Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Sunday 28 October 2012

Vitamin untuk wanita kekal sihat di sepanjang usia

Keperluan untuk kesihatan wanita amat unik. Ada fasa-fasa dalam kehidupan seorang wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi - contohnya ketika anda meningkat matang dan berubah seperti memasuki alam akil baligh ataupun menopause, dan ada juga fasa-fasa di mana wanita memerlukan penjagaan kesihatan yang istimewa seperti sewaktu datang bulan dan juga mengandung. Walau di mana pun anda berada, kehidupan yang sihat yang merangkumi nutrisi yang lengkap dan sihat serta senaman merupakan langkah utama bagi mencapai kesihatan yang optimum dan berpanjangan di kalangan wanita.
Berikut adalah saranan pemakanan tambahan atau supplemen yang boleh diambil bagi mengekalkan kesihatan wanita yang optimum.

Khasiat polifenol - Baru-baru ini, polifenol dijolok dengan gelaran ‘lifespan essentials’ (ramuan utama untuk umur yang panjang), kerana ia bekerja keras dalam badan kita untuk mencegah mekanisma sesetengah penyakit daripada berlaku1.  Walaupun tindakbalas spesifiknya yang menyokong kesihatan masih di dalam kajian, tetapi polifenol sangat dikenali dengan keupayaannya yang boleh mengurangkan risiko penyakit kardovaskular, kanser, diabetes dan penyakit-penyakit yang melibatkan saraf2.

Kalsium, Vitamin D dan mineral - Kalsium yang diperkayakan dengan vitamin D, zinc, copper, manganese dan boron adalah amat penting untuk pembentukan tulang yang baru dan mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan British Medical Journal, kekurangan kalsium akan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat osteoporosis. Dan terutamanya, sewaktu mengandung dan menyusukan anak, badan anda memerlukan kalsium yang lebih kerana kedua-duanya - anda dan bayi anda - memerlukannya3. Supplemen yang dilengkapkan dengan mineral-mineral ini juga memperbaiki perubahan mood dan simtom-simtom lain yang berkaitan dengan PMS dan menopause.

Asid Gamma-Linolenic (GLA) - Gamma-Linolenic  Acid atau GLA adalah asid lemak penting yang terdapat terutamanya di dalam minyak sayuran seperti minyak borage dan minyak bunga matahari. Sudah menjadi tradisi, GLA digunakan oleh wanita sejak zaman berzaman untuk mengekalkan kesihatan mereka sepanjang  kitaran haid. GLA bertindak sebagai kunci kepada penghasilan prostaglandin PGE1 yang melindungi dan menenangkan, yang bertanggungjawab untuk menyeimbangkan hormon, mengurangkan senggugut, melegakan bengkak payudara dan menyokong kesihatan semasa menopause.

Asid Lemak Omega-3 - Pengambilan asid lemak omega-3 ketika mengandung dan menyusukan anak boleh membantu dalam perkembangan otak bayi anda. Terdapat juga bukti yang menyatakan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu mencegah preeclampsia, meroyan, masalah menopause, osteoporosis selepas menopause dan kanser payudara. Selain itu, asid lemak Omega-3 juga dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung4.

Protein Soya - Protein soya adalah asas pembinaan tubuh dan kita memerlukan asid amino untuk mengekalkan dan membaiki sel, tisu dan otot. Soya telah terbukti dapat memperbaiki simtom-simtom yang berkaitan dengan menopause, mencegah penyakit akibat kekurangan hormon estrogen seperti penyakit jantung5, stroke dan osteoporosis, dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita6. Ibu yang mengandung juga memerlukan sumber protein yang lebih berbanding wanita normal bagi menyokong keperluan badan mereka dan juga perkembangan janin yang sedang membesar.

Reference:
4.       Saldeen P, Saldeen T., Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct; 59(10):722-30
5.       Sacks F, Lichtenstein A, VanHorn L, et al. Soy protein, isoflavones and cardiovascular health. Circulation 2006:113:1-12
6.       Wu AH, Yu MC, Tseng CC, Pike MC. Epidemology of soy exposures and breast cancer risk. Br J Cancer 2008; 98:9-14

 Apakah yang Shaklee tawarkan untuk menjaga kesihatan wanita di sepanjang usia?




  

Campuran botani yang unik - Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, European Elderberry dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.




Set kesihatan wanita - GLA Complex, Ostematrix, OmegaGuard
Pakej kombinasi yang mengandungi asid gamma-linoleic (GLA), asid lemak Omega-3 dan kalsium serta mineral lain untuk mengekalkan kesihatan jantung, tulang dan kesihatan am.



 



Energizing Soy Protein ESP - Sumber protein berasaskan tumbuhan semulajadi dan lengkap yang rendah lemak, tanpa kolestrol dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. Terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


Di manakah anda sekarang? Hubungi farafadzil@gmail.com atau SMS/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan mendapatkan konsultasi percuma :)


Tuesday 23 October 2012

Shaklee Performance® : Bekalan wajib semasa bercuti

Lagi 3 hari kita akan menyambut Hari Raya Korban. Kebetulan pada tahun ini, hari raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Jadi saya yakin ramai yang akan mengambil peluang ini untuk balik ke kampung atau pergi bercuti. Seperti biasa, semua lebuh raya tak kira ke utara, selatan mahupun ke timur terutama ke Kelantan, mesti akan sesak dengan kenderaan. R&R mesti akan penuh..nak ke toilet pun mesti kena beratur panjang. Nak singgah makan, mesti kena tunggu turn untuk dapat tempat duduk. Jenuh rasanya. Tapi, memang itulah pun yang biasa kami lalui kalau berhenti di Tapah, Sungai Perak kalau balik ke Penang ataupun di lebuhraya karak kalau destinasi menghala ke Pahang. Itu sebabnya kalau bukan kerana nak menunaikan solat, kadang-kadang saya cukup malas nak berhenti kalau semata-mata mahu ke toilet.  Tapi, nak tak nak kadang-kadang terpaksa juga. Apabila menyusukan anak, saya lebih kerap dan lebih banyak minum air dan menyebabkan rasa kerap mahu ke tandas. Dan bukan saya sahaja, perjalanan yang jauh dan lama kerana kesesakan lalu lintas turut membuatkan suami berasa letih memandu dan memerlukan rehat dan minum sekali sekala. Tapi itu dulu… sebelum saya berjumpa dengan Shaklee Performance (Drink) Orange..




Saya mula mengambil Performance Drink pada bulan Ramadhan tahun 2011 untuk mengekalkan kandungan air dalam badan. Maklumlah, pada masa itu saya masih membekalkan EBM untuk Irfan dan memang sangat kehausan setiap kali selepas pam. Tapi Alhamdulillah..dengan mengamalkan ESP dan Shaklee Performance setiap kali selepas bersahur dan berbuka, saya dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah dan dapat membekalkan susu untuk Irfan seperti biasa. Langsung tidak terjejas kuantiti walaupun sedang berpuasa. Saya tidak berasa terlampau haus (thanks to Shaklee Performance) dan tidak juga terlalu lapar (thanks to ESP!). Alhamdulillah..walaupun berpuasa, saya masih bertenaga dan mampu bekerja dan menyusukan anak seperti biasa.

Jadi, sebagai bekalan semasa bercuti, pastikan anda juga memiliki Shaklee Performance ini.

Apakah keistimewaan Performance Drink Orange ini?

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal yang ia lebih baik baik untuk penghidratan berbanding air. Tambahan pula, Performance Drink ini mengandungi lebih banyak elektrolit dan dapat membekalkan lebih banyak tenaga berbanding minuman tenaga atau isotonk yang berada di pasaran. Elektrolit OPTI-LYTE™  yang ekslusif daripada Shaklee yang disertakan dengan campuran unik karbohidrat memberikan tenaga yang segera dan berpanjangan serta menyokong penghidratan yang optimum.

Terbukti secara klinikal 
  • Dapat meminimakan kehilangan bendalir dari badan untuk penghidratan yang berterusan. 
  • Mengekalkan tahap glukosa dalam darah agar mampu mengeluarkan tenaga yang banyak secara berterusan dan meningkatkan stamina. 
  • Meningkatkan stamina untuk prestasi sukan yang lebih baik.
Tanpa perasa, pemanis mahupun pengawet tiruan. Hanya rasa orange yang enak dan semestinya halal.. :)

Best kan ? Jom kita minum segelas Performance (Drink) Orange ini sebelum bertolak ke destinasi supaya kita tidak berasa lesu dan kerap berhenti di sepanjang perjalanan. Juga terbaik untuk semua ahli sukan, ibu-ibu yang sedang berpuasa atau menggantikan puasa, yang mengalami cirit-birit dan mereka yang bekerja berat yang sentiasa memerlukan stamina dan tenaga.

Hubungi 012-3579599 atau email farafadzil@gmail.com untuk mendapatkannya dengan sesuatu yang istimewa!

Sunday 21 October 2012

Apakah 9 asid amino perlu?

Mungkin anda sudah berkali-kali menemui perkataan asid amino perlu di dalam blog ini atau melalui pembacaan anda yang lain. Tetapi, tahukah anda apakah ia dan fungsi-fungsinya? Ok, pertama sekali yang perlu anda tahu adalah apakah maksud asid amino? Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging, ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino. Terdapat pelbagai jenis asid amino tetapi kita boleh klasifikasikan kepada dua kelas utama iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. 'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya, tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.

Berbeza dengan asid amino perlu. Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh  menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari. Mereka adalah - histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.

Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini? Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya....

1. Histidine 

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

2. Isoloeucine

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai - bersama-sama dengan leucine dan valine.

3. Leucine

Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

4. Lysine

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

5. Methionine

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Kita juga memerlukan methionine untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.

6. Phenylalanine

Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang, mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

7. Threonine

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

8. Tryptophan

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi, tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

9. Valine

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jika anda sukar untuk mendapatkannya, tidak perlu risau lagi. Hubungi farafadzil@gmail.com untuk mendapatkan sumber protein terbaik yang mengandungi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini.

Friday 19 October 2012

Keistimewaan ESP Shaklee

Apa yang anda dapat jika memilih ESP Shaklee?

Terdapat pelbagai lambakan protein soya di pasaran , tetapi mengapa ramai yang memilih protein ESP Shaklee? Apakah yang membezakan ESP Shaklee dengan produk yang lain? Dan mengapa anda juga harus memilih ESP Shaklee?

  • ESP lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tak boleh dihasilkan sendiri  oleh badan manusia dan perlu diambil daripada pemakanan seharian kita.
  • ESP dihasilkan daripada non-GMO soya yang ditanam dan diproses secara organik tanpa sebarang perubahan genetik atau penggunaan bahan kimia mahupun racun perosak.
  • Dalam proses pembuatan serbuk ESP, kacang soya dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan bukan dengan alkohol yang boleh menyingkirkan kandungan isoflavon di dalam soya tersebut.
  • Pembuatan ESP dilaksanakan pada suhu yang rendah. Ini menjamin kualiti protein kerana pada suhu yang tinggi (>40⁰C),  khasiat protein akan rosak atau terurai.
  • ESP merupakan minuman protein yang rendah lemak (1 gm sahaja) dan tiada kolestrol.
  • ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 39 yang amat sesuai untuk pengawalan gula normal dalam darah.
  • ESP mengandungi 5 vitamin B, ditambah kalsium dan 10 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga yang berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
  • Paling penting - tiada perasa, pemanis, pewarna mahupun pengawet tiruan


Ada kesan sampingan ke? Mestilah ada! Tapi yang BAIK-BAIK je! InsyaAllah..
Antara faedah jika anda memilih ESP adalah:

  1. Kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. :D
  2. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka.
  3. Memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  7. Mengawal paras kolestrol.
  8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  9. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak.
  10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan anak anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.
  11. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.
  12. Untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.

BEST tak? Best kan?kan?kan? Cubalah dulu..tak cuba, tak tahuuu…hehehe. Ramai dah yang cuba, ramai jugak yang continue. :)

Hubungi farafadzil@gmail.com untuk pertanyaan lanjut dan mendapatkan sesuatu yang lebih istimewa bagi setiap pembelian ESP pada bulan Oktober 2012 ini.

Thursday 18 October 2012

Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal. Memandangkan ianya larut di dalam air, kita akan kehilangannya menerusi air kencing. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan vitamin ini secara berterusan menerusi pemakanan.

Fungsi

Kita memerlukan Vitamin C untuk membina dan membaiki tisu-tisu di seluruh badan kita. Ianya digunakan untuk:
  • Membentuk protein yang penting yang digunakan untuk membina kulit, tendon, ligamen dan salur-salur darah.
  • Menyembuhkan luka dan membentuk tisu parut.
  • Membaiki dan mengekalkan kesihatan rawan, tulang dan gigi.
Vitamin C juga adalah salah satu daripada antioksidan yang berfungsi untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Radikal bebas terbentuk apabila badan kita bekerja menguraikan makanan atau apabila kita terdedah kepada asap rokok atau radiasi.
  • Jumlah radikal bebas semakin lama semakin meningkat dan merupakan punca kepada proses penuaan.
  • Radikal bebas juga merupakan salah satu sebab terjadinya barah, sakit jantung dan penyakit seperti arthritis.
Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri dan ia juga tidak boleh menyimpannya. Sebab itulah kita mesti mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dalam pemakanan seharian kita setiap hari.

Sudah sekian lama, vitamin C terkenal sebagai pencegah kepada selsema. Kajian menunjukkan bahawa majoriti orang yang mengambil supplemen vitamin C atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C tidak mengurangkan risiko daripada mendapat selsema. Walau bagaimanapun, mereka yang kerap mengambil supplemen vitamin C akan sembuh daripada selsema dengan segera atau mendapat simtom yang lebih ringan berbanding mereka yang kurang atau tidak mengambilnya langsung.

Sumber

Semua buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi jika tidak banyak, sedikit jumlah vitamin C.
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah seperti:
  • Tembikai susu
  • Buah-buahan dan jus sitrus seperti buah oren dan anggur.
  • Buah kiwi
  • Mangga
  • Betik
  • Nenas
  • Strawberry, raspberry, blueberry, cranberry
  • Tembikai.
Manakala sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi adalah:
  • Brokoli, Brussel sprouts, bunga kobis,
  • Green and red peppers
  • Bayam, kobis, turnip hijau dan semua sayuran hijau
  • Sweet and white potatoes
  • Buah dan jus tomato
Memasak atau menyimpan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan khasiat vitamin itu. Untuk  mengelakkannya, rebus/stim atau masak dalam ketuhar makanan yang mengandungi vitamin C. Sudah tentu, sumber yang terbaik untuk mendapat vitamin C adalah daripada sumber sayuran dan buah yang masih mentah.

Namun begitu, adakah anda pasti anda telah mendapat vitamin yang terbaik yang secukupnya? Di zaman moden ini, amatlah sukar untuk kita mendapatkan sumber vitamin C yang bebas dari bahan kimia dan racun perosak. Proses pembersihan terpaksa dilakukan dengan lama sehingga menyebabkan kandungan vitamin C turut tersingkir bersama-sama dengan bahan kimia dan racun perosak tadi. Ditambah pula dengan cara memasak yang lama, menyebabkan jumlah pengambilan vitamin C seharian kita semakin berkurangan. 
Justeru, apakah penyelesaiannya? Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin C TERBAIK keperluan seharian anda. Dijamin HALAL, SELAMAT dan SEMULAJADI :)

Wednesday 17 October 2012

Manfaat B Kompleks

Anda perasan tak bahawa hampir dalam semua set yang saya cadangkan terdapat vitamin B kompleks? Apakah vitamin B kompleks? Mengapa ianya sangat penting bagi manusia dan sepopular vitamin C atau lebih popular berbanding vitamin-vitamin yang lain? Jom kita mengenal vitamin B kompleks ini dengan lebih dekat...
Selain daripada vitamin C, vitamin B kompleks merujuk kepada semua vitamin larut air yang lain. Ini termasuklah thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), asid pantothenic (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), biotin, asid folik dan cobalamin (vitamin B12).
Setiap satu jenis vitamin B ini memiliki struktur yang unik dan mempunyai fungsi yang berbeza untuk keperluan tubuh kita. Misalnya, vitamin B1, B2, B3 dan biotin terlibat dalam pelbagai aspek untuk menghasilkan tenaga, vitamin B6 penting untuk metabolisma asid amino dan vitamin B12 dan asid folik pula berfungsi untuk memudahkan pembahagian sel.
Antara manfaat vitamin B kompleks kepada kita adalah:
  1. Penyembuhan Luka - Thiamin (vitamin B1), asid pantothenic (vitamin B5) dan vitamin B yang lain...semuanya memainkan peranan penting dalam menyembuhkan luka.
  2. Ulser mulut - Mereka yang sering mendapat ulser mulut kadang-kadang adalah disebabkan kekurangan vitamin B. Mengambil vitamin B1, B2 dan B6 dilaporkan dapat melegakan kesakitan ini.
  3. Keresahan - Terdapat kajian yang mengesyorkan bahawa dengan mengambil supplemen B kompleks, kita dapat mengurangkan rasa keresahan, stress dan keletihan.
  4. Meningkatkan prestasi ahli sukan - Vitamin B kompleks diperlukan untuk menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Orang yang bersukan perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk sesetengah jenis vitamin B seperti vitamin B2, B5 dan B6 bagi memenuhi keperluan tubuh mereka.
  5. ADHD - Vitamin B kompleks juga digunakan untuk orang yang mengalami ADHD.
  6. Hives - Dalam satu kajian, rawatan menggunakan supplement asid hidroklorik dan vitamin B kompleks membantu merawat mereka yang mempunyai hives.
  7. Ketidakhadaman, sakit ulu hati, kekurangan asid perut, kekurangan vitamin B12 - Bagi mereka yang bermasalah untuk menyerap vitamin B12 yang disebabkan oleh kurangnya asid perut, mengambil supplemen B12 dapat mengatasi masalah tersebut.
  8. Osteoporosis - Dalam satu percubaan wanita yang menopause menggabungkan terapi penggantian hormon dengan vitamin B kompleks dan nutrisi lain, perubahan diet ini dikatakan dapat meningkatkan ketumpatan tulang sehingga 11%.
  9. PMS - Kajian telah mengaitkan kekurangan vitamin B kompleks dengan PMS, jadi ramai wanita yang mengambil manfaat B kompleks untuk melegakan simptom ini.
Jadi, melihat kepada manfaat yang dapat diberikan B kompleks kepada kita, tidak hairanlah jika vitamin B kompleks ini menjadi salah satu vitamin asas yang perlu kita ambil setiap hari. Anda dah ada? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com untuk mendapatkannya ok :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...