Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Friday 6 December 2013

Perlukah Kanak-Kanak Sihat Mengambil Vitamin Set Kanak-Kanak Shaklee?

Perlukah kanak-kanak yang sihat mengambil vitamin?  

Jawapannya, TIDAK SEMESTINYA.

Yang sebaik-baiknya adalah semua kanak-kanak harus mendapatkan vitamin mereka dari pemakanan yang sihat dan seimbang yang mengandungi:
  • Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt (dan sebaik-baiknya yang rendah lemak bagi yang berusia 3 tahun ke atas)
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau yang segar
  • Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur
  • Karbohidrat dan serat seperti nasi dan bijirin

Jadi, kanak-kanak yang mana satukah yang perlu mengambil vitamin?

Memandangkan keadaan zaman sekarang di mana kebanyakan ibu bapa adalah sangat sibuk dan hanya pulang ke rumah apabila matahari telah terbenam, peluang untuk menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat di rumah amatlah kecil. Sebab itulah, ramai pakar kanak-kanak amat menyarankan agar kanak-kanak dalam senarai berikut mendapatkan pemakanan tambahan seperti seperti multivitamin dan mineral bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan mereka. Mereka ialah:
  • Kanak-kanak yang jarang makan makanan yang seimbang yang disediakan dari bahan-bahan mentah yang segar.
  • Picky eater - yang amat memilih makanan dan tidak makan secukupnya mengikut keperluan badan dan usia mereka.
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asthma atau masalah penghadaman, dan terutamanya yang mengambil ubat-ubatan (tetapi pastikan dahulu anda mendapat nasihat doktor sebelum memberi anak anda sebarang supplement sekiranya dia sedang mengambil ubat).
  • Kanak-kanak yang aktif terutamanya yang bersukan lasak.
  • Kanak-kanak yang banyak makan makanan segera (K*C,M*D, etc), makanan rapu dan makanan yang telah diproses (dalam tin, etc).
  • Kanak-kanak yang vegetarian (mereka mungkin memerlukan supplement zat besi), yang allergic dengan produk tenusu (mereka akan memerlukan supplement kalsium) atau apa-apa sahaja diet yang ketat.
  • Kanak-kanak yang banyak minum air bikarbonat yang boleh menyebabkan kehilangan vitamin dan mineral dari tubuh badan mereka.

Apakah Vitamin dan Mineral yang Paling Penting Untuk Mereka?

Terdapat pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak tetapi 6 daripadanya adalah keperluan yang paling utama.
  • Vitamin A sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang normal; untuk membaiki tulang dan tisu; dan kulit, mata dan rangsangan saraf yang sihat. Sumber vitamin A termasuk susu, keju, telur, sayur-sayuran kuning jingga seperti lobak dan ubi keledek.
  • Vitamin Bs. Kumpulan vitamin B iaitu B2, B3, B6, and B12 membantu proses metabolisma, penghasilan tenaga dan menyokong kesihatan jantung dan saraf. Sumber bagi kumpulan vitamin ini termasuklah daging, ayam, ikan, kekacang, telur, susu, keju dan soya.
  • Vitamin C pula penting dalam membina otot-otot, tisu-tisu penyambung dan kulit yang kuat dan sihat. Untuk mendapatkan vitamin C, kanak-kanak haruslah diberi buah-buahan sitrus (limau, orange), tomato, kiwi dan sayur-sayuran hijau seperti broccoli.
  • Vitamin D sangat diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembentukan tulang dan gigi serta membantu badan untuk menyerap kalsium dengan lebih baik. Sumber vitamin D adalah seperti susu dan produk-produk tenusu, telur kuning dan minyak ikan. Tetapi, sumber vitamin D yang terbaik tidak datang dari sumber makanan tetapi dari cahaya matahari.
  • Kalsium membantu membina tulang yang kuat sepanjang tumbesaran kanak-kanak. Kalsium dapat diperolehi daripada susu, keju , yogurt, tofu dan lain-lain.
  • Zat besi (Iron) pula diperlukan bagi membina otot-otot dan merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat. Kekurangan zat besi akan mengundang risiko ketika remaja terutama sekali remaja perempuan apabila mereka mula di datangi haid. Selain dari daging merah, sumber yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah seperti bayam, kacang dan buah prune.

Pilihan vitamin Shaklee untuk kanak-kanak

Bagi memenuhi keperluan kanak-kanak ini, VItamin Online Store mengesyorkan rangkaian set vitamin untuk kanak-kanak yang terdiri daripada Meal Shakes (sumber protein, multivitamin dan multimineral), Omega Guard (minyak ikan yang memberi sumber DHA untuk perkembangan otak) dan Chewable Vita-C Plus 100mg (untuk kesihatan kulit dan menguatkan sistem pertahanan badan).

set kanak-kanak shaklee


Meal Shakes adalah minuman (susu) yang berperisa vanilla yang sangat lazat dan sangat digemari oleh kanak. Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh mereka dan merupakan sumber protein dan kalsium bagi pembinaan tubuh dan tulang kanak-kanak. Meal shakes menjadi pilihan utama ramai ibu di luar sana yang mempunyai anak yang kurang selera makan dan kurang berat badan bagi meningkatkan semula selera dan berat badan anak mereka. Bukan sahaja ia boleh diberi kepada kanak-kanak seawal usia satu tahun, tetapi ia juga sesuai untuk seisi keluarga tak kira muda mahupun berusia bagi melengkapkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita.
Omega Guard


Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ini kerana ia melalui proses penyulingan molekul sebanyak 3 peringkat yang sangat ekslusif di bawah suhu yang terjaga. Proses ini menjadikan Omega Guard sejenis minyak ikan yang asli dan terhasil tanpa sebarang pencemaran daripada logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya. Asid lemak Omega-3 (EPA, DHA, ALA) yang terkandung dalam Omega Guard memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak, antaranya ialah:
  • Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (anak akan kurang diserang selsema atau demam insyaAllah)
  • Menyokong kesihatan kardivaskular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  • Membantu merawat eczema (baik untuk kulit)
  • DHA dan EPA membantu perkembangan minda kanak-kanak. Mereka akan lebih fokus dan mudah tangkap apa yang dipelajari.
  • Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme.
  • Memecahkan lemak dan mengelakkan mereka dari obesiti.
  • Dan banyak lagi manfaat sehingga mereka dewasa. 
Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal usia 1 tahun.
Chewable Vita-C Plus 100mg 
chewable vitamin c shaklee, chewable vita-c plus 100mg, chewable vita c,set kanak-kanak shaklee
Fungsi utama vitamin C adalah menguatkan sistem imunisasi. Tubuh badan kita boleh melakukan banyak perkara tetapi ia tidak boleh menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Sebab itulah kanak-kanak juga harus mengambil supplement ini bagi membantu mengekalkan pertahanan semulajadi badan, membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi, meningkatkan penyerapan zat besi (iron) bagi pembentukan sel darah merah dan menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Kanak-kanak boleh mengambil Chewable Vita-C Plus Shaklee bermula dari usia mereka 4 tahun.

Hubungi saya melalui email farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk sebarang pertanyaan dan juga pesanan tentang vitamin untuk kanak-kanak atau set kanak-kanak shaklee ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...