Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 30 September 2014

Adakah Anda Mengalami Simptom Kekurangan Collagen?

Tahukah anda kehilangan collagen adalah punca utama penuaan? Proses penuaan bermula secara semulajadi apabila kita memasuki usia 20-an. Semakin kita meningkat usia, semakin kurang kandungan collagen dalam badan kita. Secara purata, tubuh kita kehilangan 1000mg ke 4000mg collagen setiap hari. Wanita kehilangan collagen 2.5x lebih cepat berbanding lelaki. Sebab itulah walaupun pada usia yang sama, kebanyakan wanita kelihatan lebih tua daripada lelaki!


Collagen Bukan Hanya Untuk Kulit Yang Cantik!


Tetapi, jangan ingat collagen ini hanya untuk tampil muda sahaja ye! Collagen mempunyai pelbagai lagi peranan penting dalam badan manusia. Collagen adalah tisu penyambung yang bukan sahaja menyokong kekuatan dan fleksibiliti kulit, tetapi juga terdapat pada rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan salur-salur darah. Contohnya:


  • 72% daripada kulit terdiri daripada collagen.

  • Kornea mata juga adalah collagen.

  • 80% daripada tulang diperbuat daripada collagen.

  • Collagen melindungi organ dalaman seperti perut, hati, jantung, paru-paru, salur-salur darah, sel-sel otak dan lain-lain.

Jadi, sekiranya anda kehilangan collagen, kesannya bukan sahaja nampak di kulit dan wajah tetapi mungkin juga di tempat-tempat lain.


Kenali Simptom Kekurangan Collagen


Tak percaya anda semakin kehilangan collagen? Cuba periksa jika anda mengalami simptom-simptom kekurangan collagen di bawah ini:


simptom kekurangan collage, shaklee collagen powder

Simptom kekurangan collagen


  1. Penglihatan menjadi kabur dan terdapat garisan ketawa, kedutan, lingkaran hitam, sembab di kawasan mata.

  2. Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.

  3. Liang pori-pori menjadi semakin besar, bintik-bintik hitam, jeragat dan tona kulit kekuningan di wajah.

  4. Gusi yang tidak sihat.

  5. Garis-garis halus muncul di leher.

  6. Payudara dan pinggul menjadi kendur.

  7. Kulit menjadi kendur, kering dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

  8. Organ dalaman tidak berfungsi dengan baik.

  9. Kuku menjadi retak, rapuh dan kekuningan.

  10. Kalsium semakin hilang dan mengalami sakit belakang dan sakit sendi.

Jadi, adakah anda mengalami simptom kekurangan collagen ini?


Lepas ni, jangan kata anda tak tahu mengapa orang memanggil anda “makcik” walaupun anda baru umur 30-an ye! Jangan mengeluh kalau suami dah tak suka peluk anda sebab badan anda melendut sana sini. Jangan stress tengok rambut gugur dan bersepah-sepah dan kuku anda pecah-pecah.


Untuk mengatasi ini, collagen yang hilang perlu di ‘top up’ kembali. Jadi, amalkanlah collagen sebagai makanan tambahan anda. Dengan lambakan pelbagai collagen di pasaran, jadilah pengguna yang bijak agar dapat memilih collagen yang terbaik yang semulajadi dan mudah diserap oleh tubuh.


Pilihan saya, semestinya Shaklee Collagen Powder. Anda bagaimana?



Adakah Anda Mengalami Simptom Kekurangan Collagen?

Monday 29 September 2014

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

Salam Pagi Isnin…


Segmen untuk blogwalking minggu ini.. Meh ramai2 klik banner kat bawah ni :)


Klik Bannner Untuk Join! Klik Bannner Untuk Join!



SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

Friday 26 September 2014

Tazkirah Jumaat: Menemukan Khusyuk Yang Hilang

Awal pagi rabu yang lalu, salah seorang sahabat BPR berkongsi di group whatsapp kami satu cara untuk mencari khusyuk yang sering hilang ketika kita bersolat. Perkongsiannya itu cukup menarik, jadi saya ingin menyebarkannya pula kepada para pembaca RahsiaVitaminIbu.com.


Saya mencari-cari siapa penulis asal dan akhirnya saya menemuinya di sini. Terima kasih atas perkongsian anda dan semoga ia memberi manfaat dan dapat diambil sebagai contoh oleh kita semua…


 


khusyuk dalam solat


[#KHUSYUK : MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG]


Bismillah hirRahmanir Rahim


*Artikel ini panjang. Namun ia sebuah praktikal agar solat yang dikatakan penuh nikmat benar-benar dirasai dan dikecapi.


Syariat = ilmu solat
Tariqat = mendirikan solat
Hakikat = ohhh… ini nikmatnya
Makrifat = menikmati nikmat sebuah pertemuan dengan Allah.


Solat itu memuji.
Solat itu memohon.
Solat itu berterima kasih/syukur.


Pujian, permohonan dan terima kasih itu datang dari hati. Lalu mengalir ke tubuh dan tubuh menjadi ringan dalam mendirikan solat.


Benar… sangat benar. Solat sangat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk yang sentiasa menyedari Allah.


Allah satu-satunya Tuhan yang berhak dipuji. Satu-satunya Tuhan tempat pergantungan. Satu-satunya Tuhan untuk kita berterima kasih/syukur.


BAHKAN Allah satu-satunya yang layak menjadi Tuhan seluruh alam. Bukan hanya Tuhan kepada orang Islam. Tetapi Tuhan semuanya. Yang lain, apa jua pun hanyalah makhluk…. Fana.


PERSEDIAAN KHUSYUK


Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan sebelum masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.


1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.


2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.


Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.


3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.


4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.


Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan. Pengalaman peribadi, betapa bahagianya hati ini dalam kesedaran ini.


5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.


6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.


*Pastikan kenal Allah agar tidak nanti membandingkan Allah dengan alam untuk merasakan kebesaranNya. Ternyata andai kita membandingkanNya, kita syirik padaNya.


7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….


“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”


“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”


“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”


“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri (muslim) ya Allah.”


Inilah kefahaman kita seeperti mana kita menyebut “i Love U” tapi dalam hati kita sangat faham bahawa “i Love u” itu adalah “aku mencintaimu”.


Ia sama dengan Doa iftitah. Sebuah komunikasi dengan Allah. Sebuah skrip yang ditetapkan Allah agar kita tahu bagaimana untuk berkomunikasi denganNya. Untuk memujiNya, untuk berjanji denganNya.


Bukan membaca tetapi berkomunikasi dengan Allah. Kita pasti asyik yakni khusyuk denganNya.


8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….


“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”


“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.


“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.


Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)


Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”


Hidup kita pasti setiap masa kita perlukan petunjuk dan kekuatan. Kita mohon agar Allah berikan jalan yang lurus. Jalan yang mana? Kita serahkan pada Allah. Namun kita mohon agar jalan itu adalah jalan mereka yang telah Allah beri nikmat, bukan jalan yang Allah murkai dan bukan jalan yang sesat.


ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.


9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.


10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.


11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.


Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata. Pujian dari bibir semata-mata adalah pujian yang menipu. Sanggupkan kita menipu pada Allah dan ia di dalam solat? Allahurabbi…. astaghfirullah.


 “Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”


Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.


Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.


12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah.. TUHAN yang menghidupkan kita yang sentiasa meliputi segala sesuatu. Allahuakbar.


Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….


“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”


Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milikmu? adakah pujian milik kita? siapa kita yang sering ingin dipuji? siapa kita yang sering ingin mendabik dada dengan kerja kita? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita yang sentiasa mengejar pujian orang lain? Siapa kita?…. Astaghfirullah… astaghfirulllah.


13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah Allah. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.


Sujudlah… sedarlah Allah… lalu pujilah Allah….


“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”


Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.


14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.


“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”


“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”


“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”


“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).


“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”


“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/ petunjukMu ya Allah”


“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”


“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”


Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.


****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.


Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.


Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.


Didoakan ini menjadi titik permulaan untuk kita benar-benar berusaha bersungguh-sungguh untuk khusyuk pada Allah. Jadikan ia sebuah azam lebih daripada yang lain.


Fuad Latip
5 Sept 2014.
JUMAAT YANG INDAH


Best kan? Secara kesimpulannya, untuk mendapatkan khusyuk dalam solat kita perlu memahami apa perbuatan dan percakapan yang kita lakukan semasa bersolat. Kita harus membayangkan seolah-olah kita sedang menemui Allah yang Maha Esa semasa mendirikan rukun Islam yang kedua ini. Dah tahu macam mana nak khusyuk? Jom perbaiki solat kita!!



Tazkirah Jumaat: Menemukan Khusyuk Yang Hilang

Thursday 25 September 2014

Tarikh Deepavali Dalam Kalendar 2014 Salah!

Saya tak tahu orang lain, tapi saya baru sahaja tahu pada hari selasa yang lalu bahawa tarikh Deepavali yang tercetak dalam kalendar 2014 adalah salah! Haha..tertinggal ketapi betul saya! Ingatkan kalau dapat cuti hari Khamis,  23 Oktober 2014 bolehlah tambah satu lagi cuti hari Jumaat untuk dapatkan hujung minggu yang panjang. Tapi, rupa-rupanya tarikh deepavali yang betul adalah jatuh pada hari Rabu, 22 Oktober 2014. Huhuhu. Melepas lerr nampak gayanya… :(


tarikh deepavali

Dalam kalendar tarikh deepavali 23 Oktober 2014!


Kalau korang tak percaya boleh rujuk warta kerajaan yang dikeluarkan pada 6hb Disember 2013 di sini atau screen shot di bawah ni.


tarikh deepavali

warta kerajaan 6/12/2013


Kesilapan ini terjadi sebab kalendar dah lebih awal dicetak dan di-distribute kepada orang ramai sebelum warta kerajaan ini disiarkan. So, kepada siapa-siapa yang tak tahu, please take note ya. Jangan nanti tiba-tiba anda sorang-sorang je tercongok kat ofis pagi-pagi 22 Oktober 2014! Hihihi.



Tarikh Deepavali Dalam Kalendar 2014 Salah!

Tuesday 23 September 2014

6 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Jangan tak tahu, bukan orang yang nak kurus sahaja yang ramai di dunia ni, malah orang yang cuba nak gemuk pun tak kurang bilangannya! Tapi, sebagaimana yang nak kurus mereka kena KURUS DENGAN SIHAT, nak gemuk pun kita kenalah tahu CARA UNTUK TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SIHAT :)


cara tambah berat badan,set tambah berat badan shaklee


Punca Kekurangan Berat Badan


Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu tak cukup berat atau kehilangan berat badan. Antaranya ialah:


  • Mereka sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

  • Tekanan dan masalah hidup.

  • Pembedahan mulut.

  • Masalah sistem penghadaman/pencernaan.

  • Terlampau banyak bekerja.

  • Kurang selera makan.

  • Ibu mengandung yang mengalami pelbagai alahan.

  • Dan pelbagai lagi.

Ramai yang menganggap, “Alaa..makan je kek, coklat, aiskrim, fast food banyak-banyak…nanti sekejap je gemuk!” Haa.. memang betul sangatlah tuh. Itu memang jalan pintas nak gemuk tapi jalan pintas jugak nak jatuh sakit!


Selalu tak dengar, “Kita adalah apa yang kita makan (you are what you eat).” Kenyataan ini bukan satu percakapan kosong. Apa yang kita makan adalah apa yang digunakan untuk membina sel-sel baru dalam badan. Makanan segera yang tidak berkhasiat tidak akan membina tubuh yang sihat dan kuat. Ianya seperti membina sebuah rumah daripada kadbod dan selotape berbanding daripada batu-bata dan simen seperti yang sepatutnya. Atau dengan kata lain, menambahkan berat badan bukanlah semata-mata tentang penambahan kalori sahaja.


5 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat


1. Makan setiap 4 jam sekali


Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ianya seperti sebuah enjin yang sentiasa berkerja (jantung kita sentiasa berdegup, darah kita sentiasa mengalir, otak dan otot kita sentiasa berkerja). Jadi, apabila kita tidak makan pada waktu yang sepatutnya kita makan, kita seumpama tidak mengisi minyak yang diperlukan untuk ia terus bergerak. Kesudahannya, badan kita akan menghasilkan tenaga daripada ‘bank simpanan tenaga’ yang malangnya termasuklah jisim otot kita. Cara terbaik untuk mengelakkan badan kita dari kehilangan tisu-tisu penting adalah dengan makan dengan kerap, jarak antara tiga ke lima jam setiap kali waktu makan. Jadi, jika anda ingin menambah tisu otot yang baru, waktu makan adalah sangat penting. Ramai yang cakap “saya makan sepanjang masa” tetapi apabila mereka mula menyimpan jurnal pemakanan mereka, mereka sendiri menyedari betapa tunggang-langgangnya cara makan mereka. Di sini, kuncinya adalah konsisten dalam mematuhi waktu makan.


2. Makan beberapa jenis kumpulan makanan sekaligus


Sentiasa merancang untuk makan sekurang-kurangnya tiga jenis kumpulan makanan sekaligus. Daripada hanya makan sebiji pisang atau segenggam kacang, tambahkan beberapa keping roti serat bakar bersama mentega badam dan  hirisan pisang, dan ambilnya bersama segelas susu penuh krim organik atau susu lain seperti soya dan lain-lain yang kaya dengan protein. Kepelbagaian makanan akan membekalkan lebih banyak jenis nutrisi kepada badan untuk bekerja sepanjang hari.


3. Makan secara ringan tapi berkhasiat


Cara terbaik untuk meningkatkan nutrisi tanpa perlu makan banyak atau mengambil makanan ringan adalah dengan memilih makanan yang kaya nutrisi yang mengandungi banyak karbohidrat, protein dan lemak dalam kuantiti yang kecil. Buah-buahan kering (dried fruits) adalah contoh yang terbaik. Apabila kandungan air telah hilang, saiznya akan mengecil sehingga 75%, jadi semangkuk anggur hanya akan menjadi suku (1/4) mangkuk kismis. Cuma hanya perlu berhati-hati supaya memilih dried fruits yang tidak mengandungi gula ataupun pengawet tambahan. Anda juga boleh membuat ‘wrap’ yang mengandungi kepingan oats, dark chocolate chips, dried fruits yang disalut dengan mentega kacang dan jadikannya bekalan snack untuk anda makan sepanjang hari bagi menambah berat badan.


4. Minum makanan anda


Cecair tidak akan mengenyangkan seperti makan makanan pejal, jadi jika anda ingin tambah berat badan, cecair boleh membantu menambah nutrisi tanpa membuatkan anda berasa senak perut ataupun kembung. Pilihan terbaik termasuklah 100% jus buah, susu penuh krim organik atau susu soya organik dan juga smoothies. Smoothies adalah lebih baik berbanding milkshakes semata-mata kerana anda boleh mencampurkannya dengan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan dan serbuk protein.


5. Makan sebelum tidur


Selalu tak anda dengar orang cakap “tidur lepas makan boleh menyebabkan gemuk?”. Proses pemulihan, pembaikian dan regenerasi badan kita kebanyakannya terjadi ketika kita sedang tidur. Ia seumpama waktu puncak untuk membina otot dan tisu-tisu. Jadi, makan snack yang SIHAT sebelum tidur memberikan bekalan baru nutrisi yang bersedia untuk ‘bekerja’ di dalam badan. Contoh makanan yang tidak akan membuatkan anda rasa terlampau kenyang adalah seperti semangkuk kecik pasta salad yang diperbuat dari 100% whole grain (serat) pasta, cuka daripada minyak zaitun, hirisan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.


6. Lengkapkan nutrisi anda dengan Set Tambah Berat Badan Shaklee


Selain dari makan makanan dari sumber-sumber yang berkhasiat, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplement yang terdapat dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee. Terdapat 3 jenis supplemen utama dalam set ini iaitu Meal Shakes, Vitalea dan B-complex.


 


Set Tambah Berat Badan Shaklee

Set Tambah Berat Badan Shaklee


Fungsi Meal Shakes dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


Meal Shakes kaya dengan 19 vitamin utama, protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Ia dapat memberi tenaga, mencetuskan selera makan yang amat perlu dalam misi untuk menambahkan berat badan. Meal shakes yang kaya dengan protein sangat membantu dalam dalam pembentukan kulit,  kuku dan rambut serta tisu tubuh. Ia adalah ‘makanan segera’ yang berkhasiat berperisa french vanilla yang sungguh menyelerakan. Mudah dibancuh dan enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan mana-mana minuman kegemaran anda. Buat smoothie atau aiskrim pun sedapppp tau!!!


Fungsi Vitalea dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


Vitalea ini seumpama Mealshakes tetapi dalam bentuk pil. Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral nombor satu dicipta di dunia yang bertujuan untuk memberi khasiat dan nutrisi yang kurang diambil melalui pemakanan. Vitalea adalah vitamin yang mudah larut dalam air dan cepat diserap oleh badan. Ia bantu membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel tubuh semasa misi menambahkan berat badan. Sel yang sihat akan membentuk tisu dan organ yang sihat dan seterusnya membina tubuh badan yang sihat.


Fungsi B-Complex dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


B-Complex Shaklee mengandungi kesemua spektrum vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Ia membantu dalam proses metabolisme badan dan juga memberikan tenaga. B-complex Shaklee membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan stress. Hidup tanpa stress atau dengan tekanan yang terkawal akan membantu dalam menaikkan selera makan dan menambahkan berat badan.


Option: Energizing Soy Protein (ESP) untuk tambah berat badan


Selain dari ketiga-tiga supplemen di atas, anda juga digalakkan untuk mengambil ESP bagi membantu menambahkan berat badan. Sekiranya anda terlalu kurus, anda memerlukan lebih banyak protein bagi membina sel-sel baru dan otot. Jadi, pengambilan ESP bersama Meal shakes boleh membekalkan lebih banyak protein yang badan anda perlukan bagi menambah berat badan.


Kurus sangat pun tak cantik juga…


Ramai orang yang nak kurus, tapi terlalu kurus pun tak cantik juga. Sekeping dan straight macam plywood, tak menawan juga. Malah, jangan tak tahu..terlalu kurus pun boleh mendatangkan penyakit tau! Jadi, jika anda ingin memiliki susuk tubuh yang menawan, yang tak serupa orang sakit, amalkanlah cara-cara untuk menambahkan berat badan dengan sihat ini.


Jika anda ingin memiliki set tambah berat badan Shaklee, anda boleh menghubungi RahsiaVitaminIbu.Com melalui email rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau melalui sms/call/whatsapp 012-357 9599 (Puan Fara Fadzil). Atau hanya klik pada butang di bawah untuk memesan secara online.


order set tambah berat badan shaklee


Konsultasi percuma dan cara pemakanan yang betul untuk menambahkan berat badan dengan set ini hanya akan diberi ekslusif kepada pembeli dari Rahsia Vitamin Ibu ini sahaja.



6 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Saturday 20 September 2014

Shaklee Global Conference USA 2016...surely I'll come!

Salah satu keistimewaan menjadi ahli Shaklee ini adalah sudah tentunya peluang untuk mengikuti lawatan antarabangsa bertaraf 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee sendiri. Tapi bukan senang-senang ye Shaklee nak bagi. Mesti menjadi leader yang hebat, mempunyai organisasi yang mantap, sales yang mencanak-canak barulah dapat kumpul point untuk pergi ke mengikuti international trip ni secara FREE!


Setiap tahun destinasi yang Shaklee bawa berbeza-beza. Tahun lepas ke Paris & London, tahun depan ke Italy, tetapi untuk setiap 2 tahun sekali, pasti Shaklee akan menaja semua leader-leadernya di seluruh dunia (bukan Malaysia sahaja!) berkumpul di negara di mana terletak ibu pejabatnya iaitu di Amerika Syarikat (USA). Itulah tuahnya yang leader-leader saya dapat pada tahun ini. Mereka ke Long Beach California dan San Francisco, USA untuk menghadiri Shaklee Global Conference 2014 yang dianjurkan di sana sepanjang 13-23 Ogos 2014 yang lalu.


Syoknya mereka memang tidak dapat dikata! Walaupun kali ini saya masih belum layak untuk mengikuti rombongan delegasi Malaysia ke sana, tetapi aura kejayaan mereka di sana tetap dapat dirasa. Super upline saya Master Cery dan Master Norita diberi penghormatan khas kerana telah berjaya membawa Shaklee ke puncak kejayaan di Malaysia. Nama mereka disebut-sebut secara ekslusif oleh CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett sebagai leaders yang telah berjaya meningkatkan prestasi Malaysia sebanyak 300% dari tahun sebelum ini.


shaklee global conference 2014 Master Shareeza yang telah melahirkan 42 Master lain di bawah organisasi Jutawan Shaklee


shaklee global conference 2014 Master Norita , upline kepada Master Cery yang sama-sama mengasaskan Set Breastfeeding di Malaysia yang membawa Shaklee ke puncak kejayaan


 


Dan of course, my neni Master Lyna Noh dan my mami Master Lydzar Rusman yang sangat dekat di hati turut berada di kalangan leaders yang berjaya di event itu.


shaklee global conference 2014 Master Lyna di paparan skrin besar semasa Million Dollar Earners parade


 


shaklee global conference 2014 Master Lydzar Rusman and Master Kamarudin Mahad, yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam bisnes Shaklee! Very proud of them!


Selain diraikan, di Shaklee Global Conference ini jugalah para leaders dapat mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Tahukah anda, Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta multivitamin di dunia pada tahun 1915 yang kini dikenali sebagai Vitalea? Jadi, sebenarnya sudah hampir 100 tahun Shaklee ini bertapak di dunia.


Shaklee Global Conference 2014 100 tahun inovasi dari Shaklee


Dan yang paling membanggakan, setiap tahun Shaklee membelanjakan sebanyak 250 juta US dollar untuk menjalankan UJIAN KLINIKAL dan ujian-ujian lain terhadap produk-produknya bagi memastikan ianya sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan. Rasa-rasanya ada tak syarikat lain yang membelanjakan sejumlah wang yang sebegitu banyak untuk ujian-ujian yang TIDAK WAJIB ke atas supplement? Kalau ada, beritahu saya ya! Ini adalah antara sebab mengapa saya yakin dan setia kepada Shaklee kerana saya tahu produk-produknya adalah selamat.


shaklee global conference 2014 250 JUTA US DOLLAR dibelanjakan setiap tahun untuk membuat ujian klinikal


Bukan itu sahaja, barisan penyelidik dan penasihat Shaklee juga bukan calang-calang orangnya! Salah seorang penasihat Shaklee merupakan Nobel Prize Winner de dalam bidang perubatan pada tahun 2009.


nobel prize in medecine in Shaklee BOD


Shaklee bukan sahaja digunakan oleh orang kebanyakan seperti kita, malah oleh atlit-atlit Olimpik dan para angkasawan juga!


Leaders Malaysia bersama astronaut dan family CEO Shaklee - print screen from FB Lyna Noh Leaders Malaysia bersama astronaut dan family CEO Shaklee – print screen from FB Lyna Noh


Selain menghadiri conference, mereka juga ke San Francisco dan dibawa melawat ke tempat-tempat lain seperti Disneyland dan juga ibu pejabat Shaklee sendiri di Pleasanton, US untuk melihat sendiri bagaimana mereka bekerja.


Satu pengalaman yang sangat menarik, bukan? Melihat kejayaan mereka dan reward yang mereka dapat dengan bersungguh-sungguh melakukan bisnes ini memberikan saya satu semangat dan inspirasi baru untuk terus berjaya dan berkongsi kebaikan Shaklee kepada orang lain. Bukan hanya kerana reward semata-mata, tetapi melalui trip mereka ini saya dapat lihat bahawa Shaklee sememangnya satu produk yang bagus yang patut dikongsikan manfaat dan kebaikannya kepada orang lain. Bukan sahaja manfaat dari segi kesihatan, malah ia juga mampu merubah taraf kehidupan kepada mereka yang benar-benar serius dan ingin berjaya melalui bisnes ini.


Buktinya telah ada. Mentor-mentor saya yang disebutkan sebelum ini telah membawa Malaysia ke mata dunia. Dalam masa dua tahun, saya pasti boleh menjadi seperti mereka. Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak, kan? Apatah lagi selepas mendapat surprise pembakar semangat dari upline saya sendiri semalam.


Shaklee Global Conference 2014 Ole-ole dari USA untuk saya yang diberi oleh Master Lydzar Rusman


Sehelai jacket long sleeve Shaklee dan juga satu key chain dari San Francisco yang dihadiahkan oleh my beloved mentor Master Lydzar Rusman kepada saya. Wah!! Sangat terujaaa h00okkay!!! Saya mesti berjaya dalam Shaklee! Saya mesti berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai orang lagi! Masih ramai orang di Malaysia yang mempunyai taraf kesihatan yang kurang memuaskan dan belum menjalani kehidupan yang sihat. Jadi, adalah tanggungjawab saya untuk menyedarkan mereka semua.


Bi iznillah, tahun 2016 nanti saya juga akan bersama-sama mereka mengikuti Shaklee Global Conference ini. Percaya sebelum berjaya, doakan saya!


Nak ikut? Meh hubungi saya di 012-357 9599 untuk sama-sama plan trip kita ke sana :)







Shaklee Global Conference USA 2016...surely I'll come!

Friday 19 September 2014

Tampil Lebih Muda Dan Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda dan menawan.


Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Contoh yang paling mudah, tanda-tanda kolagen ini semakin berkurangan dapat dilihat apabila mula munculnya garis-garis halus pada kulit seawal usia pertengahan 20-an. Tetapi mujurlah kemerosotan semula jadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan ataupun supplemen. Dengan mengambil supplemen kolagen secara tetap, bi iznillah kolagen yang hilang daripada badan boleh diganti semula.


shaklee collagen powder


Selain itu, kolagen juga berperanan dalam membantu menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.


Shaklee Collagen Powder


Jadi, banyakkan peranan collagen dalam badan kita? Untuk itu, apa kata amalkan Shaklee Collagen Powder sebagai makanan tambahan untuk penghasilan kolagen kita? Shaklee Collagen Powder ini merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 


shaklee collagen powder


Saiz molekul Shaklee Collagen Powder adalah sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan kerana ia hanya didapati di perairan laut dalam yang berketekanan tinggi dan jauh dari pencemaran.


shaklee collagen powder


Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama yang lain iaitu ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, elastin dari kolagen ikan, lactobasilus acidophilus, ekstrak kerang-kerangan, vitamin c dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Terbukti Berkesan


Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan, selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.


ujian klinikal shaklee collagen powder


Dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu, ia terbukti berkesan dalam:


  • Meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 90%

  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sebanyak 75%

  • Meningkat dalan penampilan keseluruhan sebanyak 71%

  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sebanyak 69%

  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sebanyak 60%

  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sebanyak 55%

  • Meningkatkan ketebalan rambut sebanyak 54%

  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit 50%

  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan sebanyak 18%

Jika anda ingin kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berilah tubuh anda kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder tenyata pilihan yang menepati ciri-ciri kolagen yang terbaik!


Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau mendapatkannya dengan sesuatu yang istimewa, sila hubungi rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil). Anda juga boleh memesan Shaklee Collagen Powder anda dengan segera secara online melalui portal ini.


Jom!! Ramai-ramai kita tampil lebih muda dan menawan dengan Shaklee Collagen Powder ini. :)







Tampil Lebih Muda Dan Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...