Anyway, Vitamin C Shaklee ni dikenali dengan pelbagai nama. Ada orang panggil Vitamin C Shaklee ni Sustained Release Vitamin C, ada yang panggil Vita-C Plus, ada yang panggil Vita-C SR (SR for sustained release), ada yang panggil vitamin C 500mg dan macam-macam lagilah. Tapi, awas ye! Dulu, sebelum vitamin C Shaklee ni menghilang lama, ramai insan yang 'kurang beretika' telah mengambil kesempatan untuk re-branding Vitamin C Shaklee ni. Ia di-repack dan dijual semula di pasaran dengan harga yang sangat-sangat tinggi melebihi daripada harga runcit yang ditetapkan oleh Shaklee. Kalau harga runcit sebiji Vitamin C ni hanyalah lebih kurang 51 sen, ada yang telah menjual semula dengan harga lebih dari RM1 sebiji!! Bayangkan kalau peniaga-peniaga ini telah membeli vitamin C ini dengan harga ahli, bukan sahaja 2x ganda..malah berganda-ganda mereka telah mengaut keuntungan. Saya bukan nak dengki, tapi saya simpati dengan pengguna atau customer yang telah tertipu dengan orang-orang yang macam ni. Nak tahu nama brand vitamin c yang mereka jual tu? Oh..macam2 yang saya dengar..tapi cukuplah saya berikan gambar-gambar kat bawah ni supaya anda mengetahui bagaimana rupa vitamin C Shaklee yang sebenar. Kalau rasa-rasa macam pernah tengok je..macam pernah makan je..haa..berhati-hatilah lepas ni supaya anda tidak tertipu sekali lagi.
Kenapa Vitamin C Shaklee menjadi HOT SELLER?
Tak lain tak bukan kerana ramai yang telah JATUH CINTA dengan keberkesanannya. Vitamin C Shaklee yang bersifat 'SUSTAINED RELEASE' menyebabkan tubuh badan kita sentiasa dilindungi oleh antioksidan untuk melawan radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan serangan penyakit dan kemusnahan sel. Ini bermaksud, kandungan vitamin C Shaklee yang sebanyak lebih kurang 500mg itu tidak dilepaskan ke dalam badan secara sekaligus tetapi secara perlahan-lahan bagi memenuhi keperluan badan. Jadi, instead of badan kita hanya dilindungi pada satu-satu masa, dengan Vitamin C Shaklee ianya akan dilindungi sepanjang masa. Vitamin C juga merupakan vitamin yang larut air yang sangat mudah diserap oleh badan dengan syarat kita minum air masak yang cukup (2-3 liter sehari) menyebabkan kesannya sangat cepat dirasai.
Apa manfaat Vitamin C?
Vitamin C merupakan vitamin ASAS yang diperlukan oleh manusia tak kira usia. Walaupun kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran, kuantiti yang kita peroleh dari sumber tersebut amatlah rendah kerana banyak vitamin C telah termusnah akibat pencemaran, penggunaan baja dan bahan kimia, dipetik sebelum ranum, dimasak terlalu lama dan macam2 lagi. Jadi, pengambilan supplement vitamin C amatlah perlu bagi :
- Meningkatkan imunisasi badan - vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan dari serangan bakteria dan kuman. Antara punca mengapa orang yang sering demam atau mudah diserang selsema adalah kerana mereka kekurangan vitamin C. Ia juga membolehkan zat besi (iron) lebih mudah diserap bagi membina sel darah merah.
- Mencantikkan kulit - selain melindungi badan dari kuman dan bakteria, vitamin C juga dapat melindungi sel daripada rosak dan termusnah. Ini dapat mengelakkan kemusnahan sel kulit yang menjadi punca jerawat dan pembentukan pigmentasi ataupun jeragat. Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari juga membantu dalam mencerah dan melicinkan kulit.
- Membentuk kolagen - kolagen merupakan tisu penyambung atau penyokong yang menyokong dan membentuk otot, tulang dan sel-sel di dalam badan kita. Vitamin C diperlukan dalam pembentukan kolagen ini.
- Memperbaiki simtom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah punca gusi berdarah, luka lambat sembuh, lebam dikulit, kulit kering dan kasar.
- Perokok - bekalan vitamin C dalam badan seorang perokok amat cepat termusnah.
- Semua orang yang ingin meningkatkan sistem ketahanan badan atau yang senang diserang penyakit dan kerap selsema.
- Semua orang yang tidak suka makan sayur atau jarang makan buah-buahan.
- Semua orang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat ataupun eczema.
- Wanita yang mengambil pil perancang atau mereka yang mengambil pil tahan sakit kerana pil ini menyusutkan vitamin C di dalam badan dengan banyak.
- Orang yang mudah stress kerana stress mempercepatkan kehilangan vitamin C dari badan.
No comments:
Post a Comment