Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 10 February 2015

KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA - DOA IBU, AIRMATA IBU, FIKIR IBU

Apa yang saya bakal kongsikan tentang ‘ KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA’ di sini saya copypaste dari whatsapp… yang sumbernya dikatakan hasil nukilan Ustaz Ebit Lew. Sama ada benar ataupun tidak, saya mohon izin dan halalkan saya untuk berkongsi kepada lebih ramai orang lagi melalui medium blog rahsiavitaminibu.com ini… Dan terima kasih daun keladi! :)


Perkongsian ini bukan hanya untuk para pembaca, tetapi terutama sekali sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga bermanfaat!


Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.


Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil..


Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.


Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..


Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa puan.. InsyaAllah dia akan jadi orang hebat… Allah baik. Maha Penyayang. Allah suka sangkaan yang baik….


InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat.


Macam tu yer ustaz?


Yer! puan tukar sangkaan dan doa pada dia. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik, itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman.


Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya. Akan tetapi beliau sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang, seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.


Dengan sangkaan dan harapan yang baik, barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut, bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak.


Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.


Selepas beberapa minggu, dia datang dan dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah.


Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah…sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak…


Saya ingat emak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau. Bila kau jaga agama walaupun siang malam kena hina, misti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.


Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..


Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal, itu tandanya mereka bakal Daie besar..


Jika anak asyik bercakap tak berhenti, itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..


Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit…


Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang, itu kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..


Anak kuat menangis, insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang yang mudah menangis masa berdoa dan dalam solat serta rajin membuat amal baik..


Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.


Anak remaja yang dah besar macam-macam permintaannya ada. Itu tandanya mereka perlu dibawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..


Anak remaja suka menyendiri. Mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..


Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik-beradik lain.


Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak…


Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan-perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa ke majlis ilmu..


Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam…


Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.


Ya Allah jadikanlah anak-anak kami daieMu yang berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.


Ya Allah terimalah kami semua.


Ustaz Ebit Lew


Doa-ibu-bapa

TERUSKAN PANDANG BAIK

SANGKA BAIK

FIKIR YANG BAIK


dan DOA YANG BAIK-BAIK…


Notakaki: Ya Allah…banyaknya perkara yang saya perlu perbaiki lagi…


Till then,


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Kuala Lumpur


ID: 860722


012-3479599



KEUNTUNGAN BERBAIK SANGKA - DOA IBU, AIRMATA IBU, FIKIR IBU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...