Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 18 October 2013

Tips memilih kolagen yang terbaik

Saya sangat teruja bila Shaklee mewar-warkan item promosi pada bulan Oktober 2013 ini adalah Shaklee Collagen Powder. Dari tahun lepas, bila Shaklee buat promosi Collagen Powder saya dah teringin nak minum dan cuba. Tapi, masa tu saya tengah mengandung anak yang kedua, so impian dilupakan begitu sahaja..alaa..lagipun tengah jadik mak buyung memang semua kulit pun tengah menegang je kan? Hehehe. So, bila bulan ni Shaklee menawarkan lagi promosi yang sama untuk tahun ini, memang saya tak nak lepaskan. Sebab bagi saya, kolagen Shaklee ini merupakan kolagen yang terbaik yang mesti saya cuba! Lagipun, anak dah masuk 3 bulan..jadi memang cun sangatlah timing untuk try collagen ni. Baby dah keluar..so it’s really a perfect time untuk tegangkan balik kulit-kulit yang dah overstretched dan kusam selepas bersalin aritu.

Anda pun sedang mencari kolagen? Awas ye..kat pasaran sekarang ni ada macam-macam jenis kolagen yang dijual. Pastikan anda buat pilihan yang terbaik tau! Meh saya share kat sini tips-tips untuk memilih kolagen yang terbaik:

 1. Pilihlah kolagen yang dalam bentuk makanan/minuman daripada mengambil suntikan kolagen bagi memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan kolagen tersebut ke dalam tubuh badan,
 2. Pilih saiz/berat kolagen yang sekurang-kurangnya 1000 Dalton dah ke bawah. Lebih halus lebih baik sebab kolagen yang bersaiz microfine adalah kolagen yang paling mudah diserap oleh sel. Jadi, setiap kolagen yang diambil akan diserap sehingga 100% dan memberikan kita kesan yang lebih cepat.
 3. Pastikan kolagen yang dipilih mempunyai elemen pelembap yang unggul yang boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
 4. Pastikan kolagen itu juga mempunyai agen antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan,
5. Pilihlah kolagen yang mempunyai sumber vitamin B-Complex bagi menggalakkan sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
6. Kolagen juga memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan sendi kita. Jadi, kehadiran glukosamin dalam kolagen adalah satu bonus untuk mendapat sendi yang sihat selain mengekalkan awet muda.
7. Pastikan juga kolagen tersebut mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hialuronik yang berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin bagi memberi kesan kulit yang lebih tegang kepada kita.
8. Dan yang PALING PENTING, pastikanlah kolagen yang kita pilih itu tidak bertoksik sebab yang kita mahu adalah MAGIK untuk kulit dan diri kita, bukan TOKSIK!

shaklee collagen terbaik

Alhamdulillah..saya dah menemui kolagen terbaik idaman saya dengan Shaklee Collagen Powder. Ramuan khas yang membentuk kolagen dalam Shaklee Collagen Powder ini sememangnya memenuhi semua kriteria di atas. Sebelum ni kalau nak cantikkan kulit, saya hanya guna vitamin E, vitamin C dan ESP saja. So, sekarang ni dah tambah satu lagi pilihan bila dah ada collagen powder ni.

Anda bagaimana ? Dah jumpa kolagen terbaik untuk anda ? Kalau belum, hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda!

Friday 11 October 2013

Testimoni - Bukti Shaklee Collagen Powder Hilangkan Jeragat!

JERAGAT, BINTIK HITAM, BLACKHEADS, COMEDO..semuanya merujuk kepada perkara yang sama iaitu tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh melanin yang terkumpul dan menjadi coklat tua atau muda. Puncanya??
  •  Terkena pancaran UV matahari yang menyebabkan kelebihan pigmen. Kita ni dok kat garisan khatulistiwa, memangla sah -sah dapat 12 jam matahari sepanjang tahun. Dulu-dulu, selalu jugak nampak orang berpayung bila hari panas terik. Sekarang ni ada??Pakai Rayban adalah..hehehe. Anyway, takdelah takde langsung orang pakai payung... tapi tak seramai macam zaman kecik2 dulu. Pergi sekolah sesi petang pun mesti bawa payung. Tapi, sekarang ramai orang pakai payung untuk elak hujan aje. Dah tu, camnerlaa tak ramai orang sekarang berjeragat??
  • Hormon yang tidak seimbang akibat mengandung atau menopaus. Hmm..yang ni pun memang ramai yang mengalaminya. Lepas je bersalin, hormon jadi 'weng' gituu. Menopaus tu memang sedia maklumlah. Memang macam-macam simptom yang jadi bila dah/baru nak menopaus ni. (Selingan: Bagi yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon ni, saya sarankan sangat2 amik GLA Complex untuk menstabilkannya kembali atau sekurang-kurangnya menjadikan ia lebih terkawal).
  • Gelisah dan tidak cukup tidur. Stress lah tu kot sampai tak boleh tidur. Kalau tak cukup tidur, memang muka tak bermaya je. Kulit tak terjaga. Jerawat dan jeragat pun senanglah nak naik.
  • Menggunakan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. Awas ye! Mekap- mekap camni biasanya banyak menggunakan bahan kimia yang tidak selamat untuk kulit kita. Jangan katakan jeragat, kanser kulit pun kita boleh dapat tau!
  • Disebabkan oleh masalah pada limpa. Hmm...limpa ni fungsinya macam filter, menukarkan darah lama kepada yang baru. So, kalau ada banyak sangat jeragat tu, hati-hatilah! Anda mungkin sedang menghadapi dengan penyakit yang berkaitan dengan limpa.
Anyway, tak kiralah sikit ke..banyak ke...Stressnyerrr lah bila ada jeragat ni kan? Nampak kulit tak bersih, kusam, kotor (eh..samalah dengan tak bersih tadi tu kan?haha)..pendek kata, TAK CANTIKlah! SEMAK MATA memandangnya. Dahlah warna hitam pulak tu! Eeeee...yucks! Kalau nak ikut petua orang dulu-dulu, buat itu ini untuk hilangkan jeragat, macam renyahhh laaa pulak. Lagipun, macamlah ada masa sangat nak buat kan?Hehehe...

Nasib baiklah sekarang ni dah ada Shaklee Collagen Powder ni. Senang je nak bancuh. Mudah larut, cepat serap. Kalau letak dalam air tu, tak payah kacau pun dah boleh larut. Mana taknya, molekulnya sangat ringan..1000+ Dalton je..tu yang Shaklee Collagen Powder ni cepat menunjukkan kesan.Sebab senang diserap ke kulit. Nak hilangkan jeragat pun bolehhh. Tak caya..cer baca testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder kat bawah ni:
testimoni shaklee collagen powder
See?? Ni bukan main-main tau! Bukan touch up-touch up picture. Atau pakai mekap-mekap. Perubahan yang pengguna Shaklee Collagen Powder ni memang real. Memang asli! Terbaekk punya! Teruja tak?? Tak nak berjaya hilangkan jeragat macam dia ni ke??

Kalau NAK, order cepat-cepat kepada farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599 sementara promosi hebat bulan Oktober sedang berlangsung! Jangan nanti ada yang gigit jari ;)

Wednesday 9 October 2013

Kepentingan dan peranan collagen di dalam badan manusia

Percaya atau tidak sebenarnya collagen merupakan salah satu elemen yang penting dalam badan manusia. Mana tidaknya, collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia dan merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan kita. Cukup banyakkan? Ianya sangat penting kerana ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Contohnya, collagen banyak terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Collagen di dalam badan manusia memainkan peranan penting dalam:
  • menghasilkan asid-asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh yang bertindak untuk membina struktur tisu penyokong, mengawal fungsi sel, memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang,  mengstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kecantikan kulit dan menghalang penuaan, menghasilkan pola tidur dan memberikan tidur yang nyenyak.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
  • meningkatkan isyarat induksi.
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.
Jadi, kalau badan kita mempunyai collagen yang cukup, kita akan dapat:
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  • memelihara kelembapan kulit.
  • membaikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang dengan segera.
  • otot dan tulang yang kuat.
  • membuang toksin (mendetoks) daripada hati.
  • sendi yang lentur dan sihat.
  • mengurangkan keradangan (inflammation).
  • rasa lebih bertenaga.
  • pola tidur yang teratur.
  • memulihkan diri daripada penyakit saraf kerana collagen membina semula lapisan protein pada saraf.
Collagen sememangnya wujud di dalam badan kita secara semulajadi tetapi penghasilannya akan berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas kita mencecah usia 25 tahun. Tetapi, kesan pengurangannya hanya dapat dirasai 10 tahun kemudian atau mungkin kurang dari itu dengan kemunculan garis-garis halus, kedutan mahupun kulit kusam dan kering. Haaa..Cuba belek diri sendiri, ada ke tak tanda-tanda tu? Dan lebih teruk lagi, selepas 40-45 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Jadi, semakin kita tua, semakin berkurang collagen yang terkandung dalam badan. Haa..cuak tak cuak?

Jadi, sebab itulah collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit.

shaklee collagen powder


So, masih nak tunggu dah sakit atau nampak tua ke baru nak ambil collagen? Baik ambil dari sekarang kan? Kan orang kata, lebih baik mencegah daripada merawat. Apatah lagi sekarang ni memang tengah musim promosi collagen terbaik daripada Shaklee i.e Shaklee Collagen Powder. Ujian klinikal mengesahkan keberkesanannya dengan memberi perubahan positif secara menyeluruh hanya dalam masa 8 minggu. Semulajadi, berkesan, selamat dan yang penting...halallll.

Nak cuba? Hubungilah 012-3579599 (sms/whatsapp) atau farafadzil@gmail.com sekarang juga. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda :)

Monday 7 October 2013

Promosi Oktober 2013 - Shaklee Collagen Powder

Promosi Shaklee Collagen Powder kembali lagi. Sepanjang bulan Oktober 2013 ini, dapatkan penjimatan berganda dengan pembelian Shaklee Collagen Powder bersama VItamin Online Store.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


APAKAH FUNGSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER INI?

  • ANTI PENUAAN - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • MENGHIDRATKAN - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - Meningkatkan ketegangan kulit, kelembutan dan keanjalan.
  • MELICINKAN -  Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • MENYUBUR - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  • MENCERAH - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan tona warna kulit.
  • MENEGANG - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

KESAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

 Tak percaya? Lihatlah gambar rajah di bawah.


kesan shaklee collagen powder


Selepas penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh. Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan untuk:

  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%.
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%.
  • Meningkatkan penampilan keseluruhan sehingga 71%.
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%.
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%.
  • Meningkatkan ketebalan rambut sebanyak 54%.
  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50%.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan sebanyak 18%.
Size: 15 sachets/box.


Untuk mendapat faedah-faedah seperti yang dinyatakan di atas, anda digalakkan untuk mengambil 4 kotak shaklee collagen powder untuk kegunaan selama 8 minggu berturut-turut. Biasanya, harga runcit bagi sekotak shaklee collagen powder ini adalah RM298. Hahh..terbeliak biji mata?? Well,you know.. good items always come with price.

Tapi, jangan risau..dengan promosi yang dijalankan pada bulan ini, anda akan mendapat penjimatan yang berlipat ganda. Apatah lagi, bermula dengan pembelian 3 kotak shaklee collagen powder dan ke atas, anda layak mendapat keahlian Shaklee secara percuma! Lepas tu nanti, bolehlah shopping barangan Shaklee yang lain dengan penjimatan sehingga 20% daripada harga biasa. Kalau beli 6 kotak, percuma sekotak lagi! Best kan?

Berminat? Hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp ke 012-3579599 untuk pertanyaan lanjut. Dengan setiap pembelian bersama VItamin Online Store, anda layak mendapat konsultasi dan cara makan yang betul secara percuma. Tunggu apa lagi? Jom order sekarang! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...