Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 9 November 2012

Petua Untuk Cepat Dapat Anak

Info credit to: Facebook-Nurul Azliza dan diolah semula oleh penulis.


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat..kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita :
-          Tiub fallopian tersumbat.
-          Endometriosis.
-          Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur).
-          Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang).
-          Masalah hormon.
-          Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur.
-          Menopause sebelum waktunya.
-          Masalah tiroid.
-          Fibroid.

Ini pula penyebab-penyebab biologi di kalangan lelaki:
-          Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan.
-          Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual.
-          Menghidap azoospermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma.
-          Menghidap hernia.
-          Gangguan hormone.
-          Salur sperma tersumbat.
-          Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.

Penyebab-penyebab dari faktor luaran pula (lelaki dan wanita) adalah seperti:
- hubungan seksual di luar waktu kesuburan.
- Stress dan tekanan.
- Pemakanan yang tidak sihat.
- kekurangan zat.
- amalan merokok atau meminum alkohol.
- mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drugs).
- Terdedah kepada pencemaran.
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk.

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Tetapi, sekiranya anda tiada masalah biologi peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

BERSENAM
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

MENGELAKKAN PENCEMARAN
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh melindungi diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan cara hidup yang mesra alam (‘green-living’).  Sekurang-kurangnya, mulakan dengan berhenti merokok.

MENGAMBIL SUPPLEMEN (VITAMIN & MINERAL) untuk menambahkan kesuburan.
Dengan Shaklee, kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplemen berikut :

VITA-LEA - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi, untuk dapat cepat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena mengambil multi ? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan seharian kita, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Tambahan pula, mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B COMPLEX - Vitamin-vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukarkan makanan kepada tenaga) dan menghilangkan stress. Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga dan ketenangan untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

VITAMIN C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sperma dan telur yang sihat kerana ia bertindak sebagai anti-oksidan yang melawan radikal bebas yang merosakkan sel. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab…akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

VITAMIN E & SELENIUM - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti-oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sel sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium bagi membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Juga diberi jolokan ‘vitamin cinta’, ‘sex vitamin’ etc.. .kerana keupayaannya untuk menghangatkan hubungan suami isteri.

OMEGA GUARD - Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

ZINC - meningkatkan hormone testosteron dan bilangan sperma.

ALFALFA - membantu mengatur pusingan haid, mengurangkan masalah keputihan dan masalah kewanitaan. Alfalfa turut terkenal dengan fungsinya yang bertindak sebagai kacip Fatimah.

GLA COMPLEX - GLA (atau Gamma-Linolenic Acid) Shaklee yang diperbuat daripada minyak borage mengandungi dua kali ganda GLA berbanding EPO (Evening Primrose Oil) yang terdapat di pasaran. Ia boleh digunakan untuk mengawal selia hormon estrogen dan testosteron,  mengatasi masalah senggugut dan mengatur semula kitaran haid.

PROTEIN ESP - untuk membaiki sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru  seperti sel sperma dan ovum yang sihat.

Banyaknya supplemen, semua kena ambil ke? Yang mana satu patut ambil?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak. Jadi, untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplemen di bawah sebagai permulaan.

Untuk Suami : Set Family Wellness (B Complex, Vita-Lea, Vitamin C, ESP), bersama Vitamin E dan Zinc.
Untuk Isteri: Set Family Wellness (B Complex, Vita-Lea, Vitamin C, ESP) sahaja atau Set Family Wellness bersama GLA Complex dan Alfalfa.

Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau 012-3579599 untuk keterangan lanjut dan pesanan.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...