Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 4 April 2015

'Ubat Kuat' Penambah Tenaga Ini Memang Power. Walaupun Baru Sampai, Terus Boleh Buat Kerja!

‘Ubat kuat’ penambah tenaga yang saya nak ceritakan ini memang power. Walaupun baru sampai, terus boleh buat kerja! Nak tahu setakat mana kehebatannya? Tonton sendiri testimoni video ni…


http://vimeo.com/116675013?from=facebook


Amacam? Best tak? Alhamdulillah.. dengan vitamin yang Puan Azlina amalkan, beliau dapat mengatasi isu penat melampau yang dialaminya selama ini. Walaupun kerap travel dan outstation, badannya tetap fit untuk terus buat kerja walaupun baru sampai ke destinasi. :)


Ya, sebenarnya ‘ubat kuat’ yang dimaksudkan tak lain tak bukan supplement penambah nutrisi yang membuatkan badan bekerja dengan lebih cekap dengan penuh bertenaga.


Punca Letih dan Lesu


Sebenarnya, ada pelbagai faktor yang boleh menjadikan seseorang itu tak kuat, mudah letih dan lesu. Antaranya ialah:


  • Kurang tidur/Insomnia – tidur malam yang tidak berkualiti akan menyebabkan kita lesu keesokan hari

  • Kurang makan – tanpa makanan yang mencukupi, tubuh tidak mempunyai ‘minyak’ untuk dibakar untuk membekalkan tenaga yang mencukupi.

  • Anemia/Darah Rendah – orang yang berdarah rendah mempunyai kurang sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh menyebabkan dia mudah merasa letih dan sesak nafas.

  • Pemakanan yang tidak sihat – Makanan rapu atau segera hanya memberikan tenaga segera sahaja. Cepat kenyang, tetapi cepat lapar semula dan kembali letih.

  • Tekanan dan Stress – tekanan menyebabkan selera makan berkurang. Otak dan emosi yang letih akan menyebabkan fizikal menjadi letih juga.

  • Metabolisma rendah – Orang yang mempunyai metabolisma yang rendah membakar makanan dengan perlahan dan menyebabkan tenaga lambat dihasilkan.

  • Kehamilan – Ibu yang sedang hamil mudah mengalami penat akibat kekurangan darah, perubahan hormon dan berat badan yang semakin bertambah.

  • Pekerjaan yang memenatkan – Kerja berat, selalu travel dan outstation tak tentu masa menyebabkan bukan sahaja badan penat tapi otak dan emosi juga.

  • Kurang minum air – 70% daripada badan manusia adalah air. Tanpa air yang mencukupi, badan akan terdehidrasi dan menyebabkan letih dan lesu.

  • Diabetes – Orang yang mempunyai diabetes mengalami kesukaran untuk menukarkan gula kepada tenaga. Sebab itulah mereka mudah letih.

  • Kegemukan – Berat badan yang berlebihan juga adalah punca keletihan. Nafas lebih pendek dan pergerakan kurang bebas kerana membawa beban yang berat.

  • Pengambilan ubat-ubatan – Kesan sampingan dari ubat-ubatan boleh menyebabkan letih dan mengantuk.

  • Kurang senaman – Kurang bergerak dan bersenam juga boleh menyebabkan penat kerana tiada penggunaan tenaga. Tenaga yang tidak digunakan akan tersimpan sebagai lemak dan mengakibatkan metabolisma menjadi semakin rendah.

Jadi, secara generalnya, punca letih dan lesu ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, disebabkan faktor kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan. Dan kedua, faktor cara hidup yang menyebabkan kekurangan nutrisi untuk keperluan tubuh.


So, macam mana nak bagi badan sentiasa kuat dan cergas?


Ubat Untuk Jadi Kuat, Kekal Cergas, Tambah Tenaga


Sebelum saya cerita tentang ‘ubat’ untuk jadi kuat, kekal cergas, tambah tenaga ni… tak dinafikan, bila orang nampak botol-botol Shaklee, ramai yang cakap ini botol ubat. Bila diceritakan Shaklee membantu mengawal penyakit, ramai yang cakap Shaklee itu dapat mengubati. Salah tu ye tuan-tuan, puan-puan!


Shaklee hanyalah supplement. Ia adalah pemakanan tambahan ataupun vitamin yang membantu menambah baik kualiti kesihatan dengan memberi nutrisi atau zat yang badan kita perlukan. Bila badan cukup nutrisi, cukup zat..sistem badan kita pun dapat berfungsi dengan baik, sistem pertahanan jadi kuat dan kita pun mudah terhindar daripada penyakit. InsyaAllah.. Faham ke faham? :D


So, sebenarnya salah perkataan yang saya pilih dalam tajuk kat atas tu. Saya bukan nak bercerita tentang ubat kuat tetapi vitamin untuk jadi kuat ye :D.


Cara Mengatasi Letih


Jadi, apakah vitamin ataupun supplement yang boleh membantu dan memberi tenaga ni?


B-complex


Antara fungsi b-complex adalah membantu menukarkan makanan (lemak, karbohidrat dan protein) kepada tenaga dan juga melancarkan peredaran darah bagi menangani stress. Ini sangat penting kerana jika tidak, makanan akan tersimpan sebagai lemak dan menyebabkan kita gemuk, dan gula yang tak ditukarkan kepada tenaga akan menyebabkan diabetes pula! Jadi, jika b-complex di dalam badan kita mencukupi, penukaran makanan kepada tenaga akan berlaku dengan lebih cekap dan tekanan dan stress juga dapat ditangani dengan baik. Jadi, takdelah kita mudah letih dan stress aje! Dan bagi yang diabetes pula, apabila gula dalam darah dapat dimetabolisme dengan baik, insyaAllah dapat mengelakkan dari kerap mengalami hypo (gula rendah yang menyebabkan lesu dan pitam).


Vita-Lea


Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang juga diperkaya dengan zat besi (iron). Vitalea ni memang sangat diperlukan oleh semua kerana pada zaman ini, kita sukar untuk mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat, yang ditanam tanpa racun, yang tak dicucuk dengan hormon ataupun yang tak terdedah kepada pencemaran. Kekurangan zat dalam pemakanan seharian ini menyebabkan kita mudah letih, penat dan lesu. Jadi, kita perlu topup zat-zat yang semakin kurang dalam makanan ini dengan pengambilan multivitamin seperti vitalea. Apatah lagi, di dalam vitalea juga mengandungi zat besi yang sangat perlu bagi menghasilkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila zat besi mencukupi, insyaAllah isu anemia ataupun darah rendah dapat diatasi dengan baik. So, bila badan dah cukup nutrisi dan oksigen pun sampai ke seluruh badan termasuk otak, kita akan bergerak dengan lebih cergas dan bertenaga. :)


CoQHealth Plus


Supplement CoQHealth Plus pula bantu untuk membekalkan koenzim Q10 kepada badan kita agar kekal bertenaga. Apakah pula koenzim Q10 ni?


Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut MEMERLUKAN  kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan, Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.


ubat kuat penambah tenaga


Keupayaan tubuh menghasilkan CoQ10 semakin menurun selaras dengan peningkatan usia. Sebab itulah kita sering memerhatikan yang muda lebih cergas dan aktif berbanding yang lebih berusia. Individu yang mengalami masalah berat badan ataupun dalam proses pemulihan dari penyakit stroke atau jantung juga boleh mengambil manfaat CoQHealth Plus ini kerana jantung mereka memerlukan tenaga yang lebih bagi mengepam darah/oksigen ke seluruh badan. Pendek kata, CoQHealth Plus membantu anda untuk mendapatkan stamina yang tinggi bagi mengelakkan cepat berasa letih dan lesu ketika/akibat membuat sesuatu perkara.


Performance Drink


Penat juga boleh berpunca dari kekurangan minum air. Apatah lagi di musim panas seperti sekarang ini, badan kita amat mudah terdehidrasi. Saya yakin anda  semua mesti pernah minum minuman isotonik seperti 10* Plus ataupun minuman penambah tenaga yang lain seperti R*d B*ll atau L*vita ketika berjalan jauh bagi mengekalkan kesegaran tubuh anda, bukan?


Kalau nak lagi puas hati, cuba minum Performance Drink ni pula. Ia adalah minuman para atlet terkemuka yang telah menjuari dalam pelbagai jenis sukan di peringkat Olimpik tau!


Performance Drink Penambah Tenaga


Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.


Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.


Cinch Energy Tea Mix


Satu lagi pilhan saya untuk kekal bertenaga adalah dengan minuman teh campuran di dalam Cinch Energy Tea MixTambah Tenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix


Campuran teh hijau, merah dan putih ini bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisma bagi menghasilkan tenaga lebih cepat tetapi juga membantu anda kekal fokus tatkala anda tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup.


Terdapat dalam bentuk sachet yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana. Hanya campurkan air sejuk ataupun panas untuk dinikmati pada bila-bila masa anda memerlukannya. :)


Dan banyak lagi..


Apa yang dicadangkan di atas hanya 5 daripada pelbagai lagi jenis supplement yang boleh membantu anda untuk menambah tenaga. Hakikatnya, terdapat lagi makanan tambahan yang lain yang turut boleh menjadi emergy booster seperti Vivix, ESP dan lain-lain lagi.


Jadi, untuk mengetahui apakah supplement yang paling sesuai untuk situasi anda dan membuat pesanan, sila hubungi 012-3579599 ya. Bi iznillah, anda akan mendapat konsultasi dan servis terbaik dari saya sendiri.


Namun, jika anda mahu membuat pesanan segera, anda juga boleh memilih untuk membeli supplement penambah tenaga ini secara online dengan menekan butang pembelian di bawah.


order set tenaga


Dan kemudian, jangan lupa untuk hubungi saya di 012-3579599 untuk mendapatkan jadual dan cara makan yang betul ye!


Didoakan agar kita semua sentiasa cergas dan bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian kita :)


Stay healthy peeps!


Fara Fadzil


 


 


Founder of Miracle Group


SID Terlaris Kuala Lumpur: 860722


012-3579599



'Ubat Kuat' Penambah Tenaga Ini Memang Power. Walaupun Baru Sampai, Terus Boleh Buat Kerja!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...