Semasa mengandung, tidak lain tidak bukan, diet yang seimbang adalah
cara yang terbaik bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi
dalam kandungan. Jadi, ibu yang mengandung dinasihatkan mengambil makanan
daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua
vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat
tenaga yang diperlukan supaya sentiasa kekal cergas dan sihat sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat
memakan makanan yang mengandungi zat yang tertentu atas sebab alahan, mual-mual
atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ibu yang sedang
mengandung juga perlu mendapatkan kuantiti zat yang lebih tinggi bagi memenuhi
keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan. Justeru itu, pengambilan supplemen
vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan
oleh ibu dan mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan
berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen
mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi.
Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil
adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester
pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi
mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan
tiub neural atau spina bifida ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang
terdedah dan rosak.
(Sumber:
American Medical Association 2011)
Pengambilan asid folik amat digalakkan kepada wanita seawal dia
merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari
sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Selain daripada
mengambil vitamin semasa mengandung, bakal ibu juga dinasihatkan mengambil
makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti
sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak
5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
- Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub
neural dalam kehamilan terdahulu.
- Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
- Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.
Zat Besi
Ibu yang mengandung biasanya akan menjalani ujian darah yang akan
menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badannya mencukupi ataupun tidak.
(Kalau pergi ke klinik kesihatan ibu dan anak tu, biasanya nurse atau JM akan
tulis dengan pen merah kalau HB kita rendah. HB ini merujuk kepada hemoglobin
dan dalam hemoglobin inilah terdapat zat besi). Jadi, kalau kandungan zat besi
ibu hamil rendah, supplemen zat besi ataupun iron pills perlu diambil bagi
menambah jumlah darah yang perlu untuk menyokong tumbesaran bayi dalam
kandungan. Jika ibu yang hamil tidak mengambil supplemen ini dan dalam diet
seharian juga mereka kurang mengambil makanan yang menjadi sumber zat besi, zat
besi yang tersimpan di dalam badan akan digunakan dan akibatnya, penyimpanan zat
besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Pengambilan zat besi juga penting bagi mengurangkan risiko kelahiran
pramatang. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu
kebiasaannya akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi nanti. Ia juga bagi membekalkan
bayi yang bakal lahir dengan simpanan zat besi yang mencukupi dalam badan
mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh
bertahan sehingga 4 bulan.
Kuantiti zat besi yang disyorkan untuk ibu hamil biasanya adalah tidak
lebih daripada 30mg. Ini kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengganggu
saluran pencernaan seperti mengalami sembelit, loya ataupun cirit-birit. Jadi,
pilihlah supplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau
kurang bagi mengelakkan masalah berkaitan. Atau jika tiada pilihan, ibu hamil
boleh mengamalkan jus prun dan mengambil buah-buahan lebih kerap bagi mengatasi
masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging
merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium yang tinggi semasa mengandung bagi
pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.
Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki
ibu dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Supplemen kalsium ini amat penting terutama bagi wanita yang tidak suka
atau alah kepada susu atau memang kurang mengambil kalsium dalam diet
seharian.Pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh kerana kesan
kekurangannya yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko
pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam
dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting
bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan
adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak
makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Dan
penting juga untuk memastikan supplemen omega-3 yang diambil benar-benar
berasal dari minyak ikan dan bukan dari minyak HATI ikan (fish liver oil).
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang
dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan
tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu
hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta
menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama
mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin,
ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
Set Hamil Shaklee
Secara kesimpulannya, terdapat 5 jenis zat utama yang para ibu perlu lebih titik beratkan semasa mengandung. Kelima-lima zat ini boleh diperolehi melalui pemakanan seharian dan juga dengan mengamalkan vitamin dan supplemen seperti yang terdapat di dalam Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee ini terdiri daripada:
B-Complex
- Lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk folate (asid folik) yang sangat diperlukan bagi mencegah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida).
- Membekalkan sebanyak 200mcg folate dalam setiap kapsul.
- Membantu melancarkan peredaran darah dan menjana tenaga bagi ibu yang sedang mengandung.
- Merupakan vitamin anti stress dan membantu ibu untuk menikmati saat kehamilan dengan lebih tenang.
Vita-Lea Iron Formula
- Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuklah zat besi (iron) sebanyak 9mg yang sangat diperlukan oleh ibu semasa mengandung.
- Turut mengandungi Folate (asid folik) sebanyak 200mcg bagi melengkapkan keperluan asid folik ibu semasa mengandung.
- Teknologi salutan micro yang terdapat pada vita-lea membolehkan vita-lea terurai dengan cepat dan mudah diserap oleh badan untuk kesan yang optimum.
- Membantu mengelakkan kelesuan, pening dan mudah pitam bagi ibu-ibu yang kekurangan darah atau kandungan hemoglobin rendah.
Sustained-Release Vita-C Plus
- Vitamin C amat diperlukan bagi membantu penyerapan zat besi dan nutrisi yang lain dengan lebih baik.
- Merupakan antioksidan yang dapat menguatkan sistem pertahanan badan ibu yang mengandung dan mengelakkan dari mudah terkena serangan penyakit.
- Vitamin C juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mencegah daripada mendapat gusi berdarah semasa mengandung.
- Vitamin C juga penting bagi memastikan kandungan air ketuban yang melindungi bayi dalam kandungan sentiasa mencukupi.
OsteMatrix
- Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malah turut diperkaya dengan magnesium dan juga Vitamin D yang sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk kesihatan tulang dan gigi diri dan juga bayi.
- Setiap kapsul Ostematrix mengandungi 200mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu.
- Kehadiran Vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih berkesan dan lantas membantu mengelakkan ibu yang sedang mengandung daripada mudah terkena cramp atau kekejangan otot kaki dan bengkak kaki.
- Magnesium pula membantu ibu hamil dalam melembutkan najis dan mengelakkan diri dari terkena sembelit semasa mengandung.
Omega Guard
- Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi asid lemak perlu Omega-3 yang dihasilkan daripada ikan-ikan laut dalam di perairan Jepun.
- Omega Guard juga melalui proses penyulingan 3 peringkat yang menjadikannya sebagai asid lemak omega-3 yang tulen dan bebas dari pencemaran bahan kimia dan merkuri.
- Mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
- Omega Guard Shaklee juga membantu dalam mengawal tekanan darah ibu semasa mengandung dan membantu dalam mengawal kolestrol.
Ramai ibu hamil yang sangat berpuas hati apabila mengamalkan set hamil shaklee ini. Saya sendiri menggunakan sepenuhnya set hamil ini semasa mengandung anak yang kedua dan alhamdulillah ianya adalah satu pengalaman yang cukup berbeza dan sangat positif berbanding ketika saya mengandung anak yang pertama dahulu. Pada kehamilan yang kedua, saya lebih tenang, lebih cergas, hb lebih stabil, kaki tak bengkak/kejang dan alhamdulillah masih mampu ke ofis walaupun EDD saya sudah melebihi 5 hari.
Berminat untuk mendapat kesan yang sama? Boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp 012-3579599 atau email farafadzil[at]gmail.com. Jom ramai-ramai jadi ibu hamil yang sentiasa sihat dan gembira! :)
No comments:
Post a Comment