadi, badan memang terasa lesu ya amattt..completely FLAT! Tapi selepas sahaja saya mengambil MIGHTY TRIPLE GEM sebagai sarapan, Alhamdulillah.. saya rasa sangat bertenaga dan langsung tidak mengantuk. In fact, rasa lebih segar dari hari-hari yang lain. This might sound exaggerating..but siriessss!! From the first sip of my mighty triple gem, I could feel that all my cells were recharged. Macam ada aliran elektrik di dalam tubuh yang memberikan saya tenaga dan ‘cahaya’! hahaha. Une vraie d’energy booster!  Macam pokok yang dah terkulai layu..tapi selepas disiram terus segar dan berbunga kembang  :D. Boleh tak macam tu? Heheh..

mighty triple gem, esp, performance drink, mealshakes
So, apa dia MIIGHTY TRIPLE GEM ni? Ia sebenarnya adalah gabungan tiga minuman yang istimewa iaitu ESP-SOY ISOLATE POWDER, PERFORMANCE dan MEALSHAKE. ESP yang hampir tasteless, Performance yang berperisa oren dan Mealshake yang berperisa French Vanilla, gabungan ketiga-tiga minuman ini memang UMPPHHH!!! Memang sedap! Super delicious! Campuran ESP yang terkenal dengan pemberi tenaga segera dan mengenyangkan, bersama dengan Performance yang hebat menggantikan kehilangan bendalir dan elektrolit yang hilang dari badan dengan segera dan Mealshake yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral - ketiga-tiga minuman ini membentuk satu minuman terbaik bagi semua yang ingin memulihkan tenaga dan meneruskan kerja seharian tanpa lesu. Ianya lebih baik dari segala minuman pemberi tenaga atau isotonic yang berada di pasaran yang tinggi dengan kandungan gula dan tidak pasti sumber-sumbernya.

Sekiranya anda seorang yang selalu melakukan kerja berat, sentiasa out-station atau melancong, suka bersukan, sedang berpuasa atau sedang menggantikan puasa dan pada masa yang sama menyusukan anak ..or simply seorang yang ingin mengekalkan tenaga dan sentiasa cergas.. minuman MIGHTY TRIPLE GEM ini adalah minuman yang telah dicipta khas untuk anda! Dapatkannya dengan sesuatu yang istimewa dengan menghubungi farafadzil[at]hotmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 sekarang :)

Tuesday 13 November 2012

Buasir semasa mengandung dan selepas bersalin



Sumber: PaMa dan diolah semula oleh penulis.

buasir, sembelit Buasir (Hemorrhoids) adalah sesuatu yang amat biasa dialami di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil mahupun sesudah melahirkan. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya pesakit buasir berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Wanita hamil berkecenderungan untuk mendapat buasir akibat daripada pengaruh hormon-hormon semasa hamil. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.

Selain itu, saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak.
Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Boleh Terjadi Serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya. Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

Pelega Buasir
Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

Anda disaran untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

Amalan kebersihan diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

Anda boleh merendamkan diri dalam air suam di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
 
Bagi mengelakkan dan meringankan kesakitan akibat buasir, anda juga boleh mengambil supplemen-supplemen berikut:

B Complex -   Vitamin B Complex adalah sangat penting dalam proses penghadaman. Ia menyokong kesihatan otot di saluran usus besar menjadikan proses penghadaman lebih mudah dan selanjutnya memberi kurang tekanan kepada rectum semasa meneran.  Ramai orang yang tidak mendapat cukup vitamin B complex kerana semakin usia meningkat, semakin kurang kecekapan tubuh untuk menyerap nutrien ini.

OsteMatrix - OsteMatrix merupakan sumber kalsium magnesium yang memainkan peranan penting dalam pembekuan darah dan pencegahan kanser usus. Mineral ini boleh membantu untuk melembutkan najis dan melegakan pendarahan yang diakibatkan oleh buasir.

OmegaGuard -  Minyak ikan OmegaGuard yang mengandungi paras asid lemak omega-3 yang tinggi, adalah zat yang penting dalam mengurangkan keradangan dan mengecutkan otot yang bengkak . Selain itu, ia juga boleh membantu dalam melembutkan najis, melegakan simtom sembelit , dan dengan itu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat buasir. 

Zinc - Zinc membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan dan sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami buasir berdarah . Penderita akibat buasir boleh mengalami keperitan symptom yang lebih singkat dengan pengambilan zinc complex ini.

Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Pencegahan Awal
Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi bagi mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir.

Ini kerana perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Dan pada masa yang sama, penyerapan air turut bertambah lalu menyebabkan sembelit mudah berlaku.

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana si ibu kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.

Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan bagi melegakan buasir anda sekarang.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, menyembuh, mencegah atau merawat sesuatu penyakit. 

Monday 12 November 2012

Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan dengan NutriFeron



 Dari dulu sampai sekarang, saya memang suka bau hujan. Saya suka bila hari hujan. Bagi saya hujan tu rahmat..rahmat yang menyejukkan dan rahmat yang menenangkan. Dan saya yakin, bersama-sama hujan banyak pintu rezeki yang terbuka luas. Macam dulu pun, masa saya belajar, saya paling suka musim luruh. Sebab masa musim luruh selalu hujan..hehehe..And there is a smell...bau daun-daun kering yang luruh..yes..I LIKE that very much!
 Tapii..yang jadik lemaunyer..bila tiba musim hujan macam sekarang ni, mmg hidung senang je nak sok sek sok sek. But alhamdulillah..syukurr..itupun rezeki Allah sebenarnya. Cumanya rimas sikitlah nak buat keja. Macam hari Khamis lepas, petang tu kena hujan..malam tu dah start rasa tak sedap badan. Hidung dah tersumbat and badan pun menggigil. Kalau dulu clarinase WAS my best friend bila tiba waktu selsema, tapi sekarang sebiji pun takde kat rumah. Nak ambil vitamin C pun sayang sebab tinggal sebotol je and ada customer dah booked. Naknya pulak sekarang ni vitamin C Shaklee tengah out of stock seluruh Malaysia dan bulan depan baru sampai! Punyelah hot stuff vitamin C ni. Apa-apa pun pelanggan perlu diutamakan! Tetiba..... TING! Baru teringat ada NutriFeron kat rumah. The last time I took it was over two months ago! Patutlah senang nak selsema. So, saya pun bancuh sepeket pagi Jumaat tu sebelum ke ofis. Alhamdulillah..dengan izin-Nya, selsema saya berhenti..hidung clear dan badan rasa sihat dan boleh kerja macam biasa. Same went to my husband Jumaat malam tu. Dia cakap rasa nak demam so saya cepat-cepat bagi NutriFeron dan alhamdulillah hari esoknya kitorang boleh buat aktiviti kat luar as planned dari pagi sampai ke malam baru balik ke rumah. Wahh..hebatkan NutriFeron ni? Sekejap je dah sihat! Ala-ala panadol..Cuma LEBIH BAIK sebab berasaskan dari sumber semulajadi dan bertindakbalas dengan pantas!

Apa NutriFeron ni?
nutriferon shaklee, interferon, immune booster
NutriFeron adalah supplemen yang bertindak untuk meningkatkan sistem ketahanan badan kita @ immune booster. Dicipta oleh ahli immunologi dari Jepun, Dr. Yosuhiko Kojima, yang menemui interferon semulajadi, (sejenis protein yang terhasil dan dilepaskan oleh sel apabila kehadiran pathogen seperti virus, bacteria, parasit ataupun sel tumor dikesan oleh badan), NutriFeron merupakan satu formula EKSLUSIF dan diPATENT oleh Shaklee. Ianya tidak dijual di mana-mana kedai dan hanya boleh didapati daripada pengedar Shaklee yang sah sahaja (seperti saya :D).

NutriFeron mengandungi interferon semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak 4 jenis tumbuhan iatu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago.  Ianya merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang ditemui oleh Dr. Kojima setelah menjalankan kajian selama 40 tahun dan semakan beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Jadi, setiap rumah patut memiliki NutriFeron ini. Almaklum sajalah, setiap hari kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan ,sentuhan sesama manusia mahupun objek, makanan yang tidak bersih, aktiviti fizikal, persekitaran dan lain-lain lagi. Naknya pula sekarang ni macam-macam jenis virus ada- H1N1 lah, rotavirus lah, dan macam-macam lagilah. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat ? Jadi, memadai dengan mengambil sepeket NutriFeron seminggu sekali bagi menguatkan sistem ketahanan badan kita. Dan apabila sakit, ambil NutriFeron setiap hari sehingga sihat supaya kita dapat sembuh dengan segera. Macam keretalah, sekali sekala kena servis..tapi bila dah rosak, kenalah juga hantar ke bengkel untuk dapat’ rawatan’ sehingga ‘sembuh’, betul tak?  :)

Jika anda juga ingin memiliki immune booster semulajadi yang hebat ini, hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 0123579599 untuk mendapatkannya dengan sesuatu yang istimewa!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, mencegah, merawat mahupun menyembuhkan penyakit.

Saturday 10 November 2012

Saya Sedang Berpantang dan Menyusu: Set Mana Yang Paling Sesuai?

Kebanyakan ibu-ibu yang sedang berpantang, pasti juga menyusukan anak. Ramai yang kadang-kadang keliru dan tertanya-tanya set vitamin apakah yang paling sesuai untuk mereka kerana bimbang apa yang dimakan semasa berpantang tidak sesuai apabila menyusukan anak. Keraguan ini mungkin kerana dipengaruhi oleh sesetengah jamu yang mempunyai kesan yang 'panas' yang boleh mengakibatkan bayi cirit-birit atau situasi-situasi yang lain.

Dengan set vitamin Shaklee, anda tidak perlu bimbang! Melainkan anda dan bayi mengetahui bahawa kalian menghidap sesuatu penyakit atau alahan terhadap sesuatu jenis makanan, supplemen Shaklee yang dicadangkan di dalam set berpantang dan menyusu adalah sesuai digunakan bersama-sama. Ianya dihasilkan dari sumber semulajadi, halal, dan mendapat kelulusan KKM. Jadi, anda selamat menggunakannya!

set vitamin asas shakleePersamaan antara kedua-dua set menyusu dan berpantang ini adalah mereka mengandungi tiga jenis vitamin yang sama iaitu B Complex, Vita-Lea (multivitamin dan multimineral) dan Vitamin C. Ketiga-tiga vitamin ini adalah vitamin asas untuk memberikan kita kesihatan yang optimum. Semua golongan, tak kira anda tua, muda, lelaki dan wanita, semuanya perlu mengambil set vitamin asas ini untuk melengkapkan zat keperluan tubuh kita. Kita sendiri tahu, di zaman moden ini, kita semakin terdedah dengan pencemaran, asap rokok dan bahan kimia dan kadang-kala terlalu sibuk untuk menyediakan sendiri makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tabiat makan luar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam dengan penggunaan baja kimia atau yang dimasak terlalu lama..semuanya menyebabkan nutrien yang terkandung di dalam makanan seharian kita terjejas dan tidak menjamin kecukupan zat seharian yang kita perlukan. Apatah lagi bagi ibu yang bersalin dan menyusukan, kan? Mereka lebih memerlukan ketiga-tiga vitamin asas ini untuk memastikan pemulihan segera selepas bersalin dan memastikan kesihatan badan sentiasa optimum bagi memudahkan penyusuan. Badan yang lemah, lesu, tidak bermaya, sakit...semuanya berpunca daripada kerosakan sel badan yang tidak mendapat zat yang diperlukan secukupnya. Antara fungsi-fungsi vitamin ini adalah untuk kesegahan sel (Vitamin C), memberikan tenaga (Vita-Lea) dan mengurangkan stress (BComplex) yang sangat membantu dalam mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas. Jadi sebab itulah ketiga-tiga vitamin ini diletakkan di dalam set berpantang dan juga menyusu.


zinc complex shaklee, zinc shaklee, sembuhkan luka, atasi masalah rambut gugurKemudian untuk berpantang, ibu-ibu yang baru bersalin disarankan untuk mengambil zinc complex. Bukan atap zink kat kampung tuh yee..hehehe. Kenapa zinc complex?

Zinc membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik, dan ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Jadi, untuk sesiapa yang tidak suka makan ikan haruan, kini anda telah jumpa penyelesaiannya! Dan bukan itu sahaja, ibu-ibu yang baru lepas bersalin sering mengalami keguguran rambut. Ada yang mengatakan, keguguran rambut ini lebih dahsyat apabila bayi melelehkan/pandai menyemburkan air liur? Suratan atau kebetulan? Saya pun kurang pasti tentang itu..tetapi untuk mengawal dan mengurangkannya, ambillah Zinc Complex ini dalam pemakanan seharian kita.

vitamin e shaklee, vita e shaklee, sembuhkan luka, hilangkan parut, antioksidan, untuk bersalin ceaserBagi yang bersalin secara ceasarian, pengambilan Vitamin E & Selenium amatlah disarankan. Vitamin E Complex Shaklee yang dilengkapi dengan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut dengan lebih cepat.
alfalfa shaklee, milk booster, keputihan, kacip fatimah, tambah susu


Untuk set penyusuan pula, supplemen yang ditambah adalah alfalfa. Alfalfa yang berasal dari perkataan arab bermaksud "raja bagi segala makanan" merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan mampu membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Bertindak sebagai milk booster, alfalfa adalah supplemen wajib dalam set penyusuan. Ia juga turut membantu dalam penghadaman dan membuang angin dalam badan. Tetapi, awas! Sekiranya anda atau pun bayi anda merupakan pesakit SLE, anda TIDAK BOLEH mengambil supplement ini.

ostematrix shaklee, kalsium, magnesium, vitamin d, kesihatan tulang
Ibu-ibu yang menyusu juga digalakkan untuk mengambil Ostematrix (kalsium) kerana susu ibu mengandungi kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang bayi. Sekiranya ibu menyusu tidak minum susu 4 gelas sehari atau tidak cukup mengambil 1000mg kalsium setiap hari, kandungan kalsium dalam darah si ibu akan merosot dan akan mula diambil daripada tulang. Apabila ini berlaku, ketumpatan tulang akan berkurangan dan menyebabkan si ibu merasakan sengal-sengal tulang dan kaki, berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis, mudah letih dan lesu serta menampakkan garis-garis tua di muka.  Ostematrix juga amat sesuai diambil bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir yang amat sinonim di kalangan ibu yang baru bersalin bagi melembutkan najis.


ESP shaklee, protein soya shaklee, menyusu, kulit cantik, kurusDan akhir sekali, protein ESP. Protein merupakan komposisi utama bagi tubuh kita kerana ia bertanggungjawab untuk membina sel baru dan membaiki sel yang rosak. Dengan protein yang cukup, sel kita akan menjadi lebih sihat dan penyerapan vitamin akan berlaku dengan lebih cepat. Apabila vitamin lebih cepat diserap, badan kita akan sihat dengan lebih cepat. Bagi ibu yang baru bersalin, ESP adalah penting untuk memulihkan semula luka-luka dan sel-sel yang rosak selepas bersalin dan untuk ibu menyusu pula, ia menggalakkan penghasilan susu yang lebih cepat dan pekat. Dengan protein yang cukup, lemak yang berlebihan akan ditukar menjadi otot dan mengelakkan si ibu daripada mendapat bentuk badan yang menggeleber atau payudara yang 'jatuh' selepas bersalin atau kesan daripada penyusuan anak.

Jadi sekarang, adakah anda lebih jelas tentang supplemen mana yang anda perlukan ketika bersalin dan menyusukan anak? Kenali kekurangan anda dan anda akan mendapat jawapannya. Semua supplemen ini boleh diambil tak kira semasa anda sedang berpantang mahupun sesudah itu. Set paling asas untuk berpantang/pembedahan ialah vitamin c, b complex, vitalea dan zinc. Manakala untuk ibu menyusu pula, yang paling asas yang perlu anda ambil ialah vitamin c, b complex, vitalea dan alfalfa. But of course, ini adalah cadangan sahaja...anda sentiasa bebas untuk memilih dan 'customize' set vitamin yang anda mahu  mengikut budget dan keperluan anda.

Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan bantuan dalam pemilihan set vitamin yang paling sesuai untuk anda sekarang juga :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...