Sumber - http://www.akupunyer.com/2011/09/teknik-seo-untuk-blogspot.html#ixzz2lAmvaChn

RahsiaVitaminIbu.Com

Salam sayang semua pembaca blog VItamin Online Store..

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini (www.naturally-vitamin.blogspot.com), kami telah berpindah ke domain baru iaitu Rahsia Vitamin Ibu.

Jadi, untuk informasi dan tips-tips berkaitan dengan Shaklee daripada kami, sila layari website kami di http://rahsiavitaminibu.com ye!

Walaubagaimanapun, setiap update terkini dari Rahsia VItamin Ibu akan di-link kan ke blog ni. Anda hanya perlu klik kepada link yang terdapat dalam setiap entry dan seterusnya akan dibawa kepada artikel terkini di website baru kami.

Fanpage kami tetap sama iaitu VItamin Online Store ... bagi yang belum like FB page ini, tekan button LIKE laju2 agar anda tidak terlepas sebarang informasi terkini dari kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-357 9599!

Saturday 16 November 2013

Tak Makan Vitamin Yang Doktor Bagi Semasa Hamil..Boleh Ke???

Setiap wanita yang telah disahkan hamil oleh doktor atau pakar kesihatan, pasti akan dibekalkan dengan vitamin dan supplement kerana mereka memerlukan zat yang lebih berbanding wanita biasa bagi memastikan kesihatan diri dan anak di dalam kandungan. Tapi, kalau tak nak makan vitamin yang doktor bagi tu, boleh ke? Jawapannya, boleh aje...DENGAN SYARAT ibu hamil tersebut yakin yang dia boleh mendapat nutrien yang cukup dari pemakanannya setiap hari.

Jadi, apa vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu hamil?

Para doktor dan pakar kesihatan mengesyorkan semua ibu yang mengandung mengambil vitamin dan mineral yang tersenarai di bawah bagi menampung keperluan nutrisi ibu dan anak sepanjang kehamilan:
  1. Asid Folik - penting bagi pembentukan saraf tunjang yang baik bagi bayi bagi mengelakkan bayi daripada mengalami spina bifida.
  2. Zat Besi (Iron) - penting untuk pembentukan sel darah merah. Ibu hamil perlu menghasilkan sel darah merah yang lebih banyak untuk disalurkan kepada bayi di dalam kandungan.
  3. Vitamin C - penting dalam membantu penyerapan zat besi dan nutrien-nutrien lain. Mengelakkan ibu hamil dari mudah diserang penyakit.
  4. Kalsium - penting bagi pembentukan tulang bayi, mengelakkan ibu hamil dari sakit2 belakang atau pinggang semasa mengandung.
  5. DHA - Otak bayi akan semakin berkembang bermula dari trimester kedua kehamilan. DHA yang mencukupi membantu perkembangan otak bayi yang baik.
Jadi, kalau tak nak makan vitamin yang doktor bagi, ibu-ibu hamil mestilah mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat di atas. Ini termasuklah minum susu 4 gelas sehari untuk mendapat 1000mg calcium, 7 1/2 biji oren setiap hari untuk bekalan vitamin c yang paling minima diperlukan oleh badan, daging merah, bayam, protein dan sebagainya untuk mendapat asid folik dan zat besi yang mencukupi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Huhuhu..banyaknyerlah kan? Dengan mabuk loya masa mengandung lagi, boleh ke nak telan banyak2 tu? Macam tak boleh je...macam tak lalu jee..kan? kan?

Psttt!!Nak tahu satu rahsia? Saya pun sebenarnya tak makan vitamin yang doktor bagi semasa saya hamil anak yang kedua. Dan saya juga tak makan semua makanan tu banyak2. Bukan tak makan langsung..tapi saya akui kuantiti yang saya ambil setiap hari tak memenuhi langsung keperluan yang sepatutnya seorang ibu hamil dapat. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah.. saya dapat melalui pengalaman mengandung anak yang kedua dengan sihat dan cergas. Dan bayi yang dikandung juga sihat. Rahsianya?? Mesti korang dah dapat teka..Tentulah kerana saya telah mengambil Set Hamil Shaklee!

Set Hamil Shaklee boleh dibahagikan kepada dua iaitu Set Hamil Shaklee Trimester I dan Set Hamil Shaklee Trimester II & III.

Untuk Set Hamil Shaklee Trimester I, supplement yang terkandung dalam set ini adalah:
  1. B-Complex - untuk bekalan asid folik sepanjang kehamilan, energy booster dan anti-stress.
  2. Vitalea Iron Formula - multivitamin dan multi mineral yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi bagi pembentukan sel darah merah dan juga asid folik.
  3. Sustained Release Vita-C Plus - sebagai antioksidan menghalang serangan penyakit dan membantu penyerapan vitamin lain.
  4. OsteMatrix - membekalkan kalsium keperluan tulang dan magnesium bagi mengelakkan sembelit semasa mengandung.

Manakala, untuk Set Hamil Shaklee Trimester II & III, supplement yang terkandung di dalam set ini adalah sama seperti Set Hamil Shakee I dan ditambah dengan:

set hamil shaklee, set ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin ibu mengandung

5. Omega Guard -  yang merupakan asid lemak Omega - 3 yang mengandungi DHA untuk perkembangan otak bayi yang sihat. Selain itu, Omega Guard juga dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi bagi ibu-ibu mengandung yang menghidapinya.

Dengan mengamalkan Set Hamil ini, saya memang tidak memerlukan lagi vitamin yang diberi oleh doktor. Saya lebih suka menggunakan Set Hamil Shaklee kerana ia semulajadi, selamat dan berkesan. Ia juga mudah ditelan kerana kapsulnya yang tidak terlalu besar dan tidak meloyakan. Saya juga tidak mengalami simtom2 kekurangan darah sepertimana mengandung anak yang pertama dan sangat jarang mengalami kekejangan otot atau sakit-sakit sendi dan tulang.Selain set hamil ini, saya juga mengamalkan pengambilan ESP sebagai sumber protein bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan selain untuk mencantikkan kulit. Maklum sajalah, ketika mengandung kulit mudah menjadi kusam dan tidak berseri. Tetapi Alhamdulillah..dengan pengambilan yang konsisten saya bertuah kerana tidak mendapat "stretchmarks" semasa hamil. Kerja-kerja seharian juga dapat dilaksanakan seperti biasa malah beberapa jam sebelum kelahiran saya masih sempat ke shopping mall untuk menyediakan sambutan Syawal. Proses kelahiran juga berjalan dengan lancar dan tidak begitu memenatkan. Anak kedua saya lahir dengan sihat dan selamat dan hari ini dia mencecah usia 4 bulan dengan perkembangan yang cukup memberangsangkan. Syukurrrr...Alhamdulillah...

set hamil shaklee, set ibu mengandung, vitamin ibu hamil, vitamin ibu mengandung

Jadi, jika anda mendapati vitamin yang diberi oleh doktor meloyakan, terlalu besar untuk ditelan atau kurang berkesan (misalnya anda masih mengalami low hb walaupun telah mengambil iron pills), apa kata anda cuba pula Set Hamil Shaklee ini. Supplement nya yang semulajadi menjadikan ia mudah diserap oleh badan dan lebih cepat memberi kesan. Hubungi farafadzil[at]gmail.com atau sms/whatsapp 012-3579599 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan lanjut. Anda juga boleh add saya di Facebook dan like page VItamin Online Store bagi mendapat tips-tips terkini berkaitan kesihatan. Dengan setiap pembelian bersama VItamin Online Store, anda layak mendapat konsultasi dan jadual makan yang betul serta menyertai group ekslusif pengguna-pengguna Shaklee yang telah membeli bersama saya.

3 comments:

  1. fara.. biasalah, ada hari mesti terskip ambil punya ;)

    ReplyDelete
  2. hehe,,betul tu ummi hanie..kadang2 memang terlupa..tapi jangan tak amik langsung udahlerr.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau makan vitalea dan ostematrix je masa mengandung oke x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...