Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 20 September 2016

Kenapa Kita Perlu Berbisnes?

Ada banyak faktor kenapa kita perlu berbisnes walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Untuk ibu-ibu berkerjaya seperti saya, faktor utama yang mendorong kami untuk berbisnes selalunya adalah kerana ANAK. Sebagai ibu, kita kalau boleh mesti nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Prioriti ke atas keluarga mesti akan kita letakkan di tempat nombor satu, kemudian mungkin kerjaya.


kenapa kita perlu berbisnes


Anak – Faktor utama kenapa kita perlu berbisnes


Contoh hari tu, seorang kawan saya tak dapat datang kerja sebab terpaksa jaga anak. Kerja banyak kat ofis. Meeting bersilih ganti. Tapi, sebab anak takde orang jaga, semua kerja dan meeting kena ditangguhkan.


Saya pun selalu macam tu. Baru-baru ni, saya sepatutnya pergi outstation selama 3 hari untuk FAT pertama dengan end customer. Tapi, sebab dapat arahan last minute untuk pergi mewakili boss saya dan encik suami pun memang dah outstation juga, maka saya tak dapat nak penuhi permintaan tersebut. Tambahan lagi, takkan kami berdua nak keluar outstation pada masa yang sama dan biar anak kami dijaga oleh orang lain? Kami bukan ada keluarga yang duduk dekat-dekat pun untuk anak-anak menumpang kasih. Dan kami tiada maid.


Dan itu bukan pertama kali saya terpaksa buat macam tu. Sebelum daripada itu, dah 2 kali juga saya pernah pernah menolak tawaran untuk pergi training kat France sebab utamakan family. Training kat negara yang saya sendiri rindui. Tapi takpe. Saya tak menyesal pun. Ada rezeki nanti, saya pergi sendiri.


Wanita bekerjaya yang lain mungkin akan kata rugi sebab saya dah melepaskan peluang untuk mengembangkan kerjaya saya. Tapi, bila saya dah jadi seorang mak ni, sibuk macam mana pun kerja kat office, bila tiba bab anak-anak, bab family.. saya memang akan letak prioriti mereka di tempat nombor satu.


kenapa perlu berbisnes?

Demi mereka, saya sanggup lakukan apa saja..



Jadi, saya memang faham sangat. Bila ada orang yang tiba-tiba EL sebab kena jaga anak.


Anak sakit. Pengasuh lari. Taska diarahkan tutup.


Bukan kita yang minta. Tapi, keadaan yang memaksa.


Bukan selalu. Hanya sekali sekala.


Tapi, kalau selalu macam mana? Kalau anak memang selalu sakit? Selalu keluar masuk hospital?


Habis annual leave, kita amik pula unpaid leave. Nanti dah takde gaji, apa pula kita nak makan ye? 😔


Kalau boss bagi work from home, takpe juga. Tapi, kalau tak boleh? Kalau kita memang kena turun site, buat keje operator, hmm.. nak buat kerja dari rumah macam mana? 😔


Jangan risau, ibu-ibu sekalian… Sebab bila ada kemahuan, pasti masih ada caranya.😊


Itulah sebabnya kenapa kita perlu berbisnes. Berbisnes walaupun sudah ada kerjaya umpama satu “backup plan” jika kerjaya terpaksa dilepaskan demi anak-anak dan keluarga ataupun satu jambatan untuk kita mendapat kebebasan masa bersama keluarga.


Jom bina bisnes Shaklee


Nak bisnes apa pula? Paling senang, kalau anda ada kemahiran, ‘jualkan’ kemahiran anda itu dari rumah. Memasak ke, menjahit ke, ajar tuisyen ke…


Tapi, kalau nak LAGI SENANG, dan kalau kemahiran pun tak berapa nak ada macam saya ni, apa kata anda cuba bina bisnes Shaklee. Tak payah ada sijil pun nak buat bisnes ni. Tak nak pergi mana-mana pun takpe. Semua boleh buat dari rumah dekat dengan keluarga. Cuma kena ada usaha.


Ya, janji rajin usaha, mesti kita boleh berjaya. Tak pandai tak apa, sebab saya boleh ajar (kalau mendaftar dengan sayalah). Saya dulu pun masa mula-mula memang zero bab-bab meniaga. Tapi, Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari upline, saya dah boleh berdiri di atas kaki sendiri sekarang ni.


Mereka dah ajar saya. Sekarang, tiba masanya untuk saya mengajar orang lain pula. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Jadi, saya mencari-cari juga protege yang nakkan ilmu-ilmu saya ni. Dengan harapan, moga-moga dapatlah jadi bekalan akhirat saya nanti.


Jadi, saya seru kepada insan-insan hebat di luar sana. Sebelum hari hujan, marilah kita sama-sama sediakan payungnya. Tak kiralah sama ada anda lelaki, wanita, bekerja, suri rumah, pelajar…Cuba fikirkan masa depan kita.. Masa depan anak2 cucu kita. Adakah kita betul-betul dalam keadaan yang selamat? Cukupkah kewangan kita kalau tiba-tiba kita hilang pekerjaan, hilang tempat bergantung dan sebagainya? Allah boleh tarik nikmat yang kita ada pada bila-bila masa. Jom keluar dari zon selesa dan  marilah kita berniaga dan berjaya dalam Shaklee ni sama-sama.


Saya ikhlas nak mengajar sesiapa yang mendaftar di bawah saya. Kalau belum mendaftar lagi, bolehlah hubungi 012-3579599 ye! 😊


Till then,



Fara Fadzil


SID: 860722


012-3579599


#shakleekualalumpur



Kenapa Kita Perlu Berbisnes?

Sunday 18 September 2016

Pengedar Shaklee Wangsa Maju - Nurul Amelza Kamel

Kalau ada sesiapa di kawasan Wangsa Maju dan sekitar yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee dengan segera, anda bolehlah menghubungi Pengedar Shaklee Wangsa Maju – Nurul Amelza Kamel di 019-3058619.


Sejarah perkenalan saya dengan Amelza Kamel


Sejarah perkenalan saya dengan Nurul Amelza atau nama Facebook nya Amelza Kamel ini bermula kira-kira 4 tahun yang lalu. Amelza yang lebih mesra  dengan panggilan Mel ni pada asalnya adalah customer saya 😊. Antara yang terawal juga sebenarnya, sebelum beliau mendaftar menjadi ahli dan kemudian bersama-sama dengan saya untuk membina bisnes Shaklee.


Pengedar Shaklee Wangsa Maju

Pengedar Shaklee Wangsa Maju – Nurul Amelza Kamel


Masa tu, saya sendiri baru je nak kenal dunia bisnes Shaklee ni. Dari ahli makan sendiri berjinak-jinak menjadi distributor yang aktif.  Jadi, sebagai langkah permulaan memperkenalkan diri saya sebagai pengedar Shaklee, saya pun passkanlah flyer kat encik hubby supaya dia bagi flyers tu kat kawan-kawannya di pejabat.


Tak sangka.. Allah Maha Baik, Dia lorongkan Amelza Kamel

beli dengan saya. 😚 Saya ingat lagi, pembeliannya yang pertama adalah set menyusu sebab baru je lepas bersalin anaknya yang kedua masa tu. Alhamdulillah, pengambilan alfalfa dapat membantu Mel dalam menjayakan penyusuan anaknya dan saya pun tumpang gembira sebab berjaya membantu orang lain dengan melakukan bisnes ini.


Lepas tu, dua tiga kali jugak rasanya Mel repeat order ngan saya especially alfalfa. Mel order bukan untuk diri sendiri je, malah untuk family sekali sebab Mel pernah juga dapatkan set kulit cantik bagi pihak adiknya daripada saya.


Seeing her potential yang suka berkongsi dengan orang lain, saya pun ajak Mel join jadi ahli. She gladly did it! Dan saya pun of course lah 2x ganda hepi 😁😁


As usual, semua downline-downline saya, saya kumpulkan dalam satu group. Masa tu ada satu je group yang saya handle. Lepas tu, bila empayar semakin besar dan saya pun dah boleh kenalpasti downline yang nak makan sendiri dengan yang nak bisnes, saya pun create satu group lagi untuk separatekan dua kumpulan ni.


Saya tanya Mel, nak join grup Miracle (for biz) tak? And as expected, Mel cakap, “Alaa..Mel tak taulah. Mel tak pandai nak bisnes2 ni.” Etc etc. Standard lah tu skema jawapan untuk semua orang yang tak pernah buat dan ingat diri diorang takde jiwa biz. Kan? Kan? Hihi.


So, saya pun cakap, “Takpe, join je dulu. Tengok camne. Kalau tak minat nanti, nak left group pun takpe.” (Tapi, dalam hati tentulah nak semua downline saya stay kan?😁)


“Ok, fara. Bole je. Mel tengok je dulu.” Mel bagitau camtu taknak bagi apa2 harapan kat saya.


But, to cut long story short, Mel yang kononnya nak jadi silent reader je dulu, akhirnya jadi leader yang aktif dalam group Miracle sekarang ni.


Dalam sibuk-sibuk dengan kerja hakiki (I know how busy she is, sebab my encik hubby pun 2×5 sibuknya), group sales Mel tak pernah mengecewakan. Tiap-tiap bulan mesti Mel dapat bonus. Alhamdulillah… 😊. Ini adalah satu kepuasan lagi yang saya dapat dengan bisnes ini bila dapat tolong orang lain tambah pendapatan..


Honestly, saya sangat kagum dengan downline saya yang seorang ni. She is very independant. Selalu tolong orang. Very friendly. And very happy go lucky.


She’s very strong. She looks soft outside but very tough inside. Orang takkan boleh baca dia ada masalah sebab muka dia sokmo hepiii aje 😊


Awesome kan? Saya syukur sangat asbab bisnes Shaklee ni saya ditemukan dengan wanita-wanita hebat macam Mel. Raising 2 daughters on her own, kerja pun selalu kena outstation/turun site, tapi bisnes tetap jalan juga 😊💪🏼


Saya doakan agar Allah lorongkan kepada saya RAMAI lagi insan-insan yang hebat di luar sana contoh seperti suri rumah yang multi tasking, wanita bekerjaya yang sukakan cabaran, para pelajar yang nak ada duit sendiri dan nak cepat bayar hutang PTPTN dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian untuk menaikkan taraf ekonomi dan kesihatan dan mahu memiliki kebebasan masa dan kewangan untuk saya bantu melalui bisnes Shaklee ini.


Mel adalah satu contoh yang baik yang membuktikan SIBUK adalah BUKAN ALASAN untuk berjaya.


Keep up the smart work, dear. The success is just around your corner ❤️


Jangan lupa, orang yang tinggal di Wangsa Maju, kalau nak vitamin Shaklee dengan segera boleh hubungi Mel di 019-3058619.


Jom sama-sama doakan agar Mel berjaya naik rank Supervisor bulan September ini dan seterusnya cepat-cepat menjadi Master Coordinator. Aminn…


xoxo

Fara Fadzil


012-3579599


18/9/16, Melaka


#shakleewangsamaju


Kalau nak info lanjut, konsultasi vitamin dan jadikan Mel sebagai mentor anda, boleh layari blog beliau http://eshazara.blogspot.my, PM Mel di Facebook Amelza Kamel atau paling mudah whatsapp +60 19 305 8619 😉



Pengedar Shaklee Wangsa Maju - Nurul Amelza Kamel

Friday 16 September 2016

15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Dan badan kita pun tak selalunya berada dalam keadaan tip top sentiasa, kan? 😁. Jadi, hari ini saya nak kongsikan 15 produk untuk rawatan kecemasan di rumah yang sering saya gunakan jika berlaku insiden-insiden kecil yang tak dijangka sebelum mendapat rawatan susulan di klinik atau hospital.


So, introducing…. My Shaklee’s First Aid Kit 💁🏻


produk untuk rawatan kecemasan

Inilah produk-produk yang saya selalu gunakan dalam situasi-situasi kecemasan di rumah.


15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah


1- 📍Performance Drink (PD) – Minuman isotonik ini sangat membantu saya kalau tiba-tiba ada yang terkena cirit-birit atau muntah-muntah. PD ni akan membantu untuk menyeimbangkan kandungan garam dan mengelakkan badan terdehidrasi akibat keadaan tersebut. Kalau pergi jumpa doktor pun, mesti akan dapat air garam bila cirit-birit kan? Samalah dengan fungsi PD ni. Kalau ada yang demam denggi pun elok minum PD ni untuk membantu menstabilkan kandungan air dalam badan 💧


2- 📍Herbal blend – multipurpose cream ni memang selalu dibawa kemana-mana. Kalau kena gigit nyamuk ke, terkena ruam ke, tumbuh jerawat ke..sapu je herbal blend ni, insyaAllah cepat sket lega/kecutnya..🐜. Naknya sekarang ni ada virus zika yang sudah mula bertapak, lagilah saya lumur herbal blend ni kat badan saya dan anak-anak supaya tak kena gigit nyamuk sebelum nak keluar ke mana-mana. Satu lagi, anak saya juga ada satu tabiat kalau nak tidur mesti nak digaru-garu atau digosok-gosok badannya. Walaupun keadaan tak panas, ada-ada saja tempat yang mereka akan rasa ‘gatal’ sebelum mereka lena. Bila sapu herbal blend ni, mereka akan tidur dengan lebih cepat dan selesa.


3- 📍Herb-Lax – pernah tak travel berhari-hari tapi tak membuang? Atau membuang tapi tak lawas? Pendek kata, sembelit la. Kalau jadik macam ni, itulah tanda yang sudah tiba masanya untuk ambil Herb-Lax. Ia adalah sejenis julap lembut yang akan membantu untuk mencuci dinding usus. Especially pada musim raya.. Makan banyak tapi membuang sekali sehari pun belum tentu lagi. Jadi, kalau nak pergi mana-mana, mesti saya akan standby herb-lax ni untuk bekalan beberapa hari supaya badan lebih selesa melakukan aktivit. Anda pun, jika terkena sembelit, ingat herb-lax ye!🤗 InsyaAllah akan membantu sangatt…


4- 📍Chewable vita-c plus – nampak je anak hidung berair, memang cepat-cepat saya bagi diorang vitamin c kunyah ni. Kalau biasa bagi seminggu sekali, bila dah berair hidung, hari-hari pun saya akan bagi..🤒. Bukan apa, anak saya ada masanya memang susah betul nak makan ubat. Pandai luah lagi. Tapi, chewable vita-c ni mereka memang suka makan. Jadi, lagi senang kerja saya. Hihi.


5- 📍ESP – ESP ni more to my first aid kit masa kat ofis. Memang ada satu canister saya standby kat sana untuk elak gastrik. Orang gastrik ni, dia tak boleh makan lewat sikit. Tapi, nak buat macam mana..kadang-kadang mmg tak sempat nak makan. Jadi, ESP ni memang banyak kali sangat menyelamatkan keadaan. Sambil meeting pun, orang lain minum kopi, saya bawak shaker/mug minum ESP 😁


https://www.instagram.com/p/_IjKPogqMc/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en


6- 📍B-complex + Ostematrix – Gabungan dua produk ni jadi my natural painkiller. Kalau tiba-tiba je sakit kepala menyerang, atau ada cramp mana-mana sebab senggugut ke, terover exercise ke.. makan ni dulu. InsyaAllah..kejap je sakitnya..👍🏼. Tak jadi jumpa doktor pun lepas tu.


Ubat migrain dan kejang


7- 📍Vita-E Complex – vitamin e ni best sebab dia bantu untuk cepat menghentikan pendarahan. Pernah dulu masa irfan masih kecil, dia tersembam dalam kereta, lalu terpecah sikit bibirnya. Darah keluar non-stop. Masa tu di tengah-tengah jambatan Pulau Pinang, mana pulak nak cari klinik. Nasib baik masa tu ada vitamin e ni dalam beg. Terus pecahkan sebiji dan sapu minyaknya ke bibir. Alhamdulillah, memang terus berhenti darah lepas tu..😌


8- 📍Basic H2 – Produk ni my bestfriend kat dapur. Bukan hanya untuk membersih, tapi juga penyelamat bila terkena percikan minyak panas. Cepat-cepat sapu basic h ni, insyaAllah kulit tak menggelembung dan tak mengelupas pun lepas tu..😍


9- 📍Nutriferon – The immune booster. Bila ada je tanda-tanda nak demam/selsema, cepat-cepat ambil nutriferon ni. Tak kiralah anak-anak ataupun mak bapak budak. Satu keluarga boleh mengamalkannya. Biasanya, memang terus tak jadi nak demam lepas tu. Kalau jadik pun, boleh keep continue amik nutriferon ni. InsyaAllah..boleh keja macam biasa takyah amik MC pun..😃. Alhamdulillah, so far sehingga 16 September 2016 ni, saya memang tak pernah ambil MC lagi tahun ni.


https://www.instagram.com/p/BBUo7FkgqME/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en
Lagi satu, saya memang suka nutriferon ni sebab dia adalah anti-viral dan juga anti-bacterial. Saya memang selalu bermasalah untuk bagi ubat kat anak-anak. Jadi, kalau doktor bekalkan antibiotik tu, memang susah sangat nak abeskan. Tapi, mana boleh macam tu kan? Sebab tu kalau anak saya kena juga makan antibiotik, saya suka pergi jumpa doktor yang bagi antibiotik untuk 2x sehari sahaja dan dapat dihabiskan dengan cepat. Kalau yang kena makan banyak kali dan lama pulak tu, saya memang tak berani nak start bagi sebab kompem2 banyak culas dan tak ikut aturan. Jadi, saya bagi nutriferon yang memang anak-anak suka untuk tingkatkan imuniti badan mereka. Alhamdulillah, mereka sihat.


Tingkatkan imuniti anak-anak


10- 📍Omega Guard – Ini sangat berguna kepada budak-budak mahupun orang dewasa apabila mengalami batuk. Bunyi macam ada kahak tapi susah nak keluar? Gatalnya tekak tak tau macam mana nak habaq. InsyaAllah, lepas makan omega guard ni, mesti akan keluar kahak yang tersekat tu..😊


11- 📍Peppermint Ginger Plus – the best rescue bila angin banyak dalam badan. Combine pulak peppermint & ginger ni dengan garlic, memang berlumba2 angin keluar ikut atas bawah lepas kita telan 😎


https://www.instagram.com/p/BAZsmC2gqLB/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en


12- 📍Vita-C Plus – macam chewable vita-c jugak. Tapi untuk kami laki bini. Bila rasa sistem pertahanan badan semakin lemah, we just increase dose vitamin c ni.. 💪🏼💪🏼


13- 📍Ostematrix – Selain painkiller, Ostematrix juga sangat best untuk cepat hilangkan lenguh-lenguh badan.. Takpelah tak dapat pergi berurut/berspa selalu pun, dah dapat hilang lenguh kira bersyukur sangat..🙂. Contoh seperti waktu balik raya, kan jalan selalu jem? Seluruh badan mesti lenguh dan letih sebab tak cukup tidur dan berbelas jam duduk dalam kenderaan. Telan 4 biji Ostematrix ni sebelum tidur, InsyaAllah esok bangun pagi rasa segar tak macam baru semalam penat berjalan.


14-📍Garlic – untuk buang angin jugak. Dan kalau tengah sakit, nak cepat baik pun elok ambil garlic ni jugak sebab ia adalah natural antibiotik 😌


15- 📍Vivix – jadi mak budak ni selalu terhantuk dengan kepala anak sendiri bila riba diorang 😅😅 Natijahnya, sokmolah saya ni pecah mulut atau kena ulcer.. Untuk cepat baik, just letakkan Vivix ni kat tempat luka tu. InsyaAllah, takdelah pedih dan senang nak makan lepas tu..😍


So, itulah dia 15 produk untuk rawatan kecemasan di rumah saya. Boleh tiru kalau nak. Tapi, jangan lupa jumpa doktor untuk mengubati penyakit anda dan mendapatkan rawatan susulan ye! Nak tiru tapi tak tahu mana nak dapat? Hubungi saja saya di 012-3579599 😉


Semoga sihat dan sejahtera selalu 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


#shakleeulukelang


012-3579599



Disclaimer: Produk di atas tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, mengubat mahupun merawat penyakit. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan untuk penyakit-penyakit yang anda alami.



15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah

Thursday 15 September 2016

Kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee

Saya dah menjadi pengguna Shaklee agak lama. Dah 5 tahun dah. Bukan setakat pengguna, malah jadi pengedar pula. Ramai juga yang tanya, kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee ni? Sebab ada macam-macam isu yang timbul dalam masa lima tahun ni dan ekoran daripada itu, bukan sedikit SID yang telah mengundur diri. Tapi saya masih kekal di sini.. kenapa ye?


Hmm.. bagi saya, dalam setiap bisnes, kita memang takkan sunyi daripada pelbagai dugaan daripada pihak-pihak lain yang mahu menjatuhkan kita. Masa dipukul ombak ni, kalau tak cukup ilmu di dada dan kurang kepercayaan kepada bisnes yang kita sendiri buat, memang senang sangatlah kita goyah, hilang fokus dan akhirnya ‘lari’ dari bisnes itu sendiri.


Saya sememangnya percaya Shaklee walks as it talks (buat macam apa mereka cakap). Bila taglinenya cakap “always work, always safe, always green” (sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa mesra alam), Shaklee memang benar-benar membuktikan sedemikian. Tak percaya? Ini bukti-buktinya…


4 sebab kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee


Ada 4 sebab utama kenapa saya boleh percaya sangat dengan Shaklee:


1. Percaya Shaklee sebab ada ujian klinikal yang diiktiraf oleh pihak ketiga


Dr. Forrest C. Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915, yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Usahanya diteruskan oleh para saintis Shaklee sehingga ke hari ini untuk mencipta supplement yang selamat dan berkesan dari sumber semulajadi.


ujian klinikal shaklee


Shaklee menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan keselamatan dan ketulenan produk-produknya. Shaklee:


 menjalankan lebih dari 250 ujian pestisid (racun perosak) bagi memastikan produk2nya bebas dari bahan2 kimia yang merbahaya
mempunyai landmark study, yang membuat perbandingan kesan jangka panjang (dalam masa 20 tahun), taraf kesihatan pengguna shaklee, pengguna vitamin lain dan orang yang langsung tak mengamalkan vitamin
mempunyai lebih 125 kertas dan pembentangan saintifik yang telah disiarkan
menjalankan 350 ujian untuk setiap bahan botani yang baru bagi memastikan ianya bebas daripada pencemaran, racun perosak dan sisa2 lain yang merbahaya.
menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi.


Ujian-ujian ini pula bukan sekadar syok sendiri tau. Ia turut disokong dan diakui oleh para saintis (pihak ketiga) lain di seluruh dunia.


Jadi, dengan ujian yang sangat lengkap dan menyeluruh ini, bukan saya sahaja, semua orang lain pun harus yakin dan percaya bahawa Shaklee adalah produk yang selamat.


2. Percaya Shaklee sebab saintisnya bukan calang-calang orang


Para saintis Shaklee juga bukan calang-calang orangnya tau. Kiranya yang buat ujian-ujian dan keluarkan jurnal -jurnal untuk produk Shaklee ni pun bukan dibuat oleh saintis yang biasa-biasa.


Percaya shaklee sebab saintisnya hebat-hebat


Mereka semua terdiri daripada barisan doktor dan saintis yang mempunyai kelayakan peringkat tertinggi  sehingga ada antara mereka yang mendapat Nobel Prize Winner lagi. Ia dipengerusikan oleh Dr. Jamie McManus yang kini sudahpun berusia 90 tahun tapi masih cergas dan boleh menari di atas pentas sewaktu Shaklee Global conference lagi. Hebatkan?


Jadi, masih perlukah kita nak ragu-ragu lagi?


3. Percaya Shaklee sebab turut digunakan dan disokong oleh orang-orang ternama


Bukan sebarang orang yang menggunakan Shaklee tau.


oprah winfrey pun percaya shaklee


Sape tak kenal Oprah Winfrey? Nak tau, beliau sendiri suka sangat dengan set penjagaan rumah “Get Clean Shaklee”


Shaklee sangat menjaga alam sekitar. Lebih satu juta pokok telah ditanam oleh Shaklee. Sampaikan Dr. Wangarai Mathaai, Pemenang Nobel Peace Priza Laureatte pun sudi nak jadi Duta Global Shaklee.


Bukan kat Malaysia je ramai orang yang tak pro Shaklee, kat mana2 dalam dunia pun ada juga. Tapi, jangan benci sangat2, nanti jatuh cinta pula.. Macam Harley Pasternak ni. Beliau ni kira celebrity trainer and nutritionist. Boleh google kalau nak kenal lagi sape beliau ni.


Mereka pun percaya shaklee, kenapa tidak saya?


4. Percaya Shaklee sebab terbukti berkesan untuk kerja, aktiviti dan sukan lasak


Saya ni makan dan guna Shaklee untuk maintain kesihatan sekarang dan masa depan je. Alhamdulillah, buat masa ni, setakat nak jalani kehidupan seharian tu, saya takdelah perlukan pelan pemakanan atau nutrisi yang betul-betul strict. Keperluan saya terhadap nutrisi yang bagus mungkin tak sepenting atau sekritikal untuk orang-orang yang buat kerja-kerja, aktiviti ataupun sukan lasak macam  orang yang nak pergi angkasa lepas, naik gunung Everest ataupun bersukan di persada olimpik.


Namun, tahu tak orang-orang yang pergi angkasa lepas, naik gunung Everest dan menang emas di Olimpik pun memang guna Shaklee untuk kerja dan misi mereka?


Kerja, aktiviti dan sukan lasak dikuasakan oleh Shaklee


Contohnya,


Captain Mark & Scott Kelly, astronaut NASA yang baru balik dari angkasa lepas untuk bina stesen bulan Mac 2016 lalu, guna Shaklee untuk hadapi cuaca dan kondisi extreme kat sana.


Orang pertama yang daki Gunung Everest, Sir Edmund Hillary, pun ambil Shaklee untuk berjaya dalam ekspedisi tersebut.


Atlit USA, yang menang kat Olimpik pun guna Shaklee. Terkini, terdapat 137 emas, perak dan gangsa telah dimenangi oleh atlit Olimpik yang dikuasakan oleh Shaklee di Olimpik Rio baru-baru ini. Hebat kan?


menang olimpik dengan shaklee

So, kalau ada atlit Malaysia NAK menang kat Olimpik, bolehla kontek saya untuk guna Shaklee. Hihi 😁


Shaklee berkesan ke atas mereka, jadi sudah tentu Shaklee akan berkesan ke atas saya juga kan?


Jadi, berdasarkan keempat-empat sebab ni, betul tak saya cakap, Shaklee memang sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan mesra alam.


Shaklee sentiasa berkesan, selamat dan mesra alam


Saya dah yakin, anda bila lagi?


Kalau dah yakin dan percaya, bolehlah berjinak-jinak menggunakan Shaklee juga. Pasti tak menyesal punya! Boleh hubungi saya di 012-3579599 atau rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk mendapatkan info lanjut ye. 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID:860722


012-3579599


#shakleekualalumpur



Kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee

Wednesday 14 September 2016

5 Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee

Biasanya kalau orang ambil supplemen untuk tambah susu, mestilah untuk tambahkan susu ibu kan? Tapi, lain pula jadinya kalau ambil set menyusu Shaklee. Jadi ibu-ibu semua, kalau anda bercadang nak amalkan vitamin ibu menyusu Shaklee, bersedialah juga untuk menerima 5 kesan sampingan Set Menyusu Shaklee di bawah ini ye 😉


Ini contoh kesan sampingan yang dialami oleh seorang pengguna set menyusu shaklee:


kesan sampingan set menyusu shaklee


Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee #1 – Parut Jerawat Hilang


Masa bujang, wajah beliau umpama “kawah bulan”, tapi bila dah anak tiga, wajah menjadi cantik berseri bak bulan purnama. Itulah kesan sampingan akibat menyusukan anak dengan set menyusu Shaklee. Habis semua parut jerawat hilang dek penangan vitamin ibu menyusu ini.


Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee #2 – Tona Kulit Sekata


Kalau dulu muka beliau berbalam-balam, ada cerah ada gelap. Sekarang,  bila dah konsisten amalkan set menyusu shaklee, tona kulit menjadi cerah dan sekata.


Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee #3 – Muka Tidak Lagi Berminyak


Muka berminyak punca jerawat. Syoknya bila guna set menyusu Shaklee ni, kesan sampingannya adalah muka beliau tidak lagi berminyak. Maka, jerawat pun segan nak tumbuh lagi.


Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee #4 – Tidak Perlu Bersolek


Parut dah hilang, Kulit dah cerah dan sekata. Muka tak berminyak. Dan jerawat pun dah tak ada. Cantikkan? Natural beauty gitu. Jadi, kenapa perlu lagi bersolek? Untuk ibu-ibu yang selalu sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga,  kesan sampingan set menyusu shaklee yang satu ini adalah satu bonus besar kerana dapat menjimatkan masa.


Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee #5 – Suami Semakin Sayang


Ada bini cantik, suami manalah yang tak sayang oiiii. Bukan setakat cantik dipandang, malah kulit jadi lagi halus, mulus, lembut, gebu gitew. Sedap sangat buat peluk. Hihihi. Bertambah-tambahlah cinta suami pada beliau kalah masa bercinta zaman bujang dulu :D. Hebat betul kesan sampingan set menyusu shaklee yang ni kan?


Jadi, itulah dia 5 kesan sampingan set menyusu shaklee. Best ke best? 😀


Haa..jangan sampai confuse pula sampai tertanya-tanya beliau ni guna set menyusu ke set kulit cantik shaklee sampai dapat side effect macam ni?


Set Menyusu Shaklee


Apa yang beliau amalkan dalam set menyusu shaklee untuk dapatkan kesan sampingan yang ‘awesome’ macam tu?


Ini senarainya:


  • ESP – ESP adalah protein soya yang bukan sekadar melancarkan pengeluaran susu, tetapi fungsi utama protein adalah untuk membina dan membaiki sel dan tisu. Parut jerawat umpama sel atau tisu kulit yang rosak. Maka, selain menambahkan susu ibu, ESP juga telah membantu beliau menghilangkan parut jerawat dengan membaiki sel-sel dan tisu kulit yang rosak ini. Ia membantu menghilangkan strecthmark, menggebukan dan menghaluskan kulit.kesan sampingan set menyusu shaklee

 


  • Vitamin C – Vitamin C penting untuk ibu menyusu bagi membantu penyerapan zat dari makanan dengan optimum supaya badan tidak mengalami kekurangan nutrisi akibat penyusuan bayi. Namun, vitamin c juga adalah vitamin yang penting untuk kesihatan kulit dan memberi perlindungan antioksidan bagi mencegah penyakit dan kesan radikal bebas. Dengan perlindungan vitamin c, kulit menjadi lebih cerah dan berseri.

kesan sampingan set menyusu shaklee


  • Vita-lea – Vita-lea adalah multivitamin dan multimineral yang bantu melengkapkan zat tubuh badan kita. Badan yang cukup zat bukan sahaja memberi tenaga kepada ibu menyusu tetapi juga memastikan sistem badan dan hormon bekerja dengan cekap dan stabil. Badan yang sihat dan hormon yang teratur akan menghasilkan juga kulit yang cantik.

  • B-complex – Vitamin b-complex shaklee mengandungi kesemua spektrum vitamin b. Ia membantu memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dan bersifat anti-stress. Stress adalah faktor utama merencatkan pengeluaran susu dan pertumbuhan jerawat. Dengan b-complex, ibu akan rasa lebih tenang, jadi susu mudah keluar dan jerawat pun segan nak muncul lagi.

  • Alfalfa– Alfalfa sememangnya milkbooster yang hebat. Dan ia juga adalah pendetoks yang cekap juga! Alfalfa membantu untuk membuang toksin dalam darah. Bila toksin dah tiada dalam badan, maka jerawat pun hilang dan susah lagi nak datang-datang.

kesan sampingan set menyusu shaklee


  • Ostematrix – Ostematrix dalam set menyusu bertujuan untuk membekalkan kalsium yang mencukupi kepada ibu kerana penghasilan susu ibu akan mengambil kalsium dari badan ibu. Tapi, ostematrix juga dapat memberikan tidur yang berkualiti kepada si ibu. Jadi, ibu akan kelihatan lebih bermaya apabila mengamalkan ostematrix ini. Kan lebih cantik begitu?

Ini cerita kesan sampingan set menyusu shaklee sahaja. Nak tahu keberkesanan #setmenyusushaklee ni dalam menambahkan susu, boleh rujuk di sini.


OK, itu sahaja perkongsian saya pada malam ini. Jika ingin tahu lebih lanjut atau berminat nak dapatkan set menyusu shaklee ini, boleh hubungi saya di 012-3579599 atau terus beli secara online di sini.


Selamat malam semua! 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


#shakleeulukelang


012-3579599



5 Kesan Sampingan Set Menyusu Shaklee

Tuesday 13 September 2016

The BIG WHY - Soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes

Nak cari sebab untuk buat sesuatu bisnes mungkin mudah. Namun, nak cari sebab untuk kekal dalam bisnes tersebut, itu lain cerita. It’s the BIG WHY. Itulah soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes yang mereka usahakan. Itulah jawapan yang mereka kena ingat kembali di kala kesusahan atau kejatuhan bisnes, agar mereka dapat kembali bangkit dan bersemangat untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan. Termasuklah saya.


the big why


 


Apa BIG WHY saya?


Ada macam-macam sebab saya buat bisnes Shaklee. Tapi nak cari satu BIG WHY untuk kekal dalam bisnes ini yang sebenarnya adalah sangat-sangat susah.. Sampailah saya join kelas Bangkit 2.0..


Dalam salah satu modul di kelas tersebut, Cik Puan Chrysalis Nurul telah mengajar kami melakukan pernafasan alpha.. Dan dalam keadaan tenang begitu, wajah yang sangat dirindui muncul dalam kotak fikiran saya sampai mengalir air mata iaitu……


MAK…


alfatihah-buat-mak

13 September 2012 – 13 September 2016. Hari ni genap 4 tahun arwah mak meninggalkan kami… Al-Fatihah. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak dan sayangi mak sepertimana mak menyayangi kami semasa kecil 🙁


Wajah mak yang muncul walaupun sudah pergi 2 tahun sebelum itu memang menyentak jiwa raga saya. Arwah mak memang ada kencing manis. Namun kemuncaknya bermula apabila mak tak sedarkan diri kerana hypo di rumah saya sendiri….. (Saya tak boleh nak teruskan cerita sebab nanti mesti banjir lagi 😭😭 tapi cerita seterusnya boleh dibaca disini…)


http://rahsiavitaminibu.com/potong-kaki-akibat-kencing-manis-adakah-cara-untuk-mengelakkannya/


Anyway, semasa saya dalam keadaan alpha tersebut, saya terbayang semula penderitaan yang dilaluinya dan bagaimana ‘helpless’ nya saya ketika itu… Saya bekerja dan tidak dapat menumpukan sepenuh masa menjaga beliau. Saya cuba buat yang terbaik, tapi bila mak akhirnya dijemput Ilahi, saya merasakan belum puas untuk tinggal bersama dan menjaganya lagi sebagaimana beliau telah menjaga dan membesarkan saya. Masa saya bersama beliau dirasakan terlalu pendek sebab saya telah meninggalkan rumah seawal usia 13 tahun untuk ke sekolah berasrama penuh, kemudian di usia 18 tahun sambung belajar ke luar negara dan setahun sekembali ke Malaysia, saya berkeluarga pula…


Dipendekkan cerita, ia telah menyedarkan saya tentang beberapa perkara:


1. Saya tak nak kehilangan MASA bersama dengan orang yang tersayang lagi. Jadi, saya kena usahakan bisnes ini sedaya upaya sehingga saya boleh bekerja dari rumah sambil menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri. Sekarang ni, anak-anak seawal usia 2 bulan lagi dah dihantar ke nursery. Sehinggalah mereka dah 5 dan 3 tahun kini. Syukur alhamdulillah kami jumpa taska dan pengasuh yang berkelayakan. Sudi dan pandai menguruskan EBM semasa mereka masih bayi. Dan terus sabar mengajar dan melayan karenah anak kami seperti anak sendiri.  Saya suka kerjaya saya sebagai engineer, tapi, kalau setiap hari hanya dari pukul 7PM sampai 11.30PM (sebelum tidur) sahaja saya boleh habiskan masa bersama mereka, sungguhhh.. saya takut untuk rasa terkilan pada masa depan nanti.


my big why


2.  Saya juga menyedari tentang kepentingan pemilihan nutrisi yang baik untuk kami sekeluarga. Bisnes ini mengajar saya untuk mengambil tahu tentang pemakanan yang baik dan betul bagi menjaga kesihatan jangka masa panjang. Melalui kelas-kelas nutrisi, group-group support dan isu-isu customer yang saya jumpa dalam bisnes ini, saya belajar tentang eat clean (pemakanan sihat), kepentingan detoks dan 1001 lagi ilmu tentang penyakit yang wujud di dunia ini. Ilmu-ilmu ini bukan sahaja saya gunakan untuk membantu orang lain tapi untuk saya aplikasikan ke atas ahli keluarga saya juga.


3. Pengalaman yang saya lalui ini juga membuatkan saya merasa BERTANGGUNGJAWAB untuk berkongsi tentang kepentingan pengambilan supplemen dan membantu orang lain yang memerlukan. Saya rasa bersalah apabila saya hanya mampu bersimpati kepada orang yang sakit/bermasalah sedangkan saya tahu ada sesuatu yang bole diikhtiarkan oleh mereka. Jadi, saya rasa wajib untuk teruskan berkongsi dan meneruskan bisnes ini untuk membantu mereka. Apatah lagi, sekarang ni ada banyak lambakan supplemen di pasaran yang kita masih tak tahu mana asal usulnya, tak tahu kesan jangka masa panjangnya dan macam-macam lagi termasuklah mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Manakala Shaklee pula memang dah ada landmark study. Jadi, saya rasa wajib mewar-warkan kepada orang lain tentang pilihan yang lebih baik yang mereka boleh dapatkan selain daripada apa yang biasa mereka ketahui.


Jadi, itulah dia antara big why saya.. InsyaAllah selagi Allah masih pegang hati saya di sini, saya akan selalu ingat kepada pengalaman yang telah dilalui dan terus istiqomah dalam bisnes Shaklee. Walau jatuh seteruk mana pun ekonomi dunia, biiznillah saya akan tetap berada di sini… Saya juga sangat mengalu-alukan anda untuk sertai saya membina bisnes ini, kerana di masa depan nanti, inilah perniagaan yang akan terus stabil dan terbukti ‘recession-proof’ kerana Shaklee sudah pun bertapak di dunia ini sejak 1956 lagi dan berjaya melalui beberapa kali zaman kemelesetan ekonomi.


big why kenapa orang perlu buat bisnes shaklee


 


Jika anda berminat untuk menyertai saya, hubungi 012-3579599 untuk info selanjutnya.


Akhir kata, semoga sukses sentiasa menjadi milik kita! 🙂
Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


012-3579599


Ulu Kelang, Kuala Lumpur



The BIG WHY - Soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes

Berapa Kalori Kita Dah Ambil Hari Ini?

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari kedua umat Islam seluruh dunia melakukan korban sempena memperingati peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S ke atas anaknya, Nabi Ismail A.S. Seronok raya haji tahun ni sebab saya berpeluang untuk membawa anak-anak menyaksikan dan sekaligus berkongsi kemeriahan ibadah korban yang dilakukan oleh suami, keluarga dan penduduk-penduduk kampung yang lain semalam.


Kali terakhir saya tengok lembu kena sembelih masa saya sendiri buat korban 4-5 tahun lepas. Masa tu, Irfan pun kecik sangat lagi, tak faham pun kenapa binatang kena korban. Kali ni bila bawa dia pergi tempat orang buat korban, macam-macam soalan yang ditanya. “Kenapa lembu tu duduk situ mama?” “Kenapa lembu tu nak lari?” “Kenapa dia pegang lembu tu?” “Orang tu tengah buat apa?” “Lembu sakit tak?” ” Etc etc.. Banyak bebenor soalannya, tapi mama cuba jugalah jawab ikut skema jawapan budak 5 tahun. Harap-harapnya dia fahamlah.. 🙂


berapa kalori dah makan hari ni?


Dan syukur juga, sebab kami bukan saja dapat tengok ibadah korban, tapi terus dapat rasa daging korban yang disedekahkan oleh penduduk untuk dibuat kenduri. Makan nasi dengan gulai daging dan cicah ayaq asam..Perghh!! Sedap gilerr baq hang! Pandai sangat orang tu masak. Terasa kemanisan daging fresh dari lembu yang kena korban. My tummy was really happy  😀 :D. Semoga ibadah korban yang dilakukan oleh mereka semua diterima Ilahi dan dikurniakan ganjaran dan rezeki berlipat ganda sebagai ganti.


berapa kalori ada dalam nasi daging ni?


Setuju tak dengan saya…menu raya semuanya sedap-sedap kan? 😋😋


Tapi kalori dan kolesterolnya pun boleh tahan juga. Huhuhu. Tambahan pula, nasi gulai daging ni bukannya satu-satunya menu masa raya korban ni. Ada juga lemang, rendang, sup tulang, daging bakar, teh tarik, air sirap, kuih muih, maruku, kerepek,…haaa..kalau makan semua tu, ada berani nak kira berapa kalori kita dah ambil hari ini? 😀


Berapa kalori kita dah ambil hari ini?


Ingat ye..Sedap macam mana pun menu raya, kalau nak jaga kesihatan, tengok-tengok jugaklah ye dah berapa kalori kita dah ambil. Keep in mind, jumlah kalori dalam SEHARI yang diperlukan oleh seorang dewasa hanya 2000 ke 2500 untuk lelaki dan 1600 ke 2000 untuk wanita sahaja tau!


panduan jumlah kalori dalam setiap makanan


Katakan di pagi raya, kita dah makan kat rumah:

😋 Sebiji ketupat palas – 124 kalori

😋 Beserta rendang ayam seketul dan kuah – 148 kalori

😋 1 kuih tart nenas – 50 kalori

😋 1 biskut raya (secara am) – 25 kalori

😋 Dodol 1 biji – 71 kalori

😋 1 gelas teh tarik – 90 kalori

😋 1 gelas air sirap – 85 kalori

➡️ Total kalori yang diambil di rumah sendiri sahaja = 593 kalori 😱😱


Itupun kalau kita hanya rasa/makan/minum sebiji/segelas untuk 5-6 jenis juadah saja.


Lepas dah selesai korban, kita makan pula nasi putih dan gulai/rendang daging seperti di atas. Dah tambah lagi 262 kalori. Macam mana kalau hari panas, kita minum air sirap atau soft drink bergelas-gelas? Cuba kira berapa jumlah kalori….hehehe..


Kawan-kawan, ini baru cerita hari raya korban. Kalau raya puasa, lagi banyak kita makan agaknya sebab kita pergi kunjung-mengunjung ke rumah jiran dan saudara. Masa tu tuan rumah bukan hidangkan ketupat dan rendang sahaja, tapi ada juga lemang, soto, laksa yang sedap2 belaka? Mesti kita nak rasa semuanya juga kan? Kalau tak nanti, kempunan pula… 😅😅


Jadi, kalau lepas raya badan naik, kolesterol naik, gula naik…jangan buat-buat terkejut ye 😀


Cara mengelakkan badan atau kolesterol naik di musim perayaan


Kalau tak nak badan naik di musim perayaan ni, sila ambil sekurang-kurangnya alfalfa dan lecithin setiap hari.


  • Alfalfa – tumbuhan yang digelar sebagai “raja segala tumbuhan” ini mempunyai 1001 khasiat yang baik untuk badan termasuklah untuk membuang toksin dalam darah kita ni. Haa..jangan tak tau, banyak makan sangat boleh menambahkan toksin dalam badan sebab banyak proses yang badan nak kena lakukan untuk mencernakan makanan-makanan ni, especially kalau makanan tu tinggi lemak, tinggi gula dan sebagainya. Toksin kalau tak dibuang, akan menyebabkan berat badan susah nak turun. Kita rasa kita dah buat diet (kurang makan), tapi kalau berat tak turun-turun tu, ketahuilah itu disebabkan oleh toksin yang sudah berlambak dalam tubuh kita.

  • Lecithin –  Lecithin pula ada pengemulsi lemak. Dengan makan lecithin ni, lemak-lemak akan diemulsikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil, maka lebih mudah kalori untuk dibakar. Selalunya orang yang makan lecithin ni akan mudah berpeluh sebab pembakaran kalorinya lebih pantas bila molekul lemaknya lebih kecil. Jadi, kalau nak cepat kurus, kenalah amalkan lecithin ni. Tambahan lagi, lecithin bagus untuk kawal kolesterol (trigliserida) juga.

Selain lecithin, omega guard dan phytocol-st adalah 2 lagi adik-beradik untuk kawal kolesterol di musim perayaan ini.


  • Omega guard – Omega guard adalah asid lemak omega-3 yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh manusia. Ia adalah minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA yang boleh membantu bukan sahaja mengawal kolesterol dan darah tinggi, tapi juga bertindak untuk membantu menyokong kesihatan jantung dan juga sendi.

  • Phytocol-ST – Ini yang terbaik! Kalau nak halang kolesterol jahat (LDL) dari memasuki salur darah dalam badan, amalkanlah phytocol-st ni sebelum makan. Phytocol-ST ni ada fitosterol (lemak tumbuhan) yang akan mengambil tempat kolesterol dalam badan lalu menghalang kolesterol jahat dari makanan diserap ke dalam salur darah. Jadi, bila dah makan phytocol-st ni, tak payah lagi nak risau berapa kali ganda kolesterol akan jadi lebih tinggi.

bagaimana fitosterol menghalang kemasukan kolesterol jahat dalam badan


 


Supplemen-supplemen ni kalau dapat diamalkan setiap hari lebih baik. Bukan di musim perayaan sahaja. Maklumlah, orang Malaysia ni kan memang mewah dengan makanan sepanjang masa. Lebih mendukacitakan lagi, yang jadi juara obesiti, penyakit diabetes, jantung dan darah tinggi pun kita juga. Huhuhu.


Jadi, jagalah sentiasa pemakanan kita ya. Pilih makanan yang baik-baik dan jaga kuantiti yang diambil. Memang susah dah nak dapat zat yang mencukupi untuk badan dengan tabiat pemakanan seharian kita sekarang ni. Justeru, biasa-biasakanlah diri untuk top up nutrisi untuk kesihatan tubuh badan dengan vitamin semulajadi daripada Shaklee 🙂


Anyway, ibadah korban masih lagi berjalan sehingga hari Khamis ini. Selamat menjalani ibadah korban dan haji dan salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat dari kami di rahsiavitaminibu.com.


set kolesterol shaklee


 


Nak tanya atau pesan vitamin? Hubungi:


Fara Fadzil


SID: 860722


012-3579599


Ulu Kelang, Kuala Lumpur



Berapa Kalori Kita Dah Ambil Hari Ini?

Sunday 11 September 2016

Destinasi Percutian Idaman - Perancis

I used to be an avid traveler. Saya memang suka sangat berjalan, mengembara ke negara orang. Dulu, masa saya seorang student.


I still love to travel… tapi sekarang, bila dah kerja, dah kawen, dah ada anak, dah banyak komitmen..priority untuk pergi bercuti selalu terpaksa letak kat nombor yang belakang2… Thus, my list of dream vacation destination is getting longer n longer 😁😁


Jika saya ingin bercuti, ke mana saya nak pergi?



Anyway, hari ni saya rasa macam nak share salah satu destinasi percutian yang sangat2 saya idamkan dan sangat2 dekat di hati saya iaitu la France or Perancis (soo cliché eh? 😜). Tapi, matlamat utama saya bukan nak pergi bercuti di Paris macam orang lain tau! I actually would like to walk down the memory lane that I created in Colmar, Toulouse, Grenoble and Nice with my beloved family 👨‍👩‍👦‍👦


Destinasi percutian impian - Peranchis


Sebenarnya, France umpama kampung halaman saya yang kedua. Saya menghabiskan lebih daripada 1/4 hidup saya di negara yang menyimpan potret Monalisa ini. Inilah tempat yang banyak sangat2 mengajar saya survival skill. Yang mengajar saya jati diri seorang Muslim, Melayu, Malaysian. Yang menyaksikan saya jatuh dan bangun semula. Yang menjadikan sebahagian daripada saya hari ini. Tahun 2016 ni, dah masuk 8 tahun saya balik ke Malaysia dan setiap tahun, terutamanya lepas dah kahwin ni, saya pasti mengimpikan untuk pulang ke ‘kampung halaman’ bersama keluarga.


Bukan apa, saya sebenarnya teringin untuk mereka kenal sebahagian daripada sejarah hidup saya. Nak mereka rasa apa yang saya pernah rasa. Nak menginspirasikan anak2 saya jika mampu. Nak menjadikan imaginasi dan fantasi mereka kepada realiti.


Bila saya bercerita pada suami dan anak2, “Haa..nilah kedai tarte au pomme (apple pie) yang sedapp yang mama selalu citer tu..” ➡️ saya boleh bagi diorang rasa macam mana rasa sedapnya apple pie tu instead of tunjuk gambar saja..🍎


Atau bila saya cakap, “Nak tau tak.. dulu mama terer main ski tau! Pernah tergolek2 jatuh macam filem hindustan lagi. Hihihi. Tapi, tak serik2. Kalau tak caya, ni haaa parut!” ➡️ Dan saya terus boleh bagi diorang rasa betapa bestnya salji (bukan setakat tengok frozen sejuta kali) dan tunjuk ajar diorang cara main ski..⛷


Main ski - grenoble


Atau sekurang-kurangnya, saya boleh bagi gembirakan mereka dengan keseronokan main luges atau buat snowman.. ⛄️


Destinasi percutian impian - Perancis


Saya boleh bayangkan bila saya bagitau mereka masa dalam perjalanan kami ke Colmar, “Dulu masa zaman mama belajar kat sini,  TGV 🚅 untuk pergi ke Strasbourg tak ada lagi. Nak sampai colmar, terpaksalah naik train slow TER 🚞 ni tau. Slow gilerr! 5-6 jam baru smpai dari Paris.”


Dan terutamanya, saya boleh tunjuk sendiri tempat tinggal saya dulu. Kalau di Grenoble, “Ni studio mama dulu..kalau winter memang sejuk beku, tapi bestt sangat view sebab pagi2 buka tingkap boleh nampak gunung Alps bersalji. Putih. Suci. Cantik sangat.”


Manakala kalau di Nice, saya bole cerita kat diorang “Mama tinggal kat Nice ni 5-6 bulan je for internship. Bilik sewa mama kecik sangat, macam stor je.. 9 sqm2!  Tapi, view dia.. MasyaAllah superb! Buka je tingkap bilik, mama terus boleh nampak Mediterranean Sea.. Allah memang sayangkan mama kan? Sebab Dia tau mama suka sangat laut so dia bagi mama bilik tu! Susah macam mana pun hidup masa tu, bila mama dapat tengok laut, mama tahu ada lagi yang lebih BESAR dari kesusahan yang mama rasai😊”


Fuhh..kalau nak reminisce semua ni, memang banyak sangat tak tercerita! Nak tunjuk semua pada mereka pun mungkin takkan mampu. Sebab ada certain activities hanya berlaku pada musim sejuk, ada yg lain hanya untuk musim panas sahaja.


Of course..Memanglah kalau boleh, bila dapat je peluang pergi ke sana, saya nak jejak semula ke setiap tempat yang saya pernah bermukim, tapi rasa-rasanya saya memang kena pilih kott!


Persediaan untuk percutian idaman saya


Saya target nak pergi sana tahun 2020 nanti which is in 4 years from now…insyaAllah. By then, it will be 20 years after I first stepped on a french soil. Priority buat masa ni nak pergi pada bulan 12 atau bulan 2 sebab nak tunjuk kat diorang at least ‘marche noel’ ataupun skiing. Since masa tu irfan n amsyar dah sekolah, so kne ikut cuti sekolah.


Destinasi Percutian Impian - Colmar


So, I need to prepare budget for 2 adults + 2 children (or maybe 3 atau 4 kalau ada rezki 😜). But, untuk rough calculation buat masa sekarang ni, let’s say saya pergi 4 orang dulu for 14 days…to visit all the 4 cities + Paris.. The budget will be as below:


Warning! Ini bukan percutian bajet sangat😁


💶 Flight tickets return CDG-KLIA (transit Amsterdam) estimated at RM3K (if lucky, boleh dapat lagi murah) x 4 = RM12K


💶 Train tickets and transportation (sewa kereta? TBD) estimated at 100euro/destination/pax (ni saya x cek kat SNCF lg) = 100€ x 5 x 4 = 2000€ = RM9K


💶 Hotels for 14 days estimated at 50€/day = 700€ = RM3150


💶 Food ➡️ dulu travel selalu bajet makan 15€/day, so kalau 4 orang utk 14 hari: 840€ = RM3780


💶 miscellaneous fees (contoh kalau nak main ski kena sewa peralatan or masuk mana2 attraction place kne bli tiket or nak beli souvenirs) budgeted 1000€ = RM4500


💶 money for contingency (who knows, kena pergi jumpa doktor ke, hilang passport ke, miss flight/train ke) budgeted 1000€ = RM4500


So, total semua:

RM12000 + RM9000 + RM3150 + RM3780 + RM4500 + RM4500 = RM36,900! 🤓🤓


Saya bundarkan jela jadik Rm40,000. Sebab maybe saya ada terlupa beberapa perkara yang patut masuk dalam bajet.


So, that means perbelanjaan percutian saya ni menelan belanja sehingga Rm10,000/orang. Kalau nak pergi lagi 4 tahun, maknanya saya kena ada simpanan RM10,000/tahun. Kalau murah rezeki dapat tambah ahli keluarga, budget pun kena tambah Rm10,000 jugak lagi untuk setiap kepala 😅😅


Waaa.. Bagi saya, banyak jugak duit yang nak kena simpan tu! Kalau nak harapkan semata2 saving dari gaji sekarang, saya kena korbankan saving2 untuk perkara lain, kena tahan diri beli shawl/baju baru, kena sekat selera nak makan sedap2, kena korbankan vacation plan untuk tahun2 sebelum itu dan banyak lagilaa yang kena dikorbankan. Huhuhu. 😭😭


Tapi, saya juga percaya bila Allah dah ilhamkan saya untuk buat sesuatu, Dia juga akan tunjukkan jalan cara untuk mencapainya. 😊😊


So, cara saya sekarang untuk menyimpan adalah dengan membina bisnes Shaklee bersungguh2! Kalau gaji engineer saya guna untuk bayar komitmen dan tanggungjawab, bonus Shaklee pula saya guna untuk tunaikan segala impian saya membahagiakan orang lain.


Saya pilih bisnes ni sebab ia adalah bisnes yang membantu orang lain dari segi kesihatan, masa dan juga wang! Dan saya yakin, lagi banyak saya bantu orang, lagi cepat doa saya dimakbulkan.


Ikut perkiraan saya, kalau saya berjaya naik rank coordinator bulan 12 ni, insyaAllah bonus Shaklee saya boleh cecah 5 angka/bulan. Menarik kan? Tak mustahil saya boleh balik kampung lebih awal daripada waktu yang telah dirancangkan 😉


Biiznillah.. anda yang tengah baca post ni pun tolong sama2 doakan ye! Aminn..


Saya pun sentiasa doakan agar segala impian anda tercapai 😊


By the way, jika anda mempunyai impian dan tengah cari kewangan nak realisasikan impian itu, jomlah kita bina #bisnesShaklee bersama2. Peluang untuk berjaya sentiasa terbentang luas jika anda berani untuk mencuba dan berusaha 😊


Oklah, saya nak sambung mimpi ‘balik kampung’ jap 😁


Sweet dreams! 💤💤Jangan lupa minum #vivix sebelum tidur ye untuk kekal #awetmuda 😊


Till then,


Fara Fadzil


SID 860722


012-3579599,


Bukit Mertajam


 



Destinasi Percutian Idaman - Perancis

Saturday 10 September 2016

Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

Sebelum bertolak ke Pulau Pinang sebentar lagi, saya nak kongsikan beberapa tips balik kampung dan bercuti panjang dengan selamat dan senang hati. Almaklumlah, lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan sejak dari petang semalam orang dah berpusu-pusu keluar dari ibu kota untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Walaupun secara lazimnya, rata-rata orang Malaysia menyambut hari raya korban lebih bersederhana berbanding hari raya puasa, namun memandangkan pada tahun ini sambutan aidiladha jatuh pada hari Isnin dan dalam musim cuti sekolah pula, maka ramailah orang yang ‘memeriahkan’ jalan raya untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti 😀


Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk balik kampung atau pergi bercuti, meh kita baca dan amalkan tips-tips di bawah ini supaya perjalanan kita selamat dan dengan senang hati. 


Tips balik kampung dan bercuti panjang


Tips balik kampung dan bercuti panjang yang akan saya kongsikan di bawah ini diinspirasikan oleh poster cantik yang dikongsi oleh salwasaleh.com. Walaupun beliau buat poster ini sebagai pesanan khas semasa hari raya Aidilfitri, namun tips-tips ini sesuai diamalkan pada bila-bila masa kita balik kampung atau pergi bercuti. 🙂


tips balik kampung


Tips SEBELUM pulang ke kampung atau pergi bercuti


Pertama sekali, sebelum keluar rumah untuk balik kampung atau bercuti, amalkan tips-tips di bawah ini:


  1. Pastikan rumah dikunci dengan selamat dan kalau ada, pasang CCTV. Maklumlah sekarang ni, ramai sangat yang hidup dalam keadaan terdesak dan mengambil kesempatan sewaktu musim cuti untuk pecah masuk rumah. Jika ada pengawal keselamatan atau jiran yang tidak ke mana-mana, maklumkan ketiadaan anda kepada mereka supaya mereka boleh tengok-tengokkan keadaan rumah.

  2. Pastikan kunci pendua diletakkan disimpan di tempat yang selamat. Jangan letakkan di tempat yang mudah dilihat atau dijangka oleh orang lain.

  3. Matikan semua suis dan barang elektrik. Untuk lebih penjimatan, ambil langkah untuk mencabut sekali plug-plug barang elektrik -astro, tv, periuk nasi, charger, mesin basuh, ubat nyamuk elektrik dan lain-lain. Biasanya, saya hanya tinggalkan plug peti ais sahaja kerana masih ada bahan mentah yang disimpan.

  4. Kemas beg dengan baik untuk jimat ruang, Untuk hujung minggu tiga hari seperti hari raya aidiladha ni, kami hanya bawa dua beg (untuk 4 orang). Satu beg pakaian dan satu beg susu (untuk anak).

  5. Kalau anda menaiki kenderaan awam, jangan lupa kunci jam. Nanti, tertinggal pula keretapi, bas, kapal terbang yang perlu anda naiki. Rancang awal perjalanan dari rumah agar anda mempunyai cukup masa untuk sampai ke stesen dengan tenang.

  6. Ohh..jangan lupa tiket dan passport sekali ye! Sebelum kunci rumah, pastikan anda double-check dua perkara penting ini. Saya ada seorang kawan yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Singapura gara-gara passport tertinggal dan hanya menyedarinya semasa sudah sampai di lapangan terbang. Huhuhu. Sedih! Bukan dekat-dekat nak patah balik rumah.

  7. Saya juga selalu pastikan rumah berada dalam keadaan bersih dan kemas sebelum bertolak. Pinggan semua dibasuh. Kain semua dilipat. Dan tiada sampah sarap yang ditinggalkan. Kalau tidak, nanti lepas balik dari bercuti, bukan saja penat dan stress dengan traffic jam, tapi ditambah lagi dengan stress dengan keadaan rumah yang berbau dan tidak terurus.

  8. Untuk para peniaga online, saya sarankan juga untuk buffer atau schedulekan post facebook/instagram/blog anda siap2. Maklumlah, bila bercuti ni kita lebih sibuk dengan aktiviti lain daripada nak menghadap laptop ataupun handphone. Buatnya kampung atau tempat kita bercuti tu takde line, haaa..kan dah susah tu!

Tips jika memandu balik ke kampung/destinasi percutian


Untuk yang memandu pula, ini tips-tips khas untuk anda:


  1. Pastikan kereta dah diselenggarakan sebelum bertolak atau berada dalam keadaan yang selamat. Kalau ada pilihan, elakkanlah membawa kenderaan yang dah berusia sebab kita tak boleh jangka ragam, sakit demamnya. Dah berkali-kali juga saya terjumpa kenderaan yang tersadai di tepi-tepi highway sebab panas enjin atau tak pasti apa rosaknya. Kesiann sungguh.. lagi kesian kalau tengok keluarga yang ada anak kecil terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik atau hujan.

  2. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Biar lebih jangan kurang. Kalau tiba-tiba habis minyak tengah-tengah hutan kan naya tu! Huhuhuh.

  3. Patuhi had laju selamat dan elak saman. Destinasi yang kita nak pergi tu takkan ke mana-mana. Jadi, pandulah dengan berhemah dan ingat sekali keselamatan penumpang anak bini yang ada dalam kereta dan pengguna-pengguna lain di jalan raya.

  4. Lorong kecemasan hanya untuk KES KECEMASAN sahaja. Tolonglah jangan guna walaupun jalan raya sesak dan kenderaan bergerak lebih lambat dari siput. Mungkin ada kemalangan di hadapan yang memerlukan pihak ambulans/bomba untuk datang dan menyelamatkan keadaan. Jangan sampai kita menjadi penyebab pasukan penyelamat ini lambat sampai dan seterusnya mengakibatkan perkar yang lebih buruk terhadap mangsa.

  5. Jangan main handphone sambil memandu. Yelah..sekarang ni musim orang main pokemon, kat ceruk hutan mana pun kalau boleh nak cari pokemon tu. Bukan setakat pokemon, whatsapp, facebook pun janganlah layan semasa tengah memandu. Itu menandakan kita todak fokus 100% kepada pemanduan. Bahaya! Walaupun kita lalai hanya 1 saat, kita boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Tangan pegang stereng, bukan smartphone ye!

  6. Semua penumpang juga harus memakai tali pinggang kaledar. Anak-anak yang masih kecil kena duduk dalam car seat. Memang mencabar, tapi kalau nak selamat, kena buat.

  7. Mata kena sentiasa pandang jalan, bukan tempat lain. Ni tidak, walaupun kemalangan berlaku di jalan yang berlawanan arus, tapi jalan sendiri yang jem sebab semua orang suka tengok apa yang berlaku. Ish ish ish!

  8. Kalau letih dan mengantuk, berhenti rehat dulu. Minum dulu cinch tea or performance drink… InsyaAllah, mata kembali celik dan badan bertenaga untuk teruskan pemanduan. Atau kalau memang tak suka nak berhenti mana-mana sebab nak jimatkan masa perjalanan, lagi elok diminum sebelum bertolak.

  9. Simpan juga nombor-nombor telefon penting yang tertera di atas. Mana tahu, kita mungkin akan memerlukannya.

Haa..dah baca semua tips-tips di atas? Nanti jangan lupa amalkannya ye!


Anda dah bersedia nak memulakan perjalanan? Kami dah! Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Drive safe!


tips balik kampung dan cuti panjang


 


Till then, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


Pengedar Shaklee Ulu Kelang


012-3579599



Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

Sunday 4 September 2016

Landmark Study: Produk Shaklee Selamat dan Berkesan Bukan Sekadar Omong Kosong

Kalau ramai orang kenal Kuala Lumpur kerana KLCC (landmark KL), kenal Paris disebabkan Eiffel Tower (landmark Paris).. orang juga akan merujuk kepada landmark study untuk mengenali atau mengakui sesuatu perkara atau kenyataan.


landmark study


Maka, Mr. Roger Barnett pun buatlah landmark study – bagi membuktikan produk Shaklee betul-betul selamat dan berkesan, bukan sekadar omong kosong.


Ada 5 points penting tentang landmark study ini yang perlu diketahui:


Landmark Study Shaklee


🌿KENAPA IA DILAKUKAN?



Semua orang boleh mengatakan supplemen mereka adalah yang terbaik (FACT). Tapi, tak ramai (atau tiada?) yang boleh memberikan bukti untuk menyokong kenyataan tersebut (FIGURE).


Seperti juga Shaklee. Testimoni keberkesanan vitamin Shaklee memang dah banyak bersepah-sepah. Ramai orang dah tahu dan akui termasuk dirinya sendiri tentang kenyataan yang Shaklee memang “sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi,”. Tapi, tiada bukti saintifik yang kukuh yang dapat menyokong kenyataan tersebut.


Jadi, bagi membuktikan supplemen Shaklee adalah yang terbaik. CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett mahu satu kajian saintifik dijalankan yang akan memberi keputusan yang jelas tentang kenyataan itu.


🌿APA YANG DIKAJI?


Dalam kajian ini, 3 kumpulan (dengan 1000 org dalam setiap satu kumpulan) telah dibentuk  iaitu:
1️⃣Kumpulan orang yang tak makan vitamin
2️⃣ Kumpulan orang yang makan vitamin brand lain selain Shaklee
3️⃣ Kumpulan orang yang mengambil vitamin Shaklee


bagi melihat kesan hidup mereka ke atas pilihan untuk mengambil/tidak mengambil supplement dalam jangka masa panjang (20 tahun).


🌿 SIAPA YANG MELAKUKAN KAJIAN INI?


Sekumpulan penyelidik daripada University of California, Berkeley telah melakukan kajian ini. Ia diketuai oleh Dr. Gladys Block yang merupakan seorang epidemiologist yang terkemuka di Amerika Syarikat.


(FYI, epidemiologi adalah ilmu yang mempelajari dan mengkaji pola, faktor dan kesan sesuatu kesihatan atau penyakit dalam sesebuah kumpulan atau populasi manusia)


landmark study shaklee


🌿 BAGAIMANA KAJIAN INI DILAKUKAN?


Dr. Gladys Block mempunyai kuasa penuh ke atas segala ujian yang dijalankan. Keputusan ujian ini tetap akan disiarkan kepada awam walaupun ianya negatif dan merosakkan reputasi Shaklee. Jadi, walaupun Shaklee sendiri yang mahu landmark study ini dijalankan, ia tidak berkuasa untuk mempengaruhi keputusan ujian yang disiarkan.


🌿 DI MANA KAJIAN INI DISAHKAN?


Semua hasil kajian akan dianalisa dan diperiksa semula (peer reviewed) bila ia disiarkan. Jadi, semua keputusan yang diperoleh oleh UC-Berkeley tentang landmark study ini diakui dan disahkan semula oleh para saintis dari pihak ketiga dari seluruh dunia.



Nak tahu apa keputusan dari landmark study ini?


Mari kita lihat graf di bawah.


landmark study shaklee


Landmark Study Shaklee membuktikan kesihatan mereka yang mengamalkan Shaklee adalah lebih baik berbanding pengamal supplemen lain atau yang langsung tidak mengamalkan apa-apa vitamin


Graf di atas merumuskan perbandingan tahap kesihatan selepas 20 tahun antara 3 kumpulan iaitu:


  1. Kumpulan yang tidak mengamalkan vitamin (graf biru)

  2. Kumpulan yang mengamalkan vitamin jenama lain (graf merah)

  3. Kumpulan yang mengamalkan vitamin Shaklee (graf hijau)

Pelbagai ujian dijalankan termasuklah ujian kencing manis, serangan jantung, tahap kolesterol, risiko stroke dan lain2.


Berdasarkan graf ini, apa yang sangat jelas dapat dilihat di sini adalah:


  • Kumpulan yang mengamalkan Shaklee adalah kumpulan yang berada di tahap kesihatan yang terbaik kerana mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk mendapat risiko penyakit kronik. Tengok jelah. Semua graf hijau adalah paling rendah kecuali satu. So, jangan keliru dengan graf yang satu ni ye! Untuk ujian HDL (kolesterol baik), memang lagi tinggi lagi bagus! Dan kat sini, Shaklee masih yang terbaik kerana kumpulan yang mengamalkan shaklee adalah kumpulan yang mempunyai kolesterol baik yang tinggi.landmark study shaklee 3

  • Untuk sesetengah penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan stroke, kumpulan merah (yang mengamalkan vitamin jenama lain) mempunyai risiko lebih tinggi daripada kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa jenis vitamin! Mengejutkan bukan? So, awas ye! Yang mengamalkan vitamin brand lain selain Shaklee, semoga anda dijauhkan dari risiko sebegini.. Kalau anda mahu bertukar kepada yang terbukti lebih selamat, anda boleh bertukar kepada Shaklee 🙂landmark study 4

Yang belum mengamalkan vitamin lagi, bagaimana pula? Jangan teruskan tabiat itu lama-lama tau! Kajian dah menunjukkan, walau sebaik mana pun pilihan pemakanan kita seharian dan sebagaimana disiplinnya kita amalkan cara hidup sihat, kita tetap memerlukan makanan tambahan untuk melengkapkan keperluan zat kita seharian. Jika tidak, kita juga tergolong dalam kumpulan yang berisiko mendapat penyakit kronik pada masa akan datang. Kalau dah nekad nak ubah, baguslah.. tapi, pastikan pilih vitamin yang terbaik!


Tahu kan yang mana satu?  Jawapannya, Shaklee laa 😀


Jangan pilih lain tau! Kalau diorang takde landmark study, risiko anda kena tanggung sendiri.. 🙁


landmark study shaklee


Tunggu apa lagi tu? Hubungi saya di 012-3579599 untuk bertukar kepada Shaklee sekarang 🙂


Changing brands can change your life! Do it now 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


012-3579599



Landmark Study: Produk Shaklee Selamat dan Berkesan Bukan Sekadar Omong Kosong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...