Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 23 September 2014

6 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat

Jangan tak tahu, bukan orang yang nak kurus sahaja yang ramai di dunia ni, malah orang yang cuba nak gemuk pun tak kurang bilangannya! Tapi, sebagaimana yang nak kurus mereka kena KURUS DENGAN SIHAT, nak gemuk pun kita kenalah tahu CARA UNTUK TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SIHAT :)


cara tambah berat badan,set tambah berat badan shaklee


Punca Kekurangan Berat Badan


Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu tak cukup berat atau kehilangan berat badan. Antaranya ialah:


  • Mereka sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

  • Tekanan dan masalah hidup.

  • Pembedahan mulut.

  • Masalah sistem penghadaman/pencernaan.

  • Terlampau banyak bekerja.

  • Kurang selera makan.

  • Ibu mengandung yang mengalami pelbagai alahan.

  • Dan pelbagai lagi.

Ramai yang menganggap, “Alaa..makan je kek, coklat, aiskrim, fast food banyak-banyak…nanti sekejap je gemuk!” Haa.. memang betul sangatlah tuh. Itu memang jalan pintas nak gemuk tapi jalan pintas jugak nak jatuh sakit!


Selalu tak dengar, “Kita adalah apa yang kita makan (you are what you eat).” Kenyataan ini bukan satu percakapan kosong. Apa yang kita makan adalah apa yang digunakan untuk membina sel-sel baru dalam badan. Makanan segera yang tidak berkhasiat tidak akan membina tubuh yang sihat dan kuat. Ianya seperti membina sebuah rumah daripada kadbod dan selotape berbanding daripada batu-bata dan simen seperti yang sepatutnya. Atau dengan kata lain, menambahkan berat badan bukanlah semata-mata tentang penambahan kalori sahaja.


5 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat


1. Makan setiap 4 jam sekali


Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ianya seperti sebuah enjin yang sentiasa berkerja (jantung kita sentiasa berdegup, darah kita sentiasa mengalir, otak dan otot kita sentiasa berkerja). Jadi, apabila kita tidak makan pada waktu yang sepatutnya kita makan, kita seumpama tidak mengisi minyak yang diperlukan untuk ia terus bergerak. Kesudahannya, badan kita akan menghasilkan tenaga daripada ‘bank simpanan tenaga’ yang malangnya termasuklah jisim otot kita. Cara terbaik untuk mengelakkan badan kita dari kehilangan tisu-tisu penting adalah dengan makan dengan kerap, jarak antara tiga ke lima jam setiap kali waktu makan. Jadi, jika anda ingin menambah tisu otot yang baru, waktu makan adalah sangat penting. Ramai yang cakap “saya makan sepanjang masa” tetapi apabila mereka mula menyimpan jurnal pemakanan mereka, mereka sendiri menyedari betapa tunggang-langgangnya cara makan mereka. Di sini, kuncinya adalah konsisten dalam mematuhi waktu makan.


2. Makan beberapa jenis kumpulan makanan sekaligus


Sentiasa merancang untuk makan sekurang-kurangnya tiga jenis kumpulan makanan sekaligus. Daripada hanya makan sebiji pisang atau segenggam kacang, tambahkan beberapa keping roti serat bakar bersama mentega badam dan  hirisan pisang, dan ambilnya bersama segelas susu penuh krim organik atau susu lain seperti soya dan lain-lain yang kaya dengan protein. Kepelbagaian makanan akan membekalkan lebih banyak jenis nutrisi kepada badan untuk bekerja sepanjang hari.


3. Makan secara ringan tapi berkhasiat


Cara terbaik untuk meningkatkan nutrisi tanpa perlu makan banyak atau mengambil makanan ringan adalah dengan memilih makanan yang kaya nutrisi yang mengandungi banyak karbohidrat, protein dan lemak dalam kuantiti yang kecil. Buah-buahan kering (dried fruits) adalah contoh yang terbaik. Apabila kandungan air telah hilang, saiznya akan mengecil sehingga 75%, jadi semangkuk anggur hanya akan menjadi suku (1/4) mangkuk kismis. Cuma hanya perlu berhati-hati supaya memilih dried fruits yang tidak mengandungi gula ataupun pengawet tambahan. Anda juga boleh membuat ‘wrap’ yang mengandungi kepingan oats, dark chocolate chips, dried fruits yang disalut dengan mentega kacang dan jadikannya bekalan snack untuk anda makan sepanjang hari bagi menambah berat badan.


4. Minum makanan anda


Cecair tidak akan mengenyangkan seperti makan makanan pejal, jadi jika anda ingin tambah berat badan, cecair boleh membantu menambah nutrisi tanpa membuatkan anda berasa senak perut ataupun kembung. Pilihan terbaik termasuklah 100% jus buah, susu penuh krim organik atau susu soya organik dan juga smoothies. Smoothies adalah lebih baik berbanding milkshakes semata-mata kerana anda boleh mencampurkannya dengan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan dan serbuk protein.


5. Makan sebelum tidur


Selalu tak anda dengar orang cakap “tidur lepas makan boleh menyebabkan gemuk?”. Proses pemulihan, pembaikian dan regenerasi badan kita kebanyakannya terjadi ketika kita sedang tidur. Ia seumpama waktu puncak untuk membina otot dan tisu-tisu. Jadi, makan snack yang SIHAT sebelum tidur memberikan bekalan baru nutrisi yang bersedia untuk ‘bekerja’ di dalam badan. Contoh makanan yang tidak akan membuatkan anda rasa terlampau kenyang adalah seperti semangkuk kecik pasta salad yang diperbuat dari 100% whole grain (serat) pasta, cuka daripada minyak zaitun, hirisan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.


6. Lengkapkan nutrisi anda dengan Set Tambah Berat Badan Shaklee


Selain dari makan makanan dari sumber-sumber yang berkhasiat, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan atau supplement yang terdapat dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee. Terdapat 3 jenis supplemen utama dalam set ini iaitu Meal Shakes, Vitalea dan B-complex.


 


Set Tambah Berat Badan Shaklee

Set Tambah Berat Badan Shaklee


Fungsi Meal Shakes dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


Meal Shakes kaya dengan 19 vitamin utama, protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Ia dapat memberi tenaga, mencetuskan selera makan yang amat perlu dalam misi untuk menambahkan berat badan. Meal shakes yang kaya dengan protein sangat membantu dalam dalam pembentukan kulit,  kuku dan rambut serta tisu tubuh. Ia adalah ‘makanan segera’ yang berkhasiat berperisa french vanilla yang sungguh menyelerakan. Mudah dibancuh dan enak diminum begitu sahaja atau dicampur dengan mana-mana minuman kegemaran anda. Buat smoothie atau aiskrim pun sedapppp tau!!!


Fungsi Vitalea dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


Vitalea ini seumpama Mealshakes tetapi dalam bentuk pil. Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral nombor satu dicipta di dunia yang bertujuan untuk memberi khasiat dan nutrisi yang kurang diambil melalui pemakanan. Vitalea adalah vitamin yang mudah larut dalam air dan cepat diserap oleh badan. Ia bantu membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel tubuh semasa misi menambahkan berat badan. Sel yang sihat akan membentuk tisu dan organ yang sihat dan seterusnya membina tubuh badan yang sihat.


Fungsi B-Complex dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee


B-Complex Shaklee mengandungi kesemua spektrum vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Ia membantu dalam proses metabolisme badan dan juga memberikan tenaga. B-complex Shaklee membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan stress. Hidup tanpa stress atau dengan tekanan yang terkawal akan membantu dalam menaikkan selera makan dan menambahkan berat badan.


Option: Energizing Soy Protein (ESP) untuk tambah berat badan


Selain dari ketiga-tiga supplemen di atas, anda juga digalakkan untuk mengambil ESP bagi membantu menambahkan berat badan. Sekiranya anda terlalu kurus, anda memerlukan lebih banyak protein bagi membina sel-sel baru dan otot. Jadi, pengambilan ESP bersama Meal shakes boleh membekalkan lebih banyak protein yang badan anda perlukan bagi menambah berat badan.


Kurus sangat pun tak cantik juga…


Ramai orang yang nak kurus, tapi terlalu kurus pun tak cantik juga. Sekeping dan straight macam plywood, tak menawan juga. Malah, jangan tak tahu..terlalu kurus pun boleh mendatangkan penyakit tau! Jadi, jika anda ingin memiliki susuk tubuh yang menawan, yang tak serupa orang sakit, amalkanlah cara-cara untuk menambahkan berat badan dengan sihat ini.


Jika anda ingin memiliki set tambah berat badan Shaklee, anda boleh menghubungi RahsiaVitaminIbu.Com melalui email rahsiavitaminibu[at]gmail.com atau melalui sms/call/whatsapp 012-357 9599 (Puan Fara Fadzil). Atau hanya klik pada butang di bawah untuk memesan secara online.


order set tambah berat badan shaklee


Konsultasi percuma dan cara pemakanan yang betul untuk menambahkan berat badan dengan set ini hanya akan diberi ekslusif kepada pembeli dari Rahsia Vitamin Ibu ini sahaja.



6 Cara Untuk Tambah Berat Badan Dengan Sihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...