Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 27 September 2012

Kenapa Shaklee Pilihan yang TERBAIK?

Lokasi: Dalam kereta, MRR2..
Masa: Malam minggu, perjalanan pulang ke rumah selepas menolong sepupu membuat persiapan perkahwinan..

Tiba-tiba..
(dialog dengan sedikit olahan..)

Hubby: Kalau orang beli PC, orang akan tanya..kenapa pilih HP bukan Dell..or  kenapa nak guna Mac, bkn Windows? (mentang2lah budak IT...). So kalau orang tanya, kenapa diorang patut pilih Shaklee bkn vitamin xxx (maaf..kena censored ye..), bkn yyy..apa sayang nak jawab?"
Me: Sebab Shaklee is the besttt!!!
Hubby: Tapi, semua orang pun claimed diorang punye vitamin paling best!
Me: Shaklee natural..semuanya semulajadi, senang badan nak serap. Lagipun,  walaupun ianya natural, diuji dgn beribu-ribu ujian klinikal, ia tak semahal vitamin2 xxx and yyy tuhh. Menang membeli menang memakai. Tak caya cuba kira balik kos sebiji vitamin. Lagipun, tak payah risau pasal status halal, ada sijil ISA lagi..and paling penting sekali it's proven safe and berkesan. Buktinya...........kitalah!!^^

***********
Ya, dengan lambakan vitamin yang berada di pasaran sekarang, anda semua pasti tertanya-tanya kenapa anda perlu dan patut memilih Shaklee berbanding dengan jenama-jenama yang lain. Kunci kepada jawapan itu, telah pun saya rumuskan dalam dialog di atas.

Tetapi, mungkin anda tak percaya dengan kata-kata dan pengakuan saya semata-mata. Jadi, mari kita lihat apa pula jaminan yang diberikan oleh Shaklee sendiri.

Shaklee telah bertapak dalam industri pemakanan tambahan lebih dari 50 tahun yang lalu dan mendapat kepercayaan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kenapa?
 
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

SENTIASA SELAMAT

Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa

SENTIASA BERKESAN
  • Lebih daripada $300 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum. 
  •  Selain itu, hasil kajian daripada penyelidik dr U.C Berkeley School of Public Health menunjukkan mereka yg mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yg mengambil jenama produk lain.

SENTIASA MESRA ALAM
  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Jadi, sekali lagi saya tekankan:
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

************

Hubby: Tak cukup tuh. Orang pilih HP atau Dell sebab level of support dia jugak..tengok mana yang lebih baik. Shaklee ada?
Me: Ada! Kalau diorang beli dengan sayang, kompom customer service tip top punye!Follow up, consultation semuanya FREE!Ngeeee...^^

So tunggu apa lagi? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-357 9599 sekarang! :)

Wednesday 26 September 2012

Testimonial: Ibu Menyusu

It was a fine Tuesday :)

Wahh..gembiranya hati saya tadi apabila mendapat feedback yang sangat positif dari seorang ibu menyusu yang mencuba rangkaian vitamin dalam set menyusu shaklee dan ESP yang saya syorkan untuknya.  Meh kita tengok apa kata beliau semasa saya menghubungi beliau (Ya, saya bukan sekadar ingin berniaga, tetapi juga menolong sesama insan dengan berkongsi dan memberi khidmat konsultasi yang anda perlukan) petang tadi..


Anda nampak tak gambar si comel yang menjadi imej profile beliau? Tembamnyeeee lahkan??!! Baru masuk 2 bulan tuh! Bestnyee kalau anak kita pun macam tuh juga!! Membesar dengan sihat dengan SUSU IBU ye puan-puan, bukan dengan susu formula.

Alhamdulillah...pengalaman yang saya alami dapat dirasai oleh insan yang lain. Penyusuan anak bukan lagi sesuatu yang mustahil dan menyusahkan. Walau apa pun cabaran dan masalah yang dihadapi sepanjang penyusuan, dengan teknik yang betul dan berkat usaha dan doa, insyaAllah rezeki untuk setiap anak mendapatkan susu ibunya pasti dapat ditunaikan. Jangan cepat mengeluh dan berputus asa. Ramai ibu-ibu lain di luar sana (termasuk saya!) yang menyokong anda untuk menjayakannya.

Jika anda juga ingin menjadi seperti ibu di atas, hubungi saya di farafadzil[at]gmail.com atau di 012-3579599 untuk mendapatkan konsultasi percuma dan membuat pesanan sekarang!

Tuesday 25 September 2012

Vita-Lea® Iron Formula:TERBAIK Dari Shaklee

Perasan tak dalam setiap rangkaian vitamin yang saya syorkan, mesti ada Vita-Lea. Dan apabila saya menyarankan 'Vita-Lea' kepada para pengguna, ramai yang bertanya "apa tu??" Tapi, bila saya sebut multivitamin dan multimineral, barulah mereka akan berkata, "Ohhh..cakaplah multivitamin"...

Apa yang mereka tidak ketahui sebenarnya adalah Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia lebih 90 tahun yang lalu. Ia dikenali sebelum ini sebagai "Vitalized Minerals" yang kemudian disingkatkan menjadi "Vita-Min".

 

Dengan peningkatan teknologi, bentuknya yang dulu bersifat cecair telah berubah kepada bentuk tablet yang disalut dengan spirulina dan menjadi multivitamin yang paling cepat larut di dalam air dan tubuh manusia.

Apakah keistimewaan Vita-Lea® Iron Formula ini?
  • Merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dari Shaklee dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diformulasikan khusus untuk orang dewasa.
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal.
  • Teknologi salutan mikro pada Vita-Lea membantu dalam pembebasan segera asid folik dan vitamin B yang perlu dalam menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. Tak percaya? Cuba letakkan sebiji Vita-Lea di dalam segelas air dan perhatikan berapa minit yang diambil sebelum ia larut di dalam air.
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada  340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.
Jadi, bagi mereka yang tidak sukakan mengambil pelbagai jenis vitamin, mulakanlah dengan Vita-Lea sebagai vitamin yang paling asas untuk meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh dan memberikan tenaga. Antara lain kandungan vitamin dalam Vita-Lea ini adalah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6 dan Vitamin B12. Manakala mineral pula adalah seperti kalsium, magnesium, zink, selenium, fosforus dan iodin. Tambahan lagi, Vita-Lea diperkayakan  dengan zat besi (iron) yang berfungsi untuk membentuk hemoglobin bagi mengangkut oksigen di dalam darah. Jadi ianya amat digalakkan untuk ibu-ibu mengandung, pesakit anemia atau sesiapa sahaja yang mengalami luka dan pendarahan yang banyak.

Amalkan pengambilan  Vita-Lea® Iron Formula setiap hari dan anda akan merasai perbezaannya. Hubungi saya di farafadzil@gmail.com untuk pesanan sekarang.

Monday 24 September 2012

Berpantang: Vitamin Shaklee Sebagai Alternatif Kepada Jamu



Di zaman moden ini, semakin ramai ibu-ibu yang baru lepas bersalin tidak mampu untuk meneruskan amalan berpantang secara tradisional. Untuk kegunaan luaran seperti bengkung, tungku, param, pilis dan sebagainya, saya yakin kita semua masih mampu mengikuti amalan ini. Tetapi bagaimana dengan kesihatan dalaman? Adakah pengambilan jamu dititikberatkan sama seperti dahulu? Ya, suatu ketika dahulu, jamu memang satu supplemen yang lazim bagi setiap wanita walaupun belum berkahwin, bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka. Namun kini, amalan tersebut semakin lama semakin ditinggalkan, atau hanya dipraktikkan semasa dalam tempoh berpantang. Tetapi, cuba anda perhatikan, berapa ramai pula di kalangan kita yang telah membeli jamu ratusan ringgit dan kemudian benar-benar berdisiplin mengamalkannya sehingga habis? Saya percaya ramai yang tidak meneruskan atau menangguhkan pengambilan jamu, terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, kerana bimbang tentang kesan ‘panas’ dan campuran herba yang mungkin menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit ataupun penyakit kuning. Ramai juga yang tidak suka untuk minum atau menelan segala ramuan yang pahit yang sebenarnya adalah ubat bagi kesihatan badan.

Tetapi, ini bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kesihatan dalaman. Hanya mereka yang pernah bersalin dan Tuhan yang Maha Mengetahui yang tahu betapa sakit, letih dan lesunya seorang ibu sepanjang proses melahirkan anak. Kemudian, sejurus melahirkan, belumpun sempat berehat, adalah tanggung jawab seorang ibu untuk menunaikan hak anaknya untuk mendapatkan susu ibu. Itu belum lagi dikira dengan situasi ibu yang telah mempunyai anak yang ramai yang turut perlu diberi perhatian, yang berpantang sendiri tanpa pertolongan sesiapa, yang tidak mempunyai cuti bersalin secukupnya dan sebagainya. Jadi, adalah amat penting bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak ini untuk mengambil nutrisi yang secukupnya bagi mengembalikan tenaga dan memulihkan kekuatan dalaman.

Apa alternatif yang ibu-ibu ini perlukan? Dengan mengamalkan rangkaian vitamin post-natal yang disyorkan di bawah, insyaAllah ibu-ibu boleh memulihkan diri dari keletihan dan luka selepas bersalin atau pembedahan dengan segera. Mari saya perkenalkan set berpantang Shaklee kepada anda.

Set asas berpantang shaklee:



Add on:  

Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-3579599 untuk mengetahui vitamin yang sesuai untuk keperluan anda dan membuat pesanan untuk diri anda atau hadiahkannya kepada yang tersayang.

Sunday 23 September 2012

Mealshakes: All in One Meal

Salam pagi ahad..

Kali ni  saya nak cerita pasal Shaklee Mealshakes.
Mealshakes mula bertapak di rumah saya apabila anak saya, Irfan, mencecah umur lebih setahun dan menjadi seorang yang sangat picky eater. Sayur taknak, ayam taknak, daging taknak. Nak makan nasi dengan ikan je. Ikan pulak nak masak ala2 western, guna pun ikan2 western lah..salmon, dory aper smer. kembung, tenggiri nih tak mainlah! Ok, budak-budak nih bila dah memilih sangat makanan, senang sangat diorang diserang penyakit sebab tak cukup zat. Sampai ada satu masa tuh, at least sekali sebulan wajib kitorang pegi klinik sebab anak demam. Dan setiap kali demam, mesti berat badan susut. Baru badan nak naik sikit, dah demam semula and berat turun lagi. Ada sekali tuh, kitorang pegi KPJ Ampang Puteri tengah2 malam sebab Irfan demam panas sangat and menangis tak henti2. As usual, the first thing the nurse did before giving him any treatment or medication was to check his weight. Dan saya ingat sangat2 how surprised she was when I told her that my son was already 15 months but his weight at that time was barely 7.6kg!! Orang lain terkejut..saya pulak rasa nak nangis je sebab anak macam orang somalia tak cukup makan.Huhuhu...

Anyway, to cut it short, after Irfan got his treatment, I started giving him Mealshakes and alhamdulillah..sekarang nih Irfan lebih berselera. Walaupun dia takdela bam-bam cam budak lain, yang penting dia tak selalu sakit macam dulu. I like!!

Apa yang ada dalam Mealshakes?
Seperti namanya, Mealshakes adalah satu hidangan (meal) yang lengkap dengan segala nutrien untuk keperluan asas badan manusia. Tak caya? Meh tengok label nih.. (klik untuk besarkan imej ye..)

Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu menjadikan Mealshakes mampu menyediakan nutrisi yang lengkap untuk memudahkan kadar serapan nutrien seharian yang diperlukan oleh tubuh. Ia kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan lain-lain. Kandungan asid folik dan biotin serta kalsium dan magnesium di dalam Mealshakes berfungsi untuk membantu tumbeseran dan membina kekuatan tulang. Vitamin A, C, E, zink dan selenium pula dapat bertindak sebagai anti-oksida yang melawan penyakit. Dan macam-macam lagi. Pendek kata, lengkap! Semuanya ada!

Siapa yang memerlukan Mealshakes?
  • Sesiapa sahaja yang memerlukan nutrisi yang lengkap dengan segera pada bila-bila masa. Gantikan makanan segera (fast food) anda dengan Mealshakes yang kaya dengan khasiat. Best taken during breakfast to give a kick-start to your day.
  • Sesiapa sahaja terutama kanak-kanak yang kurang selera makan dan kekurangan nutrisi, sering diserang penyakit. Mealshakes yang berperisa vanilla sangat sedap diminum dan amat menyelerakan. Sesetengah pengamal Mealshakes juga mendapati ianya dapat melegakan asma.
  • Mealshakes adalah berbentuk serbuk. Jadi, sesiapa sahaja yang tidak gemar atau tidak boleh mengambil supplemen dalam bentuk tablet amat disarankan mengamalkan Mealshakes.
  • Ibu-ibu yang mengandung yang sering merasa loya, sukar menelan makanan lain atau vitamin sangat disarankan untuk mengambil Mealshakes bagi memastikan diri dan bayi mendapat nutrisi yang secukupnya.
  • Warga emas atau pesakit yang mempunyai kesukaran menelan dan mendapatkan khasiat dari makanan.
  • Mereka yang ingin memantau berat badan. Mealshakes mengenyangkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan Mealshakes juga dapat menambahkan selera makan bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. 
Dihasilkan daripada sumber semulajadi -buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain, Mealshakes adalah pilihan yang tepat untuk keperluan seisi keluarga. Semestinya halal dari Shaklee. Untuk pesanan, hubungi farafadzil@gmail.com atau 012-3579599.

Friday 21 September 2012

Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Menyusu

Salah satu perkara yang paling penting dan utama yang perlu ibu-ibu menyusu faham bagi menjayakan penyusuan anak mereka adalah tentang peri pentingnya ibu-ibu menyusu ini mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan malah bagi sesetengah jenis nutrient, mereka memerlukannya dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding daripada wanita yang tidak menyusukan anak seperti berikut:

Nutrient
Normal (30 tahun ke atas)
Mengandung
Menyusu
Energy (kcal)
2180
2540 2650
2680
Protein (g)
55
62.5
70-75
Calcium (mg)
800
1000
1000
Vitamin A (µg RE)
500
800
850
Vitamin C (mg)
70
80
95
Thiamin, B1 (mg)
1.1
1.4
1.5
Riboflavin, B2 (mg)
1.1
1.4
1.6
Niacin (mg)
14
18
17
Folate (µg)
400
600
500
Zinc (mg)
4.9
5.510
7.2 9.5
Selenium (µg)
25
25 29
34 41

Take note ye, dalam table diatas saya hanya listkan jenis-jenis zat makanan yang diperlukan lebih oleh seorang ibu menyusu berbanding wanita yang tidak mengandung atau menyusukan anak. Untuk zat-zat lain, keperluannya sama seperti biasa. Jadi, kita nampak perbezaannya kan? Cuba kita selidik, adakah pemakanan kita semasa laktasi mendapat nutrisi-nutrisi ini secukupnya? Adakah sebelum mengandung atau menyusu kita sudah cukup mendapat nutrisi ini? Adakah selepas melahirkan anak kita menggandakan usaha untuk makan makanan yang lebih berkhasiat? Atau semasa berpantang kita ditegah daripada makan pelbagai jenis makanan dan dipaksa makan dalam kuantiti yang sedikit supaya dapat kembali kepada bentuk badan yang asal?

Harus diingat ye ibu-ibu, keperluan nutrisi ini adalah untuk ANDA (baca: KITA, termasuk saya). Kuantiti dan pemilihan makanan yang kurang berkhasiat yang kita ambil tidak akan menjejaskan penghasilan susu dengan syarat kita dapat mengekalkan kekerapan penyusuan dan pengepaman. Sebagaimana ketika mengandung, segala nutrisi disalurkan kepada anak melalui plasenta, begitu jugalah alirannya apabila menyusukan mereka. Sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi khasiat yang mencukupi untuk keperluan ibu dan anak, yang mendapat kesannya adalah si ibu. Sebabnya, segala khasiat yang diambil dari makanan akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan tahukah anda, nutrien untuk si comel bukan sahaja dari pemakanan yang kita ambil, tetapi juga dari simpanan lemak yang kita bina semasa mengandung? Sekiranya kesemua ini hilang, apakah pula khasiat yang tinggal untuk kesihatan dan kecergasan tubuh kita? 

Jadi, tidak hairanlah kalau ada ibu-ibu menyusu yang sering merasa keletihan atau mengadu sakit-sakit tulang dan sendi dan pelbagai masalah lagi. Ini semua sebenarnya adalah kesan dari kekurangan zat dalam pemakanan seharian. Bagaimana untuk mengatasinya? Saya pasti anda pun sudah tahu jawapannya. Makanlah makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam piramid makanan dengan melebihkan sedikit kuantiti pengambilan bagi makanan untuk mendapatkan zat di dalam jadual di atas. Contohnya seperti berikut:

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati. Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Tetapi, bagaimana jika anda tidak mampu untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mencukupi ini? Jangan bimbang. Ambillah dengan konsisten set menyusu Shaklee di bawah ini dan alamilah perbezaannya! 

Hubungi saya di farafadzil@gmail.com /012-3579599 untuk membuat pesanan sekarang!

Wednesday 19 September 2012

Soalan Lazim Tentang Vivix



S. Apakah Vivix™?

J. Vivix adalah suatu minuman campuran polifenol yang ekslusif dan hebat dari Shaklee. Dalam proses mendapatkan patent, Vivix mengandungi ramuan yang melalui kajian makmal menunjukkan kesan POSITIF ke atas 4 kunci mekanisma penuaan sel. Ini termasuklah membantu melindungi dan membaiki kerosakan DNA, menggalakkan kelewatan penuaan sel, menyokong penghasilan tenaga mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products).*
Vivix juga:
  • Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular*
  • Menyokong kesihatan otak*
  • Menyokong sistem pertahanan badan*
  • Melindungi kesihatan sendi*
  • Memberi perlindungan antioksidan bagi melawan radikal bebas*
  • Mengoptimumkan kesihatan keseluruhan*
  • Menambahkan tenaga sel*

S. Siapakah yang patut mengamalkan Vivix?

J. Sesiapa sahaja (dewasa) yang mengambil berat tentang penuaan sel dan mementingkan kesihatan yang optimum.* Pengambilan Vivix tidak digalakkan untuk wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak, atau remaja di bawah usia 18 tahun (kerana tiada ujian klinikal dijalankan ke atas golongan ini).

S. Apakah resveratrol?

J. Resveratrol adalah suatu bahan semulajadi yang boleh didapati daripada sesetengah jenis tumbuhan, buah-buahan, benih, anggur dan produk-produk berasaskan anggur seperti wine merah. Berdasarkan ujian-ujian makmal di seluruh dunia, resveratrol dibuktikan mempunyai sifat polifenol dan antioksidan yang berpotensi untuk membaiki kualiti kesihatan dan kehidupan. Malah, berdasarkan kajian makmal yang terkini, resveratrol dipercayai dapat melawan penuaan sel.  Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol mengaktifkan pengatur genetik yang memanjangkan laluan sel, yang mungkin dapat memberi kesan positif terhadap DNA, kesihatan sel dan metabolisma.*

S. Berapa banyak kandungan resveratrol di dalam Vivix?

J. Vivix mengandungi 100 mg resveratrol dalam setiap satu sudu teh. Ekstrak resveratrol yang terdapat di dalam Vivix terdiri daripada 98% resveratrol semulajadi dan kuantiti ini disokong oleh kajian dan penemuan saintifik terkini. Tetapi Vivix bukanlah hanya resveratrol semata-mata. Ia juga dikombinasikan bersama campuran polifenol tambahan yang bakal dipatentkan, termasuklah dari satu-satunya anggur yang mempunyai ekstra kromosom berbanding anggur-anggur yang lain, iaitu anggur Muscadine. Kajian makmal mendapati gabungan kedua-dua bahan unik ini memberikan impak positif terhadap empat kunci mekanisma penuaan sel dan 10 kali ganda lebih berkesan dalam melambatkan pembentukan protein AGE berbanding jika hanya terdiri daripada resveratrol sahaja. *

S. Apakah polifenol?

J. Polifenol adalah sekumpulan fitokimia atau fitonutrien yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan berpotensi untuk  memberikan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan sel. Malah, penemuan terbaru melaporkan bahawa polifenol boleh mendatangkan pelbagai kesan biologi yang konsisten dalam menyokong dan menambah baik kesihatan manusia.*

S. Adakah Vivix satu produk antioksidan?

J. Vivix mengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan. *

S. Adakah Vivix sejenis minuman jus dan apa perbezaannya berbanding dengan produk jus yang lain yang berada di pasaran?

 J. Tidak, Vivix adalah sejenis supplement tonik pekat ekslusif yang memberikan khasiat resveratrol yang terasli dan mengandungi ekstrak polifenol yang tinggi yang diambil dari anggur Muscadine. Keunikan campuran polifenol ini turut mengandungi ramuan yang dibuktikan melalui ujian makmal dapat menangani mekanisma utama penuaan sel.* Setiap satu sudu teh Vivix memberi khasiat resveratrol setanding dengan kuantiti yang terdapat dalam 100 gelas wine merah.
 
S. Bila seharusnya saya mengambil Vivix?

J. Amalkan satu sudu tehVivix  setiap hari, disarankan selepas makan, seperti sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncang dahulu botol sebelum makan. Simpan Vivix yang sudah dibuka ataupun belum di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran dan kualitinya.
 
S. Bolehkah saya mengambil Vivix lebih dari satu sudu teh?

J. Berdasarkan kepada kajian terbaru, pengambilan Vivix lebih dari satu sudu teh tidak menambahkan apa-apa kebaikan.

S. Bolehkah Vivix diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?

J. Vivix boleh diambil dengan semua supplement Shaklee.

S.  Adakah Vivix mengandungi alkohol?

J.  Vivix tidak mengandungi alkohol dan mendapat pengesahan sijil halal. 


Jadi sekarang bagaimana? Anda lebih yakin dengan Vivix? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com/012-357 9599 untuk membuat pesanan sekarang! 

-------------------------------------------------------------------

*Kenyataan ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA). Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit.



Monday 10 September 2012

Vitamin Asas Untuk Keperluan Ibu Menyusu

Sebelum ini saya pernah menceritakan yang perkenalan saya dengan Shaklee bermula ketika saya berpantang anak yang pertama, Irfan. Alhamdulillah..saya dapat menyusukan anak saya sejurus kelahirannya. Tetapi, saya mula risau apabila pulang ke rumah dari hospital, Irfan kelihatan seperti 'tidak cukup' susu. Walaupun ramai yang berkata memang bayi lelaki kuat minum, perut mereka masih kecil lalu mereka akan cepat lapar dan kerap minum, semua itu tidak dapat meredakan kerisauan saya. Irfan sangat 'cranky', cepat mengamuk dan menangis dengan kuat setiap kali mahu menyusu atau didakap. Waktu malam memang satu masa yang amat mencabar bagi saya sebab Irfan lebih kerap minum susu. Sudahlah pada waktu itu saya masih terkial-kial dan tidak berani menyusukannya sambil berbaring. Jadi memang setiap kali dia merengek, saya akan bangkit dan bersandar atau duduk di kerusi untuk menyusukannya sampai ke pagi. Saya tidak boleh memejamkan mata kerana bimbang dia akan terjatuh dari dakapan. Di waktu siang pula, walaupun ada waktu Irfan tidur saya masih tidak boleh tidur kerana dikehendaki bertungku, berurut dan sebagainya. Saya teramat letih dan kelihatan seperti zombie. Langsung tidak bertenaga. Itu tidak dicampur lagi dengan tekanan daripada orang sekeliling yang mengesyorkan agar diberi sahaja susu formula kepada Irfan agar saya mampu berehat secukupnya. Saya sungguh tertekan!! Dan akibatnya, susu makin merudum. Saya tidak pernah merasakan sensasi 'susu penuh', let down reflex dan jauh sekali bengkak susu!!Ada masa-masa tertentu, saya mengalirkan air mata tanpa sebab.

Akhirnya, saya tekad. Setelah makan dan minum pelbagai milk booster seperti pil ASI, halba, pegaga,oats, milo, kurma merah, longan kering dan sebagainya tidak mendatangkan hasil, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba vitamin Shaklee dalam set menyusu Shaklee. Saya tahu, walau sebanyak mana pun milk booster yang saya ambil, jika saya masih stress dan tertekan..susu ibu untuk anak saya tidak akan boleh keluar atau mencukupi. Jadi, saya pun menggunakan vitamin2 berikut:

1. Bcomplex: bagi menghilangkan stress, memberi tenaga dan menaikkan seri wajah.

2. Vitalea Iron Formula - sejenis multivitamin dan multimineral yang diambil untuk memelihara dan membekalkan tubuh dengan nutrien yang penting.
 
3. Sustained release vita-C 500 mg - bagi tujuan untuk memulihara dan memelihara kulit serta menyembuhkan luka dengan segera.

4. Alfalfa Complex - Sebagai sumber vitamin A, C dan E serta fosforus, potasium, kalsium dan zat besi. Paling menarik, saya dapati ia juga menambahkan susu badan :)
Dan hasilnya??? Dengan jadual pengepaman yang konsisten dan dengan meminum air masak yang secukupnya, tiada lagi stress yang tidak tentu hala, badan kembali bertenaga dan terutama sekali..saya mampu meneruskan penyusuan Irfan sehingga kini. Susu untuk Irfan lebih pekat dan Irfan tidur lebih lena. Malah, sekembalinya saya ke pejabat setelah tamat tempoh berpantang, ada yang menegur wajah saya yang berseri-seri. Alhamdulillah..atas rezeki yang di kurniakan-Nya dan pertemuan saya bersama Shaklee.

Saya sangat berpuas hati dengan vitamin dalam set menyusu Shaklee. Anda bagaimana? Sekiranya anda juga sedang mengalami apa yang saya pernah lalui dan inginkan perubahan, apa kata anda cuba mengamalkan set menyusu Shaklee ini? Jom order sekarang! Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-357 9599.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...