Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 12 October 2012

Musim kahwin: Jom cantik ramai-ramai!

Musim kahwin dah tiba. Setiap kali nak sampai ke penghujung tahun mesti berderet-deret dapat jemputan ke majlis perkahwinan. Bila sampai musim ni, ramailah yang bertanyakan tentang set kecantikan Shaklee. Al maklumlah, mesti nak nampak cantik bila jadi raja sehari nanti kan? Bukan yang si pengantin saja yang nak kelihatan seperti permaisuri, yang mengapit pun naik pelamin juga. So,  mesti nak cun melecun masa tuh, betul tak? Hatta yang datang ke kenduri tu pun, terutamanya yang masih single-mingle, mesti nak cantik menawan masa tu. Manalah tahu, dari mata turun ke hati, bertemu jodoh semasa menghadiri kenduri!(Aminnn…)


So, macam mana nak jadi cantik? Siapa yang bijak pasti akan mementingkan juga penjagaan kecantikan yang bermula dari dalam berbanding hanya penjagaan luar dan bersolek semata-mata!  Bak orang selalu kata, true beauty radiates from within…cheeewah! Kalau tisu di dalam sudah rosak dan kendur, bagaimana yang diluar itu nak nampak cantik dan tegang, betul tak? Kalau muka sudah berparut dan berjerawat, bukan bedak yang tipis yang dapat menyorokkan semua kekurangan itu, kan? Mesti nak kena mekap tebal-tebal. Tapi, kalau tebal sangat nanti orang kata macam tepung gomak pulak!Huhuhuh.

Jadi, nak buat macam mana? 

Saya sarankan jagalah pemakanan kita dan ambillah supplemen yang boleh membaiki dan mencantikkan kulit kita dari dalam.

Antara yang boleh diambil salah satunya ialah Shaklee Collagen Powder.  Diperbuat daripada sisik ikan merah, antara manfaat pengambilan Collagen Powder ini adalah:
  • Bertindak sebagai ANTI PENUAAN yang mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis halus.
  • Mengatasi masalah kulit kering kerana ia MENGHIDRATKAN.
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT yang kendur kepada kulit yang lembut, anjal dan tegang.
  • MELICINKAN tekstur kulit yang kasar.
  • MENYUBURKAN rambut dan kuku dengan sihat.
  • MENCERAH sambil mengurangkan pigmentasi, jerawat dan tona kulit yang tidak sekata.
  • MENEGANG - membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Atau untuk sesiapa yang mempunyai bajet yang lebih rendah, ambillah cadangan set vitamin berikut:
  1. Vitamin B Complex - penting untuk membaiki RNA dan sintesis DNA dan penghasilan sel-sel baru. Oleh kerana  kulit, rambut dan kuku kita sentiasa tumbuh dan menghasilkan sel-sel baru, kita memerlukan vitamin-vitamin berikut untuk memastikan kesihatan struktur mereka - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B9, Vitamin B12, Biotin dan Choline. Kekurangan vitamin B Complex ini boleh menyebabkan kekeringan, kegelapan kulit, dermatitis, kedutan, jeragat, ruam, keguguran rambut dan  kuku yang pecah dan lemah.
  2. Vitamin C - merupakan antioksidan yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikian tisu-tisu. Dalam salah satu kajian yang disiarkan di American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa pengambilan Vitamin C menyebabkan kebarangkalian untuk mendapat kulit berkedut dan kering menjadi rendah dan memberikan penampilan yang lebih baik walaupun sudah berusia. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa vitamin C dapat mengurangkan keradangan dan risiko mendapat kanser dan penyakit jantung.
  3. Vitamin E + Selenium - Vitamin E membantu dalam mengawal paras retinol dalam badan yang mana penting untuk kesihatan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia. Selenium pula adalah sejenis mineral yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari dan juga kedutan. Dan sudah tentunya, Vitamin E Shaklee diperkayakan dengan Selenium ini.
Set vitamin ini akan memberi kesan yang lebih cepat dan positif dengan mengambil ESP sebagai sumber protein yang penting dalam membina struktur tisu dan kulit kita.


Jadi, macam mana? Kalau sanggup habiskan ratusan ringgit untuk penjagaan luaran dan alat-alat solek, apa kata laburkan sedikit juga untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan dalaman? Alaa..SPA, mandi lulur, facials, make-up artist tu bayar-bayar mahal..pakai sekali je. Apa kata cuba ambil supplemen pulak untuk kesihatan dan kecantikan yang berterusan. Ingat ye, badan kita nih nak pakai lama…bukan nak cantik menawan masa kahwin je… :)
 
Ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder dan Set Vitamin Kecantikan ini? Hubungi saya di farafadzil@gmail.com atau 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...