Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Monday 23 December 2013

Panduan Kurangkan Sakit Gout

Sebelum mengetahui panduan untuk mengurangkan sakit gout, mari kita baca dan fahami dulu serba sedikit tentang penyakit ini.

Apa itu Gout?


Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di bahagian tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat ia biasanya terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin juga tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephrophaty atau tophi. Ia disebabkan oleh paras asid urik dalam darah yang menghablur (crystallised) dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

sakit gout, set gout shaklee

Punca Gout


Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik dan masalah di buah pinggang. Ia adalah salah satu penyakit arthritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein)); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menjadi hablur garam  dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang bermula dari tapak ibu jari kaki dan menular ke sendi yang lain pada kaki dan tangan.

sakit gout, set gout shaklee

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah, daging organik yang tinggi purin. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut akan meningkatkan risiko untuk mendapat gout sebanyak 50%. Selain itu, pengambilan ubat yang tinggi asid secara berterusan turut meningkatkan risiko penyakit gout.

Panduan Kurangkan Sakit Gout


Bagi membolehkan pesakit gout menikmati kehidupan yang lebih baik, anda boleh mengikuti panduan mengurangkan sakit gout yang disenaraikan di bawah ini:
  1. Kekalkan hidrasi
    Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam keluar toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan yang menyebabkan serangan penyakit itu di bahagian sendi akan dikumuhkan melalui air kencing. Jadi, tubuh perlu sentiasa terhidrat agar kekerapan kencing meningkat bagi mengusir asid urik dan mengelakkan ia terkumpul di dalam sendi.
  2. Elak minuman keras
    Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan membentuk asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.
  3. Elak beli ubat gout di kaunter
    Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Walau bagaimanapun, air yang sama juga diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Dalam situasi ini, pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.
  4. Makan secara sihat
    Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Pesakit gout harus mengikuti diet khas dengan mengurangkan jenis-jenis makanan yang mengandungi purin kerana bahan itu  akan dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. Cara terbaik ialah dengan mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 
    Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout 
    Sekiranya anda menghidapi gout, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
    • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
    • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
    • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.


    KUMPULAN MAKANAN

    TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
    SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
    RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
    Makanan perlu dielak
    Makanan diambil secara sederhana
    Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
    Bijirin dan Produk Bijirin

    Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
    Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
    Buah-buahan

    Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
    Semua jenis buah dan jus buah
    Sayur-sayuran

    Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
    Kebanyakan sayuran
    Makanan Berprotein
    Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
    Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
    Susu dan produk tenusu, telur dan keju
    Lemak dan Minyak


    Semua jenis (ambil secara sederhana)
    Sup
    Ekstrak daging
    Sup daging
    Sup sayur
    Lain-lain
    Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

    Minum 6-8 gelas air masak sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.
     Sumber
  5. Mengekalkan berat badan yang sihat
    Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia boleh menyebabkan jumlah asid urik dalam badan meningkat. Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan yang ideal akan datang secara semula jadi. Hanya amalkan senaman sederhana, kerana ia juga sesuatu yang baik untuk semua orang.
  6. Mendapat rehat yang secukupnya
    Tidur adalah cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

Set Gout Shaklee

Selain mengamalkan panduan di atas ini, pesakit gout juga boleh mengambil supplement yang terkandung dalam Set Gout Shaklee bagi meredakan penderitaan penyakit itu.
set gout shaklee, kurangkan sakit gout, gout

Set Gout Shaklee terdiri daripada Performance Drink Orange, Alfalfa Complex, Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet.

Fungsi bagi setiap supplement dalam Set Gout Shaklee ini adalah seperti berikut:
  1. Performance Drink Orange - berfungsi untuk memelihara keseimbangan elektrolit atau air dalam badan bagi mengekalkan hidrasi pesakit gout. Bagi menyingkirkan asid urik daripada badan, pesakit gout perlu minum air dengan banyak agar asid urik ini dapat disingkirkan melalui perkumuhan air kencing. Performance drink akan membantu proses pembuangan ini dengan menggantikan air yang hilang dan memelihara paras air dalam badan lalu mengelakkan pesakit gout daripada dehidrasi.
  2. Alfalfa Complex - Alfalfa merupakan pendetoks yang bertindak untuk membuang toksin yang terkumpul di dalam badan melalui proses perkumuhan. Bagi melancarkan proses detoks, pengambilan alfalfa hendaklah disertai dengan minum air masak 3-4 liter sehari bagi membantu penyingkiran asid urik yang terkandung dalam badan.
  3. Omega Guard - Minyak ikan Omega Guard merupakan asid lemak omega-3 yang penting untuk mengelakkan keradangan sendi. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi, pengambilan Omega Guard amatlah perlu bagi membantu mengawal keradangan akibat penyakit gout.
  4. Advanced Joint Health Tablet - merupakan supplemen bagi memberikan keselesaan pada sendi dan memudahkan pesakit gout untuk bergerak.
Adakah orang kesayangan anda menderita penyakit gout? Jangan gusar..apa kata berikhtiar pula dengan set gout Shaklee ini.

Untuk pesanan dan pertanyaan lanjut tentang vitamin yang terkandung di dalam Set Gout Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...