Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 16 September 2016

15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Dan badan kita pun tak selalunya berada dalam keadaan tip top sentiasa, kan? 😁. Jadi, hari ini saya nak kongsikan 15 produk untuk rawatan kecemasan di rumah yang sering saya gunakan jika berlaku insiden-insiden kecil yang tak dijangka sebelum mendapat rawatan susulan di klinik atau hospital.


So, introducing…. My Shaklee’s First Aid Kit 💁🏻


produk untuk rawatan kecemasan

Inilah produk-produk yang saya selalu gunakan dalam situasi-situasi kecemasan di rumah.


15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah


1- 📍Performance Drink (PD) – Minuman isotonik ini sangat membantu saya kalau tiba-tiba ada yang terkena cirit-birit atau muntah-muntah. PD ni akan membantu untuk menyeimbangkan kandungan garam dan mengelakkan badan terdehidrasi akibat keadaan tersebut. Kalau pergi jumpa doktor pun, mesti akan dapat air garam bila cirit-birit kan? Samalah dengan fungsi PD ni. Kalau ada yang demam denggi pun elok minum PD ni untuk membantu menstabilkan kandungan air dalam badan 💧


2- 📍Herbal blend – multipurpose cream ni memang selalu dibawa kemana-mana. Kalau kena gigit nyamuk ke, terkena ruam ke, tumbuh jerawat ke..sapu je herbal blend ni, insyaAllah cepat sket lega/kecutnya..🐜. Naknya sekarang ni ada virus zika yang sudah mula bertapak, lagilah saya lumur herbal blend ni kat badan saya dan anak-anak supaya tak kena gigit nyamuk sebelum nak keluar ke mana-mana. Satu lagi, anak saya juga ada satu tabiat kalau nak tidur mesti nak digaru-garu atau digosok-gosok badannya. Walaupun keadaan tak panas, ada-ada saja tempat yang mereka akan rasa ‘gatal’ sebelum mereka lena. Bila sapu herbal blend ni, mereka akan tidur dengan lebih cepat dan selesa.


3- 📍Herb-Lax – pernah tak travel berhari-hari tapi tak membuang? Atau membuang tapi tak lawas? Pendek kata, sembelit la. Kalau jadik macam ni, itulah tanda yang sudah tiba masanya untuk ambil Herb-Lax. Ia adalah sejenis julap lembut yang akan membantu untuk mencuci dinding usus. Especially pada musim raya.. Makan banyak tapi membuang sekali sehari pun belum tentu lagi. Jadi, kalau nak pergi mana-mana, mesti saya akan standby herb-lax ni untuk bekalan beberapa hari supaya badan lebih selesa melakukan aktivit. Anda pun, jika terkena sembelit, ingat herb-lax ye!🤗 InsyaAllah akan membantu sangatt…


4- 📍Chewable vita-c plus – nampak je anak hidung berair, memang cepat-cepat saya bagi diorang vitamin c kunyah ni. Kalau biasa bagi seminggu sekali, bila dah berair hidung, hari-hari pun saya akan bagi..🤒. Bukan apa, anak saya ada masanya memang susah betul nak makan ubat. Pandai luah lagi. Tapi, chewable vita-c ni mereka memang suka makan. Jadi, lagi senang kerja saya. Hihi.


5- 📍ESP – ESP ni more to my first aid kit masa kat ofis. Memang ada satu canister saya standby kat sana untuk elak gastrik. Orang gastrik ni, dia tak boleh makan lewat sikit. Tapi, nak buat macam mana..kadang-kadang mmg tak sempat nak makan. Jadi, ESP ni memang banyak kali sangat menyelamatkan keadaan. Sambil meeting pun, orang lain minum kopi, saya bawak shaker/mug minum ESP 😁


https://www.instagram.com/p/_IjKPogqMc/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en


6- 📍B-complex + Ostematrix – Gabungan dua produk ni jadi my natural painkiller. Kalau tiba-tiba je sakit kepala menyerang, atau ada cramp mana-mana sebab senggugut ke, terover exercise ke.. makan ni dulu. InsyaAllah..kejap je sakitnya..👍🏼. Tak jadi jumpa doktor pun lepas tu.


Ubat migrain dan kejang


7- 📍Vita-E Complex – vitamin e ni best sebab dia bantu untuk cepat menghentikan pendarahan. Pernah dulu masa irfan masih kecil, dia tersembam dalam kereta, lalu terpecah sikit bibirnya. Darah keluar non-stop. Masa tu di tengah-tengah jambatan Pulau Pinang, mana pulak nak cari klinik. Nasib baik masa tu ada vitamin e ni dalam beg. Terus pecahkan sebiji dan sapu minyaknya ke bibir. Alhamdulillah, memang terus berhenti darah lepas tu..😌


8- 📍Basic H2 – Produk ni my bestfriend kat dapur. Bukan hanya untuk membersih, tapi juga penyelamat bila terkena percikan minyak panas. Cepat-cepat sapu basic h ni, insyaAllah kulit tak menggelembung dan tak mengelupas pun lepas tu..😍


9- 📍Nutriferon – The immune booster. Bila ada je tanda-tanda nak demam/selsema, cepat-cepat ambil nutriferon ni. Tak kiralah anak-anak ataupun mak bapak budak. Satu keluarga boleh mengamalkannya. Biasanya, memang terus tak jadi nak demam lepas tu. Kalau jadik pun, boleh keep continue amik nutriferon ni. InsyaAllah..boleh keja macam biasa takyah amik MC pun..😃. Alhamdulillah, so far sehingga 16 September 2016 ni, saya memang tak pernah ambil MC lagi tahun ni.


https://www.instagram.com/p/BBUo7FkgqME/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en
Lagi satu, saya memang suka nutriferon ni sebab dia adalah anti-viral dan juga anti-bacterial. Saya memang selalu bermasalah untuk bagi ubat kat anak-anak. Jadi, kalau doktor bekalkan antibiotik tu, memang susah sangat nak abeskan. Tapi, mana boleh macam tu kan? Sebab tu kalau anak saya kena juga makan antibiotik, saya suka pergi jumpa doktor yang bagi antibiotik untuk 2x sehari sahaja dan dapat dihabiskan dengan cepat. Kalau yang kena makan banyak kali dan lama pulak tu, saya memang tak berani nak start bagi sebab kompem2 banyak culas dan tak ikut aturan. Jadi, saya bagi nutriferon yang memang anak-anak suka untuk tingkatkan imuniti badan mereka. Alhamdulillah, mereka sihat.


Tingkatkan imuniti anak-anak


10- 📍Omega Guard – Ini sangat berguna kepada budak-budak mahupun orang dewasa apabila mengalami batuk. Bunyi macam ada kahak tapi susah nak keluar? Gatalnya tekak tak tau macam mana nak habaq. InsyaAllah, lepas makan omega guard ni, mesti akan keluar kahak yang tersekat tu..😊


11- 📍Peppermint Ginger Plus – the best rescue bila angin banyak dalam badan. Combine pulak peppermint & ginger ni dengan garlic, memang berlumba2 angin keluar ikut atas bawah lepas kita telan 😎


https://www.instagram.com/p/BAZsmC2gqLB/?taken-by=farahida_fadzillah&hl=en


12- 📍Vita-C Plus – macam chewable vita-c jugak. Tapi untuk kami laki bini. Bila rasa sistem pertahanan badan semakin lemah, we just increase dose vitamin c ni.. 💪🏼💪🏼


13- 📍Ostematrix – Selain painkiller, Ostematrix juga sangat best untuk cepat hilangkan lenguh-lenguh badan.. Takpelah tak dapat pergi berurut/berspa selalu pun, dah dapat hilang lenguh kira bersyukur sangat..🙂. Contoh seperti waktu balik raya, kan jalan selalu jem? Seluruh badan mesti lenguh dan letih sebab tak cukup tidur dan berbelas jam duduk dalam kenderaan. Telan 4 biji Ostematrix ni sebelum tidur, InsyaAllah esok bangun pagi rasa segar tak macam baru semalam penat berjalan.


14-📍Garlic – untuk buang angin jugak. Dan kalau tengah sakit, nak cepat baik pun elok ambil garlic ni jugak sebab ia adalah natural antibiotik 😌


15- 📍Vivix – jadi mak budak ni selalu terhantuk dengan kepala anak sendiri bila riba diorang 😅😅 Natijahnya, sokmolah saya ni pecah mulut atau kena ulcer.. Untuk cepat baik, just letakkan Vivix ni kat tempat luka tu. InsyaAllah, takdelah pedih dan senang nak makan lepas tu..😍


So, itulah dia 15 produk untuk rawatan kecemasan di rumah saya. Boleh tiru kalau nak. Tapi, jangan lupa jumpa doktor untuk mengubati penyakit anda dan mendapatkan rawatan susulan ye! Nak tiru tapi tak tahu mana nak dapat? Hubungi saja saya di 012-3579599 😉


Semoga sihat dan sejahtera selalu 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


#shakleeulukelang


012-3579599



Disclaimer: Produk di atas tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, mengubat mahupun merawat penyakit. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan untuk penyakit-penyakit yang anda alami.



15 Produk Untuk Rawatan Kecemasan di Rumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...