Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 15 September 2016

Kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee

Saya dah menjadi pengguna Shaklee agak lama. Dah 5 tahun dah. Bukan setakat pengguna, malah jadi pengedar pula. Ramai juga yang tanya, kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee ni? Sebab ada macam-macam isu yang timbul dalam masa lima tahun ni dan ekoran daripada itu, bukan sedikit SID yang telah mengundur diri. Tapi saya masih kekal di sini.. kenapa ye?


Hmm.. bagi saya, dalam setiap bisnes, kita memang takkan sunyi daripada pelbagai dugaan daripada pihak-pihak lain yang mahu menjatuhkan kita. Masa dipukul ombak ni, kalau tak cukup ilmu di dada dan kurang kepercayaan kepada bisnes yang kita sendiri buat, memang senang sangatlah kita goyah, hilang fokus dan akhirnya ‘lari’ dari bisnes itu sendiri.


Saya sememangnya percaya Shaklee walks as it talks (buat macam apa mereka cakap). Bila taglinenya cakap “always work, always safe, always green” (sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa mesra alam), Shaklee memang benar-benar membuktikan sedemikian. Tak percaya? Ini bukti-buktinya…


4 sebab kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee


Ada 4 sebab utama kenapa saya boleh percaya sangat dengan Shaklee:


1. Percaya Shaklee sebab ada ujian klinikal yang diiktiraf oleh pihak ketiga


Dr. Forrest C. Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915, yang sekarang dikenali sebagai Vitalea. Usahanya diteruskan oleh para saintis Shaklee sehingga ke hari ini untuk mencipta supplement yang selamat dan berkesan dari sumber semulajadi.


ujian klinikal shaklee


Shaklee menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan keselamatan dan ketulenan produk-produknya. Shaklee:


 menjalankan lebih dari 250 ujian pestisid (racun perosak) bagi memastikan produk2nya bebas dari bahan2 kimia yang merbahaya
mempunyai landmark study, yang membuat perbandingan kesan jangka panjang (dalam masa 20 tahun), taraf kesihatan pengguna shaklee, pengguna vitamin lain dan orang yang langsung tak mengamalkan vitamin
mempunyai lebih 125 kertas dan pembentangan saintifik yang telah disiarkan
menjalankan 350 ujian untuk setiap bahan botani yang baru bagi memastikan ianya bebas daripada pencemaran, racun perosak dan sisa2 lain yang merbahaya.
menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi.


Ujian-ujian ini pula bukan sekadar syok sendiri tau. Ia turut disokong dan diakui oleh para saintis (pihak ketiga) lain di seluruh dunia.


Jadi, dengan ujian yang sangat lengkap dan menyeluruh ini, bukan saya sahaja, semua orang lain pun harus yakin dan percaya bahawa Shaklee adalah produk yang selamat.


2. Percaya Shaklee sebab saintisnya bukan calang-calang orang


Para saintis Shaklee juga bukan calang-calang orangnya tau. Kiranya yang buat ujian-ujian dan keluarkan jurnal -jurnal untuk produk Shaklee ni pun bukan dibuat oleh saintis yang biasa-biasa.


Percaya shaklee sebab saintisnya hebat-hebat


Mereka semua terdiri daripada barisan doktor dan saintis yang mempunyai kelayakan peringkat tertinggi  sehingga ada antara mereka yang mendapat Nobel Prize Winner lagi. Ia dipengerusikan oleh Dr. Jamie McManus yang kini sudahpun berusia 90 tahun tapi masih cergas dan boleh menari di atas pentas sewaktu Shaklee Global conference lagi. Hebatkan?


Jadi, masih perlukah kita nak ragu-ragu lagi?


3. Percaya Shaklee sebab turut digunakan dan disokong oleh orang-orang ternama


Bukan sebarang orang yang menggunakan Shaklee tau.


oprah winfrey pun percaya shaklee


Sape tak kenal Oprah Winfrey? Nak tau, beliau sendiri suka sangat dengan set penjagaan rumah “Get Clean Shaklee”


Shaklee sangat menjaga alam sekitar. Lebih satu juta pokok telah ditanam oleh Shaklee. Sampaikan Dr. Wangarai Mathaai, Pemenang Nobel Peace Priza Laureatte pun sudi nak jadi Duta Global Shaklee.


Bukan kat Malaysia je ramai orang yang tak pro Shaklee, kat mana2 dalam dunia pun ada juga. Tapi, jangan benci sangat2, nanti jatuh cinta pula.. Macam Harley Pasternak ni. Beliau ni kira celebrity trainer and nutritionist. Boleh google kalau nak kenal lagi sape beliau ni.


Mereka pun percaya shaklee, kenapa tidak saya?


4. Percaya Shaklee sebab terbukti berkesan untuk kerja, aktiviti dan sukan lasak


Saya ni makan dan guna Shaklee untuk maintain kesihatan sekarang dan masa depan je. Alhamdulillah, buat masa ni, setakat nak jalani kehidupan seharian tu, saya takdelah perlukan pelan pemakanan atau nutrisi yang betul-betul strict. Keperluan saya terhadap nutrisi yang bagus mungkin tak sepenting atau sekritikal untuk orang-orang yang buat kerja-kerja, aktiviti ataupun sukan lasak macam  orang yang nak pergi angkasa lepas, naik gunung Everest ataupun bersukan di persada olimpik.


Namun, tahu tak orang-orang yang pergi angkasa lepas, naik gunung Everest dan menang emas di Olimpik pun memang guna Shaklee untuk kerja dan misi mereka?


Kerja, aktiviti dan sukan lasak dikuasakan oleh Shaklee


Contohnya,


Captain Mark & Scott Kelly, astronaut NASA yang baru balik dari angkasa lepas untuk bina stesen bulan Mac 2016 lalu, guna Shaklee untuk hadapi cuaca dan kondisi extreme kat sana.


Orang pertama yang daki Gunung Everest, Sir Edmund Hillary, pun ambil Shaklee untuk berjaya dalam ekspedisi tersebut.


Atlit USA, yang menang kat Olimpik pun guna Shaklee. Terkini, terdapat 137 emas, perak dan gangsa telah dimenangi oleh atlit Olimpik yang dikuasakan oleh Shaklee di Olimpik Rio baru-baru ini. Hebat kan?


menang olimpik dengan shaklee

So, kalau ada atlit Malaysia NAK menang kat Olimpik, bolehla kontek saya untuk guna Shaklee. Hihi 😁


Shaklee berkesan ke atas mereka, jadi sudah tentu Shaklee akan berkesan ke atas saya juga kan?


Jadi, berdasarkan keempat-empat sebab ni, betul tak saya cakap, Shaklee memang sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan mesra alam.


Shaklee sentiasa berkesan, selamat dan mesra alam


Saya dah yakin, anda bila lagi?


Kalau dah yakin dan percaya, bolehlah berjinak-jinak menggunakan Shaklee juga. Pasti tak menyesal punya! Boleh hubungi saya di 012-3579599 atau rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk mendapatkan info lanjut ye. 🙂


Fara Fadzil


 


 


SID:860722


012-3579599


#shakleekualalumpur



Kenapa saya percaya sangat dengan Shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...