Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 20 February 2014

Vitamin dan Supplemen Semasa Mengandung Bantu Bakal Ibu Untuk Kekal Sihat

Semasa mengandung, tidak lain tidak bukan, diet yang seimbang adalah cara yang terbaik bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi, ibu yang mengandung dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan supaya sentiasa kekal cergas dan sihat sepanjang kehamilan.


set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung
 
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi zat yang tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ibu yang sedang mengandung juga perlu mendapatkan kuantiti zat yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan. Justeru itu, pengambilan supplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?


Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik


Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural atau spina bifida ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
spina bifida, set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung


(Sumber:  American Medical Association 2011)

Pengambilan asid folik amat digalakkan kepada wanita seawal dia merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Selain daripada mengambil vitamin semasa mengandung, bakal ibu juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.


Zat Besi


Ibu yang mengandung biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badannya mencukupi ataupun tidak. (Kalau pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak tu, biasanya nurse atau JM akan tulis dengan pen merah kalau HB kita rendah. HB ini merujuk kepada hemoglobin dan dalam hemoglobin inilah terdapat zat besi). Jadi, kalau kandungan zat besi ibu hamil rendah, supplemen zat besi ataupun iron pills perlu diambil bagi menambah jumlah darah yang perlu untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Jika ibu yang hamil tidak mengambil supplemen ini dan dalam diet seharian juga mereka kurang mengambil makanan yang menjadi sumber zat besi, zat besi yang tersimpan di dalam badan akan digunakan dan akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
set hamil shaklee, vitamin semasa mengandung

Pengambilan zat besi juga penting bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu kebiasaannya akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi nanti. Ia juga bagi membekalkan bayi yang bakal lahir dengan simpanan zat besi yang mencukupi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Kuantiti zat besi yang disyorkan untuk ibu hamil biasanya adalah tidak lebih daripada 30mg. Ini kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit, loya ataupun cirit-birit. Jadi, pilihlah supplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang bagi mengelakkan masalah berkaitan. Atau jika tiada pilihan, ibu hamil boleh mengamalkan jus prun dan mengambil buah-buahan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium


Ibu hamil juga memerlukan kalsium yang tinggi semasa mengandung bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Supplemen kalsium ini amat penting terutama bagi wanita yang tidak suka atau alah kepada susu atau memang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian.Pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh kerana kesan kekurangannya yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu


Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Dan penting juga untuk memastikan supplemen omega-3 yang diambil benar-benar berasal dari minyak ikan dan bukan dari minyak HATI ikan (fish liver oil).

Vitamin D


Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Set Hamil Shaklee

set hamil shaklee, vitamin ibu mengandung

 

Secara kesimpulannya, terdapat 5 jenis zat utama yang para ibu perlu lebih titik beratkan semasa mengandung. Kelima-lima zat ini boleh diperolehi melalui pemakanan seharian dan juga dengan mengamalkan vitamin dan supplemen seperti yang terdapat di dalam Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee ini terdiri daripada:

B-Complex


  • Lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk folate (asid folik) yang sangat diperlukan bagi mencegah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida). 
  • Membekalkan sebanyak 200mcg folate dalam setiap kapsul.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan menjana tenaga bagi ibu yang sedang mengandung.
  • Merupakan vitamin anti stress dan membantu ibu untuk menikmati saat kehamilan dengan lebih tenang.

Vita-Lea Iron Formula 
  
  • Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuklah zat besi (iron) sebanyak 9mg yang sangat diperlukan oleh ibu semasa mengandung.
  • Turut mengandungi Folate (asid folik) sebanyak 200mcg bagi melengkapkan keperluan asid folik ibu semasa mengandung.
  • Teknologi salutan micro yang terdapat pada vita-lea membolehkan vita-lea terurai dengan cepat dan mudah diserap oleh badan untuk kesan yang optimum. 
  • Membantu mengelakkan kelesuan, pening dan mudah pitam bagi ibu-ibu yang kekurangan darah atau kandungan hemoglobin rendah.

Sustained-Release Vita-C Plus
 
  • Vitamin C amat diperlukan bagi membantu penyerapan zat besi dan nutrisi yang lain dengan lebih baik.
  • Merupakan antioksidan yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan ibu yang mengandung dan mengelakkan dari mudah terkena serangan penyakit.
  • Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah daripada mendapat gusi berdarah semasa mengandung.
  • Vitamin C juga penting bagi memastikan kandungan air ketuban yang melindungi bayi dalam kandungan sentiasa mencukupi.

OsteMatrix
  • Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malah turut diperkaya dengan magnesium dan juga Vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk kesihatan tulang dan gigi diri dan juga bayi.
  • Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 200mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu.
  • Kehadiran Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan lantas membantu mengelakkan ibu yang sedang mengandung daripada mudah terkena cramp atau kekejangan otot kaki dan bengkak kaki.
  • Magnesium pula membantu ibu hamil dalam melembutkan najis dan mengelakkan diri dari terkena sembelit semasa mengandung.
Omega Guard


  • Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak perlu Omega-3 yang dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam di perairan Jepun.
  • Omega Guard juga melalui proses penyulingan 3 peringkat yang menjadikannya sebagai asid lemak omega-3 yang tulen dan bebas dari pencemaran bahan kimia dan merkuri.
  • Mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Omega Guard Shaklee juga membantu dalam mengawal tekanan darah ibu semasa mengandung dan membantu dalam mengawal kolestrol.
Ramai ibu hamil yang sangat berpuas hati apabila mengamalkan set hamil shaklee ini. Saya sendiri menggunakan sepenuhnya set hamil ini semasa mengandung anak yang kedua dan alhamdulillah ianya adalah satu pengalaman yang cukup berbeza dan sangat positif berbanding ketika saya mengandung anak yang pertama dahulu. Pada kehamilan yang kedua, saya lebih tenang, lebih cergas, hb lebih stabil, kaki tak bengkak/kejang dan alhamdulillah masih mampu ke ofis walaupun EDD saya sudah melebihi 5 hari. 
Berminat untuk mendapat kesan yang sama? Boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp 012-3579599 atau email farafadzil[at]gmail.com. Jom ramai-ramai jadi ibu hamil yang sentiasa sihat dan gembira! :)

Sunday 2 February 2014

Kenapa pesakit Thalassemia tak boleh ambil Vita-Lea Iron Formula Shaklee?

Bagi mereka yang menghidap penyakit Thalassemia, mesti dengan membaca sahaja tajuk entry ini, anda sudah tahu kenapa anda tak boleh ambil Vita-Lea Iron Formula Shaklee sebagai supplement. Tak lain tak bukan kerana ada perkataan IRON di situ, ataupun dikenali juga sebagai zat besi.

Pesakit Thalassemia mempunyai kecacatan pada sel darah merah mereka kerana hemoglobin yang terdapat pada sel darah merah ini tidak terbentuk dengan sempurna. Hemoglobin ini mengandungi zat besi yang bertugas untuk mengangkut oksigen ke seluruh pelusuk badan manusia.

Disebabkan oleh ketidaksempurnaan hemoglobin ini, apabila sel darah merah pecah, ia juga turut akan pecah dan meninggalkan sejumlah zat besi atau iron yang banyak di dalam darah. Zat besi yang tidak dapat dikeluarkan dari dalam badan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan pembesaran yang tidak teratur.

Jadi, sebab itulah Vitalea Shaklee tak disarankan kepada pesakit Thalassemia. Ini kerana salah satu jenis galian yang terdapat dalam multivitamin dan multimineral ini ialah iron atau zat besi yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit Thalassemia ini.

Tapi, itu tidak bermakna pesakit Thalassemia ini tidak boleh mengambil supplement yang lain. Jika nak tahu, vitamin b complex, vitamin e, ostematrix dan ESP adalah antara supplement yang baik untuk penghidap penyakit ini.

Untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599.

Saturday 1 February 2014

Punca, Simptom dan Penawar Penyakit Gastrik

Baru-baru ini saya terkena gastrik buat pertama kali dalam hidup so saya buat research sikit untuk saya kongsikan dengan kalian..

Apa itu Gastrik? 

 

Kita sering mendengar perkataan penyakit gastrik. Tapi menurut doktor dari PPUKM (tak ingat namalah pulak) yang menjadi panel jemputan Nasi Lemak Kopi O Edisi 17/1/14 yang lalu, penyakit 'gastrik' tidak wujud, yang sebenarnya ia digelar gastritis. Tapi memandangkan 'gastrik' sudah menjadi 'nickname' terkenal bagi penyakit ini, jadi saya akan meneruskan penggunaan perkataan gastrik (yang merujuk kepada gastritis) dalam entry ini bagi mengelakkan kekeliruan.

punca, simptom dan penawar penyakit gastrik, esp, ostematrix, bcomplex, peppermint ginger plus


Jadi, apakah maksud gastritis ataupun gastrik ini? Gastrik adalah satu penyakit yang sangat lazim di mana berlaku keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut yang menyebabkan kita berasa sangat pedih dan sakit perut. Jika keadaan menjadi lebih serius, ia akan dikenali sebagai ulser perut atau ulser peptik yang merupakan serangan pada lapisan sel yang lebih dalam.

Secara semula jadi, perut kita menghasilkan asid hidroloklorik yang kuat (pH 1-2) bagi mencerna makanan yang kita makan. Ya, bukan senang nak tukarkan makanan yang berbentuk pepejal menjadi ultra halus supaya diserap dengan sempurna oleh badan kita tau. Kena guna asid kuat baru boleh cerna. Kalau nak tahu pekat tak pekat asid hidroklorik ni, kalau kita terkena walaupun sedikit ke atas kulit, ia akan menyebabkan kulit kita terhakis atau kalau terkena mata, mata kita boleh menjadi buta. Haa.. takut tak? Tetapi, Allah SWT yang Maha Besar menciptakan perut kita sesuai dan kuat untuk melawan hakisan ini dengan adanya satu lapisan mukosa yang merupakan lapisan pertahanan bagi melindungi perut kita.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik ini akan berlaku apabila terdapat makanan di dalam perut kita untuk dicernakan. Walau bagaimanapun, sekiranya pertahanan perut kita lemah (baca: lapisan mukosa kita nipis), maka akan berlakulah gastrik kerana lapisan perut tidak dapat menghalang hakisan daripada rembesan asid hidroklorik yang kuat itu.

Punca-punca penyakit gastrik

 

Apa yang menyebabkan lapisan mukosa ini makin menipis? Tak lain tak bukan kerana tabiat pemakanan yang tidak teratur mengikut jadual. Awas! Jika anda seorang yang sering sibuk sehingga mengabaikan waktu makan atau anda memang seorang yang kurang berdisiplin dalam mengikuti jadual makan yang sepatutnya, anda adalah calon yang paling layak untuk mendapat penyakit gastrik ini.

Ini contoh yang paling lazim. Pada waktu pagi, kadang-kadang kalau sempat, kita ambil breakfast, tetapi bila busy kadang-kadang tak sarapan pun. Pada hari yang tak makan sarapan, kita pun makan tengah hari awal sikit dalam pukul 11am. Tapi, pada hari-hari lain kita makan lunch pukul 12 atau 1pm. Tapi, ada jugak hari kita terlampau sibuk..sampai pukul 4pm baru sempat nak makan tengah hari. Dan fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan kepada waktu makan yang seterusnya...

Menurut doktor yang merawat saya baru-baru ini, kita perlu mengalas perut setiap 4 jam (kecuali pada waktu tidur) bagi mengelakkan perut dihakis oleh asid hidroklorik ini. So, cuba bayangkan kalau kita ni tak pernah ikut jadual makan yang tetap. Perut ni pun boleh jadi confuse dan tertanya-tanya bila masa dia nak rembeskan asid hidroklorik ni untuk mencerna makanan?? Masa yang sepatutnya kita makan, kita tak makan. Masa yang sepatutnya ada makanan dalam perut, perut kita tiada makanan. Jadi, itulah sebabnya lapisan mukosa di perut kita semakin menipis dek hakisan asid hidroklorik yang tak dapat mencerna makanan.

Tapi, bukan itu sahaja yang boleh menjadi punca penyakit gastrik. Gastrik juga boleh disebabkan oleh:

  1. Pengambilan ubat tahan sakit yang kerap atau ubat anti radang tanpa steroid (NSAID) secara berterusan. Jadi, jangan ambil enteng tentang pain killer ye. Kerap makan ubat tersebut boleh menyebabkan anda mendapat gastrik. Ini termasuklah aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mencairkan darah. Bagi mereka yang bergantung kepada ubat ini, doktor yang dari PPUKM (yang saya sebutkan kat atas tadi) menyarankan agar ubat gastrik terlebih dahulu sebelum mengambil ubat yang lain.
  2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori). Bakteria H. Pylori ini merupakan sejenis bakteria 'cerdik' yang boleh melemahkan lapisan mukosa dan menyebabkan sakit gastrik semakin teruk. Saya mengatakan ia 'cerdik' kerana tatkala semua bakteria lain boleh termusnah dek keasidan yang tinggi di dalam perut, bakteria H. pylori ini bukan sahaja boleh menyesuaikan diri di dalamnya dengan membentuk satu lapisan yang melindunginya daripada asid tersebut, tetapi juga bakteria H. pylori ini boleh 'melekat' pada lapisan mukosa dan menembus lapisan ini dan hidup di kawasan yang kurang berasid.
    bakteria H. pylori, gastrik, set gastrik shaklee, punca, simptom penawar gastrik
  3. Gastrik juga boleh berpunca daripada tabiat merokok dan pengambilan minuman keras. Ini kerana asap rokok dan alkohol boleh memburukkan lagi pertahanan dan mencederakan lapisan mukosa yang ada.
  4. Sebarang tekanan yang dialami oleh individu tak kira tekanan disebabkan oleh kerja, masalah peribadi, sosial mahupun kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk menghidap gastrik.
  5. Individu yang mengambil ubat-ubatan tradisional Melayu atau Cina seperti akar kayu atau herba-herba juga harus berhati-hati kerana kebiasaannya ubat-ubatan ini dicampur dengan steroid supaya ia menjadi lebih mujarab dan berkesan.

Simptom Penyakit Gastrik


Jika anda belum pernah mengalami gastrik seumur hidup, mungkin anda tak dapat mengenal pasti yang anda sedang mengalami penyakit itu sehinggalah ia telah disahkan oleh doktor. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom berikut, besar kemungkinan anda adalah pesakit gastrik:
  • Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa senak, berangin, tidak selesa atau pedih pada perut dan ulu hati
  • Perut kembung, kerap sendawa dengan kuat dan kentut selepas makan.
  • Hilang selera makan.
  • Rasa mual dan loya.
  • Muntah akibat tolakan gas dalam perut.
  • Cirit-birit yang teruk melebihi 3 hari.
  • Susut berat badan (pada peringkat teruk)
Jika sampai ke peringkat kronik, ulser perut boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh dikesan apabila anda mendapati:
  • Najis menjadi hitam seperti tar.
  • Muntah mengandungi darah atau atau berwarna gelap seperti kopi.

Penawar Penyakit Gastrik 

 

Sekiranya anda sedang mengalami gastrik, elakkanlah dari makan makanan yang pedas dan bercili, makanan yang masam seperti jeruk dan cuka, minuman bercafein seperti kopi dan teh, minuman bergas dan berbikarbonat dan elakkanlah daripada merokok. Jika tidak, anda akan menambahkan lagi keasidan dan ketidakselesaan perut.

gastrik, set gastrik shaklee, punca, simptom penawar gastrik


Bagi meneutralkan asid, anda memerlukan makanan yang bersifat alkali. Jadi, keraplah minum susu bagi mengelakkan terkena gastrik kerana susu bersifat alkali. Terutamanya jika anda seorang yang sangat sibuk dan tak dapat menepati jadual waktu makan, alaskan perut anda sekurang-kurangnya dengan segelas susu sementara menanti waktu makan.

Makan dengan kerap pada kuantiti yang kecil. Orang yang mengalami gastrik harus sentiasa mengalas perut bagi mengelakkan kepekatan asid dalam perut yang tinggi pada satu-satu masa. Makan sedikit biskut, kekacang atau buah dan minum susu antara waktu makan bagi mengelakkan anda mendapat gastrik.

Ubah gaya hidup anda! Jaga waktu makan, amalkan pemakanan yang baik, kawal emosi dan tekanan hidup dan Insya-Allah anda akan menjadi golongan yang paling berisiko untuk mendapat gastrik.

Set Gastrik Shaklee



Bagi membantu anda mengelakkan diri dari terkena gastrik yang berulang, anda juga boleh mengamalkan set supplement berikut:

gastrik, set gastrik shaklee, punca, simptom penawar gastrik, esp, b complex, ostematrix, peppermint ginger plus

ESP 
  • ESP adalah protein kacang soya yang bersifat alkali yang membantu untuk meneutralkan asid. 
  • Ia memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk membina dan membaiki semula sel-sel yang telah terhakis akibat rembesan asid hidroklorik. 

B-Complex 
  • B-complex berfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca penyakit gastrik.
  • Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit dan juga membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan pesakit kepada ubat tahan sakit atau pain killer.
Ostematrix
  • Ostematrix Shaklee adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan susu. Ia bukan sekadar kalsium kerana ia turut diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Ostematrix bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Peppermint Ginger Plus

  • Bagi membantu membuang angin yang berkumpul dalam badan, peppermint ginger plus merupakan supplement yang sangat sesuai.
  • Mengandungi bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis, peppermint ginger plus amat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut.
  • Ia juga membantu pencernaan dan mengelakkan dari ketidakhadaman.
Mendapat rawatan dari doktor adalah perlu untuk mengelakkan gastrik menjadi lebih kronik, tetapi mencari jalan pencegahan itu adalah lebih afdal.  Tak gitu? Macam Puan Farahana dalam video ni. Walaupun dah 10 tahun sentiasa mengalami gastrik, tetapi setelah berpantang bersama Shaklee, tanpa disedari gastrik yang dialami selama ini tidak muncul-muncul lagi.

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi farafadzil [at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599. Konsultasi pertama kali adalah percuma dan setiap pembelian bersama VItamin Online Store disertakan dengan sesuatu yang istimewa. Apa lagi? Jom hubungi sekarang! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...