Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 18 October 2012

Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal. Memandangkan ianya larut di dalam air, kita akan kehilangannya menerusi air kencing. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan vitamin ini secara berterusan menerusi pemakanan.

Fungsi

Kita memerlukan Vitamin C untuk membina dan membaiki tisu-tisu di seluruh badan kita. Ianya digunakan untuk:
  • Membentuk protein yang penting yang digunakan untuk membina kulit, tendon, ligamen dan salur-salur darah.
  • Menyembuhkan luka dan membentuk tisu parut.
  • Membaiki dan mengekalkan kesihatan rawan, tulang dan gigi.
Vitamin C juga adalah salah satu daripada antioksidan yang berfungsi untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Radikal bebas terbentuk apabila badan kita bekerja menguraikan makanan atau apabila kita terdedah kepada asap rokok atau radiasi.
  • Jumlah radikal bebas semakin lama semakin meningkat dan merupakan punca kepada proses penuaan.
  • Radikal bebas juga merupakan salah satu sebab terjadinya barah, sakit jantung dan penyakit seperti arthritis.
Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri dan ia juga tidak boleh menyimpannya. Sebab itulah kita mesti mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dalam pemakanan seharian kita setiap hari.

Sudah sekian lama, vitamin C terkenal sebagai pencegah kepada selsema. Kajian menunjukkan bahawa majoriti orang yang mengambil supplemen vitamin C atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C tidak mengurangkan risiko daripada mendapat selsema. Walau bagaimanapun, mereka yang kerap mengambil supplemen vitamin C akan sembuh daripada selsema dengan segera atau mendapat simtom yang lebih ringan berbanding mereka yang kurang atau tidak mengambilnya langsung.

Sumber

Semua buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi jika tidak banyak, sedikit jumlah vitamin C.
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah seperti:
  • Tembikai susu
  • Buah-buahan dan jus sitrus seperti buah oren dan anggur.
  • Buah kiwi
  • Mangga
  • Betik
  • Nenas
  • Strawberry, raspberry, blueberry, cranberry
  • Tembikai.
Manakala sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi adalah:
  • Brokoli, Brussel sprouts, bunga kobis,
  • Green and red peppers
  • Bayam, kobis, turnip hijau dan semua sayuran hijau
  • Sweet and white potatoes
  • Buah dan jus tomato
Memasak atau menyimpan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan khasiat vitamin itu. Untuk  mengelakkannya, rebus/stim atau masak dalam ketuhar makanan yang mengandungi vitamin C. Sudah tentu, sumber yang terbaik untuk mendapat vitamin C adalah daripada sumber sayuran dan buah yang masih mentah.

Namun begitu, adakah anda pasti anda telah mendapat vitamin yang terbaik yang secukupnya? Di zaman moden ini, amatlah sukar untuk kita mendapatkan sumber vitamin C yang bebas dari bahan kimia dan racun perosak. Proses pembersihan terpaksa dilakukan dengan lama sehingga menyebabkan kandungan vitamin C turut tersingkir bersama-sama dengan bahan kimia dan racun perosak tadi. Ditambah pula dengan cara memasak yang lama, menyebabkan jumlah pengambilan vitamin C seharian kita semakin berkurangan. 
Justeru, apakah penyelesaiannya? Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin C TERBAIK keperluan seharian anda. Dijamin HALAL, SELAMAT dan SEMULAJADI :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...