Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 4 October 2014

Rahsia Di Sebalik Kesedapan Rendang dan Lemang Terbongkar!

InsyaAllah esok kita akan meraikan Hari Raya Korban di Malaysia. Jadi, semestinya ramai umat Islam yang melakukan ibadah korban ini dan musim makan daging pun bermula :D


Bila tiba hari raya, tak kiralah Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha… hampir di setiap rumah orang melayu Islam di Malaysia ni mesti ada menu rendang dan lemang. Menu tradisional, evergreen dari dulu sampai sekarang. Memang sedap rendang dan lemang ni kan?


Fakta nutrisi tentang rendang dan lemang

Perghh…tengok gambar je dah rasa terliur nak makan rendang dan lemang ni


Tapi, di sebalik kesedapan rendang dan lemang ni, ada satu rahsia yang tak ramai orang tahu. Jadi, hari ni saya nak bongkarkan rahsia itu kepada anda semua.


Nak tahu tak? Haa..teruskan membaca ye!


Fakta Nutrisi Rendang dan Lemang


Rendang


Satu hidangan rendang daging seberat 50gram mempunyai 126 kalori yang terdiri daripada 12% karbohidrat, 29.5% protein dan 58.5% lemak. Selain itu rendang juga membekalkan mikronutrien lain seperti vitamin A, beta carotene, vitamin C, kalsium, zat besi, thiamine, riboflavin, niacin dan serat dietari.


Kandungan kolesterol pula dianggarkan sekitar 35-45mg bergantung kepada jenis rendang samada ayam atau daging dan juga bahagian mana yang digunakan. Sekiranya bahan asas rendang ialah hati lembu, kandungan kolesterol bagi satu hidangan seberat 35gram ialah 168mg manakala hati ayam pula mempunyai 200mg kolesterol.


Bahan-bahan asas rendang yang lain ialah santan pekat. Oleh yang demikian, ia mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Walaupun santan kelapa tidak mengandungi kolesterol tetapi kandungan lemak di dalamnya adalah daripada jenis lemak tepu. Lemak tepu akan meninggikan tahap kolesterol di dalam darah. Satu cawan santan berdasarkan Jadual Komposisi Makanan (JKM) membekalkan 64 gram lemak yang mana 74.5% adalah terdiri daripada lemak jenis tepu (Saturated Fat). Tenaga daripada secawan santan dianggarkan sebanyak 630 kalori bergantung kepada tahap kepekatannya.


Kolesterol yang berlebihan di dalam darah akan terkumpul dan menimbun pada dinding saluran darah. Lama kelamaan ia akan menyebabkan saluran darah menjadi keras dan sempit serta tersumbat. Keadaan ini akan mengganggu aliran darah di dalam tubuh kita seterusnya boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.


Pengambilan kolesterol dietari disarankan kurang daripada 300mg sehari. Sekiranya anda pernah mengalami serangan jantung atau telah di diagnos mempunyai tahap kolesterol darah yang tinggi, maka saranan pengambilan kolesterol dietari ialah tidak melebihi 200mg sehari.


Lemang


Mengikut kebanyakan resepi, 500gram tepung pulut dan 750ml santan pekat diperlukan bagi menghasilkan sebatang lemang bersaiz sederhana.


Berdasarkan analisis nutrisi menggunakan software Nutritionist Pro, anggaran jumlah tenaga di dalam sebatang lemang ialah 3,778 kalori yang mana 52% daripadanya disumbangkan oleh santan kelapa. Tenaga di dalam sebatang lemang terdiri daripada 44.5% karbohidrat, 5.8% protein dan 49.7% lemak.


Selain daripada itu, lemang tidak mengandungi dietari fiber.


Mikronutren lain yang terdapat di dalam lemang ialah vitamin A, kalsium dan zat besi.


Perlu diingatkan bahawa kandungan kalium (Potassium) di dalam santan kelapa adalah tinggi. Dianggarkan kandungan kalium di dalam sebatang lemang ialah 3,027mg. Kalium yang berlebihan di dalam darah boleh memudaratkan jantung dan buah pinggang.


(Sumber: Stayfit-Fitness & Gym)


Nikmati kesedapan rendang dan lemang tanpa rasa bersalah!


Fuhhh… kalau kita kira berapa jumlah kalori dan kolesterol yang kita dah makan setiap kali kita makan rendang dan lemang di setiap rumah yang kita pergi ziarah, mesti akan terbeliak biji mata kan?! Tapi, lemang dan rendang tu sangattt sedapppp!! Very tempting… Walaupun dah makan di rumah sebelum ni, bila pergi ke rumah seterusnya mesti nak rasa jugak macam mana enak lemang dan rendang di rumah tersebut pulak kan? Dan kalau diteruskan juga…. ishhh..bahaya bahaya…


Sebenarnya ada satu cara nak bagi kita rasa makan kedua-dua menu wajib masa raya ini tanpa rasa bersalah.


Memperkenalkan…. Phytocol-ST Shaklee!


Ya! Amalkanlah pengambilan 2 biji Phytocol-ST setiap kali kita nak makan dan bi iznillah kita akan boleh makan apa saja yang kita inginkan.


phytocol-st, rendang dan lemang

Phytocol-ST mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah


Phytocol-ST adalah produk terbaru Shaklee yang bertujuan untuk membekalkan 2,000mg FITOSTEROL sehari. Ia membantu mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah dan menurunkan paras kolesterol LDL atau kolesterol jahat.


phytocol-st, rendang dan lemang,bagaimana fitosterol berfungsi

Fitosterol mengambil tempat kolesterol dengan memenuhi dinding usus dan sekaligus membantu menyekat kemasukan kolesterol ke dalam salur darah


Menurut ujian klinikal, pengambilan 2000mg fitosterol sehari boleh menurunkan kadar kolesterol LDL sebanyak 10-15%. Ini kerana, fitosterol adalah sterol tumbuhan yang mempunyai struktur yang lebih kurang sama dengan kolesterol. Jadi, pengambilan fitosterol semasa makan akan menyebabkan tempat kolesterol diambil alih. Fitosterol akan melekat di dinding-dinding usus dan seterusnya membantu menghalang kolesterol yang terdapat dalam makanan yang kita makan daripada memasuki salur darah.


Jadi, jika anda inginkan kehidupan yang bebas kolesterol jahat, amalkanlah ‘penyekat kolesterol semulajadi‘ ini setiap kali anda ingin menikmati bukan sahaja rendang dan lemang di musim perayaan tetapi apa sahaja makanan kegemaran anda. Pastikan ia sentiasa ada di rumah dan dibawa ke mana sahaja anda pergi agar anda tidak kempunan untuk makan apa sahaja yang anda inginkan.


Best kan? Bila dah makan Phytoc0l-ST ni nak makan buffet ke, seefood ke, kuih manis-manis ke…takdelah rasa bersalah sangat! :p


Jadi, apa yang difikirkan lagi? Jom order satu Phytoc0l-ST sekarang! Harga sebotol Phytocol-ST adalah RM197 dan mengandungi 120 biji/botol.


Hubungi RahsiaVitaminIbu.com – SID Pilihan Ramai di KL melalui sms/whatsapp 012-3579599 (Puan Fara Fadzil) atau emailkan kepada rahsiavitaminibu[at]gmail.com untuk sebarang pesanan, pengesahan harga atau konsultasi secara percuma dengan kadar yang segera! Penghantaran ke seluruh MALAYSIA melalui GDEX dan pos laju dan perkhidmatan COD untuk sekitar kawasan Ulu Kelang, Keramat, Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai, Setapak, Taman Melawati, Taman Permata, Ampang, Selayang, Shah Alam, Subang, Bangi, Kajang, Putrajaya, Temerloh, Segamat dan Seremban.


Jom beli Phytocol-ST! Terbaek di musim perayaan ini :)


order phytocol-stAkhir kata, salam kemaafan dan selamat melakukan ibadah korban dari RahsiaVitaminIbu.Com – SID Pilihan Ramai Di KL ;)


 



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, mencegah, menyembuh atau merawat mana-mana penyakit. Sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan anda untuk sebarang permasalahan yang anda alami.


 



Rahsia Di Sebalik Kesedapan Rendang dan Lemang Terbongkar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...