Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 22 December 2015

Salon 100% Muslimah - Siti Salon Alzahrah

Kalau anda mencari salon yang 100% muslimah, datanglah ke Siti Salon AlZahrah. Highly recommended!


Salon 100% Muslimah - Siti Salon AlzahrahI wish I could share this review sooner… but biasalah, busy sesangatt kekononnya. Anyway, here it is…


Alkisahnya, sehari sebelum cuti Deepavali yang lalu, lepas selesai COD set detoks kepada seorang pelanggan, tiba-tiba teringin nak potong rambut. Aktiviti potong rambut ni dah jadi macam acara tahunan pulak sebab sejak 15 tahun yang lalu, hanya sekali setahun je pergi kedai untuk potong rambut. Haha.


So dalam 15 tahun tu, takde lagilah jumpa salon muslimah yang betul2 melekat di hati. Selalunya potong kat kedai cina, tapi ada ruang untuk muslimah. Ada sekali tu pergi kedai melayu, tapi kurang puas hati.


Sampailah aritu, sambil menyuap nasi makan tengah hari sambil google salon muslimah. Masa tu bateri 12% je. Tengok alamat Siti Salon Alzahrah ni macam familiar. Sri Rampai Business Park. Dekat Shaklee je kot ni, my first thought. Tapi, saya ni memang jenis taktau dan tak ingat nama jalan. So, i could not be sure 100%.


So, saya pun klik jgk “get direction” sampailah lg 1km nak sampai tetiba bateri kong langsung! Adoyaiii.. 😂😂


Tapi, memandangkan dah dekat sangat nak sampai..saya gigih jugakla cari kiri kanan lorong2 kat sri rampai business park tu. 2 3 kali jugak round sebab ada skip2 lorong.. And of course Siti Salon Alzahrah tu in one of the streets that i skipped previously! Alhamdulillahh…sampaii jugak! :)


Saya datang tanpa temujanji. Alaa..potong rambut je kann. Tunggu jelah kejap macam kat salon2 biasa tuu!! But sangkaan saya meleset ok! Siti Salon AlZahrah ni bukan salon rambut je tau. Tapi ada spa and facial jugak you!! Haa..masa tu macam orang mengantuk disorong bantal, terus rasa nak try servis2 lain yang disediakan!


https://www.instagram.com/p/_jqDXXAqC1curKlIrxIpWFbrl9gzjN9vqr1B00/?taken-by=farahida_fadzillah


 


Bukan apa…sebenarnya pagi2 lagi pada hari yang sama, saya memang dah call one of my favourite tukang uruts untuk mengurut satu badan. Malangnya takde rezeki, beliau sedang bercuti2 bersama keluarga di selatan Malaysia. So, I put the case at rest. Ingatkan, maybe next 2 3 months lagila kot jumpa dia.. Manalah nak tau tetiba bole terjumpa dengan Siti Salon Alzahrah ni!


Siti Salon Al-zahrah ni sebenarnya senang je nak cari. Kalau dekat area Sri Rampai tu, premis dia ni kat tingkat 1, sederet dengan Domino’s Pizza, Wahab’s Cendol, Open U, Klinik Sultanah Aminah etc etc.. Kalau dah tau pergi Shaklee branch, mesti senang nak cari Siti Salon AlZahrah ni. Bangunannya mengadap ke jalan besar opposite dengan Jalan Rejang smer tu.


Anyway, as I said, saya bukannya selalu pergi spa atau potong rambut. So, this review is based on my humble experience.. let’s check it out!


Masa saya baru nak melangkah masuk ke lif, saya berpeluang untuk berjumpa dengan pemilik salon tersebut, Puan Siti Hajar, yang sedang memindahkan peralatan dari cawangannya di Shah Alam ke Sri Rampai. Memang ramah orangnya. Beliau tanya sama ada saya ada call..masa tu barulah saya tau salon ni bukan calang2..kena buat appointment kalau nak datang. Kalau tak kena masa, terpaksa tunggu berjam2 pulak nanti bagi memberi prioriti kepada yang telah membuat temujanji.


Lif ke Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


So kalau uols nak datang sini, eloknya telefon atau whatsapp dulu nombor yang tertera kat atas ni ye! :)


Sememangnya 100% Muslimah..


Siti Salon AlZahrah ini sememangnya 100% muslimah. Tiada lelaki dibenarkan masuk. So, bagi saya elok pergi sendiri atau dengan geng2 perempuan sahaja. Kalau encik suami yang jadik chauffeur, terpaksalah dia menunggu  kat mana2 restoran yang ada kat kawasan tu atau pergi mana2 atau balik rumah dan kembali semula untuk pick up bila urusan kita dah selesai. Almaklumlah, bila dah sampai kat salon ni, walaupun plan mula2 nak spend sejam je..bole jadi 2-3 jam!Macam sayalah! 😀


Sebabnya… Siti Salon Alzahrah ni bukannya semata2 salon rambut untuk muslimah sahaja tau! Mereka turut menyediakan perkhidmatan rawatan muka dan juga spa. Memang BEST!! Tu pasal saya yang pada asalnya hanya nak potong rambut.. Tapi, bila dah sampai, terasa nak urutlah, nak cuci rambut sekalilah. Last2 dekat 3 jam saya ‘stuck’ kt situ. Tu nasib baik tak buat facial sekali. Haha. Takpelah. Sekali sekala. Self reward. :)


Masuk sahaja ke dalam salon ini, saya dah rasa  “Waaaa!!” Lain benar dengan apa yang ada dalam kepala saya sebelum tu (yang fikir ianya hanyalah sebuah salon rambut).  Dari pintu masuk, kita akan nampak ruang yang sangat luas dan selesa. Ada ruang menunggu yang dilengkapi dengan sofa, majalah, buku dan tv. Masa saya datang tu TV Al-Hijrah yang sedang dipasang. Di ruang yang lain pula, ada cyber corner dengan dua komputer dilengkapi dengan internet. Not bad! Sambil tunggu giliran, nak blogging pun boleh ni…kata saya dalam hati  (tapi, saya tak buat laah.. :p) :)


Ruang menunggu Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


Cyber corner dan foot scrub area di Siti Salon Alzahrah Sri Rampai


Saya pilih untuk duduk di sofa. Di situ terdapat pula ‘menu’ untuk servis yang disediakan. Masa tu barulah tau.. Oooo, ada macam2 servis rupanya! Best! Best! Bila ternampak ada body massage, terus saya bertanya kalau boleh nak buat sekali pada hari itu juga.


Menu Siti Salon Alzahrah


Alhamdulillah…memang rezeki saya sebab tiada customer yang sedang atau bakal datang mengurut pada waktu itu.


Servis urutan di Siti Salon AlZahrah


Servis body massage yang saya pilih dimulakan dengan scrub kaki terlebih dahulu. Ada tempat khas untuk aktiviti tersebut di ruang menunggu tu. Dan seperti biasa..saya pun jadi terover peramah dan interview mcm2 dengan pekerja di situ. Hihi. So, based on apa yang saya faham, Puan Siti Hajar ni ada buka akademi dan pekerja2nya adalah bekas2 pelajarnya juga. Menarik kan? Rasa macam yakinlah sikit sebab pekerja2 dia memang bertauliah dan mendapat tunjuk ajar dari pemilik salon itu sendiri.


Lepas kaki di scrub/basuh, barulah saya ke bilik utk mengurut. Biasalahkan ruang mengurut memang dim2 aje lampunya.. Barulah client rasa tenang dan relax. Ada 2 jenis urutan yang disediakan. Urutan tradisional yang lebih kepada urutan refleksologi dan juga urutan bali. I’m not so sure what are the differences. Tapi kata mereka urutan refleksologi tu lagi kuat dan lebih fokus kepada ‘point’2 saraf whereas urutan bali pula lebih relaxing untuk hilangkan stress.


ruang spa di siti salon alzahrah sri rampai


Sebelum urutan dimulakan, saya diminta untuk membaca al-fatihah dan surah 3 qul. Semasa berurut pula qasidah dan zikir dialunkan. Lain sangat cara mereka kalau nak dibandingkan dengan spa2 lain yang saya pernah pergi sebelum ni yang selalunya memasang alunan muzik instrumental ataupun hanya senyap sunyi aje. Anyway, I like this difference. Very nice.. :)


Cara mengurut dia pun okla. Lega rasanya bila badan dapat diurut. Hilang rasa stress, urat2 pun rasa lebih longgar..takdelah tegangg je.. and badan pun rasa lebih ringan dan bertenaga.


Opposite dengan tempat spa tu pula adalah tempat untuk buat facial. Yang ni saya tak try. Tak cukup masa. So, buat masa ni saya rasa cukuplah dengan amalan set kecantikan shaklee dan masker ESP, collagen, vivix, vitamin c dan vitamin e. Itupun hasilnya dah cukup menggembirakan saya. However, the service looks very tempting. Yelah.. Mana nak sama orang manjakan dengan kita buat sendiri kan? InsyaAllah ada rezeki nanti nak cuba juga buat facial kat sini 😀


Ruang facial di Siti Salon AlZahrah


Body massage yang saya buat aritu ambil masa lebih dari satu jam. So since jam pun dah dekat pukul 5.30pm lepas abes urut tu, saya pun mintak break untuk pergi solat Asar. Tapi, saya tak payah pergi jauh pun..sebab kat situ memang disediakan ruang solat siap dengan telekung sekali. Suka! Suka! Toilet bersih. Surau pun terjaga. Telekung pun wangi je.


IMG_7196


Ruang solat di Siti Salon AlZahrah Sri Rampai


Dah solat, it’s time for my hair cut. Sementara menunggu tu, saya dihidangkan dengan minuman and some tidbits.  Oh ya! Since dalam salon ni semuanya muslimah, nak terus buka tudung bila sampai kat situ pun takde masalah. Rasa macam masuk rumah sendiri pun ada bila macam tu! 😀


Servis jagaan rambut di Siti Salon AlZahrah


Untuk perkhidmatan jagaan rambut pula, memang macam2 servis lah ada seperti salon rambut yang lain juga. Ada shampoo, ada hair treatment, ada warnakan rambut.. Tapi yang bestnya, semuanya syariah compliant. Saya tanya juga, kalau buat rawatan rambut dan kulit kepala ni diorang guna produk apa. Kata pekerja di situ, diorang buat sendiri..guna kulit kayu manis, minyak zaitun, etc etc (apa ntah lagi saya tak ingat). Semuanya berasaskan semulajadi dan sunnah. Kalau warnakan rambut, mereka guna inai. Bukan pewarna2 yang pelik2 yang dikatakan halal tapi tak diyakini boleh dibawa solat. Best kan? :)


Salon Rambut 100% Muslimah


Harga potong rambut bermula dari RM30 ke atas bergantung kepada panjang rambut. Cuci rambut pula bermula dari harga RM20 ke atas dan bergantung kepada panjang rambut juga. Saya hanya lakukan syampu dan potong rambut. Simple je tapi saya puas hati. Yang rawatan lain tu tak tahulah bila pula nak cuba. Maybe tahun depan bila saya rasa nak potong rambut lagi. Hihi. Sementara menunggu tahun depan tu, saya percaya dan yakin dengan kemampuan rawatan penjagaan rambut menerusi Set Prosante yang semulajadi dan bebas bahan kimia yang memang sudah saya amalkan sejak bertahun-tahun. Biiznillah…dengan set ni pun rambut gugur terkawal dan kelihatan sihat dan bermaya.


So, itulah dia overall experience saya di Siti Salon AlZahrah ni. Rasanya memang dah jatuh cinta pandang pertama. InsyaAllah, next time kalau perlukan khidmat rawatan rambut, muka dan spa pasti saya akan ke sini lagi. 😀


Lokasi Siti Salon AlZahrah


Kalau anda juga mencari-cari salon 100% muslimah, dan tak tahu nak pergi ke mana…cubalah datang ke Siti Salon AlZahrah ni. Berbaloi-baloi! Namun, hanya ada 4 cawangan di seluruh negara iaitu:


  1. Di Shah Alam – No 146, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor (03-55239211/019-5719053)

  2. Di Bangi – Unit B-17-1, Bangi Getaway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor (03-89120387/019-5719053)

  3. Di Sri Rampai/Wangsa Maju -No 15-1, Rampai Business Park South, Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai, KL (03-41316386/019-5719053)

  4. Di Seri Manjung – P9, Fasa 1C 3, Seri Manjung, Perak (05-6887570/019-5719053).

So, secara kesuluruhannya, saya bagi 4.2 bintang kepada Siti Salon AlZahrah ni! Anda bagi berapa pula? Jom share pendapat di ruang komen di bawah ye!


Akhir kata,


Perkarangan luar Siti Salon Alzahrah Sri Rampai


Till we meet again,


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


012-3579599



Jom sihat dan cantik dengan supplement semulajadi dari Shaklee. Dapatkan nutrisi terbaik untuk kesihatan kulit dan rambut anda dengan menghubungi 012-3579599 hari ini :)


 



Salon 100% Muslimah - Siti Salon Alzahrah

Monday 14 December 2015

"Adakah anak saya AUTISTIK?" 12 Ciri-Ciri Autistik Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Adakah anak saya autistik? Sebagai seorang ibu, saya akui yang saya tidak pernah terlintas untuk bertanya kepada diri sendiri mahupun kepada yang lebih arif tentang perkara tersebut. Mungkin kerana buat masa ini anak-anak saya menunjukkan perkembangan sosial yang selari dengan usia mereka menyebabkan saya kurang “concern” tentang perkara ini. (Syukur Alhamdulillah…didoakan agar situasi ini berterusan selama-lamanya..Amiin).


Namun, baru-baru ini saya berpeluang untuk membelek-belek buku bertajuk RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSONALITI KANAK-KANAK AUTISTIK yang dikaryakan oleh Norfishah Mat Rabi. Membaca buku ini umpama satu pengembaraan baru buat saya. Ia bukan karya novel yang selalu didramakan. Bukan seperti buku2 engineering yang saya selalu hadap. Bukan juga tentang nutrisi ataupun Shaklee love and success story yang selalu menjadi rujukan dan inspirasi. Bukan pula tentang bisnes mahupun parenting. Buku ini adalah satu karya ilmiah yang membuka mata saya untuk mengenali satu lagi golongan yang kurang dikenali, selalu dipandang sepi tetapi sangat istimewa dan kita mungkin berinteraksi dengan mereka setiap hari tanpa disedari.


Rahsia dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia


Cuba perhatikan, ada tak di kalangan kita (anak sendiri, anak buah, anak kawan, anak jiran, anak taska, etc…) yang menunjukkan petanda lewat bercakap, pendiam, gemar bersendirian, kurang menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, enggan bermain atau menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen? Atau.. ada tak yang hanya suka duduk termenung tanpa melakukan apa-apa? Walaupun perkembangan setiap kanak-kanak adalah tidak sama, tetapi jika keadaan ini berlaku terhadap mereka, maka berhati-hatilah. Mungkin kanak-kanak ini menunjukkan gejala autisme.


Melalui pembacaan saya ke atas buku RAHSIA DAN KEUNIKAN PERSONALITI KANAK-KANAK AUTISTIK ini, saya dapati ada banyak ciri-ciri autistik yang dibincangkan. Di sini saya pilih 12 ciri-ciri autistik yang ibu bapa perlu tahu:


12 Ciri-Ciri Autistik Yang Ibu Bapa Perlu Tahu


  1. Lewat atau lambat bertutur. Mungkin selepas usia 3 tahun kanak-kanak autistik baru bertutur .

  2. Kurang mod komunikasi, iaitu tidak boleh membebel atau menunjukkan ekspresi muka seperti senyum.

  3. Menggunakan bahasa songsang ketika bertutur seperti ‘Saya makan nasi’ menjadi ‘Nasi makan saya’.

  4. Tidak boleh menuturkan ayat yang penuh tetapi perkataan semasa bercakap.

  5. Tidak boleh berbual-bual tetapi boleh menyoal atau menjawab soalan.

  6. Kurang jelas bunyi sebutan perkataan.

  7. Gemar bercakap sendiri (monolog).

  8. Kurang memahami bahasa lisan.

  9. Percakapan tidak mengikut nada dan tidak berirama.

  10. Sukar memberi tumpuan.

  11. Tidak gemar bergaul dengan orang.

  12. Bertingkah laku pelik.

Bila dibaca balik ciri-ciri ini, nampak seperti sesuatu yang biasa kan? Jadi, berwaspadalah. Melalui buku ini, saya baru tahu dan faham yang rupa-rupanya autistik ini boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedari. Semua ibu bapa juga patut membacanya bagi memahami dan mendalami sendiri rahsia dan keunikan personaliti kanak-kanak autistik ini.


Mungkin apabila telah memahaminya, persoalan-persoalan dan kerisauan ibu bapa seperti:


  • ‘ada ke vitamin untuk anak saya pandai?’

  • ‘ada ke vitamin untuk anak saya fokus dalam pelajaran?’

  • ‘anak saya susah nak fokus pada pelajaran’

  • ‘anak saya tak suka bermain’

  • ‘anak saya kurang bercakap’

  • ‘anak saya lambat bertutur walau sudah berusia 3 tahun’

dapat dijawab dengan lebih tepat dan diselesaikan dengan kaedah yang betul.


Kanak-Kanak Autistik


Nutrisi untuk kanak-kanak autistik


Autisme adalah ketidakupayaan biologi yang kompleks yang boleh dikenalpasti melalui kesukaran bercakap, ketidaknormalan gerak isyarat ataupun postur tubuh, kesukaran untuk memahami perasaan orang lain, mudah salah anggap, takut ataupun cemas dengan sentuhan dan penglihatan dan juga mempunyai kelakuan yang tidak normal seperti terlalu obses dan tabiat yang ritual.


Tiada satu punca yang sahih yang dikenalpasti, walaupun genetik dan keadaan persekitaran terlibat. Namun begitu, terdapat semakin banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemilihan nutrisi yang tepat boleh membawa perubahan yang besar kepada kanak-kanak autistik.  Ramai kanak-kanak autistik mengalami kesukaran penghadaman, jadi mengembalikan keseimbangan dalam salur makanan/usus adalah kunci untuk terapi menerusi nutrisi. Turut penting adalah keseimbangan gula dalam darah, memastikan otak bebas dari ‘pencemaran’ logam berat, tidak menggunakan penambah/perisa makanan, mengenalpasti alahan makanan dan kemungkinan kekurangan zat serta memastikan pengambilan optimum asid lemak perlu.


Asid Lemak Omega-3 dalam memulihkan simptom autistik


Memulihkan Sistem Penghadaman


Ramai ibu bapa kanak-kanak autistik melaporkan bahawa anak mereka menerima  antibiotik untuk telinga ataupun untuk jangkitan sistem pernafasan berulangkali ataupun dalam tempoh yang panjang di awal usia, sebelum mereka didiagnose sebagai autistik.  Tahukah anda.. kebanyakan antibiotik membunuh bukan sahaja bakteria jahat, tetapi juga bakteria baik di dalam usus? Dan ini mungkin menjadi punca mengapa kanak-kanak autistik biasanya mengalami kesukaran penghadaman. Jadi, jika anak anda autistik, penting bagi anda untuk membantu memulihkan semula sistem penghadaman mereka. Berikan mereka probiotik bagi mengembalikan keseimbangan bakteria di dalam usus. Ia bukan sahaja bakal melancarkan pembuangan mereka malah juga membantu mereka untuk menyerap nutrisi daripada makanan dengan lebih baik.


Mengawal keseimbangan gula dalam darah


Bagi kanak-kanak autistik yang menunjukkan tanda-tanda hiperaktif, mengawal keseimbangan gula dalam darah adalah satu perkara yang wajib.


Kajian menunjukkan kanak-kanak yang hiperaktif makan lebih banyak gula berbanding kanak-kanak biasa. Kajian lain pula membuktikan isu ini bukan berpunca dari gula semata-mata tetapi daripada kehadiran bentuk gula di dalam badan, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan ketidaknormalan metabolisma glukosa itu sendiri. 3/4 daripada 256 kanak-kanak hiperaktif mempunyai isu terhadap toleransi glukosa – iaitu badan mereka kurang upaya dalam mengendalikan pengambilan gula dan dalam memastikan keseimbangan paras gula dalam darah.


Walaubagaimanapun, ingatlah wahai ibu bapa.. tak kira normal ataupun autistik, apabila seorang kanak-kanak sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, gula-gula, coklat, minuman berkarbonat, dan terlalu sedikit atau tiada langsung serat untuk melengahkan penyerapan gula, paras gula dalam darah mereka akan sentiasa turun naik dan menyebabkan turun naik paras aktiviti, konsentrasi, fokus dan juga kelakuan mereka. Dan ini sudah tentulah tidak membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak tersebut.


Menambah pengambilan asid lemak Omega-3


Kekurangan asid lemak perlu di kalangan orang autistik adalah satu kebiasaan. Kajian oleh Dr Gordon Bell di Stirling University telah menunjukkan bahawa sesetengah kanak-kanak autistik mempunyai kekurangan enzim yang menyebabkan penyingkiran asid lemak perlu daripada sel membran otak lebih cepat daripada sepatutnya. Jadi, kanak-kanak autistik perlu mengambil lebih banyak asid lemak Omega-3 daripada kebiasaan. Dan kajian juga menunjukkan, dengan pengambilan asid lemak EPA, yang boleh melengahkan kesan kekurangan enzim tersebut, secara klinikal dapat membaik pulih kelakuan, mood, imaginasi, percakapan spontan, kitaran tidur dan fokus kanak-kanak autistik.


Menambah pengambilan vitamin dan mineral


Sejak tahun 1970-an, kita sudah tahu pendekatan nutrisi dapat membantu autisme, melalui kajian pertama oleh Dr Bernard Rimland dari Institute for Child Behaviour Research in San Diego, California. Beliau membuktikan bahawa vitamin B6, vitamin C and supplemen magnesium membaikpulih simtom kanak-kanak autistik secara signifikan. Dalam satu daripada kajian awalnya pada tahun 1978, 12 daripada 16 orang kanak-kanak autistik menjadi semakin baik, tetapi kemudian kembali semula ke keadaan asal apabila pengambilan vitamin ditukar dengan pengambilan ubat. Dalam dekad seterusnya, ramai lagi penyelidik yang turut melaporkan keputusan positif melalui pengambilan vitamin dan mineral ini.


Nutrisi Untuk Kanak-Kanak Autistik


Elakkan alahan makanan


Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada ciri-ciri autisme ini adalah melalui pemakanan yang tidak baik dan bahan kimia yang selalunya sampai ke otak melalui aliran darah akibat kesukaran penghadaman dan penyerapan makanan. Kepentingan dalam pemilihan makanan ini dikenalpasti oleh para ibu bapa sendiri apabila mereka menyedari perubahan yang jauh lebih baik dalam diri anak mereka apabila mereka mengubah diet seharian.



Bukti yang paling jelas yang mengaitkan makanan dengan autisme adalah makanan seperti gandum dan tenusu, dan jenis protein yang dikandunginya – iaitu gluten dan casein. Protein ini adalah sangat sukar untuk dihadamkan, terutamanya jika diperkenalkan kepada bayi terlalu awal, ia boleh menyebabkan alahan.  Pecahan daripada protein ini, yang dipanggil peptides, boleh memberi impak yang besar kepada otak. Ini kerana ia boleh bertindak secara terus didalam otak dan menjadi mimik kepada pelega kesakitan semulajadi di dalam badan (seperti enkephalin ataupun endorphin). Ataupun ia boleh menghilangkan keupayaan enzim yang akan memecahkan protein ini secara semulajadi.


Jadi, sebab itulah penting untuk berusaha memastikan bayi untuk mendapat susu ibu sehingga dua tahun dan hanya memperkenalkan makanan awal kepada bayi selepas usia mereka mencecah 6 bulan.



Autisme satu anugerah…


Tak kira normal ataupun autistik, anak itu adalah satu anugerah. Tiada siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna. Setiap orang ada ujiannya. Tanpa kita sedari, mungkin ada orang autistik di kalangan kita. Kekurangan mereka bukan hanya ujian untuk mereka dan ahli keluarga terdekat tetapi juga kepada kita agar lebih mensyukuri nikmat yang ada dan supaya dapat sama-sama membantu mereka untuk hidup seperti orang biasa.


Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua.


Sehingga bertemu lagi,


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


IG: @farahida_fadzillah


Ulu Kelang, Kuala Lumpur



"Adakah anak saya AUTISTIK?" 12 Ciri-Ciri Autistik Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...