Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Wednesday 17 October 2012

Manfaat B Kompleks

Anda perasan tak bahawa hampir dalam semua set yang saya cadangkan terdapat vitamin B kompleks? Apakah vitamin B kompleks? Mengapa ianya sangat penting bagi manusia dan sepopular vitamin C atau lebih popular berbanding vitamin-vitamin yang lain? Jom kita mengenal vitamin B kompleks ini dengan lebih dekat...
Selain daripada vitamin C, vitamin B kompleks merujuk kepada semua vitamin larut air yang lain. Ini termasuklah thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), asid pantothenic (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), biotin, asid folik dan cobalamin (vitamin B12).
Setiap satu jenis vitamin B ini memiliki struktur yang unik dan mempunyai fungsi yang berbeza untuk keperluan tubuh kita. Misalnya, vitamin B1, B2, B3 dan biotin terlibat dalam pelbagai aspek untuk menghasilkan tenaga, vitamin B6 penting untuk metabolisma asid amino dan vitamin B12 dan asid folik pula berfungsi untuk memudahkan pembahagian sel.
Antara manfaat vitamin B kompleks kepada kita adalah:
  1. Penyembuhan Luka - Thiamin (vitamin B1), asid pantothenic (vitamin B5) dan vitamin B yang lain...semuanya memainkan peranan penting dalam menyembuhkan luka.
  2. Ulser mulut - Mereka yang sering mendapat ulser mulut kadang-kadang adalah disebabkan kekurangan vitamin B. Mengambil vitamin B1, B2 dan B6 dilaporkan dapat melegakan kesakitan ini.
  3. Keresahan - Terdapat kajian yang mengesyorkan bahawa dengan mengambil supplemen B kompleks, kita dapat mengurangkan rasa keresahan, stress dan keletihan.
  4. Meningkatkan prestasi ahli sukan - Vitamin B kompleks diperlukan untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Orang yang bersukan perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk sesetengah jenis vitamin B seperti vitamin B2, B5 dan B6 bagi memenuhi keperluan tubuh mereka.
  5. ADHD - Vitamin B kompleks juga digunakan untuk orang yang mengalami ADHD.
  6. Hives - Dalam satu kajian, rawatan menggunakan supplement asid hidroklorik dan vitamin B kompleks membantu merawat mereka yang mempunyai hives.
  7. Ketidakhadaman, sakit ulu hati, kekurangan asid perut, kekurangan vitamin B12 - Bagi mereka yang bermasalah untuk menyerap vitamin B12 yang disebabkan oleh kurangnya asid perut, mengambil supplemen B12 dapat mengatasi masalah tersebut.
  8. Osteoporosis - Dalam satu percubaan wanita yang menopause menggabungkan terapi penggantian hormon dengan vitamin B kompleks dan nutrisi lain, perubahan diet ini dikatakan dapat meningkatkan ketumpatan tulang sehingga 11%.
  9. PMS - Kajian telah mengaitkan kekurangan vitamin B kompleks dengan PMS, jadi ramai wanita yang mengambil manfaat B kompleks untuk melegakan simptom ini.
Jadi, melihat kepada manfaat yang dapat diberikan B kompleks kepada kita, tidak hairanlah jika vitamin B kompleks ini menjadi salah satu vitamin asas yang perlu kita ambil setiap hari. Anda dah ada? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com untuk mendapatkannya ok :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...