Sebenarnya,
semua orang mengalami keguguran rambut, tak kira lelaki mahupun
wanita. Antara punca-punca keguguran rambut adalah seperti faktor
penuaan, tekanan, perubahan hormon, pengambilan ubat, melahirkan anak
atau menghidap sesuatu jenis jangkitan. Pada satu-satu masa, hanya
lebih kurang 90% daripada rambut kita yang akan bertambah panjang
manakala 10% lagi akan masuk ke dalam “resting phase” di mana ia
tidak akan panjang lagi. Setiap dua atau tiga bulan, rambut yang
berada dalam “resting phase” ini akan gugur untuk memberikan
laluan kepada rambut baru untuk tumbuh.
Di
kalangan wanita, masalah keguguran rambut kelihatan amat kritikal
terutamanya selepas mereka bersalin. Memang ngeri apabila
melihat jumlah taburan rambut yang gugur di lantai setiap hari atau
pun setiap kali menyikat rambut. Malah, ada yang menyifatkan
keguguran rambut yang sedang dialami umpama sedang menjalani rawatan
kemoterapi untuk pesakit kanser!! Tetapi, ibu-ibu tidak perlu
terlampau “freak out”. Seperti mana perubahan-perubahan yang
dialami semasa mengandung, situasi yang berlaku ini hanyalah bersifat
sementara.

Masalah keguguran
rambut yang dikaitkan dengan kehamilan biasanya berlaku 3 bulan
selepas bersalin. Peningkatan hormon semasa hamil menyebabkan
kebanyakan rambut tidak gugur semasa mengandung dan hanya memasuki
“resting phase”. Walau bagaimanapun, apabila wanita itu sudah
bersalin, paras hormon akan kembali kepada asal dan rambut pun mula
gugur mengikut kitaran normal. Rambut yang sepatutnya gugur semasa
mengandung juga akan turut gugur bersama-sama pada waktu ini. Jadi
itulah sebabnya rambut yang gugur selepas bersalin lebih banyak
daripada biasa.
Pada waktu ini,
sehingga 60% daripada rambut yang ada akan memasuki “resting
phase”. Keguguran rambut yang teruk biasanya akan berlaku pada 3
atau 4 bulan selepas bersalin kerana folikel rambut sedang
“diperbaiki”. Tetapi seperti yang dinyatakan tadi, kehilangan
rambut ini hanyalah sementara dan akan kembali seperti biasa dalam
masa 6 hingga ke12 bulan.
Walau bagaimanapun,
keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dan sukar dikawal sekiranya
anda sendiri tidak mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya.
Untuk mengawal dan mengelakkan diri daripada menghadapi situasi ini, pastikan anda
mendapat nutrien yang secukupnya atau mengambil supplemen untuk
melengkapkan keperluan tubuh anda. Vitamin dan mineral yang
dimaksudkan ialah:
Biotin (Vitamin H) –
Biotin diperlukan untuk menghasilkan tenaga daripada karbohidrat dan
penting untuk kesihatan kulit, mata dan rambut. Ia membantu dalam
mendapatkan rambut yang kuat dan sihat dan memastikan sistem saraf
berfungsi dengan baik. Biotin juga membantu dalam metabolisma asid
amino yang merupakan unit terkecil bagi protein untuk membina dan
membaiki sel rambut. Ia adalah sejenis vitamin yang larut air, jadi
badan kita tidak mampu untuk menyimpannya dengan lama. Jadi, adalah
penting untuk kita sentiasa mendapatkan sumber biotin dari diet
seharian kerana jika tidak, ia akan menjadi punca kepada masalah
keguguran rambut. Untuk mendapatkan biotin, anda boleh mengambil supplemen vitamin B
Complex.
Zinc
– Zinc adalah mineral penting yang boleh didapati dalam hampir
kesemua sel. Ianya telah digunakan sejak zaman dahulu kala kerana
keupayaannya untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc juga
memainkan peranan penting dalam deria rasa, penglihatan, pembinaan
tubuh, deria bau dan kawalan insulin. Ia mengandungi sifat
antioksidan dan membantu dalam melindungi rambut anda daripada
kerosakan akibat radikal bebas. Dan menurut University of Maryland,
kekurangan zinc boleh mengakibatkan keguguran rambut.
Vitamin
A -Vitamin A terlibat dalam dalam memastikan perkembangan dan
pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia bertanggungjawab dalam
sintesis asid retinoik yang terdapat dalam folikel rambut. Vitamin A
akan membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan juga memastikan
ianya sentiasa lembab dengan menghasilkan minyak semulajadi yang
dipanggil sebum pada wajah dan kulit kepala. Sumber vitamin A boleh
didapati contohnya daripada CarotoMax Shaklee.
Adakah anda juga stress dengan masalah keguguran rambut ini? Cubalah supplemen-supplemen ini dan lihatlah perubahannya :).
Hubungi farafadzil@gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dengan sesuatu yang istimewa sekarang!
*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnose, merawat atau menyembuh mana-mana penyakit.
No comments:
Post a Comment