Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 11 November 2014

Cara atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil

Pening semasa hamil memang sudah lumrah di kalangan wanita. Di awal trimester pertama, hormon kehamilan, progesteron, membuatkan dinding-dinding salur darah berada di dalam keadaan “rehat” lalu menyebabkan tekanan darah menjadi rendah dan seterusnya membuatkan si ibu berasa pening dan loya. Tetapi awas! Jika ia masih berlarutan di trimester kedua dan ketiga, besar kemungkinan rasa pening yang anda alami itu adalah disebabkan oleh jumlah hemoglobin (atau Hb) yang rendah akibat kekurangan zat besi di dalam badan.


Atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil


Bacaan hemoglobin (Hb) normal


Bacaan Hb yang baik atau normal semasa hamil adalah >11g/dl. Kalau di klinik-klinik kerajaan, setiap kali appointment atau check ups, kandungan hemoglobin ni memang akan diperiksa oleh bidan-bidan perubatan. Kalau si ibu tak mencapai paras Hb yang ditetapkan, siaplaaa.. buku merah akan ditandakan dengan pen dakwat merah dan ibu-ibu akan diberi ceramah kesihatan FREE tentang cara nak atasi Hb rendah ini.


Jadi, bagaimana cara nak naikkan semula Hb?


♥ Makan makanan yang kaya dengan zat besi


Contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah:


  1. Bijirin yang diperkaya dengan zat besi – Banyak bijirin atau cereal di pasaran memang selalui diperkaya dengan zat besi. Kandungan zat besinya adalah  ialah sebanyak 68mg (376% DV) setiap 100 grams atau 28mg (158% DV) setiap cawan (42 grams). Tetapi awas! Jika anda menghidap GDM atau kencing manis semasa hamil, atau mempunyai masalah obesiti, pengambilan bijirin untuk menaikkan Hb bukanlah satu langkah yang bijak kerana bimbang akan menyebabkan penyakit yang lain pula.

  2. Serbuk koko – serbuk koko mengandungi 36mg (200% DV) setiap 100 grams atau 1.8mg (10% DV) bagi setiap sudu besar (5 grams). Boleh digunakan dalam masakan seperti puding, jeli, minuman dan sebagainya.

  3. Spirulina (rumpai laut) -Spirulina mengandungi sebanyak 29mg (158% DV) bagi setiap 100 gram atau 2mg (11% DV) setiap sudu besar (7 grams). Ia boleh didapati daripada rumpai laut atau pemakanan tambahan seperti Vita-lea Shaklee.

  4. Makanan laut – makanan laut secara amnya tinggi dalam zat besi. Udang sebanyak 3 oz, dapat membekalkan zat besi sehingga 132% DV. Makanan lain seperti tiram (57%) dan sotong (51%). Tetapi, kesannya tidaklah secepat pengambilan daging.Makanan kaya dengan zat besi untuk atasi hb rendah

  5. Hati ( ayam, lembu, kambing) – oleh kerana hati merupakan tempat simpanan zat besi, semestinya hati merupakan makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Dalam setiap 100g hati, kandungan zat besi adalah sebanyak 23g atau 129% DV. Tapi, saya bukanlah seorang peminat organ dalaman. Jadi, menu berasaskan hati memang bukan dalam pilihan saya.

  6. Kacang – kacang seperti cashew, hazel dan almond, juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Dalam 100g kacang, ia membekalkan sebanyak 34% DV. Kacang juga digalakkan kerana tinggi dalam omega-3 yang dapat membantu perkembangan otak bayi.

  7. Sayuran hijau– sayuran hijau terutamanya bayam sangat digalakkan kerana selain mempunyai zat besi, ia juga mengandungi vitamin C. Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan serapan zat besi. Semangkuk bayam membekalkan sebanyak 6g zatbesi atau 36% DV.

  8. Daging- kandungan zat besi dalam daging sebanyak 100g membekalkan 21% DV. Kandungan zat besi dalam daging / sumber haiwan lebih mudah diproses berbanding dari sumber tumbuhan.

  9. Buah prun- prun merupakan buah yang sangat lazat. Rasanya manis dan lembut, mudah disediakan serta mengandungi kandungan potassium yang tinggi. Prun juga membantu melawaskan sistem pemakanan dan mengatasi masalah sembelit yang biasa dialami wanita mengandung. Kandungan zat besi dalam prun adalah sebanyak 3.5mg (20% DV) setiap 100 gram atau 4.7mg (26% DV) setiap cawan(132 grams).

  10. Tempeh- tempe merupakan makanan yang enak dan kaya dengan protein. Ia juga tinggi zat besi di mana kandungan zat besinya 2.7mg (15% DV) setiap 100 gram atau 4.5mg (25% DV) setiap cawan(166 grams). Tempeh boleh digoreng begitu sahaja, di masak bersama sayur atau ditambah dalam masakan seperti sambal goreng.

♥ Makan supplement zat besi DENGAN CARA YANG BETUL DAN PADA WAKTU YANG TEPAT


Tetapi, ianya agak mustahil untuk makan segala makanan yang kaya dengan zat besi dengan kuantiti yang banyak setiap hari kan? Jadi, biasanya, sekiranya anda mengalami masalah Hb yang rendah semasa hamil, anda pasti juga akan dibekalkan dengan supplement zat besi bagi membantu meningkatkan bilangan hemoglobin (darah) bagi menampung keperluan bayi di dalam kandungan. Walau bagaimanapun, tanpa cara pengambilan yang betul, khasiat mineral ini mungkin tidak akan dapat diserap secara optimum dan menyebabkan masalah pening anda sentiasa berlarutan.


Justeru, bagi memastikan penyerapan zat besi dilakukan secara optimum, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan seperti di bawah ini:


  • Elakkan makan nasi berlauk bersama dengan kopi, teh atau susu. Minuman-minuman ini mengandungi caffein ataupun calcium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan secara optimum.

  • Elakkan makan iron pills (supplemen zat besi) bersama pil kalsium (atas sebab yang sama seperti di atas).

  • Makan nasi bersama air jus buah atau air kosong. Zat besi akan diserap dengan lebih baik.

  • Makan supplement zat besi setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama.

  • Makan banyak serat, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi dan mengelakkan sembelit.

  • Makan daging terutamanya daging merah dan makanan laut sekurang-kurangnya 3x seminggu.

  • Perahkan jus limau ke dalam makanan bagi menambah khasiat vitamin C yang menyerap khasiat zat besi dalam makanan.

  • Sentiasa gunakan ikan bilis yang sudah dikopek dan udang kering dalam masakan sebagai perencah yang menambahkan khasiat zat besi.

  • Jangan basuh dan masak sayuran hijau terlalu lama kerana ia boleh memusnahkan khasiat vitamin yang terkandung di dalamnya.

Banyak sungguh makanan yang perlu dimakan dan peraturan yang kena ikut bagi memastikan Hb sentiasa cantik di paras >11g/dl. Kenapa ya?


Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil


Kepada Ibu…


Jika ibu yang hamil kurang mengambil zat besi dari pemakanan seharian, bukan sahaja si ibu akan kekurangan darah dan berasa pening, malah lebih teruk lagi si ibu boleh mengalami sesak nafas, jantung berdegup laju/berdebar-debar sehingga boleh menyebabkan pitam atau jatuh pengsan.


Jika semasa mengandung atau bersalin si ibu ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut!


Kepada bayi…


Manakala kesan kepada bayi pula, ianya sangat penting bergantung kepada jangkamasa kandungan:


1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)


Pada masa ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl) dan jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (contohnya, tiada kaki dan tangan yang sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair, ia akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)


Ketika ini bayi di dalam kandungan telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu rendah, jantung bayi tidak akan dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)


Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung bayi tidak kuat dan ada risiko bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain kekurangan darah, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Pengalaman saya…


Bukan senang nak hadapi masalah Hb rendah ini. Saya amat memahaminya kerana saya juga tergolong di kalangan kumpulan wanita yang mengalami masalah Hb dan tekanan darah yang rendah. Saya mudah letih, tercungap-cungap dan selalu ‘blackout’  dan terhuyung-hayang apabila tiba-tiba berubah posisi dari duduk kepada berdiri atau dari kawasan terang ke kawasan yang suram.


Masa mengandungkan anak yang pertama pada tahun 2011, hanya 2-3 kali sahaja saya melepasi bacaan >11g/dl. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Saya bergantung sepenuhnya kepada pil supplement yang klinik berikan. Tetapi bacaan Hb masih di antara 9-11g/dl dan sembelit masa mengandung tak usah ceritalah. Pengambilan zat besi memang menyebabkan najis berwarna hitam dan mengakibatkan sembelit.


Untuk anak yang kedua, saya bertukar 100% kepada set hamil Shaklee. Alhamdulillah..pengalaman mengandung yang dilalui ketika ini lebih mudah dan lancar. Tiada sebarang masalah walaupun saya langsung tidak mengambil vitamin yang doktor telah preskripsikan kerana amaun supplement yang saya ambil melalui set hamil Shaklee sudah cukup untuk menampung keperluan saya dan bayi ketika itu. Alhamdulillah…tiada masalah Hb rendah..dan tiada juga rasa pening yang melampau ketika hamil.


Jadi, kalau anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya…ya, saya betul-betul mengesyorkan anda untuk mencuba supplement Shaklee untuk ibu hamil ini. Jadikan ia sebagai usaha kita untuk memberikan si manja nutrisi yang terbaik sejak dari dalam kandungan lagi. Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di 012-3579599 untuk menceritakan masalah Hb rendah anda dan saya akan kongsikan segala ilmu yang saya ada bagi membantu anda mengatasi masalah ini.


Semoga ilmu yang dikongsikan di dalam entry ini bermanfaat kepada semua! :)


Till then, be happy n be healthy :)


Fara Fadzil – Pengedar Shaklee Pilihan Ramai di KL


ID: 860722


012-3579599



Cara atasi Hb rendah yang menjadi punca pening semasa hamil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...