Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Sunday 15 February 2015

Cara Naikkan Hb Dari 8.7 Kepada 11 Dalam Masa Dua Minggu Sampai Nurse Pun Terkejut

Siapa-siapa yang mengandung yang melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan pasti pernah ‘dimarahi’ oleh JM kalau dia mendapati kandungan hemoglobin (hb) dalam badan si ibu rendah, kurang daripada 11. So, apa nak buat?


Jangan gusar.. Di bawah ni, ada kisah benar dari Puan Aya Chalo tentang cara naikkan Hb dari 8.7 kepada 11 dalam masa dua minggu sampai nurse pun terkejut!


Jom tengok apakah yang beliau telah lakukan…


http://vimeo.com/114784188?from=facebook


Risiko dan simptom anemia semasa mengandung


Alhamdulillah..tahniah kepada Puan Aya Chalo kerana berjaya bebas dari anemia semasa mengandung dengan vitamin ibu hamil yang semulajadi. Ibu-ibu hamil di luar sana jangan ambil enteng ye kalau ada masalah anemia ataupun hb rendah ni. Tahu tak, kalau ibu-ibu tidak mengatasi isu anemia ini dengan segera, anda akan terdedah dengan risiko yang sehingga boleh membawa maut! Atau paling tidak pun, anemia ini boleh membawa risiko kepada:


  • Kelahiran bayi pramatang ataupun kurang berat

  • Pemindahan darah akibat tumpah darah/kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi

  • Kemurungan selepas bersalin ataupun meroyan

  • Mendapat bayi yang mempunyai masalah anemia

  • Mendapat anak yang mengalami kelembapan pertumbuhan

Anemia Semasa Hamil


Jadi, berjaga-jagalah jika anda mempunyai simptom-simptom anemia seperti berikut:


  • Kulit, bibir dan kuku yang pucat

  • Sentiasa merasa letih dan lemah

  • Mudah sesak nafas atau semput

  • Sering berdebar-debar atau jantung berdegup laju

  • Sukar untuk fokus

Naikkan Hb Macam Puan Aya Chalo


Jadi, kalau ada yang masih terbelenggu dengan isu anemia ini, bertindaklah seperti Puan Aya Chalo untuk membebaskan diri daripadanya. Anda boleh mendapatkan apa yang Puan Aya Chalo secara online dengan menekan butang di bawah ini:


order set tenaga


Atau anda boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pesanan di 012-3579599. Penghantaran COD percuma disediakan di kawasan sekitar Ulu Kelang – Taman Melawati, Taman Permata, Keramat AU, Wangsa Maju, Setapak, Sri Rampai, Setiawangsa, Taman Melati.


Jaga diri baik-baik ye ibu-ibu semua :)


Till then,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee No. 2 di Kuala Lumpur


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Cara Naikkan Hb Dari 8.7 Kepada 11 Dalam Masa Dua Minggu Sampai Nurse Pun Terkejut

Friday 13 February 2015

Sembelit Semasa Berpantang Sampai Serik Nak Beranak Lagi. Adakah Cara Untuk Mengelakkannya?

Mana-mana ibu yang pernah mengalami sembelit semasa berpantang pasti mengetahui betapa perit dan seksanya melalui keadaan tersebut. Adakah cara untuk mengelakkannya?


Dek kerana sembelit, sampai serik nak beranak lagi pun ada. Sudahlah najis keras, terpaksa pula duduk dalam toilet yang berlantai sejuk tu lama-lama. Sampai luka-luka keluar darah sebab nak keluarkan najis. Belumpun sembuh luka bersalin , dah ditambah pula dengan luka sembelit. Lepas tu, berangin pula satu badan sebab lama sangat duduk dalam tandas. Lalu bertambah-tambahlah seksa si ibu untuk menjalani proses pantangnya dengan baik.


Cara Elak Sembelit Semasa Berpantang


Puan Khadeejah Hasmad dalam video ini juga mengalami sembelit yang sangat teruk semasa melahirkan anak pertamanya. Namun, dia mendapat pengalaman yang 360° berbeza semasa berpantang anak kedua. Langsung tak sembelit. Luka pun cepat baik dan badan pun segera kembali cergas dan bertenaga.


Apakah rahsia beliau? Jom saksikan video di bawah ini..


http://vimeo.com/115733278?from=facebook


Wahh!! Sungguh best pengalaman berpantang yang ibu muda ini alami kan? Dengan pilihan set bersalin yang tepat semasa berpantang anak kedua, badannya cepat kembali bertenaga, nifas cepat kering, badan cepat kurus walaupun tidak berbengkung dan paling penting tiada lagi trauma untuk ke tandas kerana sembelit!


Memang superb kan? Kalau nak alami pengalaman best macam ibu ini, cepat-cepat hubungi saya di 012-3579599 untuk pesanan :)


Atau kalau nak baca lagi tentang kehebatan set bersalin yang beliau amalkan, boleh klik sini dan sini.


Jangan segan-segan untuk hubungi saya di 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang produk ataupun pengalaman saya sendiri k :)


Saya tahu dan faham bahawa sembelit itu sangat memeritkan. Luka yang lambat sembuh juga sangat menyeksakan. Badan yang lemah semasa berpantang amat memurungkan. Sebab saya juga mengalaminya semasa berpantang anak pertama. Namun, segalanya berbeza semasa berpantang anak kedua walaupun berpantang sendiri selepas mengenali Shaklee.


Jangan serik untuk beranak lagi kerana tak tahan dengan dunia pantang, Kerana ada solusinya!


Salam sayang dari seorang ibu kepada semua ibu di luar sana,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


Shaklee ID – 860722


012-3579599



Sembelit Semasa Berpantang Sampai Serik Nak Beranak Lagi. Adakah Cara Untuk Mengelakkannya?

Tuesday 10 February 2015

SEGMEN PROJEK SYUKUR

Assalamualaikum..


It’s not a contest, not a give away.. tapi segmen yang mengajak kita untuk mensyukuri nikmat di sekeliling kita. Mengajak kita menambah pahala :)


Kalau nak join, klik banner kat bawah ni:


Segmen Projek Syukur


Syarat2:


1. Buat entry bertajuk “SEGMEN PROJEK SYUKUR

2. Copy banner & backlink ke entry ini.

3. Senaraikan antara 10 perkara YANG ANDA SYUKURI dalam hidup anda..

Cth: 1. Aku bersyukur …

4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

5. Done.


Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri setiap hari. But, here are 10 of them for today:


1. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk bangun pagi pada hari ini dan mendapati suami dan anak-anak masih bersamaku dalam keadaan sihat dan sempurna. Terima kasih atas pinjaman oksigen di muka bumi ini yang membenarkan kami untuk bernafas setiap saat.


2. Alhamdulillah…terima kasih ya Allah kerana memberi ruang masa kepadaku untuk menyertai aerobik pada tengah hari tadi walaupun terlalu sibuk dengan kerja2 di ofis bagi menjaga kesihatan tubuh badan yang telah Engkau kurniakan.


3. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas rezeki makanan, kenderaan dan tempat tinggal yang baik yang Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga.


4. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana melahirkan aku dalam keluarga beragama Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dan memberikan hidayah kepada kami setiap hari. Terima kasih kerana mengurniakan ibu bapa, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang tidak berpecah belah, bersengketa dan berhasad dengki.


5. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau melapangkan dan memudahkan segala urusanku pada hari ini


6. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan suami yang sangat melengkapi kekurangan diri ini dan memberikan kami anak-anak yang bijak dan hebat.


7. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana anak sulungku, Irfan Haziq telah berjaya melalui hari pertama tanpa diapers (di siang hari) dengan jayanya. Terima kasih ya Allah kerana sehingga ke saat aku menaip ini sudah lebih 15 jam dia tidak menggunakan diapers dan pandai memberitahu bila masa dia mahu ke toilet.


8. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau memelihara suami dan anak-anakku dengan baik tatkala mereka tidak berada di hadapan mataku.


9. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan customers Shaklee setiap hari dan memberi manfaat yang baik kepada mereka melalui supplement yang mereka amalkan. Terima kasih ya Allah kerana Engkau memberi aku peluang untuk berkongsi kebaikan kepada mereka.


10. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku untuk bertemu dengan insan-insan hebat melalui group Jutawan, iReach, Rich.Family dan Miracles yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa mengingatkan aku untuk lebih dekat dengan-Mu.


Subhanallah…Alhamdulillah..Allahuakbar..


Syukur ya Allah atas semua nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami……



SEGMEN PROJEK SYUKUR

KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA - DOA IBU, AIRMATA IBU, FIKIR IBU

Apa yang saya bakal kongsikan tentang ‘ KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA’ di sini saya copypaste dari whatsapp… yang sumbernya dikatakan hasil nukilan Ustaz Ebit Lew. Sama ada benar ataupun tidak, saya mohon izin dan halalkan saya untuk berkongsi kepada lebih ramai orang lagi melalui medium blog rahsiavitaminibu.com ini… Dan terima kasih daun keladi! :)


Perkongsian ini bukan hanya untuk para pembaca, tetapi terutama sekali sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga bermanfaat!


Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.


Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil..


Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.


Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..


Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa puan.. InsyaAllah dia akan jadi orang hebat… Allah baik. Maha Penyayang. Allah suka sangkaan yang baik….


InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat.


Macam tu yer ustaz?


Yer! puan tukar sangkaan dan doa pada dia. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik, itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.


Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya. Akan tetapi beliau sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang, seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.


Dengan sangkaan dan harapan yang baik, barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut, bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak.


Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.


Selepas beberapa minggu, dia datang dan dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah.


Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah…sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak…


Saya ingat emak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau. Bila kau jaga agama walaupun siang malam kena hina, misti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.


Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..


Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal, itu tandanya mereka bakal Daie besar..


Jika anak asyik bercakap tak berhenti, itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..


Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit…


Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang, itu kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..


Anak kuat menangis, insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang yang mudah menangis masa berdoa dan dalam solat serta rajin membuat amal baik..


Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.


Anak remaja yang dah besar macam-macam permintaannya ada. Itu tandanya mereka perlu dibawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..


Anak remaja suka menyendiri. Mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..


Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik-beradik lain.


Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak…


Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan-perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa ke majlis ilmu..


Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam…


Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.


Ya Allah jadikanlah anak-anak kami daieMu yang berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.


Ya Allah terimalah kami semua.


Ustaz Ebit Lew


Doa-ibu-bapa

TERUSKAN PANDANG BAIK

SANGKA BAIK

FIKIR YANG BAIK


dan DOA YANG BAIK-BAIK…


Notakaki: Ya Allah…banyaknya perkara yang saya perlu perbaiki lagi…


Till then,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


ID: 860722


012-3479599



KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA - DOA IBU, AIRMATA IBU, FIKIR IBU

Monday 2 February 2015

Ostematrix - Pil Kalsium Terbaik Untuk Memelihara Kesihatan Tulang

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee, saya PALING SUKA Ostematrix. Bagi saya, Ostematrix ni bukan sahaja pil kalsium terbaik untuk memelihara kesihatan tulang, tetapi juga banyak membantu saya dalam mendapatkan tidur yang lena, bangkit dengan rasa bertenaga dan juga melancarkan proses pembuangan setiap pagi :D


Perbezaan Ostematrix Shaklee


Hebatnya Ostematrix ini kerana ia bukan sekadar kalsium semata-mata. Selain dari kalsium, Ostematrix turut dilengkapi dengan matriks nutrien yang lain iaitu Magnesium, Vitamin D3, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron bagi membina dan mengekalkan tulang yang kuat.


Kandungan Ostematrix Bantu Bina Tulang Yang Kuat


 


Setiap hidangan Ostematrix (4 kapsul) membekalkan:


  • 1000 mg (100% Keperluan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.

  • 400 mg (100% Keperluan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke daam tulang dan menguatkannya.

  • 400 IU (100% Keperluan Harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kandungan Ostematrix Kandungan Ostematrix dalam SATU (1) kapsul OsteMatrix


 


6 Manfaat Utama OsteMatrix Selain Memelihara Kesihatan Tulang


Bila sebut pasal OsteMatrix, pasti ramai yang membayangkan fungsi utamanya untuk membekalkan kalsium bagi membina dan menguatkan tulang. Ya, yang itu memang sudah pasti. Kita memerlukan kalsium yang cukup setiap hari bagi menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan menyokong sistem saraf. Ia juga penting dalam merawat tulang yang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


OsteMatrix Untuk Tulang Yang Kuat


Namun, bukan itu sahaja! Berikut disenaraikan 6 lagi manfaat utama yang boleh diperolehi jika anda mengamalkan OsteMatrix:


1. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas


Pengambilan kalsium sebelum tidur akan membantu memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis. Wanita yang pernah hamil mungkin selalu/pernah mengalami kekejangan di tengah-tengah malam atau mengalami bengkak kaki. Itu adalah salah satu tanda bahawa mereka kekurangan kalsium.


2. Memberikan tidur yang lebih lena


Ostematrix juga berfungsi untuk membantu meringankan stress dengan memberikan tidur yang lebih lena. Ini kerana di dalam OsteMatrix turut mengandungi Magnesium yang sangat membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti. Kekurangan unsur Magnesium ini seringkali dikaitkan dengan masalah insomnia dan seterusnya menjadi punca seseorang berasa letih dan tertekan di siang hari. Kalsium dan magnesium di dalam OsteMatrix bekerjasama untuk mengecut dan merehatkan otot semasa tidur dan seterusnya memberikan tidur yang lebih lena kepada si pengamalnya.


3. Memperbaiki masalah haid


Senggugut tatkala datang bulan boleh menjadi sesuatu yang sangat kritikal. Ada wanita yang mengalami kekejangan perut sehingga pengsan akibat senggugut setiap kali datang haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak berupaya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika haid ini.


4. Pengalkalian Tubuh


Proses metabolisma, pemakanan dan pendedahan kepada radikal bebas menyebabkan badan kita sentiasa berasid. Bagi mengimbangi semula pH badan, OsteMatrix yang bersifat alkali ini boleh membantu meneutralkan keadaan asid tersebut.


5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik


Disebabkan oleh kealkalian OsteMatrix, maka ia juga dapat membantu memperbaiki hiperaktiviti perut dan juga sakit gastrik. Dengan mengamalkan OsteMatrix secara konsisten, insyaAllah kesan daripada rembesan asid kuat hidroklorik yang berlebihan untuk mencernakan makanan di dalam perut dapat diringankan.


6. Membantu dalam pelawasan


Kehadiran magnesium di dalam OsteMatrix menjadikan ianya sangat sesuai untuk digunakan untuk membantu mengatasi masalah sembelit. Magnesium adalah mineral yang banyak terkandung dalam makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan menjadikannya satu nutrisi penting untuk pelawasan.


Jadi, itulah dia 6 lagi kebaikan OsteMatrix yang membezakannya dengan pil kalsium yang lain yang berada di pasaran. Terbukti ianya lebih dari kalsium semata-mata! :)


Harga OsteMatrix Shaklee


Harga Ostematrix Shaklee adalah RM61 sebotol.


Untuk mendapatkan 100% kalsium harian anda (1000 mg), anda perlu mengambil 4 biji OsteMatrix setiap hari. Setiap botol OsteMatrix mengandungi 120 biji, dan adalah untuk kegunaan dalam masa sebulan.


Untuk mendapatkan penjimatan sehingga 20% ke atas pembelian OsteMatrix (dan/atau mana-mana produk Shaklee yang lain), anda boleh mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan yuran penyertaan sebanyak RM65 seumur hidup. Sila hubungi 012-3579599 untuk pesanan dan pertanyaan lanjut.


Jom jaga kesihatan tulang kita!


Fara Fadzil


Shaklee ID: 860722


012-3579599



Ostematrix - Pil Kalsium Terbaik Untuk Memelihara Kesihatan Tulang

Sunday 1 February 2015

Promosi Gempak Februari - Dari Anak Sampai ke Tok Nenek Tak Terkecuali!

Assalamualaikum.. Welcome February! :)


Sorry for the long hiatus.. ada isu teknikal dengan blog ni sampai berminggu-minggu saya tak boleh nak login :(


Anyway, tak sabar-sabar saya nak announce promosi gempak bulan Februari ni. Kalau dulu satu je item yang ada promosi setiap bulan, pastu dua, pastu last month 3 items.. tapi bulan Februari ni sampai EMPAT (4) barang yang Shaklee letak sebagai item promosi!! So kali ni, semua orang dalam family dapat enjoy supplement favourite mereka! Dari anak sampai ke tok nenek tak terkecuali :)


Nak tahu apakah item promosi pada bulan ni?


Taraaaaaa!!!!


Promosi Februari 2015


1. Buy 3 FREE 1 Chewable Vitalea For Children


Ok, this item memandangkan ia membuat “COME BACK” selepas bertahun tiada di pasaran, Shaklee memanjangkan waktu promosi Vitalea for Children ini sehingga ke hujung bulan Februari ini pula. Ia adalah multivitamin kunyah berperisa anggur yang sangat digemari kanak-kanak dan membantu ibu bapa melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anak mereka.


2. Buy 6 FREE 1 @ Buy Twin Pack 5% discount Vitalea Iron Formula


Tahukah anda, Vitalea ini sebenarnya adalah multivitamin dan multimineral yang PERTAMA tercipta di dunia? Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee (founder Shaklee) telah mencipta vitamin ini yang pada mulanya dikenali sebagai VITALized minerAL. Vitalea adalah supplement yang sangat menjadi pilihan ramai tak kira lelaki mahupun wanita, kerana ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang dapat membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Diperkaya dengan zat besi, vitalea juga sangat disukai oleh ibu hamil bagi memastikan paras hb mereka di tahap yang memuaskan. Vitalea adalah multivitamin yang sangat dipercayai dan merupakan salah satu bukti kejayaan Shaklee kerana ia telah berjaya berada di pasaran selama 100 tahun pada tahun 2015 ini.


3. Buy 6 FREE 1 @ Buy 2 discount 5% OSTEMATRIX


OSTEMATRIX, lebih daripada kalsium.  Mengambil sumber kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat adalah  tidak mencukupi. Pil kalsium yang baik perlu mengandungi magnesium untuk membantu membina tulang yang padat, vitaminn D untuk penyerapan kalsium dengan lebih berkesan! Ostematrix Shaklee bukan sahaja mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D ini, malah mineral-mineral lain seperti boron, mangan, zinc dan copper juga terdapat dalam Ostematrix. Itu sebablah ostematrix ini bukan semata-mata bertujuan untuk menguatkan tulang, tapi dapat juga membantu mengelakkan sembelit, memberi tenaga dan tidur yang lena.


 


4. Buy 3 FREE 1 Advanced Joint Health Tablet


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) adalah supplemen 100% dari tumbuh-tumbuhan yang bertujuan untuk memelihara kesihatan sendi. Selalu berdiri lama, kuat bersukan dan peningkatan usia seringkali menjadi faktor kepada ketidakselesaan pada sendi.  Ia berpunca daripada kekurangan cecair sinovia (“pelincir”) pada tulang rawan yang menyebabkan rasa sakit setiap kali sendi bergesel. Jadi, bagi mereka yang mengalami isu sedemikian, inilah masanya untuk anda mengamalkan Advanced Joint Health Tablet ini dan rasaikan perbezaannya.. :)


So, amacam? Best kan promosi bulan ni? :)


Betul tak saya cakap..promosi kali ni memang ada habuan untuk semua tak kira usia..dari anak kecil hingga yang berusia.


Jika anda pengguna yang bijak, bertindaklah dengan segera. Bulan Februari ni sekejap saja. Ada 28 hari sahaja. Naknya tak lama lepas ni ada GST pula. Jangan nanti ada yang berputih mata n kata, “nyesal tak borong masa bulan dua.” :D


Untuk pesanan dan pertanyaan lanjut, jangan segan hubungi 012-3579599 ya!


From Tanjung Malim with love,


Fara Fadzil


SID 860722


012-3579599



Promosi Gempak Februari - Dari Anak Sampai ke Tok Nenek Tak Terkecuali!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...