Keperluan untuk kesihatan wanita amat unik. Ada fasa-fasa
dalam kehidupan seorang wanita yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi -
contohnya ketika anda meningkat matang dan berubah seperti memasuki alam akil
baligh ataupun menopause, dan ada juga fasa-fasa di mana wanita memerlukan
penjagaan kesihatan yang istimewa seperti sewaktu datang bulan dan juga
mengandung. Walau di mana pun anda berada, kehidupan yang sihat yang merangkumi
nutrisi yang lengkap dan sihat serta senaman merupakan langkah utama bagi
mencapai kesihatan yang optimum dan berpanjangan di kalangan wanita.
Berikut adalah saranan pemakanan tambahan atau supplemen
yang boleh diambil bagi mengekalkan kesihatan wanita yang optimum.
Khasiat polifenol
- Baru-baru ini,
polifenol dijolok dengan gelaran ‘lifespan essentials’ (ramuan
utama untuk umur yang panjang), kerana ia bekerja keras dalam badan kita untuk
mencegah mekanisma sesetengah penyakit daripada berlaku
1.
Walaupun tindakbalas spesifiknya yang
menyokong kesihatan masih di dalam kajian, tetapi polifenol sangat dikenali
dengan keupayaannya yang boleh mengurangkan risiko penyakit kardovaskular,
kanser, diabetes dan penyakit-penyakit yang melibatkan saraf
2.
Kalsium, Vitamin D
dan mineral - Kalsium yang diperkayakan dengan vitamin D, zinc, copper,
manganese dan boron adalah amat penting untuk pembentukan tulang yang baru dan
mengekalkan kekuatan tulang. Berdasarkan British Medical Journal, kekurangan
kalsium akan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat osteoporosis. Dan
terutamanya, sewaktu mengandung dan menyusukan anak, badan anda memerlukan
kalsium yang lebih kerana kedua-duanya - anda dan bayi anda - memerlukannya3.
Supplemen yang dilengkapkan dengan mineral-mineral ini juga memperbaiki
perubahan mood dan simtom-simtom lain yang berkaitan dengan PMS dan menopause.
Asid Gamma-Linolenic
(GLA) - Gamma-Linolenic Acid atau GLA
adalah asid lemak penting yang terdapat terutamanya di dalam minyak sayuran
seperti minyak borage dan minyak bunga matahari. Sudah menjadi tradisi, GLA
digunakan oleh wanita sejak zaman berzaman untuk mengekalkan kesihatan mereka
sepanjang kitaran haid. GLA bertindak
sebagai kunci kepada penghasilan prostaglandin PGE1 yang melindungi dan
menenangkan, yang bertanggungjawab untuk menyeimbangkan hormon, mengurangkan
senggugut, melegakan bengkak payudara dan menyokong kesihatan semasa menopause.
Asid Lemak Omega-3
- Pengambilan asid lemak omega-3 ketika mengandung dan menyusukan anak boleh
membantu dalam perkembangan otak bayi anda. Terdapat juga bukti yang menyatakan
pengambilan asid lemak Omega 3 dapat membantu mencegah preeclampsia, meroyan,
masalah menopause, osteoporosis selepas menopause dan kanser payudara. Selain
itu, asid lemak Omega-3 juga dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit
jantung4.
Protein Soya -
Protein soya adalah asas pembinaan tubuh dan kita memerlukan
asid amino untuk
mengekalkan dan membaiki sel, tisu dan otot.
Soya telah terbukti dapat
memperbaiki simtom-simtom yang berkaitan dengan menopause, mencegah penyakit
akibat kekurangan hormon estrogen seperti penyakit jantung
5, stroke
dan osteoporosis, dan mencegah kanser payudara di kalangan wanita
6.
Ibu yang mengandung juga memerlukan sumber protein yang lebih berbanding wanita
normal bagi menyokong keperluan badan mereka dan juga perkembangan janin yang
sedang membesar.
Reference:
4. Saldeen
P, Saldeen T., Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct; 59(10):722-30
5. Sacks
F, Lichtenstein A, VanHorn L, et al. Soy protein, isoflavones and
cardiovascular health. Circulation 2006:113:1-12
6. Wu
AH, Yu MC, Tseng CC, Pike MC. Epidemology of soy exposures and breast cancer
risk. Br J Cancer 2008; 98:9-14
Apakah yang Shaklee tawarkan untuk menjaga kesihatan wanita di sepanjang usia?
Campuran
botani yang unik - Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, European
Elderberry dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang membantu anda untuk
mendapatkan kesihatan yang optimum.
Set
kesihatan wanita - GLA Complex, Ostematrix, OmegaGuard
Pakej kombinasi yang mengandungi asid
gamma-linoleic (GLA), asid lemak Omega-3 dan kalsium serta mineral lain untuk
mengekalkan kesihatan jantung, tulang dan kesihatan am.
Energizing Soy Protein ESP - Sumber protein berasaskan tumbuhan semulajadi dan
lengkap yang rendah lemak, tanpa kolestrol dan lengkap dengan
9 asid amino
perlu. Terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Di manakah anda sekarang? Hubungi farafadzil@gmail.com atau SMS/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan dan mendapatkan konsultasi percuma :)
No comments:
Post a Comment