Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Tuesday 13 September 2016

The BIG WHY - Soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes

Nak cari sebab untuk buat sesuatu bisnes mungkin mudah. Namun, nak cari sebab untuk kekal dalam bisnes tersebut, itu lain cerita. It’s the BIG WHY. Itulah soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes yang mereka usahakan. Itulah jawapan yang mereka kena ingat kembali di kala kesusahan atau kejatuhan bisnes, agar mereka dapat kembali bangkit dan bersemangat untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan. Termasuklah saya.


the big why


 


Apa BIG WHY saya?


Ada macam-macam sebab saya buat bisnes Shaklee. Tapi nak cari satu BIG WHY untuk kekal dalam bisnes ini yang sebenarnya adalah sangat-sangat susah.. Sampailah saya join kelas Bangkit 2.0..


Dalam salah satu modul di kelas tersebut, Cik Puan Chrysalis Nurul telah mengajar kami melakukan pernafasan alpha.. Dan dalam keadaan tenang begitu, wajah yang sangat dirindui muncul dalam kotak fikiran saya sampai mengalir air mata iaitu……


MAK…


alfatihah-buat-mak

13 September 2012 – 13 September 2016. Hari ni genap 4 tahun arwah mak meninggalkan kami… Al-Fatihah. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak dan sayangi mak sepertimana mak menyayangi kami semasa kecil 🙁


Wajah mak yang muncul walaupun sudah pergi 2 tahun sebelum itu memang menyentak jiwa raga saya. Arwah mak memang ada kencing manis. Namun kemuncaknya bermula apabila mak tak sedarkan diri kerana hypo di rumah saya sendiri….. (Saya tak boleh nak teruskan cerita sebab nanti mesti banjir lagi 😭😭 tapi cerita seterusnya boleh dibaca disini…)


http://rahsiavitaminibu.com/potong-kaki-akibat-kencing-manis-adakah-cara-untuk-mengelakkannya/


Anyway, semasa saya dalam keadaan alpha tersebut, saya terbayang semula penderitaan yang dilaluinya dan bagaimana ‘helpless’ nya saya ketika itu… Saya bekerja dan tidak dapat menumpukan sepenuh masa menjaga beliau. Saya cuba buat yang terbaik, tapi bila mak akhirnya dijemput Ilahi, saya merasakan belum puas untuk tinggal bersama dan menjaganya lagi sebagaimana beliau telah menjaga dan membesarkan saya. Masa saya bersama beliau dirasakan terlalu pendek sebab saya telah meninggalkan rumah seawal usia 13 tahun untuk ke sekolah berasrama penuh, kemudian di usia 18 tahun sambung belajar ke luar negara dan setahun sekembali ke Malaysia, saya berkeluarga pula…


Dipendekkan cerita, ia telah menyedarkan saya tentang beberapa perkara:


1. Saya tak nak kehilangan MASA bersama dengan orang yang tersayang lagi. Jadi, saya kena usahakan bisnes ini sedaya upaya sehingga saya boleh bekerja dari rumah sambil menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri. Sekarang ni, anak-anak seawal usia 2 bulan lagi dah dihantar ke nursery. Sehinggalah mereka dah 5 dan 3 tahun kini. Syukur alhamdulillah kami jumpa taska dan pengasuh yang berkelayakan. Sudi dan pandai menguruskan EBM semasa mereka masih bayi. Dan terus sabar mengajar dan melayan karenah anak kami seperti anak sendiri.  Saya suka kerjaya saya sebagai engineer, tapi, kalau setiap hari hanya dari pukul 7PM sampai 11.30PM (sebelum tidur) sahaja saya boleh habiskan masa bersama mereka, sungguhhh.. saya takut untuk rasa terkilan pada masa depan nanti.


my big why


2.  Saya juga menyedari tentang kepentingan pemilihan nutrisi yang baik untuk kami sekeluarga. Bisnes ini mengajar saya untuk mengambil tahu tentang pemakanan yang baik dan betul bagi menjaga kesihatan jangka masa panjang. Melalui kelas-kelas nutrisi, group-group support dan isu-isu customer yang saya jumpa dalam bisnes ini, saya belajar tentang eat clean (pemakanan sihat), kepentingan detoks dan 1001 lagi ilmu tentang penyakit yang wujud di dunia ini. Ilmu-ilmu ini bukan sahaja saya gunakan untuk membantu orang lain tapi untuk saya aplikasikan ke atas ahli keluarga saya juga.


3. Pengalaman yang saya lalui ini juga membuatkan saya merasa BERTANGGUNGJAWAB untuk berkongsi tentang kepentingan pengambilan supplemen dan membantu orang lain yang memerlukan. Saya rasa bersalah apabila saya hanya mampu bersimpati kepada orang yang sakit/bermasalah sedangkan saya tahu ada sesuatu yang bole diikhtiarkan oleh mereka. Jadi, saya rasa wajib untuk teruskan berkongsi dan meneruskan bisnes ini untuk membantu mereka. Apatah lagi, sekarang ni ada banyak lambakan supplemen di pasaran yang kita masih tak tahu mana asal usulnya, tak tahu kesan jangka masa panjangnya dan macam-macam lagi termasuklah mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Manakala Shaklee pula memang dah ada landmark study. Jadi, saya rasa wajib mewar-warkan kepada orang lain tentang pilihan yang lebih baik yang mereka boleh dapatkan selain daripada apa yang biasa mereka ketahui.


Jadi, itulah dia antara big why saya.. InsyaAllah selagi Allah masih pegang hati saya di sini, saya akan selalu ingat kepada pengalaman yang telah dilalui dan terus istiqomah dalam bisnes Shaklee. Walau jatuh seteruk mana pun ekonomi dunia, biiznillah saya akan tetap berada di sini… Saya juga sangat mengalu-alukan anda untuk sertai saya membina bisnes ini, kerana di masa depan nanti, inilah perniagaan yang akan terus stabil dan terbukti ‘recession-proof’ kerana Shaklee sudah pun bertapak di dunia ini sejak 1956 lagi dan berjaya melalui beberapa kali zaman kemelesetan ekonomi.


big why kenapa orang perlu buat bisnes shaklee


 


Jika anda berminat untuk menyertai saya, hubungi 012-3579599 untuk info selanjutnya.


Akhir kata, semoga sukses sentiasa menjadi milik kita! 🙂
Fara Fadzil


 


 


SID: 860722


012-3579599


Ulu Kelang, Kuala Lumpur



The BIG WHY - Soalan yang semua orang mesti tahu jawab untuk kekal dalam bisnes

1 comment:

  1. J'ai 15 ans. Je suis née avec le VIH, ma mère est décédée des suites de l'infection par le VIH. Et je regrette pourquoi je n'ai jamais rencontré le Dr Itua. Il aurait pu guérir ma mère pour moi, car en tant que mère célibataire, c'était très difficile pour ma mère. Je suis tombé sur le mot de guérison du Dr Itua. en ligne sur la façon dont il guérit différentes maladies selon les races, telles que le VIH / sida, l'herpès, le Parkison, l'asthme, la maladie de Copd, l'épilepsie, le zona, l'herpès labial, l'infertilité, le syndrome de fatigue chronique, la fibromyalgie, le diabète, l'hépatite et même le cancer C'est parce que je ne suis pas tombé sur un tel article en ligne que j'ai contacté le Dr Itua par e-mail drituaherbalcenter@gmail.com. Je lui parle également de ce qui est de l'application +2348149277967 et il me dit comment cela fonctionne, puis je lui dis que je souhaite continuer J'ai payé lui si rapidement au bureau de poste du Colorado, je reçois mon médicament à base de plantes dans les 4/5 jours ouvrables, il m’a donné des lignes de guilde à suivre et je vis de nouveau en bonne santé et je peux imaginer comment Dieu utilise les hommes pour manifester ses œuvres. le dieu w Ork de Dr Itua Herbal Medicine, il est un grand homme.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...