Alhamdulillah.. kelmarin (Sabtu, 9/11/13) berlangsung coaching seminar
Jom Hebat KL (bukan Jom Heboh ye!) yang dihadiri oleh distributors Shaklee dari group bisnes Lady&Boss di Dewan Hotel Empire Subang. Inilah yang bestnya bila
menjadi ahli Shaklee di bawah group bisnes ini. Kita tidak dibiar terkontang-kanting untuk memajukan bisnes sendiri malah disokong, diajar dan kadang-kadang 'ditekan' untuk menjadi orang yang berjaya. Pengisiannya mestilah diketuai
dari pengasas group Lady & Boss sendiri dan diselit juga dengan pengisian
dari leader-leader yang lain.
Punyalah ramai yang datang, sampaikan coaching
yang sepatutnya dibuat di Bilik Training di Shaklee terpaksa dipindahkan ke
tempat yang lebih besar untuk cater kebanjiran anak cucu dari group Lady &
Boss. Ramai newbies yang hadir dan tak kurang juga leaders yang datang kelas
sehingga ke petang. (Ya, nak jadi leader pun kita diajar tau!) Jadi, tiada
istilah tidak boleh cari makan dengan Shaklee sebab dah terlalu ramai dah yang
buat bisnes ini. Walaupun wall di Facebook dah penuh dengan iklan orang yang menjual
Shaklee (means dah ramai distributor), setiap orang tetap mendapat rezekinya
masing-masing. Ibarat nelayan yang pergi ke laut setiap pagi…setiap kali pulang
ke darat pasti akan membawa hasil tangkapan masing-masing. Janji Tuhan itu
pasti. Siapa yang berusaha dia pasti akan berjaya. Lagipun, Malaysia ini
mempunyai berjuta-juta penduduk yang tidak memungkinkan saya seorang untuk
menjual Shaklee kepada semua orang.
Berbalik kepada cerita group bisnes saya. Saya memang sangat
bersyukur sebab dapat menjadi sebahagian daripada group ini. Leaders yang ada
langsung tidak lokek memberi ilmu malah sedia memberi tunjuk ajar tak kira sama
ada secara offline mahupun online. Setiap hari kami diberikan motivasi,
tips-tips marketing, pengetahuan tentang produk dan pelbagai lagi ilmu untuk
membina personaliti menjadi seorang pengedar Shaklee yang berjaya. Bukan sahaja
hanya untuk kaya di dunia, tetapi juga kaya di akhirat nanti. Kalau kat luar, bayaran kepada trainer tentang topik perniagaan boleh mencapai sehingga beribu-ribu ringgit tetapi dengan adanya group ini, semuanya boleh didapati secara percuma. Tengok...betapa pemurahnya leaders di dalam group ini. Jadi, segalanya bergantung kepada individu sama ada mahu mendapatkannya ataupun tidak sahaja. Dan
Alhamdulillah..saya memang bertuah kerana di dalam group ini ukhuwah yang
terjalin antara kami tersangat kuat . Walaupun kebanyakan dari kami hanya
banyak berbual di alam maya, tetapi apabila sekali sekala bertemu secara
offline seperti semalam tidak langsung menjadikan kami kekok untuk bermesra walaupun
ada yang baru berjumpa buat pertama kali.
Terima kasih kepada leaders semua terutama sekali upline
saya dari group Rich Family yang telah membawa saya sehingga ke peringkat ini.
Kini, saya juga adalah seorang leader untuk group saya, Miracle, dan membawa
misi untuk menurunkan ilmu kepada yang lain yang menjadi anak-anak buah yang
bernaung di dalam group ini. Saya pulang dari Jom Hebat KL dengan ilmu dan semangat yang membara untuk mendidik anak-anak buah yang sedia ada dan bakal-bakal distributor yang lain yang ingin
menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan mereka.
Jika anda juga seorang yang MIRACLE (luar biasa) yang ingin berjaya
dengan
menjana pendapatan dengan Shaklee bagi mendapat RICH FAMILY
dan menjawat jawatan LADYBOSS (or BOSS) kepada diri anda sendiri,
hubungi saya di 012-357 9599 atau
farafadzil@gmail.com.
Jom, kita sembang betapa BESTnya dapat masuk group Shaklee yang satu ni.
No comments:
Post a Comment