Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Wednesday 10 October 2012

Kenapa manusia perlukan protein?

Tahukah anda mengapa di dalam piramid makanan, kita diwajibkan mengambil sejumlah kuantiti protein setiap hari? Ya! Tidak lain tidak bukan kerana bahan asas dalam tubuh kita iaitu sel-sel bergantung kepada PROTEIN untuk melakukan kerja. Terdapat lebih dari 100 trillion sel di dalam tubuh kita yang bekerja dan membentuk tisu-tisu yang kemudiannya bergabung menjadi organ. Gabungan organ di dalam tubuh kita membina sistem-sistem badan yang akhirnya berkombinasi membentuk badan manusia yang lengkap. Rambut, tulang, kulit, otot-otot - semuanya terdiri daripada PROTEIN. Enzim, hormon dan antibodi juga terbina daripada PROTEIN. Jadi, PROTEIN adalah unsur yang sangat penting untuk tubuh badan kita.


 
Setiap hari kita melakukan pelbagai aktiviti dan terdedah kepada kotoran dan pencemaran menyebabkan sel-sel kita menjadi letih dan rosak. Sel yang rosak akan menyebabkan tisu menjadi rosak >> organ rosak >> sistem rosak dan akhirnya menyebabkan badan kita pun rosak yang kita kenali sebagai PENYAKIT. Jadi, untuk mendapatkan sel yang sihat dan sempurna, kita perlu mengambil protein untuk membaiki sel-sel dan tisu-tisu yang rosak tersebut  serta membina sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah tua dan rosak tadi.

Apakah risiko jika kita mengabaikan pengambilan protein?
Kekurangan protein boleh menyebabkan kita berisiko untuk mendapat :
  1. Anemia - kurang darah atau kurang oksigen dalam darah.
  2. Penyakit buah pinggang (kidney disease).
  3. Tekanan darah rendah (Low blood pressure).
  4. Penyakit hati.
  5. Tinggi kolestrol.
  6. Ketidakstabilan fungsi saraf.
  7. Kandungan gula dalam darah yang rendah.
  8. Ulser perut dan usus.
  9. Luka yang lambat sembuh.
  10. Pengaliran darah yang tidak lancar.
  11. Penglihatan yang kurang baik.
  12. Mudah keletihan.
  13. Badan yang lemah.
  14. Badan yang menggeletar.
  15. Kandungan air yang tinggi dalam tisu badan (menggelebeh).
  16. Sistem ketahanan badan yang lemah.
  17. Terencat akal.
 See?? Tinggi sungguh risiko yang kita hadapi kalau kita tidak mendapat protein yang secukupnya. Bagaimana untuk mengatasinya? Hubungilah saya di farafadzil@gmail.com untuk mendapatkan protein yang TERBAIK untuk anda sekarang! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...