Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 10 January 2015

5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak Menjadi Kenangan Terindah

Setiap ibu hamil pasti mahukan proses bersalin yang mudah, cepat dan selamat, kan? Walaupun apa yang bakal berlaku adalah rezeki masing-masing, namun kita sebagai manusia harus dan boleh merancang agar proses kelahiran berlaku dengan lancar seperti yang kita impikan. Jom saya kongsikan 5 persediaan untuk bersalin yang ibu hamil perlu buat supaya kelahiran anak nanti menjadi satu kenangan yang terindah.


1. Persediaan Lokasi Bersalin


Pertama sekali, kenal pasti lokasi hospital, sama ada hospital swasta ataupun kerajaan, di mana anda mahu bersalin. Ada beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan dalam membuat pemilihan lokasi ini:


♥ Persediaan Bajet


Bajet boleh menjadi satu faktor yang amat besar dalam pemilihan hospital bersalin terutamanya jika anda ingin bersalin di hospital swasta. Jadi, sebelum bersalin, ketahui harga pakej bersalin di hospital yang menjadi pilihan anda supaya anda boleh melakukan persediaan bajet.


Ketahui dan peruntukkan juga dalam bajet anda kos-kos tambahan kecemasan seperti kos untuk bersalin secara pembedahan, kos ubat yang tidak termasuk dalam pakej bersalin, kos wad harian jika bayi anda terpaksa ditahan di NICU atau disebabkan jaundis dan lain-lain.


Secara ringkasnya, bergantung kepada kemudahan yang kita inginkan, wang yang perlu diperuntukkan untuk lokasi bersalin ini bermula dengan RM0 (bagi pekerja kerajaan di hospital kerajaan atau pekerja swasta yang dibiaya penuh oleh syarikat) dan boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit.


♥ Kemudahan yang disediakan


Pemilihan Lokasi Bersalin


Rata-rata ibu hamil yang memilih untuk bersalin di hospital swasta adalah atas sebab mahu kebebasan memilih doktor, wad yang tidak terlalu ramai, dan layanan yang istimewa dari petugas-petugas di hospital.


Tetapi, kemudahan lain seperti kepakaran hospital tersebut dalam mengendalikan situasi kecemasan semasa proses kelahiran juga perlu diambil kira terutama sekali bagi ibu hamil yang mempunyai kehamilan yang berisiko tinggi. Dan bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi anda sepenuhnya, pastikan anda memilih hospital rakan bayi.


♥ Jarak hospital dari rumah


Tak semua orang bernasib baik dapat tinggal berhampiran dengan hospital. Atau mungkin juga ada ibu hamil yang ingin bersalin di hospital yang lebih jauh kerana kemudahannya di situ lebih baik. Jadi, sekiranya anda sudah mengenal pasti di hospital mana anda mahu bersalin, sila bajet masa yang anda perlukan untuk ke sana apabila tiba waktunya nanti. Berapa minit yang anda perlukan untuk ke sana jika anda rasa sakit nak bersalin di waktu puncak? Ada tak jalan pintas/alternatif untuk ke hospital? Persediaan ini adalah bagi memastikan anda atau suami anda tidak kelam kabut dan bagi mengelakkan anda ‘terberanak’ dalam kereta sebelum sempat sampai ke destinasi. :D


2. Persediaan Kelengkapan Ibu dan Bayi


Ini adalah persediaan yang pasti semua ibu bapa tak mungkin lupakan. Sebenarnya, bukan sahaja kelengkapan bayi dan ibu yang bersalin yang disediakan, malah kelengkapan si ayah yang menemani ibu di bilik bersalin juga patut diberi perhatian.


Persediaan Kelengkapan Ibu dan Bayi


♥ Kelengkapan ibu (ke hospital)


Apabila sudah dekat-dekat nak bersalin, 2 barang paling penting yang si ibu wajib bawa bersama ke mana-mana adalah kad atau buku rekod merah semasa mengandung dan juga kad pengenalan. Lain-lain kelengkapan yang perlu disediakan untuk dibawa ke hospital adalah:


  • pakaian (kain batik, kemeja butang depan, coli menyusu, seluar dalam pakai buang, stokin, tudung, dan sepersalinan pakaian ibu dan bayi untuk keluar dari hospital),

  • tuala wanita,

  • peralatan mandi,

  • tisu basah,

  • lampin pakai buang,

  • minyak panas,

  • tuala,

  • bengkung,

  • set berpantang,

  • Thermos

  • Minuman 3-in-1, oat, protein tinggi

  • Kurma

  • Biskut

  • Air selusuh/zam-zam

  • Air mineral/masak

  • Handphone

Pam susu juga sangat digalakkan untuk di bawa ke hospital bagi membantu mengstimulasikan pengeluaran susu sekiranya bayi yang baru lahir sering tidur.


♥ Kelengkapan bayi


Terdapat pelbagai kelengkapan bayi yang perlu disediakan tetapi antara yang paling utama adalah pakaian, lampin pakai buang, peralatan mandi, kelengkapan tidur dan peralatan untuk menyusu.


♥ Kelengkapan ayah


Kadang-kadang ada ibu hamil yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya di dewan bersalin sebelum berjaya melahirkan anak-anaknya dengan selamat. Jadi, jika mahu si ayah menemani ibu sepanjang masa semasa dalam proses bersalin, jangan lupa bawa serba sedikit makanan untuknya ye!


3. Persediaan Ilmu


Bagi memastikan ibu-ibu hamil mendapat kenangan yang indah semasa menyambut kelahiran anak, adalah amat penting untuk anda semua mempersiapkan diri dengan serba sedikit ilmu bagi mengelakkan ‘kejutan’ yang anda tidak ingini.


♥ Ilmu tentang tanda-tanda dan peringkat kelahiran bayi


Tanda-tanda awal kelahiran bayi adalah berbeza bagi setiap wanita dan adalah agak mustahil untuk memastikan di manakah titik mulanya. Ia adalah satu proses di mana badan anda akan mengalami beberapa perubahan bagi bekerjasama membantu melahirkan bayi.  Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, bolehlah dikatakan proses kelahiran sudah bermula:


  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Berurut selepas bersalin


Terdapat 3 peringkat proses kelahiran bayi. Bergantung kepada rezeki masing-masing, ada wanita yang dapat bersalin sejurus beberapa jam tanda-tanda kelahiran ini bermula, tetapi ada juga yang terpaksa menunggu berhari-hari malah sehingga 2 minggu sebelum kelahiran bayi benar-benar berlaku.


Fahami “bahasa badan” anda dan sentiasalah berbincang dengan doktor tentang kerisauan yang sedang anda alami. Dalam kelahiran normal, sakit kontraksi yang berterusan, semakin lama semakin kerap dan semakin pendek selama beberapa jam adalah tanda yang paling jelas untuk anda bersegera ke hospital. Namun begitu, anda juga perlu menghubungi doktor dan menjalani pemeriksaan sekiranya anda mendapati bayi anda semakin kurang bergerak, mengalami pendarahan faraj (mukus disertai dengan ‘darah merah segar’), cecair amnion atau ketuban bocor terlalu banyak atau mengalami sakit seperti demam dan lain-lain yang teruk dan berrterusan.


♥ Ilmu tentang proses bersalin


Anda sudah berasa sakit untuk bersalin yang amat sangat dan anda kini berada di hospital. Itulah pertama kali anda memasuki dewan bersalin dan di situ terdapat pelbagai kelengkapan yang anda tidak fahami apakah fungsinya. Apakah yang perlu anda buat?


Bagi mengelakkan anda terpinga-pinga dengan keadaan sekeliling sedemikian, adalah amat digalakkan untuk anda menghadiri kelas-kelas antenatal, tak kira sama ada yang dianjurkan oleh pihak hospital ataupun kumpulan-kumpulan persendirian. Di situ, anda akan diajar untuk mengenal peringkat-peringkat kelahiran, teknik pernafasan dan posisi yang mudah untuk bersalin, memahami jenis alatan dan ubat yang digunakan untuk kes-kes kecemasan dan pelbagai lagi.


Semasa bersalin, anda mungkin mahu memahami apa yang para bidan dan doktor sedang bualkan sesama mereka dan tujuan mereka melakukan sesuatu perkara terhadap anda. Perlukah mereka melakukan VE (pemeriksaan vagina) dan adakah ia berisiko? Bolehkah elakkan episiotomi? Untuk apakah CTG? Apakah pethidine? Untuk apakah pitocin? Berapa lamakah epidural memberi kesan? Apakah sebab mereka pecahkan ketuban (jika belum pecah)? Apakah pre-eclampsia? Kenapa ada kes tumpah darah? Dan pelbagai persoalan lagi yang mungkin anda ada dapat dijawab dengan menghadiri kelas-kelas ini.


Persediaan Ilmu Semasa Bersalin


Terutamanya bagi ibu-ibu yang mengalami kehamilan berisiko tinggi. Contohnya, mempunyai kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, pembawa kuman GBS dan lain-lain, anda perlu “keep yourself informed” ataupun memastikan anda sentiasa mengambil tahu dan faham risiko yang anda bawa bagi melahirkan bayi tersebut.


Anda juga boleh mendapatkan ilmu ini melalui pembacaan, menonton video dan kumpulan sokongan di media-media sosial. Namun, ia pastinya tidak sama dengan belajar berguru. :)


Persediaan ilmu ini bagi adalah amat penting kerana apabila kita tahu dan faham apa yang sedang berlaku di sekeliling, kita akan lebih mudah untuk membuat keputusan dan lebih mudah menerima apa yang para doktor dan bidan sedang lakukan. Knowledge is empowering!


♥ Ilmu Penyusuan


Menyusukan anak memang nampak mudah sehingga ibu-ibu sendiri melakukan dan melalui cabaran penyusuan itu sendiri. Apatah lagi, jika si ibu adalah wanita yang berkerjaya dan telah bertekad ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun, maka dalamilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya.


Antara cabang ilmu yang perlu ibu-ibu ketahui dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini adalah:


  • Konsep “demand and supply” (permintaan dan penawaran) – Susu ibu akan terhasil lebih banyak apabila terdapat banyak permintaan, iaitu kerap menyusu atau mengepam. Jangan kecewa atau putus asa jika bayi tidak mahu menyusu, menolak puting atau pada awal kelahiran, anda tidak menghasilkan susu. Fahami tentang kolustrum dan kejutkan bayi anda dari tidur setiap 1-2 jam sekali untuk mengstimulasikan penghasilan susu ibu.

  • Posisi menyusu dan cara pelekapan yang betul – Posisi dan cara pelekapan yang salah boleh menyebabkan ibu sakit badan dan puting melecet dan berdarah.

  • Cabaran dalam penyusuan – Ketahui cara mengendalikan stress, letih bangun malam, payudara bengkak, puting terbalik, menghadapi growth spurt, susu merudum dan lain-lain.

  • Makanan dan amalan untuk membanyakkan susu ibu – Seorang ibu yang menyusukan anak wajib minum air masak 3-4 liter sehari dan makan makanan yang berkhasiat dan tinggi protein untuk menghasilkan susu. Terdapat pelbagai makanan yang boleh membantu membanyakkan susu ibu seperti ulam pegaga, ikan tenggiri, halba, lobak putih, alfalfa, broccoli, kurma merah, longan kering, oats dan sebagainya.

  • Pengendalian susu ibu – Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, anda perlu membuat stok susu ibu semasa masih dalam berpantang dan mengetahui cara untuk mengendalikannya apabila mula bekerja nanti. Bagi mengekalkan jumlah susu yang dihasilkan untuk menampung keperluan si bayi, ibu-ibu perlu disiplin dalam mengikuti jadual menyusu/mengepam susu. Pelajari cara untuk menyimpan susu ibu dan cara untuk memanaskannya. Ibu-ibu boleh mendapatkan ilmu penyusuan ini dengan menghadiri kelas-kelas penyusuan ataupun mengikuti panduan yang terdapat dalam buku.

BukuPanduanMenyusu


4. Persediaan Fizikal dan Emosi


Ibu yang mahu bersalin juga harus bersedia dari segi fizikal dan emosi. Ibu yang sihat, tenang dan ceria bukan sahaja dapat melalui proses kelahiran dengan lebih mudah tetapi juga kurang berisiko.


Jadi, antara perkara yang perlu ibu-ibu hamil lakukan adalah:


♥ Mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat sepanjang kehamilan


Mengandung bukanlah satu alasan untuk wanita hamil “makan untuk dua orang.” Apa yang penting adalah kandungan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan ibu dan anak. Jadi, pastikan anda mengamalkan vitamin ibu hamil bagi menampung keperluan tersebut. Elakkan sering makan di luar atau makan makanan segera yang tidak memberi apa-apa khasiat. Elakkan juga minuman bergas, kopi, teh ataupun minuman manis yang lain dan banyakkan minum air masak.


♥ Senaman


Walaupun sedang hamil. ibu-ibu hendaklah sentiasa bersenam. Bukan sahaja untuk tubuh badan yang sihat, tetapi ia juga dapat membantu melatih wanita hamil mendapatkan stamina yang cukup bagi melahirkan bayi dengan lebih mudah. Terdapat pelbagai senaman ringan yang selamat yang para ibu mengandung boleh belajar dan ikut melalui youtube. Jika ragu-ragu untuk melakukannya, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor ye!


Senaman semasa mengandung


♥ Urutan Perineum


Belum ramai wanita yang mengetahui tentang urutan perineum ini walaupun mereka sudah pernah melahirkan anak. Urutan perineum ini boleh dilakukan di akhir-akhir kehamilan sekitar 4-6 minggu sebelum dijangka bersalin. Ia dikatakan dapat membantu menyediakan tisu-tisu di sekitar perineum supaya lebih mudah “kembang” ataupun “terbuka” (stretchable) dan seterusnya membantu mengelakkan episiotomi ataupun koyak semasa bersalin. Jadi, jika anda mahu bersalin dengan mudah tanpa jahitan, bolehlah pelajari teknik mengurut ini dan mempraktikkannya beberapa minggu sebelum melahirkan bayi. Bincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.


Urutan Perineum


♥ Menjaga emosi dan berfikiran positif


Ibu mengandung perlu memelihara emosi mereka agar sentiasa berada dalam keadaan positif, tenang dan ceria kerana ia boleh mempengaruhi keadaan dalam kandungan. Ibu yang tertekan akan menyebabkan kandungan turut tertekan. Ingat, ia memerlukan ‘kerjasama’ kedua-dua belah pihak (ibu dan bayi) untuk memastikan proses kelahiran berjalan lancar.


Ibu yang terlalu negatif, tidak yakin atau takut untuk bersalin akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan kelahiran anak mungkin akan berakhir dengan pembedahan. Jadi, untuk mendapatkan memori indah semasa bersalin, ibu-ibu harus membayangkan yang indah-indah sahaja yang bakal terjadi sejak dalam tempoh kehamilan lagi. Sentiasa ungkapkan kata-kata positif setiap hari kepada diri sendiri dan berbual dalam bayi di dalam kandungan anda agar ikatan terjalin rapat sejak dalam kandungan lagi.


♥ Tingkatkan amalan rohani


Setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ini tidak akan terjadi tanpa izin Allah SWT. Justeru, berdoalah kepada-Nya meminta agar dipermudahkan proses kelahiran. Tingkatkan amalan rohani dengan melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, solat tahajjud dan solat hajat setiap hari, berzikir dan mengaji Al-Quran. Amalkan selalu membaca surah-surah untuk ibu mengandung seperti surah Maryam, surah Luqman, surah Yassin, surah Toha, surah Al-Hujurat dan suruh Yusuf – moga-moga proses bersalin dipermudahkan.


Jangan lupa sentiasa memohon maaf kepada suami, ibu bapa, ibu bapa mertua dan orang-orang sekeliling anda dan meminta mereka mendoakan anda. Semasa mengalami sakit untuk bersalin, alunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan sentiasa membaca doa Nabi Yunus. InsyaAllah, anda akan mendapat kekuatan dan kemudahan untuk melahirkan bayi anda.


Doa Nabi Yunus


 5. Persediaan Berpantang


Apabila sudah hampir hendak bersalin, ibu-ibu hamil juga harus melakukan persediaan untuk berpantang. Buat rancangan di mana anda hendak berpantang, bersama siapa, bagaimana anda hendak melaluinya dan ketahui serba sedikit pantang larang yang perlu anda ikut supaya dapat pulih dengan baik selepas bersalin. Antara perkara yang perlu disediakan ialah:


Berurut selepas bersalin


  • Cari dan buat temu janji dengan tukang urut atau penjaga pantang – Selepas bersalin, ibu-ibu semua perlu berurut, bertungku, berbengkung, bertangas dan lain-lain bagi mempercepatkan proses pemulihan, pengeluaran susu dan pengecutan rahim. Jika berpantang di bandar, anda perlu melakukan pencarian ini seawal 4-5 bulan kehamilan. Di zaman moden ini, tukang urut selepas bersalin ataupun penjaga pantang (confinement lady) adalah satu kerjaya yang serius. Mereka mempunyai jadual yang penuh dan anda perlu membuat temujanji dengan mereka seawal mungkin bagi memastikan anda mendapat tukang urut ataupun penjaga pantang yang sesuai dan boleh dipercayai. Walaupun anda berpantang di kampung ataupun mempunyai orang tua yang lebih berpengalaman yang menjaga anda, pastikan soal tukang urut ini tidak terlepas pandang.

  • Pengurusan rumah tangga semasa berpantang – Kebiasaannya, semua urusan rumah tangga seperti menguruskan anak, membersih, mengemas, membasuh, memasak adalah dilakukan oleh si ibu. Namun, apabila ibu sedang berpantang, satu persediaan perlu dibuat bagi memastikan tugas-tugas yang sama dapat disempurnakan dengan baik terutamanya jika si ibu berpantang sendiri tanpa dijaga oleh sesiapa sepenuh masa. Jadi, bincanglah dengan suami dan anak-anak (jika mereka sudah besar) bagi mengatur semula jadual rumah tangga dan mencari jalan penyelesaian untuk kesenangan semua pihak.

  • Set dan kelengkapan berpantang – Semasa mengandung, wanita mengalami perubahan fisiologi dari segi dalaman dan juga luaran. Jadi, untuk mengembalikan bentuk tubuh dan memulihkan semula kesihatan luaran dan dalaman, ibu yang sudah bersalin perlu mengamal dan menggunakan set dan kelengkapan berpantang. Untuk penjagaan dari dalam, para ibu mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan set berpantang tradisional (jamu) ataupun set berpantang moden (vitamin). Manakala untuk penjagaan dari luar pula, ibu-ibu hendaklah menyediakan kelengkapan sekurang-kurangnya tungku dan bengkung yang perlu diamalkan sepanjang tempoh berpantang.

  • Penjagaan bayi semasa berpantang – Beberapa perkara tentang penjagaan awal bayi juga perlu diambil tahu terutamanya bagi ibu yang bersalin buat pertama kali dan berpantang sendiri. Antara yang penting ialah cara mandi bayi, penjagaan tali pusat bayi, tungku bayi dan pengurusan uri bayi.

  • Mandi wiladah/nifas – Bagi wanita muslim, pelajari juga ilmu tentang cara dan pada waktu bila perlu anda mandi wiladah dan juga nifas.

  • Isu yang biasa timbul semasa berpantang – Susu lambat keluar, keguguran rambut, bayi mengalami “cholic” dan jaundis, ibu mengalami sembelit ataupun buasir dan luka lambat sembuh semasa berpantang adalah antara dilemma yang sering dialami oleh kebanyakan ibu yang baru bersalin. Jadi, bagi memastikan tempoh berpantang berjalan lancar, ibu-ibu hamil boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi-situasi tersebut sekiranya berlaku.

Demikianlah 5 persediaan yang ibu hamil perlu lakukan sebelum bersalin agar ketibaan bayi yang dinanti-nanti berjalan dengan lancar dan selamat. Ia bukanlah sesuatu yang wajib diikuti tetapi boleh dijadikan panduan buat ibu bapa agar lebih bersedia menerima sebarang kemungkinan. Kita hanya mampu merancang, dan bertawakkallah kepada Allah yang Maha Menentukan.


Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua! :)


Salam sayang,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai


Shaklee ID: 860722


012-3579599



5 Persediaan Untuk Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Buat Supaya Kelahiran Anak Menjadi Kenangan Terindah

Tuesday 6 January 2015

Checklist Kelengkapan Menyambut Kelahiran Anak Pertama

“Hmmmm… sedapnyaaaaaa bau baby!!” :):):)


Itulah yang seringkali saya ungkapkan apabila ada di kalangan teman yang melahirkan cahaya mata. Bau dari syurga yang sangat harum ini pastinya membuatkan semua ibu bapa yang sedang menanti giliran untuk melahirkan anak tak sabar-sabar untuk menerima kehadiran orang baru dan menyediakan kelengkapan bayi – terutama sekali jika mereka ingin menyambut kelahiran anak yang pertama. :)


Checklist kelengkapan menyambut kelahiran anak Foto credit Google


So, barang apa nak beli ni??


Meh saya share checklist kelengkapan menyambut kelahiran anak-anak saya: :D


1. Pakaian Bayi


  • Baju tidur → baju lengan panjang, seluar panjang, pyjama suit

  • Baju siang → Baju lengan pendek, seluar pendek/panjang, atau rompers dan leggings

  • Jika cuaca panas → baju lubang-lubang, baju tanpa lengan

  • Stokin dan sarung tangan

  • Topi atau hairband (optional)

  • Kain bedung

  • Lampin pakai buang atau cloth diapers

2. Kelengkapan Bilik Tidur Bayi


  • Tilam dan bantal bayi (kekabu atau span)

  • Katil bayi (Cribs/cots atau playpens)

  • Kelambu

  • Alas/Cadar

  • Selimut

3. Kelengkapan Membersihkan Bayi


  • Besen Mandi

  • Kelengkapan mandian (sabun, syampu)

  • Tuala

  • Tisu Basah

  • Minyak Telon

  • Kapas atau cotton bud untuk membersihkan tali pusat, earwax

  • Bedak/Sikat/Losyen/Pengetip kuku bayi

  • Tungku bayi

4. Kelengkapan Penyusuan Bayi


  • Pam susu (manual/elektrik/single pump/double pump) jika ibu ingin menyusukan bayi

  • Botol penyimpanan susu (2oz dan 5 oz). Saya cadangkan beli botol 2oz bagi memberi motivasi kepada ibu  untuk mengepam lebih lagi apabila melihat botol tersebut cepat penuh :)

  • Botol susu

  • Berus botol

  • Sabun membersihkan botol susu

  • Sterilizer dan warmer

  • Poncho, shawl or pashmina untuk persediaan menyusu di tempat awam

  • Thermos

  • Beg susu – cooler bag, pump bag

  • Ice packs

  • Supplement ibu menyusu

5. Peralatan-peralatan lain


  • Stroller atau baby carrier (ring sling, SSC, may thai, etc..) jika ibu bapa ingin babywearing bayi mereka

  • Bouncer

  • Buaian

  • Mainan

So, itulah dia checklist yang saya buat dulu. Diharap dapat memberi serba sedikit panduan kepada anda yang baru hendak menimang cahaya mata. Of course, saya tak membeli semuanya sebelum bersalin. Ada yang saya beli sedikit demi sedikit dan ada yang dihadiahkan oleh keluarga dan kawan-kawan. :)


Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya pada bila-bila masa di 012-3579599.


Selamat menimang cahaya mata! :)


Salam sayang,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di Kuala Lumour


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Checklist Kelengkapan Menyambut Kelahiran Anak Pertama

Monday 5 January 2015

Tarbiyah Dari Anak Syurga RKKTBC

This entry has been long overdue… Saya mahu mencoretkannya di sini sebagai peringatan buat diri sendiri dan mungkin memberi manfaat kepada mereka yang membacanya….


Alhamdulillah…segala puji bagi Allah dan setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kepada-Nya atas kesempatan yang Dia berikan buat saya untuk melawat Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras (RKKTBC) pada hari Ahad, 14 Dec 2014, baru-baru ini.  Tarbiyah dari Allah melalui anak-anak syurga ini sangat membuka mata saya dan tak kurang juga yang amat menyentuh hati…


Sudah lama sebenarnya saya teringin untuk mendekati golongan ini. Golongan anak-anak kecil yang kurang bernasib baik. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu menjadikan impian ini satu realiti bersama dengan warga Rich Family. Sepanjang November 2014 yang lalu, kami telah melancarkan tabung Back to School 2015 dan bertekad untuk memberikan sebahagian dari hasil keuntungan jualan sepanjang bulan tersebut kepada penghuni RKKTBC sebagai persiapan mereka untuk kembali ke sekolah pada tahun 2015 nanti.


From left: yours truly, ida, mien, diha, lydzar & siti[/caption]

 


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sumbangan untuk menjayakan program kami ini. Sebanyak RM5757 telah berjaya dikumpulkan di mana 50% daripadanya telah dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah untuk 70 orang penghuni rumah ini yang akan bersekolah pada tahun 2015. Manakala selebihnya diserahkan kepada pihak pengurusan RKKTBC ini untuk membiayai kos barang-barang keperluan seharian  atau apa saja kebajikan kanak-kanak yang berada di situ.


Latar belakang kanak-kanak di RKKTBC


Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras ini menempatkan bayi dan kanak-kanak seawal usia 1 hari hingga 12 tahun. Menurut pegawai yang bertugas, selain dari 70 orang kanak-kanak yang bersekolah, terdapat juga kanak-kanak di taska dan 50 orang bayi (usia 1 hari hingga 2 tahun).


photo 1

Pintu depan RKKTBC


 


Pada mulanya kami menyangkakan rumah ini hanya menempatkan anak-anak yang kehilangan ibu bapa, tetapi sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya, RKKTBC juga adalah rumah kebajikan untuk kanak-kanak yang diletakkan di bawah perintah mahkamah, contohnya seperti atas sebab dibuang, diabaikan, didera, ibu bapa dimasukkan penjara, anak luar nikah dan pelbagai lagi.


Jadi, tidak hairanlah peraturan yang dikenakan ke atas kami ketika sesi lawatan amat ketat. Di bawah peraturan semasa di RKKTBC, kami tidak dibenarkan untuk datang bersama anak-anak kami, mengambil gambar anak-anak ini ataupun menggunakan handphone semasa sesi lawatan. Ianya semua bertujuan tidak lain tidak bukan adalah bagi menjaga emosi anak-anak ini.


Namun begitu, ia bukanlah penghalang bagi kami untuk mencipta satu memori baru bersama mereka. Alhamdulillah..kami diberi peluang untuk mendekati 20 orang daripada penghuni RKKTBC ini. Dalam tempoh masa yang diberikan kurang dari satu jam, kami berpeluang untuk mengadakan sesi potong kek (specially made by Puan Siti) dan mengagih-agihkan barang mainan terpakai tetapi masih elok yang dibawa oleh Puan Ida Khairani bersama-sama mereka.


Pada mulanya mereka memanggil kami semua “kakak”. Hihi. Pandai ye budak-budak ni nak ambil hati. Tapi kami meminta mereka memanggil kami aunty. Panggilan kakak tu rasa macam muda sangatlah pulak untuk kami semua yang dah lama masuk 3 series ni. :)


Alhamdulillah.. wajah polos kanak-kanak ini jelas sekali kelihatan gembira menerima kedatangan kami. Berebut-rebut anak syurga ini untuk makan kek dan mendapatkan mainan yang dibawa. Mungkin bagi kebanyakan anak kita di rumah – patung yang dah tercabut sebelah mata, kereta yang dah kehilangan tayar, papan hitam yang kehilangan penselnya, etc etc – bukan lagi menjadi perhatian mereka. Tapi, bagi anak-anak syurga RKKTBC ini, setiap satu mainan yang kami beri, mereka ambil dengan penuh penghargaan dan perasaan teruja. (Walaupun mainan yang mereka dapat tak begitu cukup sifat). Masya Allah… tatkala melihat senario itu di hadapan mata saya, saya terkenangkan anak-anak lelaki saya yang amat dimanjakan di rumah. Sejak dari kecil, anak-anak saya mempunyai pilihan, tapi bagi anak-anak ini, apakah pilihan yang mereka ada?


[caption id=”” align=”aligncenter” width=”640″> Credit gambar Google

 


 


Seperti juga kanak-kanak lain, di kalangan anak-anak RKKTBC ini ada yang lasak, agresif… dan ada yang pasif, suka mendiamkan diri. Yang pasti, di sebalik setiap wajah itu tersimpan 1001 kisah duka yang amat menyentuh hati dan tak mungkin saya dapat fahami sepenuhnya dalam ruang masa yang diberi.


Cukup dengan satu kisah kanak-kanak yang sempat saya ketahui ketika berbual dengannya di situ. Anak syurga tersebut baru sahaja menjejakkan kaki ke RKKTBC. Dia berusia linkungan 10 tahun dan sepanjang hidupnya dia tidak pernah bersekolah. Pilu saya mendengarnya apabila dia mengatakan ibu ayahnya sudah berpisah dah dia sering dipukul dengan tayar motor. MasyaAllah… Berat sungguh dugaan yang dipikul bahu anak kecil ini. :( Ramai lagi di kalangan mereka yang mempunyai bekas-bekas luka dan parut di anggota-anggota badan dan sesungguhnya tak mampu saya untuk membayangkan apakah yang telah terjadi ke atas mereka semua…


Selain dari kanak-kanak yang kami temui ini, RKKTBC juga mempunyai sebuah bilik khas untuk bayi berusia 0-2 tahun. Kami tidak dibenarkan masuk, tapi cukup dari pintu bilik tersebut, kami dapat lihat berpuluh-puluh buah katil yang menempatkan bayi-bayi yang sangat comel. Mereka di situ atas pelbagai sebab – dibuang, anak luar nikah, diserahkan sendiri oleh ibu bapa yang tak berkemampuan dan pelbagai lagi. Yang mendukacitakan sekali, walaupun ramai orang awam yang ingin mengambil mereka sebagai anak angkat, bayi-bayi ini tidak boleh diserahkan jika mereka masih mempunyai ibu bapa yang masih hidup. Walaupun ibu bapa mereka ini tidak pernah mengendahkan mereka, tetapi selagi tiada berlaku penyerahan hak penjagaan, bayi-bayi ini tidak boleh diserahkan kepada mana-mana pihak.  Sangat irritating kan?


Pekerja yang menjaga bayi-bayi ini pula hanya seramai 2-3 orang. Cuba anda bayangkan… kalau kita lepas bersalin nak jaga seorang bayi yang selalu bangun tengah malam pun amat memenatkan dan menguji kesabaran, apatah lagi mereka yang hanya 2-3 orang sahaja ini yang perlu menguruskan 50 orang bayi siang dan malam? Walaupun ada shift siang dan malam, tenaga kerja yang ada bagi saya amatlah tidak mencukupi. Nak salin lampin, bancuh susu, bagi makan, seorang demi seorang. Bayi yang masih kecil seawal usia satu hari atau beberapa bulan perlu dipangku ketika memberi susu agar mereka tidak tersedak. Jadi, bayangkan ada 50 orang bayi di satu tempat yang sama. Bila seorang bayi menangis mahukan susu, pasti yang lain pun akan terbangkit tidur dan menangis sama. Tapi mahu tidak mahu, bayi-bayi ini terpaksa menunggu giliran untuk dipujuk. Saya terbayang anak-anak kecil saya jika mereka dibiarkan menangis berlarutan. Ya Allah…Kesiannn….sangat2 kesiann… Bak kata petugas di situ, Alhamdulillah keperluan fizikal bayi-bayi ini mencukupi, tapi mereka sangat kekurangan kasih sayang. Yup… tell me about it!


RKKTBC 1


Jika anda seorang yang berkelapangan dan sukakan bayi, anda boleh menjadi sukarelawan di sini pada bila-bila masa walaupun hanya untuk sejam dua. (Hanya perlu isi borang). Walaupun penat, jangan bimbang… Allah sudah menyediakan ganjaran dan pahala yang amat-amat besar bagi mereka yang memelihara dan menyayangi anak-anak yatim.


Sesungguhnya tarbiyah yang Allah berikan kepada saya semasa melawat RKKTBC ini amat besar. Saya sekali lagi belajar erti kesyukuran melalui anak-anak syurga ini. Mereka mengajar saya untuk bekerja lebih keras bagi membantu dan menggembirakan lebih ramai orang. Dan yang penting sekali, saya perlu kerja lebih kuat bagi menyediakan keperluan masa depan anak-anak saya secukupnya sebagai persediaan andainya saya awal dijemput Ilahi. Ya rabbi…semoga Engkau permudahlah urusan hamba-Mu ini…. Amin..


Salam hormat,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Tarbiyah Dari Anak Syurga RKKTBC

Sunday 4 January 2015

Pemenang Give Away by Fara: Power Bank PINENG 10000mAH Untuk Dimenangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca RahsiaVitaminIbu.Com!


Apa khabar semua? Sebelum saya mengumumkan siapakah pemenang bertuah GIVE AWAY yang saya lancarkan bulan lepas, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan kepada anda semua SELAMAT TAHUN BARU 2015. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua dalam semua perkara – kerjaya, keluarga, kesihatan, rezeki dan lain-lain. Didoakan juga agar semua hajat, azam dan resolusi yang kita dah set pada awal tahun ini akan tercapai dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya.


Ok, now back to the topic. Mesti korang dah tak sabar-sabar nak tahu siapa pemenangnya kan? Hihihi.


Tapi, sebelum tu, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang telah menyertai give away ini. First time saya buat ni tau. :D


Walaupun penyertaan untuk pertama kali ini tidaklah semeriah give away orang lain, saya sangat2 hargai kesudian anda semua yang telah menjawab soalan untuk ketiga-tiga video dalam give away tersebut. Jutaan terima kasih saya ucapkan sekali lagi. So, special appreciation from me to all of you yang join GA ni, saya akan letakkan URL blog anda di bloglist blog ini sepanjang bulan Januari ini. :) Honestly, saya sangat seronok dan enjoy baca jawapan-jawapan dari anda semua. Macam-macam bentuk jawapan yang saya jumpa. Masa nak pilih pemenang ni, terasa macam jadi cikgu semak kertas jawapan murid pun ada. :D


Ada juga hikmahnya bila yang join GA ni tak ramai. Kalau tak, mungkin saya lagi pening nak baca dan pilih siapa pemenangnya :)


Ok, tanpa melengahkan masa… inilah dia jawapan yang paling kreatif dan lengkap yang saya telah pilih sebagai pemenang!!


pemenang GA

Tahniah Shad!


 


Sekalung tahniah kepada saudari Shad dari http://akuvsdiashadhira.blogspot.com!


Anda adalah pemenang untuk Give Away By Fara: Power bank Pineng 10000mAH Untuk Dimenangi.


Jangan lupa hubungi saya di talian 012-3579599 untuk memberi alamat yang lengkap bagi penghantaran power bank ini ye!


Sebelum mengakhiri entry ini, just want to share with you all the TRIPLE PROMOTION i.e Vivix, Alfalfa dan Chewable Vitalea for Kids yang berlangsung sepanjang bulan ini. Promosi Shaklee Januari 2015


Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya, ok! Boleh roger2 saya di 012-3579599 for FREE Consultation.


Semoga tahun 2015 membawa sinar ceria kepada kita semua :)


Salam sayang,


Fara Fadzil


SIDPro 860722


012-357 9599


Kuala Lumpur



Pemenang Give Away by Fara: Power Bank PINENG 10000mAH Untuk Dimenangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...