Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 10 February 2015

SEGMEN PROJEK SYUKUR

Assalamualaikum..


It’s not a contest, not a give away.. tapi segmen yang mengajak kita untuk mensyukuri nikmat di sekeliling kita. Mengajak kita menambah pahala :)


Kalau nak join, klik banner kat bawah ni:


Segmen Projek Syukur


Syarat2:


1. Buat entry bertajuk “SEGMEN PROJEK SYUKUR

2. Copy banner & backlink ke entry ini.

3. Senaraikan antara 10 perkara YANG ANDA SYUKURI dalam hidup anda..

Cth: 1. Aku bersyukur …

4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

5. Done.


Terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri setiap hari. But, here are 10 of them for today:


1. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk bangun pagi pada hari ini dan mendapati suami dan anak-anak masih bersamaku dalam keadaan sihat dan sempurna. Terima kasih atas pinjaman oksigen di muka bumi ini yang membenarkan kami untuk bernafas setiap saat.


2. Alhamdulillah…terima kasih ya Allah kerana memberi ruang masa kepadaku untuk menyertai aerobik pada tengah hari tadi walaupun terlalu sibuk dengan kerja2 di ofis bagi menjaga kesihatan tubuh badan yang telah Engkau kurniakan.


3. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah atas rezeki makanan, kenderaan dan tempat tinggal yang baik yang Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga.


4. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana melahirkan aku dalam keluarga beragama Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dan memberikan hidayah kepada kami setiap hari. Terima kasih kerana mengurniakan ibu bapa, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang tidak berpecah belah, bersengketa dan berhasad dengki.


5. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau melapangkan dan memudahkan segala urusanku pada hari ini


6. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan suami yang sangat melengkapi kekurangan diri ini dan memberikan kami anak-anak yang bijak dan hebat.


7. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana anak sulungku, Irfan Haziq telah berjaya melalui hari pertama tanpa diapers (di siang hari) dengan jayanya. Terima kasih ya Allah kerana sehingga ke saat aku menaip ini sudah lebih 15 jam dia tidak menggunakan diapers dan pandai memberitahu bila masa dia mahu ke toilet.


8. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau memelihara suami dan anak-anakku dengan baik tatkala mereka tidak berada di hadapan mataku.


9. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan customers Shaklee setiap hari dan memberi manfaat yang baik kepada mereka melalui supplement yang mereka amalkan. Terima kasih ya Allah kerana Engkau memberi aku peluang untuk berkongsi kebaikan kepada mereka.


10. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku untuk bertemu dengan insan-insan hebat melalui group Jutawan, iReach, Rich.Family dan Miracles yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa mengingatkan aku untuk lebih dekat dengan-Mu.


Subhanallah…Alhamdulillah..Allahuakbar..


Syukur ya Allah atas semua nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami……



SEGMEN PROJEK SYUKUR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...