Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Wednesday 9 October 2013

Kepentingan dan peranan collagen di dalam badan manusia

Percaya atau tidak sebenarnya collagen merupakan salah satu elemen yang penting dalam badan manusia. Mana tidaknya, collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia dan merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan kita. Cukup banyakkan? Ianya sangat penting kerana ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Contohnya, collagen banyak terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Collagen di dalam badan manusia memainkan peranan penting dalam:
  • menghasilkan asid-asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh yang bertindak untuk membina struktur tisu penyokong, mengawal fungsi sel, memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang,  mengstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kecantikan kulit dan menghalang penuaan, menghasilkan pola tidur dan memberikan tidur yang nyenyak.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
  • menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
  • meningkatkan isyarat induksi.
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.
Jadi, kalau badan kita mempunyai collagen yang cukup, kita akan dapat:
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  • memelihara kelembapan kulit.
  • membaikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang dengan segera.
  • otot dan tulang yang kuat.
  • membuang toksin (mendetoks) daripada hati.
  • sendi yang lentur dan sihat.
  • mengurangkan keradangan (inflammation).
  • rasa lebih bertenaga.
  • pola tidur yang teratur.
  • memulihkan diri daripada penyakit saraf kerana collagen membina semula lapisan protein pada saraf.
Collagen sememangnya wujud di dalam badan kita secara semulajadi tetapi penghasilannya akan berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas kita mencecah usia 25 tahun. Tetapi, kesan pengurangannya hanya dapat dirasai 10 tahun kemudian atau mungkin kurang dari itu dengan kemunculan garis-garis halus, kedutan mahupun kulit kusam dan kering. Haaa..Cuba belek diri sendiri, ada ke tak tanda-tanda tu? Dan lebih teruk lagi, selepas 40-45 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Jadi, semakin kita tua, semakin berkurang collagen yang terkandung dalam badan. Haa..cuak tak cuak?

Jadi, sebab itulah collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembap kulit.

shaklee collagen powder


So, masih nak tunggu dah sakit atau nampak tua ke baru nak ambil collagen? Baik ambil dari sekarang kan? Kan orang kata, lebih baik mencegah daripada merawat. Apatah lagi sekarang ni memang tengah musim promosi collagen terbaik daripada Shaklee i.e Shaklee Collagen Powder. Ujian klinikal mengesahkan keberkesanannya dengan memberi perubahan positif secara menyeluruh hanya dalam masa 8 minggu. Semulajadi, berkesan, selamat dan yang penting...halallll.

Nak cuba? Hubungilah 012-3579599 (sms/whatsapp) atau farafadzil@gmail.com sekarang juga. Ada sesuatu yang istimewa menanti anda :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...