Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Wednesday 19 November 2014

Malu diejek suami? Tips buat ibu hilangkan parut dan perut buncit selepas bersalin caesar

Siapa yang tak malu kalau suami sendiri mengejek kita gemuk dan hodoh kan? Tapi, itulah hakikat yang dihadapi oleh ramai ibu yang bersalin secara caesarean di luar sana. Bukan sahaja sakit selepas bersalin terpaksa ditanggung, masalah berat badan dan parut hodoh di kawasan pembedahan turut termasuk dalam ‘pakej’ melahirkan anak tersebut dengan selamat.


Parut yang timbul menyakitkan mata yang memandang, telinga pun sakit bila mendengar suami asyik membebel bila kita ajak pegi shopping je. Yelah, lepas bersalin kain baju  semua dah tak muat. Kain dah tak boleh dizip. Seluar jeans dah tak boleh masuk. Baju semua body fit.


Tak cukup dengan semua tu. Bila sesekali jumpa kawan-kawan, ada pulak yang bertanya, “Eh, ko mengandung lagi ke??” Huwaaaaa!!! Ini memang boleh bikin ibu meroyan! Walaupun dah bersalin 7 bulan, perut still buncit macam orang mengandung 5 bulan. Haihhh…Stress! Stress!!


So, what to do?


Takkan nak stressssss je berterusan? Memang tak dinafikan, ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ini kebanyakannya memerlukan masa yang lebih panjang untuk kembali kepada bentuk asal. Tapi, kalau tak ambil tindakan dari awal, sampai bila-bila pun keadaan tak boleh berubah, betul tak?


Tips kempiskan perut buncit selepas bersalin


Sebelum dapat hilangkan parut, elok kita tackle masalah ni dulu. At least parut boleh disorok, tapi perut buncit? Walaupun dah pakai baju, orang still boleh nampak dan buat kita hilang keyakinan diri.


Perut buncit selepas bersalin


1. Penyusuan susu ibu


Ini adalah tips yang paling cepat untuk kita kuruskan badan selepas bersalin. Tak kira bersalin normal atau secara pembedahan, setiap bayi memerlukan susu dan susu ibulah yang terbaik buat mereka. Tahukah anda, setiap kali kita menyusukan bayi, sebanyak 500 kalori akan dibakar? Tak perlu senaman berat atau menunggu selepas habis berpantang untuk menguruskan badan. Misi untuk turunkan berat selepas bersalin boleh dimulakan seawal sejurus kelahiran dan harus diteruskan sehingga usia bayi mencapai 2 tahun.


Jangan jadikan kesukaran menyusu itu (susu sikit, baby tak pandai minum, baby tak kenyang, etc etc) satu alasan untuk tidak meneruskan penyusuan kerana setiap satu masalah itu ada penyelesaiannya.


2. Pakai bengkung


Nak cantik, ibu-ibu kena berdisiplin. Ramai ibu moden sekarang ni yang mengelat dari memakai bengkung ketika sedang berpantang, dan terus melupakannya sekembali mereka bekerja di pejabat. Dan lagi ramai yang masih menganggap, ibu bersalin secara caesarean tak boleh pakai bengkung dan terpaksa menunggu habis pantang untuk berbengkung. Tanggapan anda salah! Zaman mak-mak kita dahulu mungkinlah. Tapi, sekarang ni… dah banyak sangat bengkung yang sesuai untuk bersalin caesar dijual di pasaran. Bincang dengan doktor anda tentang keadaan luka pembedahan sekiranya anda masih ragu-ragu


Dan apabila sudah kembali bekerja, jika mahukan bentuk badan kembali kepada asal, boleh teruskan memakai bengkung ataupun corset. Pemakaian bengkung ini bagus sebab bukan sahaja ia membantu memecahkan lemak di kawasan perut, tetapi juga mengelakkan kita dari makan terlalu banyak kerana perut sendat.


3. Berurut/Bertungku/Bertangas/Sauna


Orang selalu ingat aktiviti berurut/bertungku/bertangas/sauna ni hanya perlu dilakukan semasa dalam pantang. Itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja dalam masa dua bulan. Cadangan saya, jangan limitkan kegiatan ini!


Sekerap yang boleh, apabila anda masa, silalah pergi berurut/bertungku/bertangas/sauna bersama dengan bidan-bidan ataupun di spa.  Aktiviti ini bukan sahaja membantu melancarkan peredaran darah tetapi haba panas dari tungku/tangas/sauna itu boleh membantu memecahkan lemak dan membuang angin dan lebihan air dari badan kita.


4. Pemakanan yang sihat


Dalam apa jua perkara – nak cantik, nak sihat, nak kurus -, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat. Jangan makan fast food dan makanan rapu yang tinggi kandungan lemak trans dan tepu yang hanya menambahkan berat badan. Makan makanan yang seimbang dan ambil protein yang secukupnya bagi menggalakkan penghasilan susu dan menukarkan lemak kepada otot supaya perut tidak buncit dan menggeleber. Minum lebih air masak (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) berbanding dengan air manis yang tinggi kandungan gula bagi mengoptimumkan penyerapan khasiat yang diambil dari makanan. Bagi membantu mengemulsikan lemak yang terdapat dalam makanan, jangan lupa ambil lecithin setiap kali sebelum makan! ;)


5. Lakukan aktiviti kecergasan


Selain pemakanan sihat, ibu-ibu juga wajib melakukan aktiviti kecergasan bagi menurunkan berat badan. Ingat, kalau nak kurus, kalori yang dibakar (‘calorie out’) mesti lebih banyak daripada kalori yang diambil (‘calorie in’). Untuk mengempiskan perut, lakukan banyak senaman kardiovaskular dan abdominal yang sangat membantu dalam memecahkan lemak dan membina otot perut. Instead of perut nampak bulat macam orang mengandung, manalah tau nanti boleh dapat 6 pack pula! :D


Selain bersenam, lakukan juga aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan berenang. Atau jika terlalu buntu, buka sahaja youtube, dan anda akan mendapati terdapat banyak senaman ringan yang selamat untuk ibu bersalin secara pembedahan amalkan.


senaman selepas bersalin caesar


Sebelum melakukan aktiviti ini, amalkan minum teh hijau seperti cinch tea agar pembakaran lemak dapat berlaku 3 kali ganda lebih cepat. Lecithin juga boleh membantu anda untuk mengeluarkan peluh semasa bersenam dengan lebih cepat.


6. Postur tubuh


Kurus sahaja tetapi lembik, bongkok tidak akan menampakkan seseorang itu kelihatan cantik. Daripada awal, sentiasa amalkan berdiri, berjalan atau duduk dengan tegak dan posisi yang betul.


7. Nyahkan toksin dan detoks usus


Sekali sekala kita perlu DETOKS. Badan kita menghasilkan toksin dan ia banyak terkumpul di perut. Lagipun, bukan semua makanan yang kita makan dapat dicernakan dan dibuang serta merta. Apatah lagi, ramai ibu-ibu yang selepas bersalin mengalami masalah sembelit! Dan kebiasaannya, sisa-sisa makanan ini banyak tersangkut di dinding-dinding usus yang menyebabkan perut kita buncit! Sebab itulah, kita perlu lakukan proses detoksifikasi ini untuk mendapatkan flat stomach! Salah satu cara untuk detoks adalah dengan mengambil herb lax sebelum tidur beberapa kali seminggu. Confirm pagi-pagi esoknya dah ke toilet untuk buang segala toksin dan sisa makanan yang melekat pada dinding usus.


Nak hilangkan parut selepas bersalin, bagaimana pula?


Ok, dah tahu cara nak hilangkan perut buncit, kalau nak hilangkan parut selepas bersalin macam mana pula?


Parut timbul selepas bersalin caesar


Ini satu lagi dilemma wanita yang bersalin secara caesarian kerana kadang-kala atas faktor genetik ataupun kesilapan manusia, luka pembedahan boleh menjadi parut yang hodoh ataupun timbul menjadi keloid. Ada yang kata, parut itulah kenangan kita melahirkan anak kesayangan tetapi perlukah sampai sehodoh itu?


Kalau tak hilang sepenuhnya pun takpe, tapi kalau dapat pudarkan kan lebih elok?


Saya tak banyak tips untuk hilangkan parut ni kecuali satu – KENA AMBIL SUPPLEMENT!


Sebabnya punca kepada segala masalah kesihatan atau kecantikan ini sebenarnya bermula dari akibat kekurangan nutrisi. Jangan ingat kita makan makanan yang seimbang setiap hari, segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita sudah perolehi. TIDAK!


Lihat saja, setiap kali kita makan (breakfast, lunch, dinner – nasi lemak, roti canai, mamak, etc ), secara jujurnya – berapa banyak portion nasi (karbohidrat) berbanding portion daging, sayur dan buah-buahan? Kalau rasa cukup, lihat pula cara persediaan dan masakannya? Terlebih basuh? Terlebih masak? Sampaikan sayur dah layu. Agak-agak berapa banyak vitamin je tinggal dalam makanan-makanan ini?


Mesti sikitttt je tinggalkan? Kalau dah tinggal sikit, sekali guna untuk lindungi sistem pertahanan badan dah abis! Apa lagi yang tinggal untuk membaiki sel dan tisu yang rosak yang menjadi parut ni kan?


Jadi, mahu tidak mahu memang kena ambil supplement.


Cadangan saya:


1. ESP


Mana-mana pun ESP. Jangan muak! Sebab ESP ini memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja membantu dalam penghasilan susu, memberikan rasa kenyang lebih lama (elok sangat kalau nak diet!), tetapi ESP adalah sumber protein penting dalam proses pembinaan dan pembaikian sel dan tisu. Semasa pembedahan, kulit, isi yang terdiri daripada sel-sel dan tisu ‘dirosakkan’ dan meninggalkan parut, jadi ibu yang bersalin atau sesiapa sahaja yang menjalani pembedahan perlu mengambil protein bagi membantu membaiki semula sel-sel ini dan membina sel-sel baru.


hilangkan keloid dengan ESP shaklee


2. Vitamin C


Selain dari membina tisu, kita juga perlu membina kolagen bagi mencantikkan semula kulit. Kolagen inilah yang akan menjadi tisu penyambung antara sel-sel kulit bagi menjadikan kulit kelihatan cantik. Itulah tugas vitamin C – membantu membina kolagen. Ramai yang menganggap cukuplah sekadar memakan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin C. Tapi, mampukah kita untuk mengambil 7 biji oren setiap hari bagi menampung keperluan vitamin C yang badan kita perlukan?


3. Vitamin E


Kepentingan vitamin E dalam bidang kosmetik memang tidak dapat dinafikan lagi. Vitamin E membantu dalam memberikan kelembapan kepada kulit dan mengelakkan kita berasa gatal serta merupakan antioksidan yang tinggi dalam membantu menghilangkan parut. Vitamin E Shaklee misalnya, bukan sahaja dapat diambil secara oral, tetapi juga dibuat masker dan disapu di bahagian parut bagi membantu memudarkannya dengan segera.


4. Collagen Powder


Kandungan kolagen di dalam badan kita semakin lama semakin menyusut kerana kehilangan kolagen berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya. Jadi, kita perlu mengambil collagen melalui pemakanan. Ujian klinikal yang dijalankan telah membuktikan Shaklee Collagen Powder mampu untuk meningkatkan penampilan keseluruhan sebanyak 71% dalam masa 8 minggu. Alangkah baiknya kalau parut kita dapat berubah 71% lebih baik dalam masa yang sama kan?


5. Vivix


Vivix adalah sejenis tonik anti penuaan yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan menyeluruh. Salah satu mekanisma Vivix adalah ia membantu memperbaiki kerosakan DNA. Haa..ulang suara, DNA you! Maksudnya, kalau ada kecacatan pada sel-sel kita, Vivix boleh membantu untuk memperbaikinya semula. Parut adalah satu contoh ‘sel yang cacat’. Jadi, sebaik-baiknya, amalkanlah Vivix ini juga jika anda sedang berusaha menghilangkan parut!


Wah wah wah…banyaknya nak ambil! Jangan risau… kalau makan dengan cara yang betul, semuanya boleh dimakan. Janji, lepas ni suami berhenti mengejek lagi!Betul tak?


Lagipun, semua supplement (Shaklee) ni semulajadi, jadi insyaAllah semuanya selamat dimakan tanpa kesan sampingan dengan syarat….


Hmm..syaratnya, nanti saya ceritakan bila anda dah beli barang ni daripada saya ye!!


Untuk sebarang pertanyaan, jangan segan hubungi saya di 012-3579599..


Semoga kita semua sentiasa kelihatan seperti anak dara walaupun dah beranak lima! :)


Salam sayang dari Pengedar Shaklee anda,


Fara Fadzil


ID: 860722


012-3579599



Malu diejek suami? Tips buat ibu hilangkan parut dan perut buncit selepas bersalin caesar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...