Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Sunday 30 November 2014

Anak kurus kering, selalu demam - Ibu lega masalah selesai!

Ibu mana yang tak risau bila melihat anak kurus kering, selalu demam? Terutamanya, kalau ibu itu wanita yang berkerjaya dan terpaksa menghantar anak ke pengasuh ataupun taska.


Doktor marah kerana berat anak semakin turun. Di pejabat pula, semakin ramai yang memerli atas kekerapan si ibu yang selalu terpaksa mengambil cuti kecemasan atau emergency leave (EL) untuk menjaga anak yang sakit.


Tapi, adakah lagi pilihan buat si ibu ini?


Jawapannya, ya!


Jika anda sangka tiada lagi jalan keluar dari kemelut ini, anda silap!


Kalau tak percaya, sila tonton video ini:


http://vimeo.com/110570049


Alhamdulillah… terpancar kebahagiaan di wajah Puan Sylvia Yong dan Puan Irayanti Mohamad apabila #shakleeeffect bertapak di rumah mereka kan? Setelah memberikan anak mereka multivitamin Shaklee selama 3 bulan, berat badan anak Puan Sylvia Yong semakin meningkat dan anak Puan Irayanti di nursery juga tidak lagi mudah terkena jangkitan.


Atasi anak selalu demam Anak yang tinggal di taska lebih mudah untuk terkena jangkitan demam dan selsema


Ya. Shaklee bukan sahaja telah mengubah taraf kesihatan keluarga saya, tetapi juga ramai lagi keluarga dan masyarakat di luar sana.


Jadi, jika anda juga seorang ibu yang mempunyai anak yang kurus kering, kurang selera makan, picky eater, mudah demam dan selsema, atau pendek kata mempunyai sistem imun yang lemah, apa kata anda tiru apa yang Puan Sylvia dan Puan Irayanti ini lakukan? Jangan mengalah sebelum betul-betul berikhtiar ye, ibu-ibu bapa-bapa sekalian. Duit boleh dicari, tapi anugerah anak ini adalah amanah yang kita akan bawa sampai mati. Jadi, marilah kita sama-sama lakukan sehabis baik untuk mereka.


Untuk mendapatkan segera apa yang telah kedua-dua ibu ini berikan kepada anak mereka, anda boleh membeli secara online dengan menekan butang di bawah ini.


order mealshake


 


Atau hubungi saya di 012-3579599 untuk pertanyaan lanjut dan perkhidmatan COD di sekitar kawasan anda.


Semoga #shakleeeffect ini dapat dinikmati bersama keluarga anda juga :)


Salam sayang,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Anak kurus kering, selalu demam - Ibu lega masalah selesai!

Letih Bekerja dan Menyusukan Anak - Apa Nak Buat?

Adakah anda seorang ibu berkerjaya atau suri rumah yang selalu letih bekerja dan menyusukan anak? Atau mungkin anda mempunyai isteri, kakak, ibu, saudara mara dan kawan-kawan yang selalu keletihan?


Jika ya, anda wajib menonton video di bawah:


 


http://vimeo.com/110706388


 


Menarik kan? Alhamdulillah, Puan Dilla Jalil berjaya mengatasi keletihannya walaupun dia berkerjaya dan menyusukan anak. Malah, dapat bonus lagi apabila secara tak sengaja beliau terjebak dalam bisnes kerana menolong orang lain yang senasib dengannya. :)


Letih bekerja dan menyusukan anak


Saya yakin ramai ibu diluar sana yang menghadapi cabaran yang sama – selalu letih kerana terpaksa melakukan banyak perkara – menguruskan kerja di pejabat dan juga hal ehwal rumah tangga. Kita pasti sentiasa nakkan yang terbaik buat keluarga kita kan? Tetapi, jika kita selalu letih, kerja yang dihasilkan mungkin kurang memuaskan, badan mudah jatuh sakit,hidup  tertekan, emosi terganggu, mudah marah dan bermacam-macam lagi.


Jadi, untuk mengelakkan rasa letih dan lesu ini, apa kata amalkan apa yang Puan Dilla kongsikan dalam video untuk menjadi lebih cergas dan bertenaga? Jangan sangka ia hanya sesuai untuk ibu yang menyusu dan bekerja saja. Lelaki, wanita, pelajar atau sesiapa sahaja yang selalu mengalami keletihan boleh mengamalkan apa yang Puan Dilla amalkan ni tau!


Haa.. macam mana? Kalau suka, cepat-cepatlah tekan butang kat bawah ni untuk membelinya secara online ye! Takkan nak biar lama lagi rasa letih dan lesu menyelubungi diri, betul tak?


order set tenaga


Jika anda sukakan video tadi dan merasakannya dapat memberi manfaat kepada orang lain, jangan segan2 untuk berkongsi artikel ini kepada kawan-kawan yang lain, ok? :)


Ada banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang cara nak bagi semula badan bertenaga ni. InsyaAllah di entry yang lain pula. Tapi, kalau tak sabar-sabar nak tahu, boleh hubungi saya di talian 012-3579599 (sms/whatsapp) ok!


Kalau nak COD pun boleh… saya pengedar Shaklee di area Ulu Kelang, Kuala Lumpur. InsyaAllah, kita boleh arrange untuk berjumpa di mana-mana sekitar kawasan Ulu Kelang ni. Bagitau je saya kat 012-3579599 ye! :)


Saya doakan anda sentiasa sihat, cergas dan bertenaga!


Fara Fadzil


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Letih Bekerja dan Menyusukan Anak - Apa Nak Buat?

Saturday 29 November 2014

WAJIB TONTON: Ibu mithali ini berjaya menyusukan bayinya yang pramatang, bagaimana?

Berjaya menyusukan bayi yang pramatang bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat ramai ibu di luar sana yang telah berjaya melakukannya! Apatah lagi bagi kita yang melahirkan anak yang cukup bulan. Pokok pangkalnya, semuanya terletak di hati, semangat dan kemahuan yang tinggi ibu tersebut. Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan. Seperti juga dengan kisah ibu mithali yang saya mahu  kongsikan dalam video di bawah ini nanti.


Kalau sebelum ini, beliau gagal menyusukan anak-anaknya yang lain… tetapi apabila beliau melahirkan anak yang seterusnya sebelum genap 9 bulan, beliau telah berusaha mencari jalan untuk menyusukan bayi tersebut. Yalah.. mana mungkin seorang ibu dapat menanggung sebak melihat anak berselirat dengan wayar dan terpaksa dipisahkan darinya untuk tinggal dalam incubator di NICU.


Susu ibu susu terbaik untuk bayi pramatang


Jika mahu bayi yang pramatang ini segera keluar dari hospital, bayi tersebut perlulah mencapai berat badan dengan konsisten. Ini bagi memastikan segala organ dan sistem badannya tumbuh dan membesar dengan baik bagi melakukan fungsi-fungsi badan tanpa bantuan mesin.


Dan cara yang terbaik dan cepat untuk bayi tersebut membesar, adalah dengan memberikan SUSU IBU. Hanya susu ibu kurniaan Allah SWT yang paling sesuai untuk bayi pramatang ini kerana susu ibu memang diciptakan bagi memenuhi keperluan bayi mengikut perkembangan semasa bayi. Contohnya, susu ibu yang Allah kurniakan kepada ibu yang melahirkan pada minggu ke-30 adalah susu yang terbaik untuk bayinya yang lahir pada waktu itu. Manakala, susu ibu yang Allah anugerahkan pada minggu ke 40 adalah susu yang terbaik untuk perkembangan anaknya pada minggu tersebut. Dan begitulah seterusnya…


Tapi, cabaran buat ibu  yang berpantang untuk menyusukan yang melahirkan bayi pramatang ini memang getir. Tapi, ia bukan sesuatu yang mustahil!


Saksikan pengalaman ibu mithali di dalam video ini yang menceritakan bagaimana beliau mengatasi dilemmanya yang melahirkan bayi pramatang….


http://vimeo.com/110866031


Sungguh mengujakan, bukan? :)


Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat kesabaran dan kesungguhan mengamalkan produk dalam set berpantang dan menyusu Shaklee, beliau akhirnya berjaya menyusukan bayinya yang pramatang – sesuatu yang beliau sendiri tidak berjaya lakukan  semasa melahirkan anak-anak beliau yang lain!


Jika beliau berjaya menyusukan bayi yang pramatang, kita yang melahirkan anak yang cukup bulan ini pun pasti mampu melakukannya, bukan?


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang ibu mithali ini gunakan, jangan segan-segan untuk hubungi saya di 012-3579599 ataupun baca lebih lanjut di sini dan di sini.


Atau jika anda mahu segera mendapatkannya, anda boleh beli secara online dengan menekan butang di bawah.


order set menyusu untuk bayi pramatang


 


Tapi, nanti sesudah beli jangan lupa hubungi saya di 012-3579599 ye untuk mendapatkan konsultasi dan cara yang betul untuk mengamalkannya. Khas untuk pembeli-pembeli dari RahsiaVitaminIbu.Com sahaja :)


Tahniah kepada semua ibu tegar yang menyusukan bayi di luar sana dan memilih untuk membeli produk ini sebelum mengalah! Terutama yang melahirkan bayi pramatang.. Anda memang seorang ibu yang super hebat!


Salam sayang,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


Shaklee ID: 860722


012-3579599



WAJIB TONTON: Ibu mithali ini berjaya menyusukan bayinya yang pramatang, bagaimana?

Wednesday 19 November 2014

Malu diejek suami? Tips buat ibu hilangkan parut dan perut buncit selepas bersalin caesar

Siapa yang tak malu kalau suami sendiri mengejek kita gemuk dan hodoh kan? Tapi, itulah hakikat yang dihadapi oleh ramai ibu yang bersalin secara caesarean di luar sana. Bukan sahaja sakit selepas bersalin terpaksa ditanggung, masalah berat badan dan parut hodoh di kawasan pembedahan turut termasuk dalam ‘pakej’ melahirkan anak tersebut dengan selamat.


Parut yang timbul menyakitkan mata yang memandang, telinga pun sakit bila mendengar suami asyik membebel bila kita ajak pegi shopping je. Yelah, lepas bersalin kain baju  semua dah tak muat. Kain dah tak boleh dizip. Seluar jeans dah tak boleh masuk. Baju semua body fit.


Tak cukup dengan semua tu. Bila sesekali jumpa kawan-kawan, ada pulak yang bertanya, “Eh, ko mengandung lagi ke??” Huwaaaaa!!! Ini memang boleh bikin ibu meroyan! Walaupun dah bersalin 7 bulan, perut still buncit macam orang mengandung 5 bulan. Haihhh…Stress! Stress!!


So, what to do?


Takkan nak stressssss je berterusan? Memang tak dinafikan, ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ini kebanyakannya memerlukan masa yang lebih panjang untuk kembali kepada bentuk asal. Tapi, kalau tak ambil tindakan dari awal, sampai bila-bila pun keadaan tak boleh berubah, betul tak?


Tips kempiskan perut buncit selepas bersalin


Sebelum dapat hilangkan parut, elok kita tackle masalah ni dulu. At least parut boleh disorok, tapi perut buncit? Walaupun dah pakai baju, orang still boleh nampak dan buat kita hilang keyakinan diri.


Perut buncit selepas bersalin


1. Penyusuan susu ibu


Ini adalah tips yang paling cepat untuk kita kuruskan badan selepas bersalin. Tak kira bersalin normal atau secara pembedahan, setiap bayi memerlukan susu dan susu ibulah yang terbaik buat mereka. Tahukah anda, setiap kali kita menyusukan bayi, sebanyak 500 kalori akan dibakar? Tak perlu senaman berat atau menunggu selepas habis berpantang untuk menguruskan badan. Misi untuk turunkan berat selepas bersalin boleh dimulakan seawal sejurus kelahiran dan harus diteruskan sehingga usia bayi mencapai 2 tahun.


Jangan jadikan kesukaran menyusu itu (susu sikit, baby tak pandai minum, baby tak kenyang, etc etc) satu alasan untuk tidak meneruskan penyusuan kerana setiap satu masalah itu ada penyelesaiannya.


2. Pakai bengkung


Nak cantik, ibu-ibu kena berdisiplin. Ramai ibu moden sekarang ni yang mengelat dari memakai bengkung ketika sedang berpantang, dan terus melupakannya sekembali mereka bekerja di pejabat. Dan lagi ramai yang masih menganggap, ibu bersalin secara caesarean tak boleh pakai bengkung dan terpaksa menunggu habis pantang untuk berbengkung. Tanggapan anda salah! Zaman mak-mak kita dahulu mungkinlah. Tapi, sekarang ni… dah banyak sangat bengkung yang sesuai untuk bersalin caesar dijual di pasaran. Bincang dengan doktor anda tentang keadaan luka pembedahan sekiranya anda masih ragu-ragu


Dan apabila sudah kembali bekerja, jika mahukan bentuk badan kembali kepada asal, boleh teruskan memakai bengkung ataupun corset. Pemakaian bengkung ini bagus sebab bukan sahaja ia membantu memecahkan lemak di kawasan perut, tetapi juga mengelakkan kita dari makan terlalu banyak kerana perut sendat.


3. Berurut/Bertungku/Bertangas/Sauna


Orang selalu ingat aktiviti berurut/bertungku/bertangas/sauna ni hanya perlu dilakukan semasa dalam pantang. Itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja dalam masa dua bulan. Cadangan saya, jangan limitkan kegiatan ini!


Sekerap yang boleh, apabila anda masa, silalah pergi berurut/bertungku/bertangas/sauna bersama dengan bidan-bidan ataupun di spa.  Aktiviti ini bukan sahaja membantu melancarkan peredaran darah tetapi haba panas dari tungku/tangas/sauna itu boleh membantu memecahkan lemak dan membuang angin dan lebihan air dari badan kita.


4. Pemakanan yang sihat


Dalam apa jua perkara – nak cantik, nak sihat, nak kurus -, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat. Jangan makan fast food dan makanan rapu yang tinggi kandungan lemak trans dan tepu yang hanya menambahkan berat badan. Makan makanan yang seimbang dan ambil protein yang secukupnya bagi menggalakkan penghasilan susu dan menukarkan lemak kepada otot supaya perut tidak buncit dan menggeleber. Minum lebih air masak (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) berbanding dengan air manis yang tinggi kandungan gula bagi mengoptimumkan penyerapan khasiat yang diambil dari makanan. Bagi membantu mengemulsikan lemak yang terdapat dalam makanan, jangan lupa ambil lecithin setiap kali sebelum makan! ;)


5. Lakukan aktiviti kecergasan


Selain pemakanan sihat, ibu-ibu juga wajib melakukan aktiviti kecergasan bagi menurunkan berat badan. Ingat, kalau nak kurus, kalori yang dibakar (‘calorie out’) mesti lebih banyak daripada kalori yang diambil (‘calorie in’). Untuk mengempiskan perut, lakukan banyak senaman kardiovaskular dan abdominal yang sangat membantu dalam memecahkan lemak dan membina otot perut. Instead of perut nampak bulat macam orang mengandung, manalah tau nanti boleh dapat 6 pack pula! :D


Selain bersenam, lakukan juga aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan berenang. Atau jika terlalu buntu, buka sahaja youtube, dan anda akan mendapati terdapat banyak senaman ringan yang selamat untuk ibu bersalin secara pembedahan amalkan.


senaman selepas bersalin caesar


Sebelum melakukan aktiviti ini, amalkan minum teh hijau seperti cinch tea agar pembakaran lemak dapat berlaku 3 kali ganda lebih cepat. Lecithin juga boleh membantu anda untuk mengeluarkan peluh semasa bersenam dengan lebih cepat.


6. Postur tubuh


Kurus sahaja tetapi lembik, bongkok tidak akan menampakkan seseorang itu kelihatan cantik. Daripada awal, sentiasa amalkan berdiri, berjalan atau duduk dengan tegak dan posisi yang betul.


7. Nyahkan toksin dan detoks usus


Sekali sekala kita perlu DETOKS. Badan kita menghasilkan toksin dan ia banyak terkumpul di perut. Lagipun, bukan semua makanan yang kita makan dapat dicernakan dan dibuang serta merta. Apatah lagi, ramai ibu-ibu yang selepas bersalin mengalami masalah sembelit! Dan kebiasaannya, sisa-sisa makanan ini banyak tersangkut di dinding-dinding usus yang menyebabkan perut kita buncit! Sebab itulah, kita perlu lakukan proses detoksifikasi ini untuk mendapatkan flat stomach! Salah satu cara untuk detoks adalah dengan mengambil herb lax sebelum tidur beberapa kali seminggu. Confirm pagi-pagi esoknya dah ke toilet untuk buang segala toksin dan sisa makanan yang melekat pada dinding usus.


Nak hilangkan parut selepas bersalin, bagaimana pula?


Ok, dah tahu cara nak hilangkan perut buncit, kalau nak hilangkan parut selepas bersalin macam mana pula?


Parut timbul selepas bersalin caesar


Ini satu lagi dilemma wanita yang bersalin secara caesarian kerana kadang-kala atas faktor genetik ataupun kesilapan manusia, luka pembedahan boleh menjadi parut yang hodoh ataupun timbul menjadi keloid. Ada yang kata, parut itulah kenangan kita melahirkan anak kesayangan tetapi perlukah sampai sehodoh itu?


Kalau tak hilang sepenuhnya pun takpe, tapi kalau dapat pudarkan kan lebih elok?


Saya tak banyak tips untuk hilangkan parut ni kecuali satu – KENA AMBIL SUPPLEMENT!


Sebabnya punca kepada segala masalah kesihatan atau kecantikan ini sebenarnya bermula dari akibat kekurangan nutrisi. Jangan ingat kita makan makanan yang seimbang setiap hari, segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita sudah perolehi. TIDAK!


Lihat saja, setiap kali kita makan (breakfast, lunch, dinner – nasi lemak, roti canai, mamak, etc ), secara jujurnya – berapa banyak portion nasi (karbohidrat) berbanding portion daging, sayur dan buah-buahan? Kalau rasa cukup, lihat pula cara persediaan dan masakannya? Terlebih basuh? Terlebih masak? Sampaikan sayur dah layu. Agak-agak berapa banyak vitamin je tinggal dalam makanan-makanan ini?


Mesti sikitttt je tinggalkan? Kalau dah tinggal sikit, sekali guna untuk lindungi sistem pertahanan badan dah abis! Apa lagi yang tinggal untuk membaiki sel dan tisu yang rosak yang menjadi parut ni kan?


Jadi, mahu tidak mahu memang kena ambil supplement.


Cadangan saya:


1. ESP


Mana-mana pun ESP. Jangan muak! Sebab ESP ini memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja membantu dalam penghasilan susu, memberikan rasa kenyang lebih lama (elok sangat kalau nak diet!), tetapi ESP adalah sumber protein penting dalam proses pembinaan dan pembaikian sel dan tisu. Semasa pembedahan, kulit, isi yang terdiri daripada sel-sel dan tisu ‘dirosakkan’ dan meninggalkan parut, jadi ibu yang bersalin atau sesiapa sahaja yang menjalani pembedahan perlu mengambil protein bagi membantu membaiki semula sel-sel ini dan membina sel-sel baru.


hilangkan keloid dengan ESP shaklee


2. Vitamin C


Selain dari membina tisu, kita juga perlu membina kolagen bagi mencantikkan semula kulit. Kolagen inilah yang akan menjadi tisu penyambung antara sel-sel kulit bagi menjadikan kulit kelihatan cantik. Itulah tugas vitamin C – membantu membina kolagen. Ramai yang menganggap cukuplah sekadar memakan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin C. Tapi, mampukah kita untuk mengambil 7 biji oren setiap hari bagi menampung keperluan vitamin C yang badan kita perlukan?


3. Vitamin E


Kepentingan vitamin E dalam bidang kosmetik memang tidak dapat dinafikan lagi. Vitamin E membantu dalam memberikan kelembapan kepada kulit dan mengelakkan kita berasa gatal serta merupakan antioksidan yang tinggi dalam membantu menghilangkan parut. Vitamin E Shaklee misalnya, bukan sahaja dapat diambil secara oral, tetapi juga dibuat masker dan disapu di bahagian parut bagi membantu memudarkannya dengan segera.


4. Collagen Powder


Kandungan kolagen di dalam badan kita semakin lama semakin menyusut kerana kehilangan kolagen berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya. Jadi, kita perlu mengambil collagen melalui pemakanan. Ujian klinikal yang dijalankan telah membuktikan Shaklee Collagen Powder mampu untuk meningkatkan penampilan keseluruhan sebanyak 71% dalam masa 8 minggu. Alangkah baiknya kalau parut kita dapat berubah 71% lebih baik dalam masa yang sama kan?


5. Vivix


Vivix adalah sejenis tonik anti penuaan yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan menyeluruh. Salah satu mekanisma Vivix adalah ia membantu memperbaiki kerosakan DNA. Haa..ulang suara, DNA you! Maksudnya, kalau ada kecacatan pada sel-sel kita, Vivix boleh membantu untuk memperbaikinya semula. Parut adalah satu contoh ‘sel yang cacat’. Jadi, sebaik-baiknya, amalkanlah Vivix ini juga jika anda sedang berusaha menghilangkan parut!


Wah wah wah…banyaknya nak ambil! Jangan risau… kalau makan dengan cara yang betul, semuanya boleh dimakan. Janji, lepas ni suami berhenti mengejek lagi!Betul tak?


Lagipun, semua supplement (Shaklee) ni semulajadi, jadi insyaAllah semuanya selamat dimakan tanpa kesan sampingan dengan syarat….


Hmm..syaratnya, nanti saya ceritakan bila anda dah beli barang ni daripada saya ye!!


Untuk sebarang pertanyaan, jangan segan hubungi saya di 012-3579599..


Semoga kita semua sentiasa kelihatan seperti anak dara walaupun dah beranak lima! :)


Salam sayang dari Pengedar Shaklee anda,


Fara Fadzil


ID: 860722


012-3579599



Malu diejek suami? Tips buat ibu hilangkan parut dan perut buncit selepas bersalin caesar

Monday 17 November 2014

Potong Kaki Akibat Kencing Manis - Adakah Cara Untuk Mengelakkannya?

Sejujurnya, saya sangat susah nak bercerita tentang penyakit kencing manis. Sebab setiap kali saya membicarakannya, pasti saya akan terbayangkan saat-saat akhir ketika menjaga arwah mak saya yang menderita akibat penyakit ini. Selama lebih dari 10 tahun arwah mak berpegang kepada insulin dan ubat kencing manis sehinggalah kemuncaknya pada 9 April 2012, bacaan gulanya terlampau tinggi (sehingga tak dapat dibaca!) dan akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri. Suratan atau kebetulan, arwah mak dan abah pada masa itu memang sedang berada di rumah saya dan dari rumah saya inilah arwah mak dikejarkan ke Hospital Ampang dengan ambulans.


Di hospital, para doktor melakukan usaha dengan sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan arwah mak. Nadi mak tersangat lemah. Tekanan darahnya terlampau rendah. Selama 3 hari mak tidak sedarkan diri dan selama lebih kurang seminggu arwah mak tinggal di wad ICU. Doktor terpaksa memberikan ubat yang paling kuat bagi menaikkan tekanan darahnya – agar darah dapat dipam ke seluruh anggota badan. Tapi, ia bukan satu kerja yang mudah!


Darah seorang pesakit diabetes adalah sangat likat akibat kandungan gula yang sangat tinggi. Salur darahnya sempit kerana terdapat rintangan insulin yang menyebabkan glukosa tidak dapat diangkut ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga. Dan disebabkan oleh salur darah yang sempit, maka adalah amat sukar bagi jantung melakukan tugas mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrisi yang secukupnya sehingga ke hujung anggota badan seperti di jari-jari kaki dan tangan.


Apabila oksigen dan nutrisi tidak sampai ke kawasan tersebut, lama-kelamaan sel-sel dan tisu-tisu di situ pun mati. Itulah yang terjadi kepada arwah mak. Apa yang berlaku terlalu cepat. Dalam masa kurang 24 jam, saya menyaksikan sendiri bagaimana jari-jemari tangan yang sentiasa membelai saya menjadi hitam… begitu juga dengan jari jemari kakinya… :(


Tapi,  Alhamdulillah… pada hari keempat di hospital, arwah mak mula sedarkan diri. Jari jemari yang hitam semakin kering dan mula mereput. Itulah yang doktor kenalkan sebagai ‘dry gangrene’ ataupun gangrene kering. Tapiii.. cerah yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dua minggu selepas mak sedarkan diri, gangrene di sebelah kaki kiri arwah mak terkena jangkitan dan ia semakin merebak ke atas. Jadi, mahu tidak mahu sebahagian dari tapak kaki mak terpaksa dipotong!


Potong kaki akibat kencing manis?? Tak pernah sekalipun dalam fikiran kami adik beradik, mak akan terpaksa melalui proses itu! Tapi, siapalah kami nak menolak ketentuan Ilahi. Arwah mak sendiri redha maka kami semua harus kuat demi insan yang sangat kami cintai.


Selama sebulan arwah di bawah penjagaan hospital sebelum kami memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah saya dan menjaganya sendiri. Setiap pagi sebelum subuh, saya bangun mencuci luka kakinya, luka bed sore nya, membersihkannya, memasak lauk untuknya sebelum dia ditinggalkan bersama abah sementara saya pergi kerja. Di hujung minggu, giliran adik-beradik yang lain pula. Semuanya di rumah saya, di depan mata saya sendiri.


Jadi, saya sangat-sangat memahami kalau ada sesiapa yang berada di situasi ini. Kerisauan menjaga ibu yang selama ini menjaga kita. Ibu yang selama ini kita nampak sentiasa ceria dan bertenaga, menyembunyikan segala masalah dan duka, tiba-tiba terlantar tidak berdaya.


Bagi membantu mempercepatkan proses pemulihannya, saya bukan sahaja memastikan makan makanan yang berkhasiat setiap hari, tetapi juga memberikannya supplement bagi melengkapkan nutrisi. Ya! Supplement adalah sangat penting kerana khasiat yang dia dapat dari makanan adalah terlalu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan sel dan tubuh badannya.


Jika tidak mendapat nutrisi yang cukup, bukan sahaja proses pemulihan menjadi lambat, malah gangrene di kawasan lain mungkin akan merebak dan berisiko untuk dipotong juga!


Jadi, kalau ada yang bertanya, kalau pernah kena potong kaki akibat kencing manis, adakah cara untuk mengelakkan anggota lain dipotong juga?


Jawapan saya, ya!


Alhamdulillah, dengan izin Allah dan atas usaha kami memantau pemakanan arwah mak dan memberikan nutrisi penting yang secukupnya, luka kesan amputation di kaki kirinya sembuh dengan sempurna dan gangrene di tempat lain juga tidak merebak ke atas.


Cara mengelakkan kaki dipotong akibat kencing manis


Apa yang telah kami berikan kepada arwah mak?


Selain menjaga pemakanan (no fast food!), saya juga telah memberikan supplement-supplement ini kepada arwah mak:


1. ESP – Susu soya ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah yang dapat membantu mengawal paras gula. Ia tidak mempunyai kanji dan membekalkan protein yang penting dalam proses pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru. ESP juga mengandungi kalsium dan bersifat alkali yang membantu mengurangkan keasidan dalam darah.


2. Zinc – Zinc adalah khasiat mineral yang terkandung dalam ikan haruan yang sangat bagus dalam membantu pemulihan dan mengeringkan luka. Pesakit diabetes yang mempunyai luka (tak kira akibat amputation atau apa sahaja) mempunyai kesukaran untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Jadi, jika anda mahu luka anda sembuh dan kering dengan cepat, pastikan anda mendapat khasiat zinc dalam pemakanan seharian.


3. B-complex – Pesakit kencing manis kebiasaannya akan mudah letih kerana kandungan gula yang tinggi dalanm darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga akibat rintangan insulin. Jadi, pengambilan vitamin b-complex adalah sangat penting bagi membantu melancarkan peredaran darah dan menukarkan glukosa kepada tenaga.


4. Vitamin C – Bagi menyerap khasiat dari pemakanan secara optimum, kami juga memberikan mak vitamin C. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan sistem imun, tetapi juga mengukuhkan kapilari dan salur darah serta menyembuhkan luka dengan cantik.


5. Vivix – Dan sudah tentu saya memberikannya Vivix. Vivix mengandungi resveratrol dan polyphenols dari tumbuhan yang mempunyai paras antioksidan yang sangat tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan resveratrol yang boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dalam diabetes:


“resveratrol improves insulin sensitivity, reduces oxidative stress and activates the Akt pathway in type 2 diabetic patients.” P Brasnya, G.A Molnar, M.Mohas, L.Marko, B. Laczy, J. Cseh, E.Mikolas, I. Andras Szijarto, a. Merei, R. Halmi, L.g Meszaros, B.sumegi, I Wittmann.


 


Alhamdulillah.. dengan supplement yang diberikan, arwah mak menjalani saat-saat akhir hayatnya dengan lebih bertenaga. Dalam masa beberapa bulan sahaja, luka kakinya sembuh sepenuhnya dan isi dan kulit tumbuh dengan baik. Dari Kuala Lumpur, arwah mak akhirnya dapat mencapai hasratnya untuk pulang ke rumahnya sendiri di Temerloh. Tetapi, Allah SWT lebih menyayanginya.. Sebulan setengah kemudian, pada 13 September 2012, mak kembali ke rahmatullah mengadap Yang Maha Pencipta…


Tetapi, sebagai anak saya bersyukur kerana sempat berkhidmat sepenuhnya di saat-saat akhir hayat arwah mak. Dan saya juga harap, anda yang mempunyai ibu bapa begitu juga. Sayangilah mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi hayat mereka masih ada.


Banyak lagi yang saya boleh kongsikan tentang pengalaman menguruskan pesakit kencing manis, tetapi cukuplah setakat ini sahaja buat masa ini.


Anda boleh menghubungi saya di 012-357 9599 atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com jika anda mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Nasihat saya, berikanlah nutrisi yang secukupnya kepada orang kesayangan kita…kerana dengan nutrisi yang cukup, barulah sel badan dapat menjadi sihat dengan sempurna.


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


ID:860722


012-3579599



Potong Kaki Akibat Kencing Manis - Adakah Cara Untuk Mengelakkannya?

Sunday 16 November 2014

Big Holiday Giveaway by Wani

Assalamualaikum n peace upon you…


I am one of the sponsors of this following give away…


image


Join..jgn tak join ye!


Banyak hadiah menarik yang menanti anda :)


For more details, sila klik pada logo di atas k!


 


Nitee2!



Big Holiday Giveaway by Wani

6 Tips Marathon Buat First Timers Supaya Tak Mudah Pancit!

Bulan 12 ni memang bulan yang busy untuk saya. Selepas program berhujung minggu dengan kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras nanti, insyaAllah pada hujung minggu yang seterusnya iaitu 21 Disember, for the first time in my life saya akan menyertai marathon yang dianjurkan bersama oleh Cyberview Sdn Bhd iaitu Cyberjaya Putrajaya Perdana Twincity Marathon 2014. Hihi.


 


tips marathon untuk peserta kali pertama


Excited? Mestilah excited! First time lah katakan… :D


Tak pernah-pernah sebelum ni. Dulu masa zaman sekolah, acara merentas desa tuh siap nak escape lagi. Hihi. Tapi, bila dah tua-tua ni siap dicarik lagi marathon untuk disertai.


Maybe #shakleeeffects juga sebab dah ada kesedaran betapa pentingnya untuk betul-betul jaga kesihatan. Bukan sahaja dari segi pemakanan, tapi juga melalui cara bersenam dan bersukan. Alhamdulillah… :)


Cyberjaya Marathon ni actually ada 2 kategori – kategori PRO dan kategori FUN RUN. Yang kategori pro haruslah bermarathon dengan distance yang jauh – ada kategori untuk 42km, 21 km dan 12 km. Siap ada hadiah duit $$$ lagi. Tapi, yours truly memandangkan ni baru kali pertama nak join, haruslah berjinak-jinak dengan larian yang untuk suka-suki dulu. Fun run aje dulu sudehhhh..hihi. :D


Fun fun pun 5 kilometer jugak nak kena berlari ni nanti tau! Huk huk. Larat ke ntah nanti ye? We’ll see.. :D Biiznillah..mudah-mudahan dengan training yang dah dibuat dan ditemani dengan performance drink dan cinch energy tea semasa larian nanti, saya akan sampai ke garisan penamat. Wish me luck k! :)


Yang bestnya about joining this marathon, diorang tak biarkan orang yang beginner or first timer dalam dunia marathon ni terkontang-kanting. Pihak penganjur siap offer lagi pelbagai maklumat dan tips tentang cara nak training supaya dapat menamatkan acara marathon ni dengan jayanya nanti.


Maklumat yang diberikan memang bagus tapi dalam bahasa inggeris. Jadi, dah alang-alang part time saya buat keja translator-interpreter, saya rasa elok jugak kiranya saya kongsikan  6 tips marathon untuk first timers (macam saya) supaya tak mudah pancit ni ke dalam bahasa melayu untuk panduan semua. Manalah tahu kot2 satu hari nanti anda juga berminat nak join marathon ni macam saya :)


So, inilah dia….


6 tips marathon untuk amatur:


1. Bina stamina sedikit demi sedikit


Program latihan yang anda jalani sebagai persediaan menyertai marathon haruslah dibuat secara sedikit demi sedikit. Setiap kali anda berlatih, tambahkan sedikit jarak larian anda pada hari tersebut berbanding jarak yang telah anda lakukan pada latihan sebelumnya sehinggalah anda mencapai jarak kilometer yang anda akan lakukan pada hari marathon nanti. Latihan yang sedikit tetapi konsisten (slow and steady) akan menjadikan anda lebih kuat dan dapat berlari lebih lama, tanpa mengambil risiko untuk mudah tercedera ataupun pancit! Ada kalanya, mungkin anda akan terasa mahu berlari lebih jauh daripada apa yang telah dirancangkan, tetapi adalah lebih baik jika anda mengikut jadual atau program latihan  yang telah dirancang atau ditetapkan.


2. Tukar kasut anda


Kasut yang dah lama (baca: koyak, tapak botak, rosak) dan tak padan dengan saiz kaki anda (baca: ketat, longgar) boleh menyebabkan kecederaan, jadi tukarlah kasut anda sekarang. Pergi ke kedai yang menjual kasut sukan di mana anda boleh mendapatkan kasut larian yang sesuai dan memberikan sokongan kepada kaki anda ketika bermarathon nanti.


Tips marathon supaya tak mudah pancit


3. Pergi jauh


Setiap minggu, anda akan berlari jarak jauh untuk membina stamina yang anda perlukan semasa pertandingan marathon nanti. Semasa melakukan larian jarak jauh ini, fokus kepada kilometer ataupun jarak yang anda ingin tamatkan dan bukan kepada kelajuan ataupun masa yang anda akan ambil untuk tamatkan larian. Daripada pancit di tengah jalan dan tak dapat menamatkan larian, lebih baik anda berehat daripada berlari dan teruskan dengan berjalan supaya anda kekal bertenaga sehingga tamat.


4. Berlatih makan sambil berlari


Anda perlu menambah tenaga setiap 30 ke 45 minit semasa pertandingan marathon nanti. Jadi, semasa anda berlatih berlari jarak jauh, cuba buat eksperimen dengan pelbagai jenama dan perasa minuman tenaga, gula-gula ataupun energy/cereal bars untuk mengetahui yang mana satukah yang paling sesuai dengan perut anda. Pastikan anda cuba jenama dan perisa minuman yang akan ditawarkan semasa larian marathon nanti.


5. ‘Dengar cakap’ tubuh anda


Jangan paksa badan anda! Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan jika keperitan yang anda alami pada awal permulaan larian, semakin hilang apabila anda terus berlari. Tetapi, jika anda mengalami kesakitan yang berterusan atau semakin teruk apabila larian diteruskan, sila berhenti dan berjumpa dengan doktor. Peruntukkan waktu rehat dalam jadual latihan anda dan sekiranya anda keletihan pada hari sepatutnya anda menjalani latihan, tangguhkan larian anda ke hari yang lain.


Tips untuk marathon kali pertama


6. Makan dengan seimbang


Bagi memperoleh tahap kecergasan yang terbaik semasa larian, pastikan anda sentiasa mengambil makanan yang seimbang. Lebih kurang separuh daripada jumlah kalori harian anda harus diperoleh daripada kerbohidrat, seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Suku daripada kalori ataupun tenaga anda pula boleh didapati daripada “lean protein” seperti produk tenusu, daging (lean meat), kacang dan sayuran. Dan selebihnya harus diperolehi daripada lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan avocado.


Jadi itulah dia 6 tips buat peserta marathon kali pertama macam saya. Walaupun jarak yang saya nak buat kali ni sangat pendek, tapi persediaan kecergasan dan stamina harus dilakukan juga. Saya akui, akibat kesibukan kerja di pejabat dan juga menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga di rumah, masa saya untuk benar-benar bersukan amatlah terhad. Mujurlah setiap seminggu sekali, ada juga kelas aerobik di ofis yang membolehkan saya untuk mengeluarkan peluh. Oklah tu…daripada takde langsung kan?


Dan instructor aerobic kami pun bukan calang-calang orang tau. Beliau didatangkan khas dari MSN lagi. Jadi, banyak juga tips-tips kesihatan dan kecergasan yang saya pelajari dari beliau termasuklah untuk tips untuk marathon ni.


Nak tahu apa lagi rahsia yang saya dapat korek daripada beliau? Terus ikuti blog ini atau anda boleh hubungi saya di talian 012-3579599.


Untuk yang suka bermarathon atau baru berjinak-jinak dengan marathon seperti saya, good luck ye!


Love,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


ID: 860722


012-3579599


 



6 Tips Marathon Buat First Timers Supaya Tak Mudah Pancit!

Wednesday 12 November 2014

Program Back To School 2015 Bersama Anak-anak di Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah Cheras

Biiznillah.. pada 14 Disember 2014 nanti, saya dan rakan-rakan SID dari RichFamily akan bersama-sama meraikan kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah, Cheras (RKKTBC) dalam satu program yang kami anjurkan sendiri iaitu Program Back to School 2015.


Justeru, saya mengambil peluang ini untuk membuat sedikit sebaran tentang satu kempen yang sedang kami jalankan untuk menjayakan program ini.


Program Back to School 2015


 


Tentang Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras


Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang menghuni RKKTBC ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan terabai.


Berdasarkan maklumat dari RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 7 hingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sesi persekolahan pada tahun 2015 nanti.


RKKTBC 1


Kempen Back to School 2015


Dengan ini, kami melancarkan Kempen Back to School 2015 untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita yang lain. Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian pakaian dan peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama daripada pihak Mydin bagi menyediakan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan.


Cara untuk membuat sumbangan


Terdapat 2 cara untuk membuat sumbangan kepada tabung Back to School 2015 ini:


1. Membeli sambil beramal


Sepanjang bulan November ini, untuk setiap pembelian produk Shaklee daripada saya atau mana-mana SID dari RichFamily, 10% dari hasil keuntungan jualan akan terus disalurkan kepada tabung Back to School 2015 untuk kanak-kanak di RKKTBC.


Anda boleh menghubungi saya di talian 012-357 9599 untuk sebarang pesanan dan pertanyaan tentang produk Shaklee yang sesuai untuk kegunaan anda dan seisi keluarga. Shaklee menyediakan rangkaian produk bukan sahaja vitamin untuk kesihatan (Healthy Nutrition) seperti set menyusu, set kanak-kanak, set kecantikan, set kurus, set suami isteri, set kesihatan jantung, set kesihatan sendi, dan pelbagai lagi, malah ia turut menawarkan produk-produk penjagaan kulit dan rambut (Healthy Beauty – Nutriwhite, Enfuselle, ProSante), penjagaan berat badan (Healthy Weight – Cinch) dan juga produk penjagaan rumah (Healthy Home -Get Clean) yang selamat, semulajadi dan bebas bahan kimia.


2. Tajaan Peribadi


Cara yang kedua adalah anda juga boleh membuat sumbangan peribadi mengikut kategori seperti di bawah:


  • Tajaan kelengkapan sekolah: RM150

  • Tajaan Set Pakaian Sekolah: RM100

  • Tajaan Sepasang Kasut: Rm30

  • Tajaan Korporat: RM1500 (minima 10 orang)

Selain daripada keperluan persekolahan ini, RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan tabung Back to School 2015 ini mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.


Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Lydzar Rusman seperti yang tertera di bawah:


Bank: CIMB


No akaun: 7602390876


Email: lydzar@gmail.com


Dan mohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk mengisi borang ini untuk penyerahan resit rasmi : bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC


Kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak dalam menjayakan kempen ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.



Surah Al-Anam : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala timbangan dan sukatan dengan adil.”



Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh hubungi saya di talian 012-3579599.


Salam sayang,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL


ID: 860722


012-3579599



Program Back To School 2015 Bersama Anak-anak di Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah Cheras

Tuesday 11 November 2014

Cara atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil

Pening semasa hamil memang sudah lumrah di kalangan wanita. Di awal trimester pertama, hormon kehamilan, progesteron, membuatkan dinding-dinding salur darah berada di dalam keadaan “rehat” lalu menyebabkan tekanan darah menjadi rendah dan seterusnya membuatkan si ibu berasa pening dan loya. Tetapi awas! Jika ia masih berlarutan di trimester kedua dan ketiga, besar kemungkinan rasa pening yang anda alami itu adalah disebabkan oleh jumlah hemoglobin (atau Hb) yang rendah akibat kekurangan zat besi di dalam badan.


Atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil


Bacaan hemoglobin (Hb) normal


Bacaan Hb yang baik atau normal semasa hamil adalah >11g/dl. Kalau di klinik-klinik kerajaan, setiap kali appointment atau check ups, kandungan hemoglobin ni memang akan diperiksa oleh bidan-bidan perubatan. Kalau si ibu tak mencapai paras Hb yang ditetapkan, siaplaaa.. buku merah akan ditandakan dengan pen dakwat merah dan ibu-ibu akan diberi ceramah kesihatan FREE tentang cara nak atasi Hb rendah ini.


Jadi, bagaimana cara nak naikkan semula Hb?


♥ Makan makanan yang kaya dengan zat besi


Contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah:


  1. Bijirin yang diperkaya dengan zat besi – Banyak bijirin atau cereal di pasaran memang selalui diperkaya dengan zat besi. Kandungan zat besinya adalah  ialah sebanyak 68mg (376% DV) setiap 100 grams atau 28mg (158% DV) setiap cawan (42 grams). Tetapi awas! Jika anda menghidap GDM atau kencing manis semasa hamil, atau mempunyai masalah obesiti, pengambilan bijirin untuk menaikkan Hb bukanlah satu langkah yang bijak kerana bimbang akan menyebabkan penyakit yang lain pula.

  2. Serbuk koko – serbuk koko mengandungi 36mg (200% DV) setiap 100 grams atau 1.8mg (10% DV) bagi setiap sudu besar (5 grams). Boleh digunakan dalam masakan seperti puding, jeli, minuman dan sebagainya.

  3. Spirulina (rumpai laut) -Spirulina mengandungi sebanyak 29mg (158% DV) bagi setiap 100 gram atau 2mg (11% DV) setiap sudu besar (7 grams). Ia boleh didapati daripada rumpai laut atau pemakanan tambahan seperti Vita-lea Shaklee.

  4. Makanan laut – makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi. Udang sebanyak 3 oz, dapat membekalkan zat besi sehingga 132% DV. Makanan lain seperti tiram (57%) dan sotong (51%). Tetapi, kesannya tidaklah secepat pengambilan daging.Makanan kaya dengan zat besi untuk atasi hb rendah

  5. Hati ( ayam, lembu, kambing) – oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Dalam setiap 100g hati, kandungan zat besi adalah sebanyak 23g atau 129% DV. Tapi, saya bukanlah seorang peminat organ dalaman. Jadi, menu berasaskan hati memang bukan dalam pilihan saya.

  6. Kacang – kacang seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Dalam 100g kacang, ia membekalkan sebanyak 34% DV. Kacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.

  7. Sayuran hijau– sayuran hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan serapan zat besi. Semangkuk bayam membekalkan sebanyak 6g zatbesi atau 36% DV.

  8. Daging- kandungan zat besi dalam daging sebanyak 100g membekalkan 21% DV. Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.

  9. Buah prun- prun merupakan buah yang sangat lazat. Rasanya manis dan lembut, mudah disediakan serta mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Prun juga membantu melawaskan sistem pemakanan dan mengatasi masalah sembelit yang biasa dialami wanita mengandung. Kandungan zat besi dalam prun adalah sebanyak 3.5mg (20% DV) setiap 100 gram atau 4.7mg (26% DV) setiap cawan(132 grams).

  10. Tempeh- tempe merupakan makanan yang enak dan kaya dengan protein. Ia juga tinggi zat besi di mana kandungan zat besinya 2.7mg (15% DV) setiap 100 gram atau 4.5mg (25% DV) setiap cawan(166 grams). Tempeh boleh digoreng begitu sahaja, di masak bersama sayur atau ditambah dalam masakan seperti sambal goreng.

♥ Makan supplement zat besi DENGAN CARA YANG BETUL DAN PADA WAKTU YANG TEPAT


Tetapi, ianya agak mustahil untuk makan segala makanan yang kaya dengan zat besi dengan kuantiti yang banyak setiap hari kan? Jadi, biasanya, sekiranya anda mengalami masalah Hb yang rendah semasa hamil, anda pasti juga akan dibekalkan dengan supplement zat besi bagi membantu meningkatkan bilangan hemoglobin (darah) bagi menampung keperluan bayi di dalam kandungan. Walau bagaimanapun, tanpa cara pengambilan yang betul, khasiat mineral ini mungkin tidak akan dapat diserap secara optimum dan menyebabkan masalah pening anda sentiasa berlarutan.


Justeru, bagi memastikan penyerapan zat besi dilakukan secara optimum, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan seperti di bawah ini:


  • Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu. Minuman-minuman ini mengandungi caffein ataupun calcium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan secara optimum.

  • Elakkan makan iron pills (supplemen zat besi) bersama pil kalsium (atas sebab yang sama seperti di atas).

  • Makan nasi bersama air jus buah atau air kosong. Zat besi akan diserap dengan lebih baik.

  • Makan supplement zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.

  • Makan banyak serat, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi dan mengelakkan sembelit.

  • Makan daging terutamanya daging merah dan makanan laut sekurang-kurangnya 3x seminggu.

  • Perahkan jus limau ke dalam makanan bagi menambah khasiat vitamin C yang menyerap khasiat zat besi dalam makanan.

  • Sentiasa gunakan ikan bilis yang sudah dikopek dan udang kering dalam masakan sebagai perencah yang menambahkan khasiat zat besi.

  • Jangan basuh dan masak sayuran hijau terlalu lama kerana ia boleh memusnahkan khasiat vitamin yang terkandung di dalamnya.

Banyak sungguh makanan yang perlu dimakan dan peraturan yang kena ikut bagi memastikan Hb sentiasa cantik di paras >11g/dl. Kenapa ya?


Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil


Kepada Ibu…


Jika ibu yang hamil kurang mengambil zat besi dari pemakanan seharian, bukan sahaja si ibu akan kekurangan darah dan berasa pening, malah lebih teruk lagi si ibu boleh mengalami sesak nafas, jantung berdegup laju/berdebar-debar sehingga boleh menyebabkan pitam atau jatuh pengsan.


Jika semasa mengandung atau bersalin si ibu ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut!


Kepada bayi…


Manakala kesan kepada bayi pula, ianya sangat penting bergantung kepada jangkamasa kandungan:


1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)


Pada masa ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (contohnya, tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair, ia akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)


Ketika ini bayi di dalam kandungan telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu rendah, jantung bayi tidak akan dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)


Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung bayi tidak kuat dan ada risiko bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain kekurangan darah, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Pengalaman saya…


Bukan senang nak hadapi masalah Hb rendah ini. Saya amat memahaminya kerana saya juga tergolong di kalangan kumpulan wanita yang mengalami masalah Hb dan tekanan darah yang rendah. Saya mudah letih, tercungap-cungap dan selalu ‘blackout’  dan terhuyung-hayang apabila tiba-tiba berubah posisi dari duduk kepada berdiri atau dari kawasan terang ke kawasan yang suram.


Masa mengandungkan anak yang pertama pada tahun 2011, hanya 2-3 kali sahaja saya melepasi bacaan >11g/dl. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Saya bergantung sepenuhnya kepada pil supplement yang klinik berikan. Tetapi bacaan Hb masih di antara 9-11g/dl dan sembelit masa mengandung tak usah ceritalah. Pengambilan zat besi memang menyebabkan najis berwarna hitam dan mengakibatkan sembelit.


Untuk anak yang kedua, saya bertukar 100% kepada set hamil Shaklee. Alhamdulillah..pengalaman mengandung yang dilalui ketika ini lebih mudah dan lancar. Tiada sebarang masalah walaupun saya langsung tidak mengambil vitamin yang doktor telah preskripsikan kerana amaun supplement yang saya ambil melalui set hamil Shaklee sudah cukup untuk menampung keperluan saya dan bayi ketika itu. Alhamdulillah…tiada masalah Hb rendah..dan tiada juga rasa pening yang melampau ketika hamil.


Jadi, kalau anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya…ya, saya betul-betul mengesyorkan anda untuk mencuba supplement Shaklee untuk ibu hamil ini. Jadikan ia sebagai usaha kita untuk memberikan si manja nutrisi yang terbaik sejak dari dalam kandungan lagi. Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di 012-3579599 untuk menceritakan masalah Hb rendah anda dan saya akan kongsikan segala ilmu yang saya ada bagi membantu anda mengatasi masalah ini.


Semoga ilmu yang dikongsikan di dalam entry ini bermanfaat kepada semua! :)


Till then, be happy n be healthy :)


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL


ID: 860722


012-3579599



Cara atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil

Friday 7 November 2014

Cara Ibu Ida Selamatkan Buah Pinggang Dari Kena Makan Banyak Ubat Walaupun Ada Kencing Manis dan Darah Tinggi

Rasanya rata-rata orang, tak kisahlah pesakit atau ahli keluarga pesakit kencing manis dan darah tinggi mesti tahu berapa banyak bekalan ubat doktor bagi untuk dimakan bila dah disahkan mengidap penyakit tersebut. Saya teringat masa arwah mak saya ada dulu, sekali datang appointment kat klinik kerajaan, diberinya terus stok ubat untuk berbulan-bulan terus. Sekali dah makan, seumur hiduplah kena makan tu. Naknya bila tiap kali datang appointment, dipesan berkali-kali jangan lupa makan ubat, nanti bla bla bla bla…(korang sendiri mesti sedia maklum apa diorang cakap kan kalau pernah bawak mak bapak pegi klinik amik ubat). Rasa diugut pun aderr… Yelah.. sapa tak takut mati kan?


Tapi, yang anehnya…walaupun dah makan ubat hari-hari, penyakit tak baik-baik juga. Malah bertambah-tambah pula dosnya. Lepas tu, bertambah-tambah pula penyakit lain yang dapat. Maka, bertambah-tambah jenislah ubat yang kena dimakan. Orang kata, ibarat makan ubat dah macam makan nasi sama banyaknya. Can you imagine? Gilerr..apa? Tu pasal ramai orang yang dah penyakit kronik macam kencing manis atau darah tinggi ni, bila sampai satu masa dapat penyakit buah pinggang pulak. Sebabnya diorang terlalu banyak kena makan ubat sampai buah pinggang pun dah tak larat nak cuci darah yang kotor dengan segala bahan kimia daripada ubat tu. Dan akhirnya kena buat hemodialisis atau cuci buah pinggang sebab buah pinggang dah gagal berfungsi. Kesian kan? Sudah jatuh ditimpa tangga.


Elak sakit buah pinggang dengan Vivix Buah pinggang yang rosak


Itu cerita yang biasa kita dengar. Tapi korang tahu tak, tak semua orang bila dah sekali terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi ni, dos ubat mereka akan semakin bertambah tau! Buktinya, saya ada satu kisah benar dari Ida, rakan seperjuangan Rich Family,  yang mana ibunya berjaya buat perkara yang biasanya orang lain tak dapat buat, iaitu…


Doktor sendiri kurangkan dos ubat dan insulin ibu Ida setelah sekian lama mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Haaa…menarik kan? Jarang sungguh kita mendengar kes-kes begini, betul tak? Kalau saya jadi Ida pun, pasti saya akan bersyukur dan gembira kerana ibu kesayangan semakin kurang kebergantungan kepada ubat. Dan ibunya juga pasti semakin sayang dengan anaknya yang solehah atas tindakannya yang mengesyorkan supplemen yang betul dan berkesan untuk mengawal paras gula dan tekanan darahnya.


Vivix penawar diabetes dan darah tinggi si ibu Proud mother and happy daughter – Ida dan ibunya :):)


Nak tahu macam mana mereka berjaya melakukannya?


Nahhh..baca sendiri screenshot pengakuan Ida dalam secret group Rich Family kami baru-baru ini..


 


Testimoni vivix untuk kencing manis dan darah tinggi Testimoni dari Ieda Adheena


Bestkan?


Itulah dia PENANGAN VIVIX yang mak si Ida ni ambil. Lepas 3 botol..Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya telah menjadi semakin normal. :)


Kalau dulu ibu Ida kena pergi jumpa doktor tiap-tiap bulan untuk check up, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh datang 4 bulan sekali je


Kalau dulu ibu Ida inject insulin tinggi dosnya, lepas konsisten amalkan Vivix, doktor kurangkan dos insulin dia..


Dan yang PALING BEST, kalau dulu ibu Ida kena makan ubat sampai 20 biji sehari, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh makan 7 biji sehari je!!! Jadi, semakin kuranglah beban buat buah pinggang mak si Ida ni untuk bekerja untuk cuci darah yang pekat dengan bahan kimia yang terdapat dalam ubat. Alhamdulillah… syukur kepada Allah SWT. :)


Bukan saja dos ubat kencing manis dan darah tinggi semakin berkurang, malah ibu Ida juga semakin kuat dan bertenaga untuk berjalan selepas mengamalkan Vivix. Kalau dulu, Ida perlu pimpin ibunya supaya beliau tak jatuh, kini ibunya boleh bergerak sendiri seorang diri dengan bebasnya! Subhanallah…. Anak manalah yang tak gembira melihat ibu menjadi kuat dan sihat semula kan?


Jadi, itulah rahsia mak Ida untuk jaga buah pinggangnya dari terkena kesan sampingan ubat. Walaupun dia dah ambil Vivix, dia tetap mengambil ubat hospital untuk merawat penyakitnya sehingga doktor sendiri memutuskan untuk mengurangkan dos ubat yang diambilnya setiap hari.


Siapalah yang tak sayangkan buah pinggangkan? Dan siapa pula yang tak sayangkan mak ayah? Mereka sentiasa berikan kita yang terbaik semasa kita kecil, jadi bila dah dewasa ni, inilah masanya untuk kita berikan yang terbaik kepada mereka pula. Bukan sahaja melalui kiriman doa agar Tuhan sentiasa menyayangi mereka, tetapi tunjukkan juga melalui perbuatan. Macam Ida. Dia dah buktikan kasih sayangnya dengan berikhtiar memberi kesihatan terbaik untuk ibunya melalui pemberian Vivix.


Ini baru satu kisah. Kisah Ida dengan ibunya. Ada banyak lagi kisah menarik dalam Rich Family bagaimana Vivix membantu pesakit-pesakit kronik yang lain. Kalau nak tahu, boleh hubungi saya di 012-3579599 untuk kisah-kisah seterusnya atau untuk sertai saya dan kawan-kawan lain dalam secret group ini..


Atau kalau anda juga ingin selamatkan buah pinggang anda dari terkena kesan sampingan ubat dengan mengamalkan Vivix seperti mak Ida, anda juga boleh menghubungi di talian 012-3579599 yang sama untuk mendapatkannya.InsyaAllah..saya sedia membantu anda untuk mengelakkan diri dari terpaksa melakukan hemodialisis sepanjang hayat!


Sayangi buah pinggang kita!


Fara Fadzil- Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL


ID: 860722


012-357 9599



Cara Ibu Ida Selamatkan Buah Pinggang Dari Kena Makan Banyak Ubat Walaupun Ada Kencing Manis dan Darah Tinggi

Sunday 2 November 2014

Teh Yang WAJIB Anda Cuba Walaupun Anda Kata "Saya Tak Suka Minum Teh"

Terus terang saya katakan yang saya asalnya bukanlah seorang penggemar teh. Saya memang tak berapa suka minum teh. Boleh minum tapi bukan favourite. I prefer coffee to tea. Zaman belajar dulu memang hari-hari minum kopi. Takpun hot chocolate. Teh? Langsung takde dalam my kitchen cabinet. Nak bancuh pun fail! Haha. Kemudian, saya berkahwin. Dan apabila saya mula mengandungkan anak yang pertama, saya mula tinggalkan caffein – kopi dan teh – dua-dua saya tak minum. Dan saya terus tinggalkannya sebab breastfeed pula. Bersambung-sambung. Lepas bf anak pertama, mengandung anak kedua. Sekarang ni, bf anak kedua pula. Tapi, bukanlah tak minum langsung, cuma elakkan. Kalau orang dah hidang, saya minum juga sikit. Dan masa mengandung anak kedua dulu, saya ada juga minum raspberry leaf tea atas khasiat yang diberikan kepada ibu yang hendak bersalin. Tapi secara general, saya tak kisah langsung tak minum teh, tapi saya agak rindu kepada minum kopi, especially kepada bau kopi panas yang harummm itu. So, kadang-kadang saya ngelat dan minum juga seteguk dua kopi. :D


Cinch Energy Tea Mix Shaklee


Sampailah saya bertemu dengan teh keluaran Shaklee i.e Cinch Energy Tea Mix… dan akhirnya jatuh cinta dengannya. Walaupun Cinch Tea nih dah lama ada, tapi saya tak terus mencuba atas sebab-sebab di atas (not favourite, caffeinated, pregnant, breastfeed…). Plus, suatu ketika dahulu, saya ada mind set yang teh nih sesuai untuk orang yang NAK kurus saja (which is SALAH!) sebab ia dikategorikan bersama-sama dengan produk Healthy Weight Shaklee yang lain. Tapi, lepas consult dengan mentor saya, ternyata pengetahuan saya tentang minuman ini pada masa itu sangat cetek.


Pada mulanya, saya beli Cinch Energy Tea Mix ini untuk suami saya yang selalu keletihan dan tak cukup tidur akibat tuntutan kerja yang tak tentu masa. Almaklumlah…orang lelaki ni kalau bagi vitamin yang berbentuk tablet macam b-complex, vitalea smer tu untuk menambah tenaga, dia selalu liat nak amik.  Sebab tak berapa rajin nak minum air. So, disebabkan itulah Cinch Tea ni mula bertapak di rumah saya. Bila dah ada kat rumah, takkan saya nak pandang-pandang je kan? Mestilah gatallll je tangan dan lidah nak bancuh dan rasa sendiri. Dan sekali bila dah rasa….haaaaa…hamik ko…terus rasa nak lagi dan lagi dan lagi! :D


Jujur saya katakan, it’s not about the taste. Rasa Cinch Energy Tea Mix ni biasa je. Tawar. Kelat sikit pun ada juga. Maklumlah campuran teh hijau, teh merah dan teh putih. Bukannya seperti teh strawberry, teh raspberry, teh epal atau teh2 berperisa yang lain. Dan kalau kita nak maximise kan hasil khasiatnya, seeloknya ia diminum tanpa gula. Tapi, kalau nak lebih sedap… saya memang suka add on dengan madu asli. Yang tu memang perghhhh…terbaek!!! Itu saya. Ada orang suka letak dengan lemon, ada yang suka letak dengan alfalfa.. malah yang letak dengan peppermint ginger pun ada! Hot or cold..dua2 memang marvellous!!


If it’s not about the taste, why am i so head over heels with this Cinch Energy Tea Mix?


Kalau bukan kerana rasa, kenapa saya sangat sukakan Cinch Energy Tea Mix?


Tak lain tak bukan mestilah sebab kesannya kepada saya.


Cinch Tea sebagai pemberi tenaga


First time saya try teh ni adalah masa on the way balik dari penang ke kl. Masa tu tengah perayaan Tahun Baru Cina kalau tak silap. Macam biasalah bila time cuti perayaan, lebuhraya utara-selatan memang tak pernah tak sesak. Perjalanan yang biasa mengambil masa 4-5 jam, boleh jadi sampai 9-10 jam. Letih..memang sangat letih. Walaupun saya tak memandu, takkan saya nak tidur sepanjang jalan dan biarkan suami layan jem sorang-sorang kan? So, ketika berhenti di sebuah R&R, saya pun bancuh teh ni dan hasilnya…saya terus hilang mengantuk dan walaupun saya sampai rumah waktu malam selepas perjalanan hampir 10 jam, saya tetap terus bertenaga untuk mengemas barang dan menguruskan urusan rumah tangga yang lain. Dan sejak dari itu, Cinch Tea menjadi bekalan wajib kami suami isteri kalau ingin travel jauh.


Cinch Tea sebagai pemberi tenaga


Sama juga kesannya terhadap abang saya yang telah mencuba teh ini baru-baru ini. Dalam kes abang saya. pada hari raya ketiga aidilfitri yang lalu, dalam masa 24 jam abang saya terpaksa berulang kelantan-kuantan-kelantan atas tuntutan kerja. Pada mulanya, di hari raya pertama, kami beraya bersama-sama dari Temerloh ke Teluk Intan. Kemudian, pada hari raya kedua, abang saya sekeluarga bertolak dari Teluk Intan ke Bukit Bunga untuk beraya di kampung halaman isterinya. Dan pada keesokan harinya (raya ketiga) seawal pukul 4 pagi lagi dia sudah bertolak ke kuantan untuk bekerja sebelum kemudiannya pada malam yang sama pulang semula ke kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya di sana. Secara normalnya, kita pasti akan letih dengan jadual perjalanan yang sedemikian kan? Mujurlah saya bekalkan dia dengan Cinch Energy Tea Mix sebelum kami berpisah dan dia sangat-sangat berterima kasih dan sangat suka dengan kesan yang dialami selepas meminum teh itu. Bak kata abang saya, ” Steadyyyyyy je drive balik semula kelantan malam tu..tak mengantuk pun…”. Alhamdulillah… :)


Cinch Tea sebagai penggalak fokus


Apabila kita bertenaga, tidak mengantuk, maka kita pun akan berkerja dengan lebih fokus. Setuju?


Semenjak saya ber-Shaklee dengan serius, saya memang terpaksa mengorbankan banyak masa tidur. Yelah, di siang hari, saya bekerja sebagai seorang profesional yang tak kurang hebat beban kerjanya. Balik rumah nak menguruskan suami dan anak-anak pula. Jadi, di waktu anak-anak sudah tidurlah saya meluangkan masa untuk fokus kepada bisnes Shaklee. Untuk study product, jawab pertanyaan/follow up customer, update sharing, coaching downlines dan apa-apa sajalah yang patut untuk memajukan bisnes ini. So, secara puratanya, mungkin saya hanya tidur 3-4-5 jam sahaja sehari. Dan pagi esoknya, ke pejabat semula memegang title dan tanggungjawab yang hakiki di sana. Tipulah kalau kata tak penat langsungkan… tapi saya enjoy buat apa yang saya suka. Dan Alhamdulillah… saya mempunyai Cinch Tea sebagai peneman setia saya untuk membantu saya sentiasa kekal fokus melakukan kerja di pejabat dan juga di rumah.


Cinch Energy Tea Mix Shaklee


Begitu juga dengan rakan-rakan sepejabat yang pernah mencuba teh ini. Kata mereka, “Bestlah Cinch Tea nih… dengar khutbah jumaat tak mengantuk pun.” Hihihi. Mesti diorang selalu tersengguk-sengguk dengar khutbah sebelum ni kan? Alhamdulillah…sekurang-kurangnya Cinch Tea dapat membantu mereka fokus dalam ibadat. Hehe :p


Apa-apa pun, saya yakin walaupun kita cukup tidur, pasti ada masa yang kita tersengguk-sengguk juga di pejabat kan? Especially kalau kerja-kerja tu melibatkan pembacaan atau penghasilan dokumen dan manual yang berpuluh-puluh helai. Kalau diri ada rasa macam tu, memang elok sangatlah pastikan yang kita ada sepeket dua spare dalam laci pejabat. :D


Cinch Tea sebagai pembakar lemak 3x ganda lebih cepat


Haaa…ini instructor aerobik saya yang cakap, “Minumlah teh hijau sebelum datang aerobik supaya pembakaran lemak berlaku tiga kali ganda lebih cepat.”  Dan salah satu campuran teh dalam Cinch Energy Tea Mix ini adalah teh hijau.


Dan memang betul katanya. Memang sungguh berbeza rasanya apabila beraerobik dengan dan tanpa Cinch Tea ni. Apabila saya minum Cinch Tea, badan akan berpeluh dengan lebih banyak dan cepat walaupun steps yang dilakukan adalah steps yang sama. Ini diakui oleh aerobik-mate saya sendiri. Katanya, “Peluh buat aerobik macam peluh main badminton lepas minum Cinch tea ni. Best!!!”


Cinch Energy Tea Mix - Teh untuk tingkatkan metabolisma badan Me, my friends and my aerobic instructor semasa kelas aerobik semalam.


So, inilah salah satu cara Cinch Energy Tea Mix ‘berkerja’ dalam membantu orang yang ingin kurus. Ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma agar pembakaran makanan berlaku dengan lebih pantas dan seterusnya mengelakkan kita dari menyimpannya sebagai lapisan lemak di dalam badan. :) A perfect combination with Cinch Shake to get a healthy weight.


Cinch Tea mengelakkan saya dari suka mengunyah


Satu lagi perkara yang saya sedar sejak saya mengamalkan Cinch tea ni adalah saya semakin kurang mengunyah. Kalau dulu selalu sambil buat kerja sambil mengunyah. Ada saja biskut, keropok, kacang, kurma, buah, gula-gula dan macam-macam lagilah di atas meja yang dicapai sambil bekerja atau menaip. Ia umpama satu cara untuk mengelakkan mengantuk juga.


Cinch Energy Tea Mix


Tapi, sejak dah ber-cinch tea ni, biskut munchy’s yang ada seakan tak habis-habis. Bukan saja makanan rapu, yang makanan berkhasiat pun dah kurang makan. Kurma ajwa yang dibeli pun dah selamat disedekahkan kepada colleague yang sedang mengandung. Kacang badam yang dibeli pun akhirnya masuk angin. Apakah? Tapi, in one way bagus jugakkan? Jimat duit dan selamat perut! Hihihihi :D


Cinch Energy Tea Mix – Sekali dah cuba pasti nak lagi!


Alhamdulillah, setiap kali saya mengesyorkan Cinch tea ini kepada kawan-kawan, mereka semua sangat berpuas hati dengan manfaat yang terkandung di dalamnya. Bila sekali dah rasa, terus mereka jatuh cinta, Tak kurang juga yang selalu repeat order. :)


Jadi, jika anda juga ingin melalui pengalaman yang sama, jom order Cinch tea ini beramai-ramai. Hanya hubungi RahsiaVitaminIbu.com di talian 012-3579599 ataupun emelkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com.


Selamat Mencuba! :)



Produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos, menyembuh dan merawat mana-mana pesakit.



Teh Yang WAJIB Anda Cuba Walaupun Anda Kata "Saya Tak Suka Minum Teh"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...