Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday, 16 November 2012

Kekalkan Kecergasan Dengan Mighty Triple Gem



Selama ni asyik berkongsi tentang testimonial pelanggan.  Hari ni, saya nak kongsi tentang pengalaman saya sendiri. It’s about MIGHTY TRIPLE GEM. Apa ke menda alah tu ? Haa.. nih la dia nak share..

Sepanjang minggu ni saya hanya bekerja dua hari sahaja, hari Isnin yang lepas dan hari ini, Jumaat. Pada hari Selasa hingga semalam (Khamis) kami sekeluarga pergi bercuti ke Penang. Yes..bercuti..bukan sekadar balik kampung (sbb hubby orang Penang) and duk lepak2 makan char koay teow or layan nasik kandaq ja. Kali ni, kitorang menjadi tourist guide bagi ahli keluarga sebelah saya (abah, pakcik, makcik, abang&isteri, adik2, anak2 buah yang dari Pahang) yang berhajat untuk bercuti bersama-sama di Penang. Last time kitorang semua ramai-ramai berjalan ke utara ialah pada tiga tahun lepas, masa kenduri kahwin saya di sebelah mertua. So in total, ada tiga keretalah yang berkonvoi ke utara.

Anyway, to cut it short..perjalanan kami penuh cabaran sebenarnya. First, cuaca kat utara sangatlah panas. Berbeza sungguh dengan cuaca di Lembah Kelang ataupun Pantai Timur yang mendapat hujan hampir setiap hari di musim tengkujuh ini.  So, memanglah sangat dehydrate dan meletihkan. Ditambah pula, semasa perjalanan pergi, tiba-tiba air cond kereta hubby tak berfungsi! Walaupun sehari sebelum perjalanan kereta sudah diservis, tak sangka pula air-cond yang nak buat hal! Mula-mula ingat nak repair di Gopeng, tapi setelah difikir-fikirkan..daripada kitorang semua menunggu dalam kepanasan sementara menunggu kereta siap dibaiki, lebih baik waktu yang ada dihabiskan dalam perjalanan hingga sampai ke destinasi. At least, once dah sampai kitorang boleh berehat di sana. Fuhhh..memang berpeluh-peluh dalam kereta! Dahlah kereta warna hitam..rasa macam duduk dalam oven je.huhuhu.  So, first day mmg burnt begitu sahaja. Tak dapat pergi mana sebab dah habis masa baiki kereta. Tapi, Alhamdulillah..sebelum maghrib kereta dah siap dan malam tu kitorang dapat berjalan ke Padang Kota pekena pasemboq dan ke pasar malam Teluk Bahang.

Ingatkan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Semasa naik jambatan menaiki feri, tiba-tiba kereta kitorang macam ‘semput’.  And kereta abang saya pulak pecah water pump nye sebaik sahaja sampai ke homestay. Aduyaiii… So esoknya, setengah hari habis di bengkel lagi dan setengah hari lagi yang berbaki hanya sempat dihabiskan di Bukit Bendera. Kesian sangat kat diorang. Datang dari jauh, tapi tak dapat nak melawat banyak tempat. Jadi, pada hari yang terakhir iaitu semalam, kitorang memang round pulau habis-habisan sampai ke petang. Batu Ferringi, Taman Rama-rama dan Masjid Terapung dan tak lupa ke kilang jeruk! Barulah seronok dan puas hati semua orang! Tapi, penatnya Allah saja yang tahu. Dengan orang yang ramai pada musim cuti sekolah.. Irfan yang selang sejam dua jam mengamuk kepanasan/keletihan..walaupun penat tapi amat berbaloi dapat menggembirakan orang lain. Kemudian, masing-masing berpecah mengikut haluan masing-masing. Tapi kitorang sendiri tak terus balik ke Kuala Lumpur dan singgah ke rumah mak di Bukit Mertajam. Yelah…dah sampai ke Penang..takkan langsung tak jenguk mak kan? Walaupun mak mertua, inilah satu-satunya mak saya yang tinggal. Selepas berehat sekejap dan makan malam, barulah kitorang bertolak balik dan hanya sampai di rumah pada pukul satu pagi tadi.

Dan pagi ni, kalau tak difikirkan cuti yang hanya berbaki dua hari, memang nak saja saya ambil cuti rehat! Bangun pagi tadi, badan memang terasa lesu ya amattt..completely FLAT! Tapi selepas sahaja saya mengambil MIGHTY TRIPLE GEM sebagai sarapan, Alhamdulillah.. saya rasa sangat bertenaga dan langsung tidak mengantuk. In fact, rasa lebih segar dari hari-hari yang lain. This might sound exaggerating..but siriessss!! From the first sip of my mighty triple gem, I could feel that all my cells were recharged. Macam ada aliran elektrik di dalam tubuh yang memberikan saya tenaga dan ‘cahaya’! hahaha. Une vraie d’energy booster!  Macam pokok yang dah terkulai layu..tapi selepas disiram terus segar dan berbunga kembang  :D. Boleh tak macam tu? Heheh..

mighty triple gem, esp, performance drink, mealshakes
So, apa dia MIIGHTY TRIPLE GEM ni? Ia sebenarnya adalah gabungan tiga minuman yang istimewa iaitu ESP-SOY ISOLATE POWDER, PERFORMANCE dan MEALSHAKE. ESP yang hampir tasteless, Performance yang berperisa oren dan Mealshake yang berperisa French Vanilla, gabungan ketiga-tiga minuman ini memang UMPPHHH!!! Memang sedap! Super delicious! Campuran ESP yang terkenal dengan pemberi tenaga segera dan mengenyangkan, bersama dengan Performance yang hebat menggantikan kehilangan bendalir dan elektrolit yang hilang dari badan dengan segera dan Mealshake yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral - ketiga-tiga minuman ini membentuk satu minuman terbaik bagi semua yang ingin memulihkan tenaga dan meneruskan kerja seharian tanpa lesu. Ianya lebih baik dari segala minuman pemberi tenaga atau isotonic yang berada di pasaran yang tinggi dengan kandungan gula dan tidak pasti sumber-sumbernya.

Sekiranya anda seorang yang selalu melakukan kerja berat, sentiasa out-station atau melancong, suka bersukan, sedang berpuasa atau sedang menggantikan puasa dan pada masa yang sama menyusukan anak ..or simply seorang yang ingin mengekalkan tenaga dan sentiasa cergas.. minuman MIGHTY TRIPLE GEM ini adalah minuman yang telah dicipta khas untuk anda! Dapatkannya dengan sesuatu yang istimewa dengan menghubungi farafadzil[at]hotmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 sekarang :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...