Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Sunday 18 November 2012

Kurus Dengan Sihat VS Kurus dengan Cepat

Kadang-kadang bila tengok kat wall Facebook sendiri, seriau bila nampak macam-macam iklan untuk kurus. Macam-macam produk ada. Macam-macam tagline keluar. "Kurus dalam masa sekian sekian hari", "kurus tanpa pantang makan, tanpa senaman", "kurus sambil tengok tv kat rumah", etc etc..Menarik kan ayat-ayatnya? Kalau saya seorang yang desperate nak kurus tapi malas nak berusaha mesti saya pun akan tertarik dengan produk-produk tuh. Tapi, bila fikir lamaaa sikit..ishh..takut jugak nak percaya. Walaupun dah ditepek-tepek gambar orang yang dulu gemuk sekarang dah kurus.  Ohh..saya bukan nak condemn produk-produk tuh. Saya tak tahu tentang produk mereka, tak pernah kaji, tak pernah guna.. so it's not right for me to judge by it's cover. Mungkin produk-produk ini ada cara dan properties nya tersendiri. Itu siapa yang guna, dialah yang kena kaji.

Cuma kat sini, saya nak kongsi tentang apa konsep berat badan dan macam mana sepatutnya cara untuk menurunkan berat badan dengan SIHAT. Sebab saya tahu ramai yang nak kurus cepat tapi tak faham atau tak tahu tentang perkara ini. Ada yang menegah diri sendiri daripada makan langsung atau skip meal untuk mengurangkan berat badan. Ya, mungkin berat badan kita akan/boleh turun dengan cara sedemikian tetapi tanpa makanan yang cukup atau sebarang pemakanan tambahan, badan akan kekurangan nutrisi dan akan mudah diserang penyakit. Oleh kerana kekurangan makanan untuk dibakar untuk memberi kita tenaga, lama kelamaan kadar metabolisma akan menjadi rendah dan menyebabkan otot-otot menjadi kecut dan rosak. Lagipun, agak-agaknya selama mana kita boleh tahan dengan nafsu makan sendiri? Kalau tiba-tiba keinginan untuk makan itu datang dan pada masa itu kadar metabolisma kita sudah pun menjadi rendah, agak-agaknya senang kah tubuh kita untuk membakar makanan tersebut dan memastikan berat badan kita tidak naik semula? Sudah tentu tidak, kan? Silap-silap haribulan, badan akan lebih gemuk dari sebelum ini!
Itu juga merupakan salah satu sebab mengapa ada sesetengah orang yang walaupun mengambil produk kurus gagal dalam diet mereka. Ini kerana mungkin semasa mengikuti program tersebut, mereka terpaksa mengamalkan aturan makan yang terlampau ketat yang mereka sendiri tak mampu patuhi. Ada juga yang gagal kerana hasil yang diharapkan terlalu lambat atau kerana produk itu sendiri mengandungi kandungan yang tidak selamat dan menyebabkan fungsi tubuh bertukar. Ini boleh terjadi kalau kita tidak benar-benar mengetahui dari mana sumber produk itu dihasilkan dan hanya menanggung akibat setelah menggunakan produk itu. Jadi, hati-hati ya dalam memilih produk untuk kurus.

Jadi, bagaimana nak kurus dengan sihat?
1. Pertama sekali yang perlu difahami adalah kegemukan berlaku adalah akibat pengambilan kalori yang berlebihan berbanding dengan penggunaannya. Ramai orang ingat kalau makan banyak lemak dan minyak, nanti badan gemuk. Sebenarnya, ianya bukanlah faktor utama ye. Sekiranya anda mengambil banyak kalori tetapi kurang menggunakannya, kalori inilah yang akan disimpan di dalam tubuh sebagai lemak simpanan! Jadi, apa yang pertama sekali yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada gemuk adalah menyeimbangkan persamaan ini dan sentiasa memastikan CALORIE IN=CALORIE OUT. Dan jika misi anda adalah untuk menurunkan berat badan, pastikan aktiviti fizikal anda lebih banyak daripada pengambilan kalori atau sekiranya tidak mampu berbuat demikian, anda haruslah mengurangkan pengambilan kalori setiap hari.
 2. Jangan langsung tidak makan. Kekurangan makanan akan menyebabkan anda kekurangan nutrisi dan seterusnya menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Apabila jisim otot anda berkurangan, kadar metabolisma akan menjadi rendah dan menyebabkan anda sukar untuk membakar lemak. Jadi, walaupun anda kurus cepat tetapi badan anda akan cepat kembali gemuk apabila anda mengamalkan semula tabiat pemakanan anda seperti biasa. Jadi, adalah PENTING untuk anda memilih produk yang selamat dalam proses anda untuk mendapatkan berat badan idaman.
3. Beri masa untuk tubuh anda menjadi kurus. Anda harus ingat, PRODUK KURUS BUKAN SATU MAGIK. Sekiranya anda menggunakan sesuatu produk kurus dan kemudian anda menjadi kurus dengan mendadak tanpa melakukan apa..well, I would say..there is something fishy about it.  
Jadi, masihkah kita perlu mengambil produk kurus?  Jawapannya, masih YA. Bagi mengelakkan kita kekurangan nutrisi dan kehilangan jisim otot apabila kita kurang makan, kita perlu mengambil pemakanan tambahan yang membantu kita menampung nutrisi yang tubuh kita perlukan.

Persoalannya, apakah kriteria produk kurus yang perlu anda cari?

1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
2. Melindungi otot.
3. Indeks glisemik rendah.
4. Menggunakan bahan-bahan yang semulajadi & non (bebas) GMO.
5. Mengandungi makro dan mikro nutrien penting.
6. Yang selamat, diuji secara klinikal!
Lihatlah kepada fakta dan jangan terpengaruh dengan testimonial semata-mata sebab kadang-kadang untuk tujuan pemasaran, testimonial pun orang boleh tipu tau!
cinch shake, cinch shaklee, kurus dengan sihat, leucine, diet,jisim ototJika anda masih mencari produk yang menepati kriteria-kriteria ini, anda boleh mencuba Cinch Shake yang diperkaya dengan formula Leucine yang membantu anda:
KEEP MUSCLES THAT YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT

Didatangkan dengan tiga perasa - Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte - Cinch Shake boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan secara sihat. Ini kerana dengan leucine, Cinch Shake dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dan yang penting, ianya telah diuji secara klinikal!

Hubungi saya di farafadzil[at]gmail.com atau 012-3579599 untuk mengikuti program diet bersama Cinch sekarang.

1 comment:

  1. Wauuu..entry yg sgt2 baik sekali...ramai yg nk diet tp x tahu apakah tu diet secara sihat...satu ilmu satu hari...i learn about calorie in - calorie out...hehhe tu lah asyik calorie in langsung xd calorie out itu yg berlemak sana sini... huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...