Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Sunday 14 August 2016

Formula 70/30 Mencipta Kekayaan

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan “Formula 70/30 Mencipta Kekayaan.”


Formula mencipta kekayaan


 


Formula ini saya dapat dah lama. Tak silap saya, dari salah satu komen di page FB “Mudahnya Menjemput Rezeki”. Banyak tips-tips untuk membina kejayaan dan kekayaan yang menarik yang dikongsikan oleh netizen di situ termasuklah formula 70/30 ini yang saya copy masuk ke dalam note handphone saya.


Dan sekarang, saya ingin kongsikan kepada anda semua pula agar kita sama-sama dapat manfaat. Dan sebarkanlah ia semoga lebih ramai mengetahui tentang formula hebat ini.


Saya tak tahu siapa penulis asal formula ini. Jadi, sekiranya beliau terjumpa artikel saya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mohon dihalalkan ilmu yang bakal saya kongsikan di bawah ini. 🙂


Formula 70/30 Mencipta Kekayaan


Formula atau teknik 70/30 ini adalah sesuatu yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup. Memang ramai (atau mungkin semua orang) nak kaya, tapi tak tahu bagaimana tekniknya. Jadi, jom baca apa dia formula 70/30 menjana atau mencipta kekayaan ni sebenarnya…


Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:


  1. 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup, anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ia mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

  2. Manakala, baki 30%, akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

Sebagai contoh, jika gaji anda adalah RM2000 sebulan:


  • Hanya RM1400 (70%) sahaja boleh digunakan untuk berbelanja pada bulan tersebut.

  • Dan baki RM600 (30%), gunakan ia untuk mencipta kekayaan dengan membahagikannya seperti berikut:
    • 10% yang pertama (RM200), anda gunakan untuk kebajikan, sama ada menolong orang tua (ibu bapa), anak yatim dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan digandakan dan membawa kebahagiaan.

    • 10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, ikuti program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

    • 10% terakhir (RM200), anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.


 


Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah


  • RM175,000 (selama 20 tahun)

  • RM525,000 (selama 30 tahun)

  • RM1.4 Juta (selama 40 tahun)

Formula 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik di atas untuk masa depan anda.


Tetapi, tidak semua orang akan ikut walau berapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.


Saudara, jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, amalkanlah Formula 70/30 mulai hari ini. Semoga bermanfaat.



 


 


Saya tahu, mesti ramai yang teruja bila melihat jumlah yang boleh kita simpan jika kita dapat mengamalkan formula ni kan?


Namun, mesti ada juga yang mengeluh kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang terpaksa melupakan hasrat untuk mengikuti formula ini kerana perbelanjaan asas tidak lagi dapat dikurangkan.


Jangan gundah saudara saudari. Kalau kita tak boleh kurangkan perbelanjaan, kita masih ada pilihan untuk menambah pendapatan. Tuhan dah janji, asalkan kita berusaha, pasti ada rezeki yang menanti kita. Buatlah apa sahaja asalkan halal di sisinya. Carilah modal dan usahakanlah sebaik-baiknya.


Contoh kalau ingin menjadi pengedar sah Shaklee seperti saya, anda hanya perlu mengeluarkan modal yuran pendaftaran sebanyak RM68.90 dan kos pos business kit sebanyak RM10.60 (Sem. Malaysia) atau RM21.20 (Sabah/Srwk) untuk mula berkongsi dan menyemai benih (baca: mendapat kepercayaan prospek/customer). Tak sampai seratus pun untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan di zaman segalanya di hujung jari ini, anda tidak perlu menyimpan stok untuk mendapatkan pelanggan.


Jangan risau jika anda rasa anda tak tahu apa2 tentang bisnes ini. Sebab semua orang yang telah berjaya pada hari ini, semuanya bermula dari kosong. Syarikat dan kumpulan bisnes menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong kita supaya kita dapat berjaya bersama-sama.


Bila dah semai benih, pokoknya haruslah sentiasa disiram, dibaja, dijaga sebaik-baiknya agar hasil yang lumayan dapat dituai sesuai dengan usaha yang telah kita curahkan. Mana tahu, walaupun niat asal hanya untuk tambah pendapatan, tapi bila income 4-5 angka dari bisnes ini dicapai, akhirnya anda berhenti daripada makan gaji untuk fokus kepada bisnes ini semata-mata. Tak mustahil ye! Sebab ramai yang telah membuktikannya! 🙂


Jika anda berminat untuk sertai kami, meh hubungi saya di 012-3579599. Nanti saya cerita lebih detail bagaimana nak realisasikannya 🙂


Till then, jom kita apply formula 70/30 ni! 🙂


Love,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


SID: 860722


Ulu Kelang.



Formula 70/30 Mencipta Kekayaan

Wednesday 10 August 2016

7 tahun jerawat teruk di muka, masih adakah cara untuk mengatasinya?

Masih adakah cara untuk mengatasi masalah jerawat teruk di muka yang telah berlarutan sehingga 7 tahun?


Jawapannya, YA, ADA!


cara atasi masalah jerawat


Kalau tak percaya, meh baca testimoni kat bawah ni.. 🙂


https://instagram.com/p/BI4JFpLgjPe/


Alhamdulillah.. selepas mengamalkan Set Kulit Cantik Shaklee, wajah Cik Norizan kembali bebas parut dan jerawat.


Produk Shaklee mana yang beliau amalkan?


Mari kita tonton video ini pula 🙂


https://vimeo.com/114380024


Best kan? Walaupun agak mengambil masa tapi Alhamdulillah, setelah mengamalkan Vita-E Complex, Sustained Release Vita-C Plus, GLA Complex, Collagen Powder dan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite, Cik Norizan berjaya menghilangkan jerawat dan bekas parut yang dah 7 tahun menapak di muka. Biarlah lambat asalkan selamat. Kalau nak pulih dengan bahan2 semulajadi, prosesnya juga perlu berlaku secara secara semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya. InsyaAllah, kesan positif yang ditunggu-tunggu akan pasti tiba! 🙂


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk yang Cik Norizan amalkan, bolehlah hubungi saya di 012-3579599 ye! Walaupun sekarang terasa hodoh seperti katak puru, insyaAllah masih ada peluang bertukar menjadi secantik puteri raja! 🙂


Last but not least,


IMG_0053


Love,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


012-3579599


SID: 860722



7 tahun jerawat teruk di muka, masih adakah cara untuk mengatasinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...