Saya tak tahu orang lain, tapi saya baru sahaja tahu pada hari selasa yang lalu bahawa tarikh Deepavali yang tercetak dalam kalendar 2014 adalah salah! Haha..tertinggal ketapi betul saya! Ingatkan kalau dapat cuti hari Khamis, 23 Oktober 2014 bolehlah tambah satu lagi cuti hari Jumaat untuk dapatkan hujung minggu yang panjang. Tapi, rupa-rupanya tarikh deepavali yang betul adalah jatuh pada hari Rabu, 22 Oktober 2014. Huhuhu. Melepas lerr nampak gayanya…

Dalam kalendar tarikh deepavali 23 Oktober 2014!
Kalau korang tak percaya boleh rujuk warta kerajaan yang dikeluarkan pada 6hb Disember 2013 di sini atau screen shot di bawah ni.

warta kerajaan 6/12/2013
Kesilapan ini terjadi sebab kalendar dah lebih awal dicetak dan di-distribute kepada orang ramai sebelum warta kerajaan ini disiarkan. So, kepada siapa-siapa yang tak tahu, please take note ya. Jangan nanti tiba-tiba anda sorang-sorang je tercongok kat ofis pagi-pagi 22 Oktober 2014! Hihihi.
Tarikh Deepavali Dalam Kalendar 2014 Salah!
No comments:
Post a Comment