Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Monday 10 September 2012

Vitamin Asas Untuk Keperluan Ibu Menyusu

Sebelum ini saya pernah menceritakan yang perkenalan saya dengan Shaklee bermula ketika saya berpantang anak yang pertama, Irfan. Alhamdulillah..saya dapat menyusukan anak saya sejurus kelahirannya. Tetapi, saya mula risau apabila pulang ke rumah dari hospital, Irfan kelihatan seperti 'tidak cukup' susu. Walaupun ramai yang berkata memang bayi lelaki kuat minum, perut mereka masih kecil lalu mereka akan cepat lapar dan kerap minum, semua itu tidak dapat meredakan kerisauan saya. Irfan sangat 'cranky', cepat mengamuk dan menangis dengan kuat setiap kali mahu menyusu atau didakap. Waktu malam memang satu masa yang amat mencabar bagi saya sebab Irfan lebih kerap minum susu. Sudahlah pada waktu itu saya masih terkial-kial dan tidak berani menyusukannya sambil berbaring. Jadi memang setiap kali dia merengek, saya akan bangkit dan bersandar atau duduk di kerusi untuk menyusukannya sampai ke pagi. Saya tidak boleh memejamkan mata kerana bimbang dia akan terjatuh dari dakapan. Di waktu siang pula, walaupun ada waktu Irfan tidur saya masih tidak boleh tidur kerana dikehendaki bertungku, berurut dan sebagainya. Saya teramat letih dan kelihatan seperti zombie. Langsung tidak bertenaga. Itu tidak dicampur lagi dengan tekanan daripada orang sekeliling yang mengesyorkan agar diberi sahaja susu formula kepada Irfan agar saya mampu berehat secukupnya. Saya sungguh tertekan!! Dan akibatnya, susu makin merudum. Saya tidak pernah merasakan sensasi 'susu penuh', let down reflex dan jauh sekali bengkak susu!!Ada masa-masa tertentu, saya mengalirkan air mata tanpa sebab.

Akhirnya, saya tekad. Setelah makan dan minum pelbagai milk booster seperti pil ASI, halba, pegaga,oats, milo, kurma merah, longan kering dan sebagainya tidak mendatangkan hasil, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba vitamin Shaklee dalam set menyusu Shaklee. Saya tahu, walau sebanyak mana pun milk booster yang saya ambil, jika saya masih stress dan tertekan..susu ibu untuk anak saya tidak akan boleh keluar atau mencukupi. Jadi, saya pun menggunakan vitamin2 berikut:

1. Bcomplex: bagi menghilangkan stress, memberi tenaga dan menaikkan seri wajah.

2. Vitalea Iron Formula - sejenis multivitamin dan multimineral yang diambil untuk memelihara dan membekalkan tubuh dengan nutrien yang penting.
 
3. Sustained release vita-C 500 mg - bagi tujuan untuk memulihara dan memelihara kulit serta menyembuhkan luka dengan segera.

4. Alfalfa Complex - Sebagai sumber vitamin A, C dan E serta fosforus, potasium, kalsium dan zat besi. Paling menarik, saya dapati ia juga menambahkan susu badan :)
Dan hasilnya??? Dengan jadual pengepaman yang konsisten dan dengan meminum air masak yang secukupnya, tiada lagi stress yang tidak tentu hala, badan kembali bertenaga dan terutama sekali..saya mampu meneruskan penyusuan Irfan sehingga kini. Susu untuk Irfan lebih pekat dan Irfan tidur lebih lena. Malah, sekembalinya saya ke pejabat setelah tamat tempoh berpantang, ada yang menegur wajah saya yang berseri-seri. Alhamdulillah..atas rezeki yang di kurniakan-Nya dan pertemuan saya bersama Shaklee.

Saya sangat berpuas hati dengan vitamin dalam set menyusu Shaklee. Anda bagaimana? Sekiranya anda juga sedang mengalami apa yang saya pernah lalui dan inginkan perubahan, apa kata anda cuba mengamalkan set menyusu Shaklee ini? Jom order sekarang! Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-357 9599.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...