Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 5 November 2013

Set Berpantang Shaklee Terbaik Untuk Ibu Baru Bersalin



Set Berpantang Shaklee merupakan set berpantang yang semakin menjadi pilihan ramai ibu yang baru ataupun hendak bersalin. Saya sendiri mendapat manfaat yang sangat memuaskan ketika mengambilnya sewaktu bersalin anak kedua baru-baru ini. Dan saya yakin, ibu-ibu yang mencuba set ini akan turut merasakan perkara yang sama. Mengapa? Mari kita lihat dulu apa yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang baru bersalin:
  • Letih dan lesu selepas bersalin akibat kehilangan darah
  • Luka dalaman dan luaran yang belum sembuh
  • Anak menghidap kuning
  • Susu lambat/tidak keluar
  • Tidak cukup tidur
  • Sembelit
  • Stress dan tertekan kerana kurang rehat atau jadual waktu hidup yang berubah dengan kehadiran orang baru
  • Berat badan yang lambat turun selepas melahirkan anak
  • Keguguran rambut yang melampau
  • Kekurangan khasiat kerana pilihan makanan berpantang yang terhad
  • Kulit kusam dan kendur
  • Perut menggeleber dan peha berlaga
Ramai ibu yang membeli jamu tradisional semasa dalam pantang tidak dapat mengamalkannya dari seawal  hari pertama selepas bersalin kerana bayi mengalami kuning/jaundice. Tetapi, dengan Set Berpantang Shaklee anda tidak perlu risau tentang masalah itu dan boleh meneruskan pengambilan vitamin Shaklee untuk memulihkan diri selepas bersalin. Dan sememangnya, doktor dan pakar kesihatan juga sangat mengesyorkan pengambilan vitamin semasa berpantang agar ibu yang baru bersalin cepat pulih dan cergas semula seperti sedia kala.

Apakah pilihan Set Berpantang Shaklee yang disediakan?
Set Berpantang Shaklee boleh dikategorikan kepada tiga bergantung kepada bajet dan keperluan si ibu iaitu Set Berpantang Asas, Set Berpantang Extra dan Set Berpantang Premium.

1) SET BERPANTANG ASAS

Set Berpantang Shaklee Asas merupakan set vitamin yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh ibu yang baru sahaja bersalin atau sesiapa sahaja yang baru menjalani proses pembedahan.

Ianya terdiri daripada 4 jenis vitamin : Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex

Set Berpantang Asas ini dapat:
  • Digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pramatang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut
Hubungi 012-357 9599 untuk pesanan atau pertanyaan lanjut tentang Set Berpantang Asas Shaklee ini.

2) SET BERPANTANG EXTRA (Breastfeeding)

Set Berpantang Shaklee Extra merupakan kombinasi yang sesuai untuk ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi yang baru dilahirkan. 

Ia  terdiri daripada 6 jenis vitamin: Vita-Lea,Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, Alfalfa dan OsteMatrix.

Set ini adalah hasil gabungan Set Berpantang Shaklee Asas dengan supplement yang bertujuan untuk memudahkan penyusuan ibu iaitu Alfalfa (galactagogue) dan OsteMatrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D). 

Alfalfa - Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan yang bertindak sebagai galactagogue iaitu agen yang menggalakkan pengeluaran susu ibu. Walaupun telah mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap, sesetengah ibu yang baru lepas bersalin mengalami masalah pengeluaran susu ibu yang rendah (‘low milk supply’). Jadi, alfalfa boleh menjadi pilihan sebagai ikhtiar untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu, alfalfa juga boleh bertindak sebagai detoks bagi mengeluarkan toksin dari badan kita.

OsteMatrix - Kalsium merupakan salah satu khasiat yang penting yang terkandung di dalam susu ibu.  Ibu yang tidak suka minum susu dan tidak mendapat kalsium yang cukup amat digalakkan mengambil OsteMatrix ini bagi mengelakkan masalah sakit-sakit tulang dan gigi dan juga mencegah diri daripada mendapat osteoporosis peringkat awal. Selain itu, OsteMatrix juga mengandungi Magnesium yang merupakan agen pelawas yang sangat baik yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang berpantang.

Secara kesimpulannya, Set Berpantang Extra ini dapat:
  • Digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pramatang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut.
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu.
  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Menjaga kesihatan tulang dan sendi.
Hubungi 012-357 9599 untuk pesanan atau pertanyaan lanjut tentang Set Berpantang Extra Shaklee ini.

3) SET BERPANTANG PREMIUM (Breastfeeding + Slimming)

Set yang ketiga adalah Set Berpantang Shaklee Premium. Set ini adalah gabungan Set Berpantang Shaklee Extra dengan protein ESP dan juga Lecithin. Pertambahan dua jenis supplement ini membantu ibu berpantang untuk menyusukan bayi dan menurunkan berat badan selepas bersalin dengan lebih cepat.

Jadi, terdapat 8 jenis supplement dalam Set Berpantang Shaklee Premium ini iaitu: Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, Alfalfa, OsteMatrix, ESP dan Lecithin.

ESP - Protein merupakan salah satu kandungan utama dalam susu ibu. Dengan pengambilan ESP Soy Isolate Powder, ibu berpantang akan merasa lebih bertenaga dan lancar menghasilkan susu. ESP juga mengenyangkan lantas mengurangkan keperluan untuk ibu yang menyusu untuk makan banyak dan memudahkannya mendapatkan berat badan ideal dengan segera. Bukan itu sahaja, protein juga penting dalam penghasilan dan pembaikan sel-sel badan. Jadi, ibu yang berpantang amat digalakkan untuk mengambil ESP bagi memulihkan diri dan membaiki kulit-kulit yang kusam.

Lecithin - Lecithin Shaklee dikenali sebagai PENGEMULSI semulajadi kerana ia mempunyai kesan “melekat pada lemak”. Ini bermakna lecithin menyebabkan lemak itu terapung dalam darah dan mencegahnya daripada melekat pada dinding membran lantas mencegah kita daripada kegemukan. Selain itu, Lecithin Shaklee juga dapat membantu mengelakkan ibu berpantang mendapat bengkak susu yang boleh menyukarkan proses penyusuan bayi.
Secara kesimpulannya, Set Berpantang Shaklee Premium ini dapat:
  • Digunakan sejurus selepas bersalin
  • Diteruskan penggunaan walaupun semasa bayi kuning.
  • Digunakan untuk semua jenis kelahiran: Normal/Pembedahan/Pramatang.
  • Membantu ibu pulih segera dari luka bersalin dan luka dalaman rahim.
  • Membantu untuk menambah semula darah yang banyak kehilangan semasa bersalin.
  • Memberi tenaga kepada ibu yang letih dan lesu selepas melahirkan anak dan yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mengelakkan stress dan tekanan kepada ibu dan seterusnya mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengawal keguguran rambut.
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu.
  • Mengatasi masalah sembelit.
  • Menjaga kesihatan tulang dan sendi.
  • Menurunkan berat badan selepas bersalin dengan segera.
  • Menghilangkan kulit kusam.
  • Memecah dan menguraikan lemak.
Hubungi 012-357 9599 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan lanjut tentang Set Berpantang Premium Shaklee ini.

Fungsi dan kebaikan setiap jenis vitamin dalam Set Berpantang Shaklee ini adalah seperti dalam gambar di bawah:

bcomplex dalam set berpantang shaklee

vitalea dalam set berpantang shaklee

zinc dalam set berpantang shaklee

vitamin c dalam set berpantang shaklee

Keempat-empat supplemen ini merupakan asas dalam Set Berpantang Shaklee dan terdapat dalam ketiga-tiga jenis Set Berpantang Shaklee (Asas, Extra dan Premium).

alfalfa dalam set berpantang shaklee

ostematrix dalam set berpantang shaklee

Alfalfa dan Ostematrix hanya terdapat dalam Set Berpantang Extra dan Set Berpantang Premium sahaja.  

esp dalam set berpantang shaklee



  lecithin dalam set berpantang shaklee 

ESP dan Lecithin hanya terdapat dalam Set Berpantang Premium sahaja.

Keunikan Set Berpantang Shaklee ini terletak pada kombinasi produk yang menepati kesemua keperluan dalaman dan luaran ibu yang baru bersalin. Jadi, tidak hairanlah mengapa semakin ramai yang memilih dan menggunakan Set Berpantang Shaklee ini kerana kesannya yang cukup mengujakan. Bukan sahaja ia mudah diamalkan, malah ia boleh terus digunakan walaupun setelah tamat tempoh berpantang yang menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki.

Dengan Set Berpantang Shaklee, kini ibu-ibu tidak perlu lagi risau bagaimana untuk memulihkan diri apabila anak mengalami kuning atau kesan kepada bayi apabila menyusukan. InsyaAllah, ia dijamin selamat tanpa sebarang kesan sampingan negatif terhadap bayi anda.

Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini, sila hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-357 9599. Setiap pembelian bersama VItamin Online Store, anda layak mendapat konsultasi percuma tentang cara dan jadual pemakanan vitamin yang betul, tips ekslusif berkaitan dan sesuatu yang istimewa :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...