Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Thursday 2 April 2015

11 Kepentingan dan Kelebihan Zinc Complex Shaklee

Tak ramai lagi yang tahu tentang kepentingan zat mineral zinc dalam kehidupan seharian sedangkan kita sedar ramai yang mengalami isu keguguran rambut yang teruk ataupun kehilangan deria rasa dan bau. Jadi, untuk entry kali ini, saya ingin menceritakan tentang 11 kepentingan dan kelebihan Zinc Complex Shaklee kepada anda semua. :)


Kepentingan Zinc Complex Shaklee


 


Sebelum tu, apakah Zinc Complex ini?


Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir 100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.


Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan


Zinc Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


11 Kepentingan Zinc Complex Shaklee


1. Mengaktifkan 200 jenis enzim 


Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein dan seterusnya merangsang regenerasi sel. Setiap sel dalam badan kita sangat memerlukan zinc .Ia mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk tindakan biokimia dalam badan kita. Dan ia membantu dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan juga protein.


2. Membentuk kolagen 


Zinc juga penting dalam pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku, rambut dan organ yang sihat.


3. Memperbaiki Diabetes


Zinc juga dapat membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.


4. Bintik Putih di Kuku


Bintik putih dikuku ataupun kuku yang rapuh adalah petanda kekurangan zinc, yang seterusnya boleh menyebabkan kemurungan, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah atau hilang daya penglihatan.


5. Mempertingkatkan sistem imun


Zinc penting dalam membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.


6. Mempercepatkan pemulihan luka


Zinc juga membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan luka selepas bersalin ataupun pembedahan, dan memperbaiki alergi atau bintik di kulit. Untuk kesan yang lebih cepat, zinc boleh dihancurkan dan ditabur ke atas luka agar ia pulih dengan segera.


7. Memperbaiki masalah Prostat


Zinc sangat penting untuk melindungi kesihatan prostat. Ia membantu memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan protatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.


8. Kemampuan Seks Lelaki


Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk kemampuan seks yang bertenaga.


9. Ovulasi wanita


Tapi bukan itu sahaja. Zinc juga membantu dalam kesuburan wanita kerana wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus untuk mengembalikan daya ketahanannya.


10. Memperbaiki Radang Kulit


Zinc juga membantu memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat dan menyembuhkan luka dari dalam yang menyebabkan parut jerawat.


11. Mengekalkan Deria Bau


Untuk mengekalkan deria bau dan rasa yang sihat, kita juga memerlukan zinc supaya kita tidak kehilangan selera.


Jadi, itulah dia 11 kepentingan khasiat zinc kepada badan kita. Macam mana ye kalau badan kita ni kekurangan zinc? Bolehkah kita mengesannya? Jom kita lihat simptom-simptom yang bakal kita perolehi jika kita kekurangan nutrisi ini.


Simptom-simptom  Kekurangan Zinc


Simptom dan Kesan Kekurangan Zinc


Cuba anda periksa. Adakah anda seorang yang:


  • kurang selera makan atau hilang minat pada makanan?

  • mengalami keguguran rambut yang melampau?

  • mempunyai kulit yang bersisik?

  • mempunyai luka yang lambat sembuh dan sering mengalami jangkitan berulang?

  • mengalami masalah kesuburan?

  • sering cirit birit?

  • mempunyai kuku yang rapuh atau terdapat tanda-tanda putih pada kuku?

  • sukar untuk tidur?

  • mempunyai kadar kolesterol yang tinggi?

  • mengalami masalah jerawat yang teruk?

  • mempunyai deria bau dan rasa yang kurang sensitif?

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, maka sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan zinc yang cukup dalam pemakanan seharian.


Kita tidak memerlukan dos zinc yang tinggi setiap hari tetapi ia adalah satu nutrisi yang sangat penting bagi menjamin setiap sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik. Ia boleh didapati daripada pemakanan seperti tiram, daging, bayam, biji labu dan sebagainya. Atau dalam bentuk yang lebih mudah, kita boleh mendapatkan khasiat zinc menerusi Zinc Complex Shaklee.


Zinc Complex Shaklee


Perbezaan Zinc Complex Shaklee berbanding jenama lain


Zinc Complex Shaklee dirumus khas dari zinc gluconate yang semulajadi yang mana ianya tinggi bioavailabiliti, mudah diproses dan mengandungi paras zinc yang tinggi. Ia juga mempunyai kalsium dan serbuk alfalfa untuk membantu penyerapan. Selain itu,  Zinc Complex Shaklee membantu mengeluarkan logam toksik dari badan serta ia tidak memberi sebarang kesan sampingan. Jadi, ia sangat sesuai untuk diamalkan dalam jangka masa panjang.


Sebotol Zinc Complex hanya bernilai RM33.75 dan mengandungi 120 biji untuk kegunaan 4 bulan. Sungguh menjimatkan, bukan?


Anda boleh mendapatkan Zinc Complex ini dengan menghubungi RahsiaVitaminIbu.com di talian 012-3579599 ataupun order secara online di sini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Love,


Fara Fadzil


 


 


Pengedar Shaklee Terlaris Kuala Lumpur


SID:860722


012-3579599



 



11 Kepentingan dan Kelebihan Zinc Complex Shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...