Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Monday 24 September 2012

Berpantang: Vitamin Shaklee Sebagai Alternatif Kepada Jamu



Di zaman moden ini, semakin ramai ibu-ibu yang baru lepas bersalin tidak mampu untuk meneruskan amalan berpantang secara tradisional. Untuk kegunaan luaran seperti bengkung, tungku, param, pilis dan sebagainya, saya yakin kita semua masih mampu mengikuti amalan ini. Tetapi bagaimana dengan kesihatan dalaman? Adakah pengambilan jamu dititikberatkan sama seperti dahulu? Ya, suatu ketika dahulu, jamu memang satu supplemen yang lazim bagi setiap wanita walaupun belum berkahwin, bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka. Namun kini, amalan tersebut semakin lama semakin ditinggalkan, atau hanya dipraktikkan semasa dalam tempoh berpantang. Tetapi, cuba anda perhatikan, berapa ramai pula di kalangan kita yang telah membeli jamu ratusan ringgit dan kemudian benar-benar berdisiplin mengamalkannya sehingga habis? Saya percaya ramai yang tidak meneruskan atau menangguhkan pengambilan jamu, terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, kerana bimbang tentang kesan ‘panas’ dan campuran herba yang mungkin menyebabkan bayi anda mengalami cirit-birit ataupun penyakit kuning. Ramai juga yang tidak suka untuk minum atau menelan segala ramuan yang pahit yang sebenarnya adalah ubat bagi kesihatan badan.

Tetapi, ini bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kesihatan dalaman. Hanya mereka yang pernah bersalin dan Tuhan yang Maha Mengetahui yang tahu betapa sakit, letih dan lesunya seorang ibu sepanjang proses melahirkan anak. Kemudian, sejurus melahirkan, belumpun sempat berehat, adalah tanggung jawab seorang ibu untuk menunaikan hak anaknya untuk mendapatkan susu ibu. Itu belum lagi dikira dengan situasi ibu yang telah mempunyai anak yang ramai yang turut perlu diberi perhatian, yang berpantang sendiri tanpa pertolongan sesiapa, yang tidak mempunyai cuti bersalin secukupnya dan sebagainya. Jadi, adalah amat penting bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak ini untuk mengambil nutrisi yang secukupnya bagi mengembalikan tenaga dan memulihkan kekuatan dalaman.

Apa alternatif yang ibu-ibu ini perlukan? Dengan mengamalkan rangkaian vitamin post-natal yang disyorkan di bawah, insyaAllah ibu-ibu boleh memulihkan diri dari keletihan dan luka selepas bersalin atau pembedahan dengan segera. Mari saya perkenalkan set berpantang Shaklee kepada anda.

Set asas berpantang shaklee:



Add on:  

Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-3579599 untuk mengetahui vitamin yang sesuai untuk keperluan anda dan membuat pesanan untuk diri anda atau hadiahkannya kepada yang tersayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...