Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 10 September 2016

Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

Sebelum bertolak ke Pulau Pinang sebentar lagi, saya nak kongsikan beberapa tips balik kampung dan bercuti panjang dengan selamat dan senang hati. Almaklumlah, lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan sejak dari petang semalam orang dah berpusu-pusu keluar dari ibu kota untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Walaupun secara lazimnya, rata-rata orang Malaysia menyambut hari raya korban lebih bersederhana berbanding hari raya puasa, namun memandangkan pada tahun ini sambutan aidiladha jatuh pada hari Isnin dan dalam musim cuti sekolah pula, maka ramailah orang yang ‘memeriahkan’ jalan raya untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti 😀


Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk balik kampung atau pergi bercuti, meh kita baca dan amalkan tips-tips di bawah ini supaya perjalanan kita selamat dan dengan senang hati. 


Tips balik kampung dan bercuti panjang


Tips balik kampung dan bercuti panjang yang akan saya kongsikan di bawah ini diinspirasikan oleh poster cantik yang dikongsi oleh salwasaleh.com. Walaupun beliau buat poster ini sebagai pesanan khas semasa hari raya Aidilfitri, namun tips-tips ini sesuai diamalkan pada bila-bila masa kita balik kampung atau pergi bercuti. 🙂


tips balik kampung


Tips SEBELUM pulang ke kampung atau pergi bercuti


Pertama sekali, sebelum keluar rumah untuk balik kampung atau bercuti, amalkan tips-tips di bawah ini:


  1. Pastikan rumah dikunci dengan selamat dan kalau ada, pasang CCTV. Maklumlah sekarang ni, ramai sangat yang hidup dalam keadaan terdesak dan mengambil kesempatan sewaktu musim cuti untuk pecah masuk rumah. Jika ada pengawal keselamatan atau jiran yang tidak ke mana-mana, maklumkan ketiadaan anda kepada mereka supaya mereka boleh tengok-tengokkan keadaan rumah.

  2. Pastikan kunci pendua diletakkan disimpan di tempat yang selamat. Jangan letakkan di tempat yang mudah dilihat atau dijangka oleh orang lain.

  3. Matikan semua suis dan barang elektrik. Untuk lebih penjimatan, ambil langkah untuk mencabut sekali plug-plug barang elektrik -astro, tv, periuk nasi, charger, mesin basuh, ubat nyamuk elektrik dan lain-lain. Biasanya, saya hanya tinggalkan plug peti ais sahaja kerana masih ada bahan mentah yang disimpan.

  4. Kemas beg dengan baik untuk jimat ruang, Untuk hujung minggu tiga hari seperti hari raya aidiladha ni, kami hanya bawa dua beg (untuk 4 orang). Satu beg pakaian dan satu beg susu (untuk anak).

  5. Kalau anda menaiki kenderaan awam, jangan lupa kunci jam. Nanti, tertinggal pula keretapi, bas, kapal terbang yang perlu anda naiki. Rancang awal perjalanan dari rumah agar anda mempunyai cukup masa untuk sampai ke stesen dengan tenang.

  6. Ohh..jangan lupa tiket dan passport sekali ye! Sebelum kunci rumah, pastikan anda double-check dua perkara penting ini. Saya ada seorang kawan yang terpaksa membatalkan perjalanan ke Singapura gara-gara passport tertinggal dan hanya menyedarinya semasa sudah sampai di lapangan terbang. Huhuhu. Sedih! Bukan dekat-dekat nak patah balik rumah.

  7. Saya juga selalu pastikan rumah berada dalam keadaan bersih dan kemas sebelum bertolak. Pinggan semua dibasuh. Kain semua dilipat. Dan tiada sampah sarap yang ditinggalkan. Kalau tidak, nanti lepas balik dari bercuti, bukan saja penat dan stress dengan traffic jam, tapi ditambah lagi dengan stress dengan keadaan rumah yang berbau dan tidak terurus.

  8. Untuk para peniaga online, saya sarankan juga untuk buffer atau schedulekan post facebook/instagram/blog anda siap2. Maklumlah, bila bercuti ni kita lebih sibuk dengan aktiviti lain daripada nak menghadap laptop ataupun handphone. Buatnya kampung atau tempat kita bercuti tu takde line, haaa..kan dah susah tu!

Tips jika memandu balik ke kampung/destinasi percutian


Untuk yang memandu pula, ini tips-tips khas untuk anda:


  1. Pastikan kereta dah diselenggarakan sebelum bertolak atau berada dalam keadaan yang selamat. Kalau ada pilihan, elakkanlah membawa kenderaan yang dah berusia sebab kita tak boleh jangka ragam, sakit demamnya. Dah berkali-kali juga saya terjumpa kenderaan yang tersadai di tepi-tepi highway sebab panas enjin atau tak pasti apa rosaknya. Kesiann sungguh.. lagi kesian kalau tengok keluarga yang ada anak kecil terpaksa menunggu dalam keadaan panas terik atau hujan.

  2. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Biar lebih jangan kurang. Kalau tiba-tiba habis minyak tengah-tengah hutan kan naya tu! Huhuhuh.

  3. Patuhi had laju selamat dan elak saman. Destinasi yang kita nak pergi tu takkan ke mana-mana. Jadi, pandulah dengan berhemah dan ingat sekali keselamatan penumpang anak bini yang ada dalam kereta dan pengguna-pengguna lain di jalan raya.

  4. Lorong kecemasan hanya untuk KES KECEMASAN sahaja. Tolonglah jangan guna walaupun jalan raya sesak dan kenderaan bergerak lebih lambat dari siput. Mungkin ada kemalangan di hadapan yang memerlukan pihak ambulans/bomba untuk datang dan menyelamatkan keadaan. Jangan sampai kita menjadi penyebab pasukan penyelamat ini lambat sampai dan seterusnya mengakibatkan perkar yang lebih buruk terhadap mangsa.

  5. Jangan main handphone sambil memandu. Yelah..sekarang ni musim orang main pokemon, kat ceruk hutan mana pun kalau boleh nak cari pokemon tu. Bukan setakat pokemon, whatsapp, facebook pun janganlah layan semasa tengah memandu. Itu menandakan kita todak fokus 100% kepada pemanduan. Bahaya! Walaupun kita lalai hanya 1 saat, kita boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Tangan pegang stereng, bukan smartphone ye!

  6. Semua penumpang juga harus memakai tali pinggang kaledar. Anak-anak yang masih kecil kena duduk dalam car seat. Memang mencabar, tapi kalau nak selamat, kena buat.

  7. Mata kena sentiasa pandang jalan, bukan tempat lain. Ni tidak, walaupun kemalangan berlaku di jalan yang berlawanan arus, tapi jalan sendiri yang jem sebab semua orang suka tengok apa yang berlaku. Ish ish ish!

  8. Kalau letih dan mengantuk, berhenti rehat dulu. Minum dulu cinch tea or performance drink… InsyaAllah, mata kembali celik dan badan bertenaga untuk teruskan pemanduan. Atau kalau memang tak suka nak berhenti mana-mana sebab nak jimatkan masa perjalanan, lagi elok diminum sebelum bertolak.

  9. Simpan juga nombor-nombor telefon penting yang tertera di atas. Mana tahu, kita mungkin akan memerlukannya.

Haa..dah baca semua tips-tips di atas? Nanti jangan lupa amalkannya ye!


Anda dah bersedia nak memulakan perjalanan? Kami dah! Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Drive safe!


tips balik kampung dan cuti panjang


 


Till then, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.


Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


Pengedar Shaklee Ulu Kelang


012-3579599



Tips Balik Kampung dan Bercuti Panjang dengan Selamat dan Senang Hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...