Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Monday 13 October 2014

10 Langkah Untuk Bebas Hutang

Assalamualaikum..


Saya yakin di Malaysia ni sangatttt ramaiii orang yang berhutang. Paling kurang, ramai graduan yang start2 kerja dah ada hutang PTPTN. Yang kaya-raya pun, saya yakin tak ramai yang membeli rumah banglo mereka dengan tunai.



Jadi, hari ni saya nak kongsikan 10 langkah bagaimana untuk membebaskan diri dari hutang. Langkah-langkah ini saya dapat dari seorang pemberi komen (yang saya ucapkan banyak2 terima kasih) di laman fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki di Facebook. Saya berpendapat teknik yang dikongsikan sangat mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Jadi, saya kongsikan semula di sini semoga ia dapat menjadi panduan kepada lebih ramai orang lagi yang ingin membebaskan diri mereka dari cengkaman #hutang.


Untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu mempunyai semangat yang kuat untuk sampai ke garisan penamat. Begitulah juga seperti keinginan untuk membebaskan diri dari hutang ini. Cekalkan hati anda dan istiqomahlah mengikut 10 langkah di bawah ini bagi mencapai matlamat untuk bebas hutang.


10 Langkah Untuk Bebas Hutang


Menurut beliau, 10 langkah tersebut adalah:


1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.


Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.


2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.


3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)


4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.


5. TENGOK BAKI  yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.


6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:


1) Hutang perabot RM2000

2) Hutang kad kredit RM5,000

3) Hutang kereta RM50,000

4) Hutang rumah RM100,000


7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (perabot?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.


8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda  bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!


9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.


Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.


10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan

hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.


Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis. Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.


Jadi… secara ringkasnya, menurut beliau, kalau kita nak bebas hutang, kita kena kurangkan perbelanjaan. Ini bermaksud ada keinginan yang memerlukan duit yang kita mesti korbankan.


Cara saya pula…


Tapi, sebenarnya ada satu lagi cara untuk kita membebaskan diri dari hutang.. iaitu dengan menambahkan pendapatan. Dan cara inilah yang saya pilih.


Buat masa ini Alhamdulillah saya bersyukur, saya masih mempunyai pekerjaan dan gaji yang tetap masuk setiap bulan. Saya juga mempunyai suami tempat bergantung. Tapi, saya tahu langit bukan selalunya cerah. Kadangkala hujan turun di tengah hari. Musibah dan ujian boleh menimpa pada bila-bila masa dan apa yang ada hari ini boleh hilang dengan sekelip mata dengan izin-Nya. Saya tahu bukan mudah untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebab kadang-kala perbelanjaan yang sedia ada memang sudah sedia minima. Jadi, apa yang saya buat?


Saya menjinak-jinakkan diri dengan bisnes Shaklee untuk menambahkan pendapatan. Shaklee yang dulu hanyalah satu produk yang saya guna dan makan sendiri. Kini, saya berkongsi pula kebaikannya dengan orang lain. Alhamdulillah..dari hati jatuh ke hati..bisnes Shaklee tidaklah sesukar yang disangka walaupun ramai yang menyangka sudah terlalu ramai penjual Shaklee di Malaysia ini. Saya yakin akan rezeki yang terletak di tangan Allah. Dia yang Maha Pemberi Rezeki dan menentukan apa yang selayaknya kita dapat bergantung kepada usaha diri sendiri dan kebergantungan kita kepada Allah yang Maha Kuasa. Dan syukur Alhamdulillah… dengan bisnes Shaklee ini, bukan sahaja pelbagai kehendak spontan yang dapat ditunaikan, tetapi juga saya mampu membayar hutang rumah setiap bulan tanpa menggunakan sesen pun dari gaji kami suami isteri. Bukan hanya untuk kebahagiaan diri sendiri, tetapi juga demi kegembiraan keluarga dan masyarakat. Kerana dengan bonus Shaklee lah saya dapat membawa keluarga ke Turki baru-baru ini dan kerana bonus Shaklee lah saya boleh mengeluarkan sedekah dan zakat tanpa berkira-kira lagi.


bebas hutang, financial freedom, langkah untuk bebas hutang


Bermula dari situ, saya yakin Shaklee mampu memberikan kami financial freedom yang kami cari selama ini. Buktinya sudah ada. Mentor-mentor saya semuanya sudah berjaya meraih 5,6 angka. Asalkan ada usaha yang gigih, semangat yang kental, mentor yang bagus, dan keyakinan dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT, bi iznillah… saya tiada alasan ataupun sebab untuk gagal dalam bisnes ini.


Jadi, jika anda juga ingin #bebashutang, ambillah langkah yang betul dari sekarang. Kurangkan perbelanjaan ataupun cari jalan (yang halal) untuk menambahkan pendapatan. Dan jika anda ingin menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, anda boleh menghubungi saya melalui sms/whatsapps 012-35795999 atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com. InsyaAllah anda akan diberi tunjuk ajar untuk berjaya dengan cemerlang sebagai SID.


Jommm!!  Jika anda mahu bebas hutang, bertindaklah sekarang!



10 Langkah Untuk Bebas Hutang

Saturday 4 October 2014

Rahsia Di Sebalik Kesedapan Rendang dan Lemang Terbongkar!

InsyaAllah esok kita akan meraikan Hari Raya Korban di Malaysia. Jadi, semestinya ramai umat Islam yang melakukan ibadah korban ini dan musim makan daging pun bermula :D


Bila tiba hari raya, tak kiralah Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha… hampir di setiap rumah orang melayu Islam di Malaysia ni mesti ada menu rendang dan lemang. Menu tradisional, evergreen dari dulu sampai sekarang. Memang sedap rendang dan lemang ni kan?


Fakta nutrisi tentang rendang dan lemang

Perghh…tengok gambar je dah rasa terliur nak makan rendang dan lemang ni


Tapi, di sebalik kesedapan rendang dan lemang ni, ada satu rahsia yang tak ramai orang tahu. Jadi, hari ni saya nak bongkarkan rahsia itu kepada anda semua.


Nak tahu tak? Haa..teruskan membaca ye!


Fakta Nutrisi Rendang dan Lemang


Rendang


Satu hidangan rendang daging seberat 50gram mempunyai 126 kalori yang terdiri daripada 12% karbohidrat, 29.5% protein dan 58.5% lemak. Selain itu rendang juga membekalkan mikronutrien lain seperti vitamin A, beta carotene, vitamin C, kalsium, zat besi, thiamine, riboflavin, niacin dan serat dietari.


Kandungan kolesterol pula dianggarkan sekitar 35-45mg bergantung kepada jenis rendang samada ayam atau daging dan juga bahagian mana yang digunakan. Sekiranya bahan asas rendang ialah hati lembu, kandungan kolesterol bagi satu hidangan seberat 35gram ialah 168mg manakala hati ayam pula mempunyai 200mg kolesterol.


Bahan-bahan asas rendang yang lain ialah santan pekat. Oleh yang demikian, ia mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Walaupun santan kelapa tidak mengandungi kolesterol tetapi kandungan lemak di dalamnya adalah daripada jenis lemak tepu. Lemak tepu akan meninggikan tahap kolesterol di dalam darah. Satu cawan santan berdasarkan Jadual Komposisi Makanan (JKM) membekalkan 64 gram lemak yang mana 74.5% adalah terdiri daripada lemak jenis tepu (Saturated Fat). Tenaga daripada secawan santan dianggarkan sebanyak 630 kalori bergantung kepada tahap kepekatannya.


Kolesterol yang berlebihan di dalam darah akan terkumpul dan menimbun pada dinding saluran darah. Lama kelamaan ia akan menyebabkan saluran darah menjadi keras dan sempit serta tersumbat. Keadaan ini akan mengganggu aliran darah di dalam tubuh kita seterusnya boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.


Pengambilan kolesterol dietari disarankan kurang daripada 300mg sehari. Sekiranya anda pernah mengalami serangan jantung atau telah di diagnos mempunyai tahap kolesterol darah yang tinggi, maka saranan pengambilan kolesterol dietari ialah tidak melebihi 200mg sehari.


Lemang


Mengikut kebanyakan resepi, 500gram tepung pulut dan 750ml santan pekat diperlukan bagi menghasilkan sebatang lemang bersaiz sederhana.


Berdasarkan analisis nutrisi menggunakan software Nutritionist Pro, anggaran jumlah tenaga di dalam sebatang lemang ialah 3,778 kalori yang mana 52% daripadanya disumbangkan oleh santan kelapa. Tenaga di dalam sebatang lemang terdiri daripada 44.5% karbohidrat, 5.8% protein dan 49.7% lemak.


Selain daripada itu, lemang tidak mengandungi dietari fiber.


Mikronutren lain yang terdapat di dalam lemang ialah vitamin A, kalsium dan zat besi.


Perlu diingatkan bahawa kandungan kalium (Potassium) di dalam santan kelapa adalah tinggi. Dianggarkan kandungan kalium di dalam sebatang lemang ialah 3,027mg. Kalium yang berlebihan di dalam darah boleh memudaratkan jantung dan buah pinggang.


(Sumber: Stayfit-Fitness & Gym)


Nikmati kesedapan rendang dan lemang tanpa rasa bersalah!


Fuhhh… kalau kita kira berapa jumlah kalori dan kolesterol yang kita dah makan setiap kali kita makan rendang dan lemang di setiap rumah yang kita pergi ziarah, mesti akan terbeliak biji mata kan?! Tapi, lemang dan rendang tu sangattt sedapppp!! Very tempting… Walaupun dah makan di rumah sebelum ni, bila pergi ke rumah seterusnya mesti nak rasa jugak macam mana enak lemang dan rendang di rumah tersebut pulak kan? Dan kalau diteruskan juga…. ishhh..bahaya bahaya…


Sebenarnya ada satu cara nak bagi kita rasa makan kedua-dua menu wajib masa raya ini tanpa rasa bersalah.


Memperkenalkan…. Phytocol-ST Shaklee!


Ya! Amalkanlah pengambilan 2 biji Phytocol-ST setiap kali kita nak makan dan bi iznillah kita akan boleh makan apa saja yang kita inginkan.


phytocol-st, rendang dan lemang

Phytocol-ST mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah


Phytocol-ST adalah produk terbaru Shaklee yang bertujuan untuk membekalkan 2,000mg FITOSTEROL sehari. Ia membantu mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah dan menurunkan paras kolesterol LDL atau kolesterol jahat.


phytocol-st, rendang dan lemang,bagaimana fitosterol berfungsi

Fitosterol mengambil tempat kolesterol dengan memenuhi dinding usus dan sekaligus membantu menyekat kemasukan kolesterol ke dalam salur darah


Menurut ujian klinikal, pengambilan 2000mg fitosterol sehari boleh menurunkan kadar kolesterol LDL sebanyak 10-15%. Ini kerana, fitosterol adalah sterol tumbuhan yang mempunyai struktur yang lebih kurang sama dengan kolesterol. Jadi, pengambilan fitosterol semasa makan akan menyebabkan tempat kolesterol diambil alih. Fitosterol akan melekat di dinding-dinding usus dan seterusnya membantu menghalang kolesterol yang terdapat dalam makanan yang kita makan daripada memasuki salur darah.


Jadi, jika anda inginkan kehidupan yang bebas kolesterol jahat, amalkanlah ‘penyekat kolesterol semulajadi‘ ini setiap kali anda ingin menikmati bukan sahaja rendang dan lemang di musim perayaan tetapi apa sahaja makanan kegemaran anda. Pastikan ia sentiasa ada di rumah dan dibawa ke mana sahaja anda pergi agar anda tidak kempunan untuk makan apa sahaja yang anda inginkan.


Best kan? Bila dah makan Phytoc0l-ST ni nak makan buffet ke, seefood ke, kuih manis-manis ke…takdelah rasa bersalah sangat! :p


Jadi, apa yang difikirkan lagi? Jom order satu Phytoc0l-ST sekarang! Harga sebotol Phytocol-ST adalah RM197 dan mengandungi 120 biji/botol.


Hubungi RahsiaVitaminIbu.com – SID Pilihan Ramai di KL melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil) atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk sebarang pesanan, pengesahan harga atau konsultasi secara percuma dengan kadar yang segera! Penghantaran ke seluruh MALAYSIA melalui GDEX dan pos laju dan perkhidmatan COD untuk sekitar kawasan Ulu Kelang, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai, Setapak, Taman Melawati, Taman Permata, Ampang, Selayang, Shah Alam, Subang, Bangi, Kajang, Putrajaya, Temerloh, Segamat dan Seremban.


Jom beli Phytocol-ST! Terbaek di musim perayaan ini :)


order phytocol-stAkhir kata, salam kemaafan dan selamat melakukan ibadah korban dari RahsiaVitaminIbu.Com – SID Pilihan Ramai Di KL ;)


 



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, mencegah, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan yang anda alami.


 



Rahsia Di Sebalik Kesedapan Rendang dan Lemang Terbongkar!

Friday 3 October 2014

Yes!! Parut Jerawat Dah Pudar!

Salam jumaat pembaca blog RahsiaVitaminIbu.Com sekalian…


Hari ni nak kongsi kisah seorang pengguna Shaklee yang sangat happy sebab parut jerawat dia dah pudar. Dengan kata lain, nak share testimoni lerr… :D


Manalah tahu di kalangan anda semua ada mengalami masalah yang sama. Mungkin anda boleh amalkan apa yang sister nih (saya namakan Miss A) ambil sehingga beliau berjaya memudarkan parut jerawatnya..


testimoni parut jerawat pudar/hilang

Yes!! Parut jerawat dah pudar!


Gambar no.1:


Awal tahun 2013, Miss A mengalami masalah jerawat yang teruk gara-gara salah pakai produk. Dah macam-macam produk Miss A cuba. Tapi, semakin menjadi-jadi pula jerawat yang tumbuh.


Haa..pembaca sekalian kena ambil iktibar ye. Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran sekarang, tak semuanya selamat dan berkesan. Banyak yang mengandungi bahan kimia merbahaya malah sangat toksik kepada badan kita!


Gambar no 2:


Pertengahan 2013, Miss A pun cuba produk Shaklee. Dia ambil ESP, alfalfa dan vitamin E. Selepas lebih kurang 2 – 3 bulan mengamalkan kombinasi produk ni, Alhamdulillah.. jerawatnya mula kering.


Saya suka nak highlight perkataan 2-3 bulan kat atas ni untuk mengingatkan para pembaca dan pengguna bahawa supplement memang akan mengambil masa untuk menampakkan kesan. Cara supplement atau vitamin berkerja bukan seperti ubat kerana ia BUKAN UBAT. Ubat memang ‘ditugaskan’ untuk merawat, maka kesannya cepat. Supplement pula bertugas untuk membantu melengkapkan nutrisi dalam badan kita supaya sel-sel badan berfungsi dengan baik dan seterusnya dapat ‘membaiki kerosakan’ pada badan kita dengan sendiri secara semulajadi. Dan 3 bulan adalah tempoh yang sesuai untuk melihat keberkesanan sesuatu produk dengan syarat ia diambil secara KONSISTEN dan air masak diminum secukupnya.


Berbalik kepada pilihan supplement Miss A ni tadi, beliau telah mengambil:


  1. ESP – ESP merupakan protein yang bertindak sebagai pembaiki sel-sel rosak dan pembina sel-sel baru. Ianya penting untuk membantu membaiki ‘kerosakan’ sel kulit pada wajah akibat pengambilan produk yang tidak sesuai. ESP bukan sahaja boleh diminum tetapi juga dibuat masker untuk membantu melembutkan dan memudarkan parut dengan lebih cepat.

  2. Alfalfa – Alfalfa adalah raja segala tumbuhan yang bertindak sebagai pendetoks. Toksin yang terdapat dalam badan kita adalah salah satu punca jerawat pada muka. Jadi, alfalfa membantu  membuang toksin di dalam badan akibat salah pengambilan produk dengan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Pengambilan alfalfa harus disertai dengan pengambilan air masak yang banyak bagi menyahtoksin dan sekaligus mengeringkan jerawat yang ada.

  3. Vitamin E – Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang sangat diperlukan untuk melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas dan sinaran UV. Kalau tidak, kenapa dalam iklan produk kosmetik, mereka selalu menekankan kehadiran dan kepentinganVitamin E ini dalam produk mereka kan? Tak lain tak bukan, sudah tentulah kerana manfaatnya yang banyak dalam memastikan kejelitaan wajah. Dalam kes pengguna di atas, vitamin E diambil bagi membantu menghilangkan bekas jerawat dan parut yang ada.

Gambar no. 3:


Kita dapat lihat, jerawat Miss A semakin pudar. Alhamdulillah.. :)


Gambar no. 4:


Dan akhirnya pada awal tahun 2014 yang lepas, bukan sahaja jerawat malah bekas parut juga semakin pudar kelihatan. Inilah hasilnya setelah bersabar dan istiqamah mengambil ketiga-tiga supplement ini. Bi iznillah…


 


testimoni parut jerawat pudar

Jom Pudarkan Parut Jerawat!


Best kan? Teruja tak nak hilangkan parut jerawat yang lama2 tu? Kalau anda juga berminat untuk mengamalkan apa yang Miss A amalkan, boleh hubungi SID Pilihan Ramai di KL melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Fara Fadzil) atau email kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com. Penghantaran dilakukan ke SELURUH MALAYSIA dan perkhidmatan COD disediakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur – Ulu Kelang, Keramat, Wangsa Maju, Taman Melawati, Taman Permata, Setapak,  Setiawangsa, Ampang, Bangi, Kajang, Putrajaya, Selayang, Shah Alam, Temerloh, Segamat, Seremban dan Universiti Malaya.


Atau jika anda ingin shopping secara online anda boleh klik butang di bawah. :)


order set pudarkan jerawat


Dan sekiranya anda mencari produk kosmetik yang selamat serta bebas bahan kimia dan toksin, anda juga boleh bertukar kepada rangkaian produk Healthy Beauty dari Shaklee. Hubungi 012-3579599 untuk keterangan lanjut.



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, mencegah, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan kesihatan yang anda alami.



Yes!! Parut Jerawat Dah Pudar!

Thursday 2 October 2014

Kenapa Ramai Ibu Gilakan ESP?

ESP? Apa tu? Kalau ada yang masih tak tahu, ESP adalah protein soya yang sangat digila-gilakan oleh ramai orang di Malaysia ini terutama wanita dan kaum ibu. Kenapa?


Tak lain tak bukan sudah tentulah kerana ia adalah sejenis protein soya yang TIDAK DIMODIFIKASIKAN SECARA GENETIK (NON-GMO SOY) yang memberi pelbagai manfaat kepada si pengamalnya.


Dari sejak kecil, kita telah didedahkan tentang kepentingan protein kepada badan. Protein merupakan bahan binaan asas manusia. Protein lah yang membina dan membaiki sel. Proteinlah yang penting untuk bina otot. Dan macam-macam lagilah. Tapi, cuba tengok berapa portion protein yang kita ambil setiap kali makan? Cukupkah untuk menampung keperluan kita yang semakin sibuk, yang sentiasa terdedah dengan pencemaran di zaman sekarang?


kenapa ramai ibu gilakan esp

ESP sememangnya favourite wanita!


Jadi, memang tidak hairanlah kalau ramai di luar sana yang menjadi penggemar ESP terutamanya kaum ibu. ESP adalah all-in-one protein yang memberi manfaat yang semua wanita inginkan.


ESP untuk kejelitaan


Semua wanita tak kira remaja, dewasa atau yang berusia sentiasa ingin kelihatan cantik. Tapi, perubahan hormon, pendedahan kepada asap dan pencemaran, peningkatan usia akan menyebabkan sel-sel kulit rosak dan mengalami masalah seperti berminyak, kering, kendur, kasar dan pelbagai lagi.


Tetapi sekiranya anda mendapat protein yang mencukupi, sel-sel yang telah rosak dapat diperbaiki dan diganti dengan sel-sel baru. Jadi, pengambilan ESP secara konsisten dapat membantu memberikan kulit yang lebih berseri-seri dan lebih anjal. Ia membantu mengekalkan awet muda serta membantu menghilangkan parut dengan pengambilan bersama set kecantikan shaklee.


ESP untuk pengurusan berat badan


Penjagaan berat badan adalah sesuatu yang sangat diberi perhatian oleh kebanyakan wanita. Kalau muka je cantik tapi body macam belon tak menarik juga kan? Especially untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Peningkatan berat badan semasa mengandung mesti nak dihapuskan cepat-cepat! Kalau boleh, nak dapat berat macam zaman anak dara lagi. :D


Jadi, untuk membantu dalam pengurusan berat badan anda, anda boleh minum segelas ESP sebelum makan atau antara waktu makan bagi mengalas perut. Ia membantu anda rasa lebih kenyang dan seterusnya mengehadkan pengambilan makanan anda kepada kuantiti yang lebih kecil. Sewaktu berdiet juga anda mungkin akan mudah berasa letih kerana kurang makan tetapi dengan mengamalkan ESP, ia boleh membantu anda rasa lebih bertenaga untuk melakukan kerja seharian. ESP juga membekalkan protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang membantu anda membina otot.


ESP untuk wanita yang sibuk


Wanita atau ibu-ibu pada zaman ini memang sangat sibuk tak kiralah yang berkerja di ofis, mahupun yang menjadi suri rumah. Pelajar-pelajar yang masih belajar juga tak kurang sibuknya! Sampaikan golongan ini terpaksa berkorban waktu makan sehingga boleh menyebabkan gastrik.


Mendapat khasiat melalui pemakanan adalah yang paling utama, tetapi sekiranya terlalu sibuk, anda mungkin memerlukan sesuatu yang lebih ringkas, mudah, cepat dan memberi khasiat. Selain Meal Shakes, ESP juga adalah pilihan terbaik untuk membantu anda mengalas perut, memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun.


ESP untuk kehamilan


ESP turut menjadi peneman setia kepada ibu-ibu yang hamil. Dengan perkembangan janin yang semakin membesar, selain dari mengamalkan supplemen untuk ibu hamil seperti asid folik dan zat besi,  keperluan protein kepada ibu dan anak memang tak dapat dinafikan. Ia bertujuan untuk membina sel-sel dan organ yang baru mula terbentuk.


image

My second child


 


Pengalaman saya sendiri mengamalkan ESP semasa hamil anak yang kedua, hasilnya kulit anak saya lebih putih, lembut dan gebu. Sampai orang menyangkakan dia anak cina. Alhamdulillah, walaupun ramai yang mengatakan soya menyebabkan kulit menjadi sensitif, anak saya tidak mengalami masalah itu. Dan ESP telah banyak membantu saya dari segi tenaga sepanjang tempoh kehamilan sehinggakan saya masih boleh giat berjalan sehari suntuk dan berpuasa sebelum saya bersalin keesokan harinya.


ESP untuk penyusuan


Dan yang paling glamer sekali, sudah tentulah ESP untuk penyusuan. Breastfeeding moms memang ramai yang fall in love dengan ESP ni sebab ia boleh menjadi milkbooster yang hebat dengan syarat konsep penyusuan dilaksanakan dengan betul. Al-maklumlah komposisi utama dalam susu ibu kan protein dan ESP adalah bekalan yang memberikan khasiat ini. :)


Jadi, dari segi penyusuan, ESP membantu memperkayakan susu ibu dengan protein dan menjadikan ia lebih pekat dan seterusnya membantu bayi untuk kenyang lebih lama. Bi iznillah…


Pendek kata, ESP ini memang peneman wanita tak kiralah di mana-mana peringkat usia.


Tapi, jangan ingat pula ESP ini untuk wanita atau kaum ibu sahaja. Kaum adam yang sukakan soya yang mahu kelihatan handsome, yang sibuk tak ingat dunia, yang nak kurus, yang nak kekal bertenaga yang nak pelihara kesihatan kelenjar dan prostat juga patut mengamalkan soya Shaklee ni.


Ia juga sesuai untuk membantu mengawal paras gula kerana ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah serta  memelihara kesihatan jantung dan mengawal kolesterol.


Sebenarnya, terdapat banyak lagi kebaikan ESP yang menyebabkan ia menjadi kegilaan ramai. Mereka sudah merasai manfaatnya, anda pula bagaimana?


image

Promosi Oktober 2014


Apa kata anda cuba sendiri di bulan Oktober ini sempena promosi yang sedang hangat berlangsung. Dapatkan ESP anda hari ini dengan sesuatu yang istimewa dengan menghubungi RahsiaVitaminIbu.com melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil) atau email kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com sekarang juga! :)


Atau jika anda ingin memesan ESP dengan segera, anda boleh shopping secara online di sini.


Selamat Mencuba!



Kenapa Ramai Ibu Gilakan ESP?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...