Dengan set vitamin Shaklee, anda tidak perlu bimbang! Melainkan anda dan bayi mengetahui bahawa kalian menghidap sesuatu penyakit atau alahan terhadap sesuatu jenis makanan, supplemen Shaklee yang dicadangkan di dalam set berpantang dan menyusu adalah sesuai digunakan bersama-sama. Ianya dihasilkan dari sumber semulajadi, halal, dan mendapat kelulusan KKM. Jadi, anda selamat menggunakannya!
Persamaan antara kedua-dua set menyusu dan berpantang ini adalah mereka mengandungi tiga jenis vitamin yang sama iaitu B Complex, Vita-Lea (multivitamin dan multimineral) dan Vitamin C. Ketiga-tiga vitamin ini adalah vitamin asas untuk memberikan kita kesihatan yang optimum. Semua golongan, tak kira anda tua, muda, lelaki dan wanita, semuanya perlu mengambil set vitamin asas ini untuk melengkapkan zat keperluan tubuh kita. Kita sendiri tahu, di zaman moden ini, kita semakin terdedah dengan pencemaran, asap rokok dan bahan kimia dan kadang-kala terlalu sibuk untuk menyediakan sendiri makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tabiat makan luar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam dengan penggunaan baja kimia atau yang dimasak terlalu lama..semuanya menyebabkan nutrien yang terkandung di dalam makanan seharian kita terjejas dan tidak menjamin kecukupan zat seharian yang kita perlukan. Apatah lagi bagi ibu yang bersalin dan menyusukan, kan? Mereka lebih memerlukan ketiga-tiga vitamin asas ini untuk memastikan pemulihan segera selepas bersalin dan memastikan kesihatan badan sentiasa optimum bagi memudahkan penyusuan. Badan yang lemah, lesu, tidak bermaya, sakit...semuanya berpunca daripada kerosakan sel badan yang tidak mendapat zat yang diperlukan secukupnya. Antara fungsi-fungsi vitamin ini adalah untuk kesegahan sel (Vitamin C), memberikan tenaga (Vita-Lea) dan mengurangkan stress (BComplex) yang sangat membantu dalam mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas. Jadi sebab itulah ketiga-tiga vitamin ini diletakkan di dalam set berpantang dan juga menyusu.
Kemudian untuk berpantang, ibu-ibu yang baru bersalin disarankan untuk mengambil zinc complex. Bukan atap zink kat kampung tuh yee..hehehe. Kenapa zinc complex?
Bagi yang bersalin secara ceasarian, pengambilan Vitamin E & Selenium amatlah disarankan. Vitamin E Complex Shaklee yang dilengkapi dengan Selenium adalah antioksidan yang tinggi untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut dengan lebih cepat.
Untuk set penyusuan pula, supplemen yang ditambah adalah alfalfa. Alfalfa yang berasal dari perkataan arab bermaksud "raja bagi segala makanan" merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan mampu membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Bertindak sebagai milk booster, alfalfa adalah supplemen wajib dalam set penyusuan. Ia juga turut membantu dalam penghadaman dan membuang angin dalam badan. Tetapi, awas! Sekiranya anda atau pun bayi anda merupakan pesakit SLE, anda TIDAK BOLEH mengambil supplement ini.
Ibu-ibu yang menyusu juga digalakkan untuk mengambil Ostematrix (kalsium) kerana susu ibu mengandungi kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang bayi. Sekiranya ibu menyusu tidak minum susu 4 gelas sehari atau tidak cukup mengambil 1000mg kalsium setiap hari, kandungan kalsium dalam darah si ibu akan merosot dan akan mula diambil daripada tulang. Apabila ini berlaku, ketumpatan tulang akan berkurangan dan menyebabkan si ibu merasakan sengal-sengal tulang dan kaki, berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis, mudah letih dan lesu serta menampakkan garis-garis tua di muka. Ostematrix juga amat sesuai diambil bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir yang amat sinonim di kalangan ibu yang baru bersalin bagi melembutkan najis.
Dan akhir sekali, protein ESP. Protein merupakan komposisi utama bagi tubuh kita kerana ia bertanggungjawab untuk membina sel baru dan membaiki sel yang rosak. Dengan protein yang cukup, sel kita akan menjadi lebih sihat dan penyerapan vitamin akan berlaku dengan lebih cepat. Apabila vitamin lebih cepat diserap, badan kita akan sihat dengan lebih cepat. Bagi ibu yang baru bersalin, ESP adalah penting untuk memulihkan semula luka-luka dan sel-sel yang rosak selepas bersalin dan untuk ibu menyusu pula, ia menggalakkan penghasilan susu yang lebih cepat dan pekat. Dengan protein yang cukup, lemak yang berlebihan akan ditukar menjadi otot dan mengelakkan si ibu daripada mendapat bentuk badan yang menggeleber atau payudara yang 'jatuh' selepas bersalin atau kesan daripada penyusuan anak.
Jadi sekarang, adakah anda lebih jelas tentang supplemen mana yang anda perlukan ketika bersalin dan menyusukan anak? Kenali kekurangan anda dan anda akan mendapat jawapannya. Semua supplemen ini boleh diambil tak kira semasa anda sedang berpantang mahupun sesudah itu. Set paling asas untuk berpantang/pembedahan ialah vitamin c, b complex, vitalea dan zinc. Manakala untuk ibu menyusu pula, yang paling asas yang perlu anda ambil ialah vitamin c, b complex, vitalea dan alfalfa. But of course, ini adalah cadangan sahaja...anda sentiasa bebas untuk memilih dan 'customize' set vitamin yang anda mahu mengikut budget dan keperluan anda.
Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan bantuan dalam pemilihan set vitamin yang paling sesuai untuk anda sekarang juga :)
Good supplimen for mommy who love breastfeeding, vitamin nih boleh merelaktasi semula susu ibu tidak jika susu ibu putus bekalan selama 2 bulan selepas berpantang? If yes, just give ur feedback through my blog, tq ;)
ReplyDeleteInsyaAllah boleh..kalau si ibu terus mengamalkan konsep demand vs supply..lg kerap pam, lg byk demand..n insyaAllah lg byk supply.. Supplement ni akan membantu si ibu dlm proses tu spy cergas,sihat dan bertenaga..insyaAllah..ibu yg sihat memudahkan penghasilan susu...
ReplyDelete