Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 21 September 2012

Keperluan Nutrisi Untuk Ibu Menyusu

Salah satu perkara yang paling penting dan utama yang perlu ibu-ibu menyusu faham bagi menjayakan penyusuan anak mereka adalah tentang peri pentingnya ibu-ibu menyusu ini mendapatkan nutrisi yang secukupnya dan malah bagi sesetengah jenis nutrient, mereka memerlukannya dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding daripada wanita yang tidak menyusukan anak seperti berikut:

Nutrient
Normal (30 tahun ke atas)
Mengandung
Menyusu
Energy (kcal)
2180
2540 2650
2680
Protein (g)
55
62.5
70-75
Calcium (mg)
800
1000
1000
Vitamin A (µg RE)
500
800
850
Vitamin C (mg)
70
80
95
Thiamin, B1 (mg)
1.1
1.4
1.5
Riboflavin, B2 (mg)
1.1
1.4
1.6
Niacin (mg)
14
18
17
Folate (µg)
400
600
500
Zinc (mg)
4.9
5.510
7.2 9.5
Selenium (µg)
25
25 29
34 41

Take note ye, dalam table diatas saya hanya listkan jenis-jenis zat makanan yang diperlukan lebih oleh seorang ibu menyusu berbanding wanita yang tidak mengandung atau menyusukan anak. Untuk zat-zat lain, keperluannya sama seperti biasa. Jadi, kita nampak perbezaannya kan? Cuba kita selidik, adakah pemakanan kita semasa laktasi mendapat nutrisi-nutrisi ini secukupnya? Adakah sebelum mengandung atau menyusu kita sudah cukup mendapat nutrisi ini? Adakah selepas melahirkan anak kita menggandakan usaha untuk makan makanan yang lebih berkhasiat? Atau semasa berpantang kita ditegah daripada makan pelbagai jenis makanan dan dipaksa makan dalam kuantiti yang sedikit supaya dapat kembali kepada bentuk badan yang asal?

Harus diingat ye ibu-ibu, keperluan nutrisi ini adalah untuk ANDA (baca: KITA, termasuk saya). Kuantiti dan pemilihan makanan yang kurang berkhasiat yang kita ambil tidak akan menjejaskan penghasilan susu dengan syarat kita dapat mengekalkan kekerapan penyusuan dan pengepaman. Sebagaimana ketika mengandung, segala nutrisi disalurkan kepada anak melalui plasenta, begitu jugalah alirannya apabila menyusukan mereka. Sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi khasiat yang mencukupi untuk keperluan ibu dan anak, yang mendapat kesannya adalah si ibu. Sebabnya, segala khasiat yang diambil dari makanan akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan tahukah anda, nutrien untuk si comel bukan sahaja dari pemakanan yang kita ambil, tetapi juga dari simpanan lemak yang kita bina semasa mengandung? Sekiranya kesemua ini hilang, apakah pula khasiat yang tinggal untuk kesihatan dan kecergasan tubuh kita? 

Jadi, tidak hairanlah kalau ada ibu-ibu menyusu yang sering merasa keletihan atau mengadu sakit-sakit tulang dan sendi dan pelbagai masalah lagi. Ini semua sebenarnya adalah kesan dari kekurangan zat dalam pemakanan seharian. Bagaimana untuk mengatasinya? Saya pasti anda pun sudah tahu jawapannya. Makanlah makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam piramid makanan dengan melebihkan sedikit kuantiti pengambilan bagi makanan untuk mendapatkan zat di dalam jadual di atas. Contohnya seperti berikut:

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati. Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Tetapi, bagaimana jika anda tidak mampu untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mencukupi ini? Jangan bimbang. Ambillah dengan konsisten set menyusu Shaklee di bawah ini dan alamilah perbezaannya! 

Hubungi saya di farafadzil@gmail.com /012-3579599 untuk membuat pesanan sekarang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...